Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, June 15, 2025



Aku ingat lagi lebih kurang 5 tahun lepas. masa tu hari jadi abah, aku tanya lah abah nak apa untuk birthday dia. masa tu aku baru dapat tunggakan gaji selepas pertukaran gred. yelah jarang jarang ada duit lebih, terasa juga nak bagi sesuatu yang best untuk orang tua.


Abah ada cakap pasal motor elektrik yang ada tiga tayar, warna pulak macam macam, pada masa tu. sebab dia kata ada beberapa geng masjid pakai motor tu. dia cakap macam senang guna, cas pun sekejap je.


aku pun dengan palatao kononnya aku research pasal motor elektrik masa tu. aku study pasal battery life, rosak estimation bila, siapa boleh baiki ke apa semua. so conclusion aku, motor letrik ni tak elok. dan aku sampaikan laporan kajian bodoh aku tu kepada abah. dia seakan akan terpaksa bersetuju.


 aku bawak dia pergi ke kedai motor di Langgar, Kota Bharu. ada satu Honda wave warna merah. harga pun boleh tahan, murah je lah. tapi abah cakap dia macam okey je motor tu. jujur aku tak ingat, betul ke abah yang setuju, atau aku yang setujukan abah masa tu.


selepas 3 hari motor tu sampai dekat rumah.


dan aku rasa aku anak yang berguna sebab dapat beli motor baru dekat abah.


pada masa tu lah.


selepas bertahun tahun, aku perhatikan, abah jarang naik motor tu. katanya buat bergilir gilir jelah sebab dia dah ada honda C50 dekat rumah. dia cakap nanti pakai Wave tu, C50 rosak pulak sebab tak guna guna. 


tapi setelah beberapa lama, Wave tu hanya diguna bila ada aku dekat rumah, dan mostly waktu malam dia gi semayang Isya. waktu lain semua C50 sahaja. kira daily commute dia, dia nak C50 je. dia sanggup tolak dengan jalan kaki C50 dia tu hampir 500m untuk bawak jumpa workshop, daripada guna Wave. even dia tak bagi pun umi naik Wave sebab motor tu tinggi, takut umi susah naik. sakit lutut.


sehingga akhir hayat dia, abah hanya naik C50 je.


aku pula? aku tak reti bawak motor. haha.


tapi out of nowhere, 4 bulan lepas aku beli motor eletrik dekat kedai ATV di Kota Bharu. aku guna motor tu pergi ulang alik rumah umi, rumah aku. bawak anak round round petang. 


aku tulis ni bukan nak higlight yang abah suka guna C50 dari Wave yang aku hadiahkan untuk dia.


tapi aku nak cakap yang aku boleh jadi anak yang lebih baik kalau aku tunaikan saja apa yang dia nak masa tu. instead of aku deny dia apa yang dia nak dan bagi opinion aku. aku cakap option dia tak elok, cepat rosak. somehow aku rasa dia sudah tahu semua benda tu, tapi layankan saja aku punya pendapat bodoh aku tu sebab bagi dia mungkin fikir “dia nak bagi kat kita, ikut dia lah”, padahal itu bukan yang dia nak.


sekarang aku tengok motor ni, aku selalu tanya. aku beli motor ni untuk apa? adakah ini yang aku betul betul nak? atau subconciously rasa bersalah pada abah?

apa agaknya perasaan abah kalau aku betul betul berikan apa yang dia inginkan?


Selamat Hari Lahir, Abah.


I am so sorry.





A.M.


Sunday, January 26, 2025

Lepas sahaja umrah pertama aku dengan dua abangku dengan anak saudara, Hana mencari kedai gunting rambut untuk bertahalul. ah botak lagi. malasnya nak botak. sebab bentuk kepala aku ni pelik. gondol lain macam. nanti kelemumur lebih obvious, kulit kepala berkeruping. lagipun aku ni harapkan ada rupa sebab rambut je. haha perasan. 


tapi aku takde alasan untuk tidak botak. kalau sebelum ni boleh bagi alasan nak pergi interview master, tapi interview pun dah lepas. so takde dah alasan. lalu aku botakkan jua. lagipun Nabi SAW pun anjurkan untuk jemaah lelaki botak ketika bertahallul. 


kami bertahallul di barber shop di Safwah Tower. lepas je siap semua dan ready untuk payment, Hana yang sedang menunggu kami setel tadi develop fitting di kedai gunting. aku blank kejap. abang aku dua orang dah menjerit jerit. Hana pulak dah cyanosed (kebiruan bibir dan jari jemari). pak arab pulak datang ramai ramai suruh kami senyap. didatangkan kepada kami segelas air suam dan sebijik kurma. aish. tak kena ni.


aku chill dulu. tengah selak selak buku emergency dalam kepala aku. dah berdebu weh maklumlah dah hampir 3 tahun tak bukak. 


Ting!


Aku terus attend Hana. aku baringkan dia di sebelah sisi, pastikan tiada satu benda yang boleh obstruct airway dia. aku tengok jam.


0126H


Hana masih sawan. uprolling eyeballs, generalised tonic clonic (jerky movements all limbs) dengan drooling of saliva. nailbed masih cyanosed. aku tidak boleh bagi apa apa untuk support oksigen dia.


“hospital?” aku tanya Pak Arab.


lalu salah sorang cakap ada sebijik hospital bawah Safwah ni. kami bergegas bawa Hana ke tempat itu


0129H


Hana dah stop movement. bibir sudah mulai pink. darah merah mula mengisi ruang kapilari kuku dan seluruh anggota tubuh. mata pejam seakan akan tidur, masih tak sedarkan diri.


Ting! (real punya bunyi. tadi dalam kepala je)


daun pintu lift terbuka. kami terus berlari.


0132H


nampak je “Ajyad Government Hospital” aku terus bawa Hana masuk ke examination room dan present case ke staff situ. 


setelah dua kali blood taking dan satu CT Brain, Hana di discaj dengan ubat paracetamol dan vitamin C, free of charge atas sebab guna visa umrah (hebat!). katanya Hana exhausted sebab tak proper rest. tadi memang nampak okay. dia nampak kuat. tapi tubuh Hana tidak sekuat semangatnya. kali ni dia kalah.


kami pulang ke bilik masing masing di Movenpick jam lebih kurang 3 pagi.


dalam kes brain insult timing sangat penting ya. kena tahu berapa lama dia fit, so boleh estimate damage ke otak tu tara mana.


lepas insiden tu kakak dan abang aku lebih berhati hati dalam handle umrah dan visit si Hana. kalau dia kata okay pun, adult judgement kena overrule semua tu. so far alhamdulillah semua okay.


fuh.




A.M.

Sunday, October 20, 2024

Antara aku dengan bini aku, aku rasa aku ni one  of the bad partner. especially dalam menguruskan beberapa benda utama dalam everyday aspect. nampak lah dia macam kurang konfiden dengan aku. contohnya dalam menguruskan kewangan, uruskan pakaian anak anak, dan lately cara aku memandu. membahayakan dia dengan anak anak katanya. itsokay aku terima. walau pahit sikit, tapi teguran tu betul. 


aku juga tidak pandai menjawab soalan yang wife aku ajukan. almost 90% wrong. aku rasa lah. wife aku ni lately dia sangat sibuk digasak dengan masalah di ofis. bos dia tak function, orang atasan sibuk mendesak untuk setelkan kerja yang bukan kerja dia pun pada asalnya. coworker dia yang baru dan incompetent. dan macam macam lagi lah masalah sakit kepala dia dekat ofis tu. sebagai suami yang cuba nak jadi baik, aku dengar jelah segala luahan dia. dan aku rasa benda yang dia buat tu sihat. sihat untuk mental dia sekarang. dan aku support, full force.


bila nak pendapat ni ha. jadi aku takut sikit. aku ni sudahlah tidak pandai tangani krisis, kritikal

thinking skill yang lemah. mostly aku akan jawab based on pengalaman aku, pakai kepala otak aku, yang aku rasa elok.


satu perkara tentang masalah orang lain adalah bila kau rasa kau dah betul betul faham the situation, sebenarnya kau no where close. hanya diri sendiri je yang betul betul faham. 


walaubagaimanapun, aku cuba jawab. tapi mostly jawapan aku salah, atau di “seen”, atau “bluetick” sahaja. kadang kadang atmosfera perbualan berubah warna. jadi kelabu, sejuk dan awkward. aku tak tahu aku ni membantu ke, atau lagi memburukkan keadaan. berdasarkan tiada respon dan air wajah yang berubah, aku rasa aku tidak mengubah apa apa.


kadang kadang aku rasa aku perlukan respon. haha. ataupun aku sendiri yang tak bersedia nak terima respon?


haha. entahlah.


aku rasa ni common problem dalam kalangan para suami.



A.M.

Wednesday, October 09, 2024

Time tengah mengantuk mengadap chapter “Megaloblastic Anemia and other macrocytic anemia”, telefon pintar kawan sebelah aku bergetar di atas meja membuatkan aku terkejut.


aku tengok nama yang tertera di display.


“Abah”


“hello”


“ya”


“kenapa call? ooo salah call. okay.”


“waalaikumsalam”.


telefonnya dimatikan lalu diletakkan kembali ke atas meja.


you know my friend, i am willing to trade forever for that call.




A.M.

Wednesday, July 31, 2024

Pernah aku terbaca tajuk artikel berbahasa Inggeris. bunyinya lebih kurang macam ni:


'By the time you realise that your father was right, you will have a son who thinks that you are wrong’


bunyi macam vicious cycle, kan?


secara jujur, dalam kebanyakan hal, aku banyak bersetuju dengan Abah. pasal kerja ke, pasal life ke, pasal pengurusan duit ke, pasal nasib ke. walau dia ada point dia, banyak yang dikatakannya betul.


kalau ada yang aku kurang bersetuju (aku tak kata dia salah ya, cuma lain sikit dari pemikiran aku. contohnya pasal isu boikot ke, isu support bisnes orang Melayu ke), aku akan diamkan sahaja. he is my father kot. no point kalau betulkan. biarkan dia bahagia dengan dia punya thought di usia senja tu.


lagipun Abah bukan jenis yang bercakap. dia hanya bercakap bila rasa perlu je. banyak hal tentang dia, bukan tahu dari dia sendiri. Ummi je yang cerita banyak.


“Abah dulu macam ni macam ni”

“Abah dulu suka ni suka tu”

“Abah dulu dia kerja ni ni ni ni”


kalau Abah, dia banyak diamkan diri. bersuara sekali dua, then senyap.


bagi aku apa yang diutarakan, adalah precious. dengar sahaja, selagi tak memelikkan, aku terima je.


sejak Abah takde ni memang rasa kehilangan. dia memang tak ambik port sangat kalau anak beranak bersembang ke apa, tapi dia ada. dia jenis diam yang banyak tapi dia ada. dia hadir dalam setiap keheningan suasana. 


walau duduk bersebelahan aku dengan dia di atas sofa kelabu di rumah, aku rasa cukup. sebab dia ada.


sebab Abah selalu ada.




“Ben, Ben tahu tak Baba pergi mana?”

“Baba hilang”


haha aku ketawa. 

“taklah Ben. ni Baba ni. Baba tidur sini”

(sambil tunjukkan kubur Abah)


“ohh Baba sini. Baba sejuk ke? Baba taknak selimut ke?”


“eh tak perlu Ben. sebab Baba dah best duk dalam tu”

(sambil aku usap rambut belakangnya)


“Ben rindu Baba tak?”

“Rindu!”


aku tersenyum. good answer, nasib baik haha.


“jom balik! Babai Baba Ben!”

“Bye Baba Ben balik dulu!”


kami berlalu dari situ untuk ambik kakak pulak.


Monday, March 25, 2024

sejak satu bulan ni ada beberapa bahagian dalam rumah aku, aku renovate. baiki, baik pulih, tambah fungsi dan sebagainya. dengan bantuan besar daripada wife aku, alhamdulillah untuk segalanya.


aku pula mengupah beberapa kontraktor yang aku familiar untuk projek rumah aku ni.


kebanyakan diorang cakap

“eh ni rumah pakcik tu kan?”

“sebelum ni abah encik yang teman jaga rumah kan?

“ni rumah pakcik yang selalu jaga rumah sementara anak dia kerja jauh tu kan?”


“ya tuan tuan. saya adalah anak pakcik tu.”


dan aku bagitau mereka abah sudah tiada sejak November lalu.


mereka masing masing mengucapkan takziah.


aku mengucapkan terima kasih. terharu betul rasanya sebab mereka masih ingat Abah.


aku mengambil earbuds, sumbat kedalam telinga aku. lagu Coldplay - Yellow sedang rancak dimainkan. aku bersandar pada dinding ruang tamu. mata aku memerhati akan perubahan yang sudah aku lakukan setelah hampir 4 tahun menetap disini. sebelum ni kosong betul.


aku ingat lagi, mula mula aku naik ke rumah ni, Abah ada sekali. aku tour ke setiap bahagian, bilik dan ruang rumah itu bersama abah. berimaginasi apa yang akan aku lakukan dan bangunkan di ruangan tersebut. ada satu masa berbekalkan darah muda dan pengalaman yang masih hingusan, aku jadi obses dengan keinginan untuk deko rumah dengan pelbagai benda yang aku kira dah terpaling kreatif, terpaling tiptop pada masa tu. 


dan most of time aku akan share dengan Abah aku. cerita plan bodoh aku. buat rak bertingkat la, letak divider la, powder room la, tempah meja kayu berbentuk U la, nak warna lain lain setiap partition la, nak tanam pokok lah apa. semua aku lukis dan hamparkan, bentangkan untuk Abah. seingat aku Abah tak bagi respon sangat. hanya tersenyum melihat aku. mungkin dia tak sangka anak dia se’bolok’ ini haha.


tapi dia layankan saja. tak pernah takde masa untuk dengar cerita aku dan perancangan aku yang entah apa apa tu.




tapi tu lah. cerita dulu.



sekarang apa yang aku rancangkan dengan Abah tu langsung aku tak buat haha. tapi i did something better. and i know youll love it.


and i hope i’ll make you proud.


and umm,


i miss you, though. 


look at the stars, look how the shine for you. 






A.M.





Thursday, March 21, 2024

“Asaalamualaikum…”
“Waalaikum salam”, aku membalas.

Jam pukul 9.30 malam.

Wife aku baru sahaja pulang dari melawat tempat kematian ibu kepada colleague nya.

she appeared unsettled with gloomy face. her light pink tudung was a disaster. her eyes were red as her nose. she looked tired and messy.

she is grieving.

tengahari tadi dia dapat tahu yang ada mak kepada kawan sekerjanya nazak di hospital. kebetulan kami baru sahaja habis melawat Angah aku admitted semalam, dia minta izin untuk teman kawan dia, untuk mak kawan dia. and i said okay.

dia cerita she was there when everything happened. ketika dia sampai dia melihat sekujur tubuh yang gempal akibat anasarka, terbaring sejuk di atas linen putih bertulisan ‘Hak Milik Kerajaan’. tangan dan kakinya sejuk. kakak kawannya yang in denial keep asking doctor to check itu ini. tapi bagi wife aku, she was amazed by her friend. katanya kawannya itu sangat tenang. membelai ibunya, sambil membisikkan kata kata terakhir tatkala kakaknya sedang lost.

doktor datang, tiada cpr dilakukan. masa kematian diperiksa.

1:58 pm. lebih kurang.

wife aku hug the sister then she left in tears.

sebelum berbuka puasa, wife aku dan team pergi menziarah kematian sahabat mereka itu.


bagi wife aku, ini adalah first time she encounter death and feel the real sadness about losing someone. walhal itu mak kawan dia, not even her own mother pun. and she cried again for awhile.

wife aku follow rapat cerita mak kawan dia ni. sejak bila mula sakit, berapa kali admit, kenapa admit, bila discaj. aku cakaplah maybe you were already wallowed in her mother through updates and progress, made you feel like you actually know her personally walhal tak pernah jumpa pun. thats why awak sedih macam ni, kata aku.

and she nodded.

she put on her pink flowery pajama and lie in fetal position with her favourite “Kompilasi Lawak Kampus” Book in her chest. katanya nak tenangkan fikiran. then she asleep with her eyes still wet.

my first death encounter experience adalah ketika aku houseman, aku cuba selamatkan pakcik berumur 64 tahun, berada di ward ortho di ruangan isolasi akibat kuman jenis MRSA. selepas beberapa jam berhempas pulas, aku tidak dapat selamatkan pakcik tu. 

yang betul betul efek aku adalah ketika kematian abang aku, dan recently abah aku.

death is inevitable.

ia adalah suatu pengakhiran dan juga permulaan.

dan ia sentiasa berlaku tepat pada waktunya, tidak pernah diawalkan, tidak pernah dilambatkan waima satu saat.

kita mungkin cakap kita masih belum sedia untuk kehilangan.
kita mungkin cakap “alahai kesiannya anak si fulan ni mati muda”
“Allahu kesiannya orang tu semalam elok lagi hari ni dah takde.”

believe me, itulah waktu yang terbaik. sedia ke tak, itulah waktu yang tepat untuk mati. 

semoga keluarga arwah tabah menerima dugaan ini.
innalillahiwainnailaihirajiun.



“in the bleak of midwinter”



A.M.

Tuesday, March 05, 2024

Semenjak akhir 2022 abah tidaklah sihat sangat. selalu demam dan batuk. tapi abah tak pernah tinggal masjid.  pedal Honda C50 nya itu sentiasa dihenyak sampai ke surau dekat rumah. halaman rumah sentiasa terjaga rapi. walau uzur, abah tetap teruskan daily chores dia. kalau suruh rehat pun dia taknak.


November 2022 abah ummi dan adik ke Haramain untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah baginda Nabi SAW. aku maklum bahawa abah pun uzur dekat sana. banyak kali kami video call tanpa umi dan adik di samping abah. katanya penat sedikit selepas balik dari Madinah. walhal wajahnya pucat, matanya kuyu. tetapi tetap tersenyum.


sekembalinya mereka dari tanah suci, adik ceritakan semua apa yang berlaku. abah kehilangan selipar selepas ziarah, berkaki ayam sorang sorang mencari selipar kesayangan, beg koyak. lupa jalan pulang ke biliknya, berjalan berblok blok bangunan seorang diri. terpisah dengan adik dan ummi selepas keluar masjid, telefon tak bawa. tapi abah pesan, jangan cerita dekat anak anaknya. bercucuran air mata adik ceritakan benda ni semua. aku pun sama.


tubuhnya mulai cengkung dan susut. makan pun sudah mula memilih. taknak ayam tak rebus terlebih dahulu, daging pun kurang sebab tak boleh kunyah walau dengan gigi palsu. tapi abah masih abah. masih teruskan harinya dengan kudrat yang ada. masih gagah ke masjid setiap hari, ke masjid lain setiap pagi untuk mengajar mengaji. tapi abah mula jarang ke kubur setiap pagi sabtu sebab penat katanya.


June 2023 abah diuji lagi. Cardioembolic stroke. abah dapat penyakit baru, kena monitor INR, keep ratio 2-3. abah seorang yang berdisiplin, sudah tentu orang farmasi suka. monitor 2 3 bulan cantik ja result darahnya. selalu kena puji. selalu dapat TCA jarak lama, satu bulan, dua bulan. orang lain 2 minggu sekali. tapi sejak kena monitor INR ni dia jadi lebih pantang makan. daging merah tak boleh makan. ulam ulaman dan sayur hijau kegemaran pun tak boleh makan. satu satu nikmat abah ditarik. abah jadi makin kurus.


Alhamdulillah September 2023 abah sempat ke Penang ikut Kak Nur. adik cakap abah makan banyak sepanjang jalan jalan. alhamdulillah. ada satu kelegaan yang tidak diungkapkan. abah pun tak nampak letih dalam gambar.


Oktober pula kami sempat ke Hatyai. aku monitor sendiri abah. tengok stance dia, tengok appetite dia. aku rasa ok lah kot kan untuk orang tua. tapi dia banyak duduk. banyak rehat. untuk orang yang ada penyakit jantung dengan Ejection Fraction (EF) 18%, he was doing great. Kak Nor pernah cerita dekat kami adik beradik Abah memang berkeinginan untuk ke Hatyai sejak dia punya last visit many years back. so bucket list checked la for him, kan.


Akhir Oktober abah minta aku bawa dia ke Kampung Raja, Besut untuk attend akad nikah anak saudaranya. sepupu aku ni dia OKU mental retardation (lembam). kedua dua orang tua dia dah takda. adik beradik dia je yang monitor dia sekarang, tapi abah selalu ambil berat pasal anak saudara dia yang ni sorang. Abah jarang minta apa apa dengan aku, kecuali yang ini. so aku ambik cuti untuk bawa dia majlis tu. sepupu aku tu berumur lewat 30 an, pasangannya awal 70 an. selepas akad nikah abah kelihatan lega. kerisauan dia dah kurang. mungkin dia rasa sepupu aku tu bukan tanggungjawab dia lagi. dalam perjalanan pulang dari Besut, kami lalu jalan Pasir Tumbuh dan Peringat untuk ke Kota Bharu, abah sembang lebih daripada biasa.


1215 tengahari 30 November, aku mendapat panggilan daripada umi. katanya abah tidak sedarkan diri. ketika itu aku teman Muiz dengan Faizal makan tengahari di Pohon Nangka. pukul 1220 umi call lagi, abah masih tak sedar, umi tanya nak buat macam mana ni? aku minta umi bertenang. aku sudah dalam perjalanan pulang. sementara tu aku call Kak Nor, suaranya terdengar panik, aku minta dia call ambulance untuk ke rumah. 


1230 aku tiba di perkarangan rumah. aku minta Muiz dan Faizal duduk dahulu di ruang tamu sementara aku masuk ke dalam rumah.


the house felt so blue. the air was not cold, not hot either. no more scent of malaikat subuh on that afternoon. i heard voices, talking, crying. 


and there was him.


sitting on his favourite chair, motionless. i approached him.


he looks grey, yellowish pale. his eyes about to close, but not closed yet, just blank stared to me. i could see the both pupils dilated. his jaw dropped, his eyes sunked. 


i kissed his forehead.


“Oh Abah”, i said.


i checked his carotid artery, his left radial pulse. nothing pulsated. his hands were so cold. I put my stethoscope diaphragm on his chest, and i heard the most silence sound in the world. no beating sound, no lungs sound, nothing.


“Oh Abah…”, i said again.


and i hugged him tightly, put my cheek against him. I heard ummi was wailing, crying at the back. 


aku rangkul abah, peluk abah dan angkat dia daripada kerusi itu, dan letakkan dia di pembaringan. letakkan tangannya di sisi. sekujur tubuh aku selimutkan ke paras leher, dan aku berundur ke belakang.


aku berdiri di hujung kakinya, baru aku sedar. aku kehilangan seorang Abah.


Abah dah niat, kalau dia takde, dia nak disembahyangkan di tempat ramai orang. alhamdulillah. penuh masjid malam tu. kawan kawan surau dia, geng mengaji dia di masjid ni masjid tu. Dr wan, Muiz, Faizal pun ada sekali.


terharu betul. sungguh.




Hari ini sudah hari ke 96 kami hidup tanpa abah.



hilang sudah nikmat memiliki seorang Abah

takde dah orang yang tunggu aku dan anak anak aku di hadapan rumah hari hari

takde dah geng aku pergi solat jumaat

takde dah geng aku mengumpat ummi (haha)

takde dah bau wangi minyak attar ketika peluk

takde dah semua tu.


Abah sudah bertukar alam.

Abah sudah tiada.

Tapi Abah tak pernah pergi, Abah selalu di dalam hati.


Jarak 6 kaki tidak pernah aku rasa sejauh ini

sesungguhnya rindu tentangmu tak pernah pergi.

semoga kita berjumpa lagi.



al fatihah untuk Abah.






A.M.

Friday, January 26, 2024

Awal minggu ni wife aku tegur eh janggut awak dah ada uban. mula mula tak percaya tau, tapi aku bingkas bangun bergegas ke cermin.

ha ah. ada satu urat. panjang sama dengan yang lain. sama yang macam sudah dipotong. maksudnya dia sorang tu dah tumbuh dah lama cuma aku je yang tak perasan.

sebelum ni wife cakap ada je uban dekat kepala, satu dua urat. tapi aku tak kisah. dia memang cabut sesuatu daripada kepala aku, dan tunjuk dekat aku seurat rambut berwarna putih. tapi boleh jadi dia dah prepare awal awal untuk kenakan aku. so aku tak kisah sangat haha.

tapi kali ni, the feel hits different. sebelum ni aku asyik tertawakan kawan kawan aku yang kepala diorang beruban.

tapi kali ni, dia lain.

aku dah tua.

patutlah sekarang selalu sakit tubuh, sakit urat sakit belakang. patutla sekarang dah tak boleh nak makan lambat atau lewat malam nanti tak boleh tidur sebab perut jadi sebu dan gastrik, silap hari bulan muntah pukul 2 3 pagi. patutlah dah tak boleh nak lari bukan sebab sakit lutut tapi sebab malas. eh eh tu lain.

tanpa sedar limitation aku semakin mengejar aku. dah tak boleh tu tak boleh ni. kena sedar diri dah. kena betul betul jaga diri, jaga kesihatan dah. tak boleh dah nak buat macam muda muda minggu lepas. ehhhh.

hiks.

di usia semakin meningkat tiada apa yang aku mahu lakukan, selain terus berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang apapun, sering merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada, sentiasa charge iman supaya hati lekat dan tenang nak beribadah, bebas hutang, mati husnul khotimah, dan masuk syurga.


“Kalau interview tu ada 1000 calon, tapi dia nak 3 je, kau jadi salah satu daripada tiga tu”

- Dr Wan.




A.M.


Wednesday, November 15, 2023

Last few night dream was wonderful.


Abe casually came to me and asked me to walked with him. so we walked, strolled in Pasar Pagi in the neighbourhood.


He looked older, thinner, greyer. hair trimmed short. wearing his favourite blue black collared shirt with loose, seasoned jeans.


I was pushing Lily in her stroller. we talked about what is Lazada, what is qr code. we discussed things happened in Gaza.


then he said he must go back from where he belong later that night and i said okay.


while talking with my wife in living room, I asked her where is Lily? then she said last time she saw Abe playin with her in his room.


somehow i remembered Abe told me he wanted to pray isya’. i thought i need to fetch Lily then and then sebab Abe nak solat kan.


then i opened the door, saw him holding Lily in his qiam, rukuk and i’tidal, only put Lily down during sujood. man, he must have love Lily so much. come on. its Lily kot, everyone loves her haha.


after salam he apolgised to me, he must put Lily down because she is heavy and his lower back pain troubled him lately. before i reply anything, 


suddenly i woke up to darkness with warm tears flowing down onto my cheek. i was in my room with my wife and my Lily by my side.


Allahu i completely forgot Abe was gone. I have so much things, stories to tell you my man, and it was felt too surreal.


and I realised the brief moment with him is just the thing I need lately.


what is real anyway?



A.M.




Tuesday, October 24, 2023

Siapa je yang mengaku dia boleh mengawal nasib dan masa depan? ya kita hanya boleh merancang, dan tuhan yang maha menentukan semuanya. kita mungkin boleh layout plan bertahun tahun, beri nama pelan mapan, pelan strategik, plan terpaling hebat, tapi kembalilah kepada fitrah, kita hanya boleh merancang, berusaha dan tawakkal.


Kalau Tuhan nak uji jugak, lalu terima sahajalah. 


Sudah pasti ramai antara kita yang melalui fasa "why me? kenapa aku?" 


Selalu ingatlah bahawa kalau Tuhan bagi itu dekat kau, maknanya engkau mampu.


Jadi apa yang boleh kita buat? rayakanlah apa yang kita ada. rangkul dan syukuri. hidup ini adalah anugerah. terlalu banyak perkara yang kita perlu hargai, yang telah kita terlepas pandang.


Semalam aku telah saksikan satu penyatuan ikatan cinta antara dua jiwa. perkahwinan sepupu aku yang berumur 40 dengan suaminya yang berumur 70 lebih. menarik bukan? sebelum ini baca dalam surat khabar atau berita di jalur internet sahaja, kali ni benda ni real.


Kedua dua mempelai kelihatan gembira. ada beberapa adegan comel, masa nak bergambar la, nak sarung cincin lah. majlis akad nikah itu diadakan di masjid di Besut, dan dihadiri oleh beberapa orang terdekat sahaja, dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja.


Untuk aku yang jenis pemalas ni, aku memang jarang sertai. entahlah. 


Tapi untuk kali ini, aku hadir, atas permintaan Abah. ya, Abah jarang minta sesuatu daripada aku. kali ini dia nak sangat tengok anak saudaranya itu diijabkabul.


Sekembalinya kami dari majlis tu, Abah kelihatan sugul. aku bertanya kenapa. Beliau menjawab ringkas, risaukan anak saudaranya itu. sebab sepupu aku tu dia ada sejenis penyakit mental namanya bipolar disorder, aku rasalah. ada kalanya dia dalam remisi, adakala dia manic. so Abah aku ni risaulah kalau time dia manic tu si suami barunya tu tak dapat nak handle. 


Aku cakap pada abah


"Abah, semua benda yang abah risau telah berlaku. takpe. kita rehat dulu. kita tenang dulu, serahkan sahaja pada Tuhan. ada sebab Allah satukan dua orang tu sekarang"


Abah diam, memandang kehadapan.


"apa yang berlaku sekarang, apa yang berlaku lepas ni adalah luar jangkaan kita. yang penting apa yang berlaku dan akan berlaku adalah terbaik untuk diorang"


Abah tidak memberi komen selanjutnya. hanya diam. annoyed dengan aku barangkali haha!


Cerita lainnya, si Ben boleh dikatakan kemaruk dengan 7 Eleven selepas balik dari Hat Yai. yelah kalau dekat sana pantang tengok 7E terus masuk, tengok tengok, waima tak membeli apa pun. orang kelantan cakap, nok ko suasano.


Tatkala pulang ke Kelantan, dia jadi pantang dengan 7E.


Pantang tengok.


Kalau lalu tak singgah mesti meraung, bertempik, mengamuk. kalau pusing kereta masuk parking ja dah senyum sampai ke telinga. haih budak ni.



So semalam aku beli la jiwa dia singgah 7E. Sophie macam biasa "Opie nak air kosong jer" tapi bila aku cakap dia boleh minum air manis melilau juga matanya haha.


Jadinya senyum lebar la dua beradik tu semalam. haha. 



Nanti korang belajar betul betul, duit banyak, korang buat 7E satu dekat rumah ya!





A.M.

Sunday, October 22, 2023

Hari ni pagi pagi lagi tour guide bawa kami ke pergi breakfast dekat Khaled dan Mawardee (ah lupa nama penuh dia). okey okey je pilihan lauk pauk dia pagi pagi macam depan rumah aku je. tapi orang super ramai okey. beratur weh sampai luar, sampai ke tengah jalan. macam dah takde kedai lain. makan nasik pagi je pun. aku try nasi kerabu yang ummi order, emmm meh. aku makan nasi dagang dia (nasi separuh okey dont jaj). sedap!

kan aku dah cakap. choices lauk dia macam biasa ja. Adik aku cakap maybe kena pergi Bangkok baru boleh rasa makanan Thai yang sebenaq. tapi aku risau takda apa yang boleh dimakan haha

roti canai naa siam mari. rasa agak awkward. maybe goreng dalam minyak kelapa. sebab tak jumpa pun isi kelapa parut dalam ni tapi rasa dia obvious betul. sangat tidak diperlukan dalam sekeping roti canai. kuah dia macam emm lebih santan. 

again aku distracted dengan bendalah ni. distracted dengan keserabutan dia. masa aku ambik gambar ni umi baru je lepas terpeleot sebelum naik van. Allahu harap takde pape. esok aku pergi cek lagi. katanya bengkak. hmm

air yang tak dapat dihabiskan. tapau la ye dok


Kata abang tour guide kami on the way nak balik ke Rantau Panjang dah. sekali dia singgah kedai bakery weh. menarik aku rasa. location dia je lah yang tak menarik. tengah lalu highway dan kawasan perindustrian tiba tiba ada bakery. ah lantak kau bukan  bisnes aku haha. kedai ni cantik tau ala ala aesthetic gitu. ada ruang untuk duduk duduk. ada susunan barangan jualan yang cantik. ada kek span. carrot cake je takde. 

Karipap dia banyak variants tau. inti macam macam. tapi aku rasa tak cukup tertarik untuk aku beli. 

Dalam tu juga ada ruangan berdinding cermin kaca ya. ada lebih kurang 7 orang tengah bekerja, menguli tepung, mencanai tepung, membentuk inti dan memasukkan inti kedalam tepung lalu menjadikannya karipap. inti dia besar okay besar penumbuk Ben. kemas pulak tu buatannya. aku rasa kedai ni bebas tuduhan karipap oksigen.

kau Kokai, aku yang pokai tenene

display karipap yang banyak dan sedap. aku rasa la sedap. aku tak beli pun.

tenene

macam biasa terpaling shopping. dah la bakul tu berat awak seret macam tu je dalam kedai dia kennn

ni la ruangan bercermin tu. masa aku tengok diorang memproses karipap tu kan, semuaorang dalam tu tengok aku. turn off betul. aku pun lari. mengacau diorang agaknya. dah sapa suruh buat dinding see through macam tu!

hasil tangkapan. kek sponge oren bersama orange jello. katanya halal.

Bukan ke kedai Bakery je dia singgah. abang tour guide ni bawak lagi kami ke satu masjid sejarah di Pattani. nama dia Masjid Keresek. base dia just bata merah press yang tidak diplas dindingnya. konsep masjid open air gitu. tapi cantiklah. dalam tu ada orang kemas kemas, vakum vakum, susun susun. ada sorang budak ni berceloteh. dia cakap masjid ni pernah dibedil askar siam nak takutkan 32 orang yang tengah solat dalam masjid tu, sambil tunjukkan kepada kami beberapa lubang kesan tembak. aku tak dengar sangat sebab berpulas dengan anak anak dan tak boleh fokus sebab cuaca so panass (alasan).

Masjid Keresek. masjid ni function tau. solat jumaat solat raya semua solat pun bisa dong.

memang jenis tak suka diambil gambar. yang berseluar putih tu (Opie) pulak memang ready doplohpatjam.

pintu masuk utama.

first time tengok naskhah alquran dengan terjemahan bahasa Siam.


Bila dah tengahari abang tour guide tu tanya la kami nak makan jenis masakan panas ke atau kami nak makan jenis sup sup gitu. kami cakaplah nak makan jenis sup lah. dia pun bawa kami ke kedai makanan panas. eh eh dia ni tanya kemain last last bawak jugak. entahlah bang. asal abang happy. kedai ni terletak dalam satu kampung jauh di dalam Nara sana. katanya jarang tour guide bawak masuk sini sebab jauh. tapi sedap. 

Memang sedap sungguh alhamdulillah. aku ambik tomyam putih ayam sebab anak anak aku lemah tak boleh makan pedas. orang lain bedal macam macam. dan kedai ni murah tauuuu. yang makan macam shell out plus ada 4 jenis lagi lauk lain pun tak sampai RM60. menarik bukan? nama kedai aku tak ingat apo la.

bila minta ABC kan, dia tak guna sirap atau air gula lain tau. base dia sama je, cincau, buah kabung, ada cendol sikit buat rasa rasa tapi dia letak air gas, macam air fanta gitu. pelik tapi benda baru. tapi still pelik. tapi sedap. eh banyaknya tapi.

jenis suka makan air batu. lepas tu batuk. lepas batuk marah orang. orang sound dia balik dia nangis. pooodah

this one looks so delish tapi rasa dia pelik. garam gula rasa tu dah ada tapi ada satu jenis perasa tu yang overwhelm semua benda dalam tu. tak habis? tapau. jangan membazir nanti kawan dengan saiton


okey okey kali ni abang tour guide tu cakap betul betul nak balik dah. penat la perasaan kami diperkotak katik macam tu ja. kata nak balik tapi last last bawak jalan haha. sepanjang perjalanan pulang kami singgah di beberapa stesen minyak merangkap RnR tu. yelah dekat stop sini ada orang tu nak berak, orang lain taknak lagi. bila dah gerak dia pulak sibuk nak berak. maka jadilah stop berganda. takpa kami boleh rileks dan beli beli makanan dekat 7e. 7e dia menarik tau alah korang mesti dah tahu ni aku malas dah nak cerita.

ada banyak makanan yang ready to go. tunggu panaskan ja. jangan risau kalau bimbang tak halal. dia dah letak label siap siap halal food. insyaAllah halalan thoyyiban

snacks!

poky yang berbagai jenis

macam sedap pulak dia susun megi cup macam ni. aku tergodah

air dia bukan air slurpee je okay. 

megi cup biasa je tau tapi bila dah makan dalam travelling van ni vibe dia lain machiam. dah lah panas, susah pulak tu nak makan dengan van gerak gerak lagi.

i will come, for more!

standard PTT station ni dia collab dengan beberapa lagi food vendor yang lain. salah satu food best yang ada adalah Cafe Amazon! aku yang jenis tak minum kopi pun suka datang sini. kopi dia sedap betul wey tak tipu. aku suka ambik Amazon Extra, sebab dia extra coffee, extra bitterness. less milk, regular sugar. 

selain tu dia juga ada jual tea. dan jugak merch lain. hari ni aku rasa gatal tangan beli tumblr kopi. tapi sayang tertinggal. takpe bukan jodoh.

Cafe Amazon, cafe kopi yang tersedap di alam semestah!

in case uols tak nampak so i zoomkan teros

Bebe dalam kenangan

kenapa berlegar di kaki aku dek aku bukan mak kau. lagi satu kenapa telinga kau berdarah dek


dalam pukul 6 petang kami tiba di imigresen Sungai Golok, seterusnya beratur pula di Imigresen Rantau Panjang. syukur pada Ilahi barisan tak panjang sangat dan urusan dipermudah dan super cepat. 

antara benda yang aku kesalkan. benda ni function teruk ko. sistem dah elok beratus ratus ribu last last jadi macam ni je. aku agak kecewa la sebenarnya

aku baru sampai dan baru boleh rehat sebenarnya ni. sebelum mood hilang aku terus update story. sebab knowing me lepas habis vibe aku dah malasss nak update. haha.


terok perangai. bai aku nak tidoq!





A.M.

Thursday, October 19, 2023

Kali ni aku nak cerita kisah jalan jalan dengan keluarga. Dah lama sangat dah rancang sampai aku sendiri pun hampir lupa ada plan ni. maybe aku je kot sebab aku sibuk dengan benda lain. tapi aku perasan la wife asyik beli baju baru untuk dia, untuk anak anak sekali. beli itu beli ini. mula mula aku ingat buang tebiat tapi bila ingat balik ha ah la. nak jalan jalan haha.


Jadi kemana kita ni?!

Sini sini! ke Thailand! dekat ja, takde lah sampai Switzerland, China ataupun Jawa Timur.


Trip ni diuruskan mainly oleh adik aku. kami ambik pakej 3 hari dua malam, ke Hat Yai sekali dengan tour guide, lebih kurang RM 533 per day. aku pergi ni dengan zero knowledge ya. kakak aku sibuk share video Tiktok posing ambil gambar, tempat best di Hat Yai dan macam macam lagi dan aku hampir tidak ambil kisah. aku sibuk! haha

Kami bertolak dari rumah jam 5.30 pagi ke Masjid Beijing di Rantau Panjang. kebetholan orang nak solat Subuh, maka kami join sekali. aku tarik Ben sekali untuk join jemaah. ni kali ketiga aku bawak dia ke masjid. first time di Kuala Perlis, kedua di Masjid Besar Kubang Kerian, ketiga yang ni.

Bagus budak ni. tak kacau orang sembahyang. kacau aku jelah. duk bergayut dekat kaki aku. 


Sampai di Pusat Imigresen Rantau Panjang, kami terus beratur bersama puluhan orang yang lain, yang kemudiannya menjadi ratusan. untuk masuk ke sana ada dua kaunter utama, iaitu 11 dan 12. lama la juga beratur ya. aku risaukan Abah je dia nampak penat sangat tapi alhamdulillah semua okay. anak anak dah hampir nak terbang nasib baik urusan pegawai imigresen tu agak cepat.


Lepas je imigresen Malaysia, kami mula naik van Toyota Hiace yang sudah dijanjikan. aku ingat semua dah setel  ya dah boleh hora horey di Tanah Siam. rupa rupanya kena pergi ke Imigresen Thailand pula. nasib baik sekejap jurrr alhamdulillah.


Destinasi pertama kami adalah satu kedai sarapan pagi. lauk pauk ala ala lauk pagi kami disini je. cuma yang beza kuih dia besar besar gemok gemok. harga-wise, lebih kurang ja dengan KB. rasa pula? sedap nasik depan rumah aku lagi ha! marah marah!


suasana Sungai Golok jam 9 pagi

makanan dia boleh tahan lah. tengok percik perut ayam belakang tu semua besau besau, tebal tebal. sedap!

solok lada dia memang banyak tak boleh bawa berbincang okay!

Haha!


Destinasi kedua pula ke Pai Na Hara (betul ke eja macam ni eh?) masuk kena bayar okay. 30 baht sorang. tempat ni macam best jugalah. banyak instagrammable point. aku macam biasalah tukang ambik gambar ja haha. tak lama spend masa sini sebab cuaca so panas lit lit sampai lembik otak aku.

cantik macam ekor musang kan?


banyak point yang cantik. malas pula nak upload.

Seterusnya kami ke tempat viral di Summer Thorn. viral sebab apa? sebab masa makan nanti ada kapal terbang lalu atas kepala haha. lokasi dia tepi pantai, just next to Narathiwat Airport. ramai lah sangat orang. makanan dia bagi aku so so ajer. tidak ada yang wow. tapi adik beradik aku cakap sedap. well, agree to disagree.

siakap tiga rasa ni boleh tahan la.

seingat aku gambar ni la yang aku struggle nak ambik. susah sangat nak fokus. aku tap gelas instead of skrin fon untuk fokus. tak ke susah macam tu? ah buruknya tangan gue!

kerusi healing dimana mana

Oh lupa aku tak snap gambar kapal terbang lalu sebab time tu tengah ambik pampers Lily dalam van dan tangan aku tengah handle Ben, tak sempat nak snap. apapun, simpan dalam ingatan cukuplah, kan? (padahal menyesal sebab view so cantek!)

Perjalanan ke Hat Yai dari Nara ambil masa 2 jam. seperti diceritakan oleh member yang dah pernah berkunjung ke Hat Yai, jalan di Siam ni sentiasa double lane dan lurus sahaja. pickup truck yang single cab dah modified truck bed dia sangat lah banyak. motosikal pun bersepah. armoured vehicle yang besar gabak pun banyak di park di tepi lebuh raya. occasional roadblock pun ada ya. aku syak polis Thai tengah cari orang hmmm.

sepanjang jalan ke Hat Yai kan ada banyak stesen mintak nama Ptstation. gas station dia ni macam RnR tau. wajib ada 7e, Cafe Amazon, dengan fast food nama five stars kot lupa. musalla dan tandas yang cantik dan bersih pun disediakan tau

di sini bersepah lori macam ni. macam ada main body dengan extension caboose alah macam keretapi tu. menarik bukan? bila fikir balik aku pun tak sure ada ke tak trailer panjang tu dekat Thailand ni


Tok Mi dan Cik Su layan si Lily lagu Wheels On the Bus almost along the way. aku yang mendengar pun penat

Kami tiba di Hat Yai sebaik sahaja masuk waktu Asar. kami checked in di Siam Mansion. untuk 2 star, aku rasa hotel ni sangat luxury. dah lah murah, furniture semua minimalist, bilik air cantik. ada ruang legar yang cantik. watercooler bersepah. memang cantik weh.

tempat tidur untuk trip kali ni

ada tut tut depan hotel!

jom naik tut tut! 20 baht ja sorang

Jam lebih kurang 530 petang, tour guide bawa kami round round bandar Hat Yai yang cantik dan sibuk ni sementara dalam perjalanan ke destinasi makan malam kami.

steambot! 229 baht ja sorang. kanak kanak bawah 150cm semua free. sangat murah okay. lauk sangat banyak! saya suka SAYA SUKA!

steady je hidang udang galah bertimbun. orang duk ambik banyak kali pun tak habis!

siakap gais untuk all-you-can-eat! ada servis untuk bakarkan. lauk pauk lain sangat banyak, dari buttermilk prawn, sup perut, laksa siam. sushi bersepah. lauk untuk bbq banyak. pilihan air pun banyak. cuma yang aku pelik, takde kambing. takde kambing ya sengsara betul.


Kalau ikut plan asal, itinerari seterusnya adalah ke Asian Night Market tapi aku dan family kecilku terpaksa abandoned the plan sebab anak anak dah cranky, mengantuk sudah. dah time tidur. so kami pun minta diri dulu, sementara yang lain terus ke destinasi seterusnya.


Lemah! haha. anak anak aku la, bukan aku. hiks.


Tu je untuk hari ni. kalau rajin aku update lagi besok.


Itupun kalau rajin lah haha!









A.M.