Siapa je yang mengaku dia boleh mengawal nasib dan masa depan? ya kita hanya boleh merancang, dan tuhan yang maha menentukan semuanya. kita mungkin boleh layout plan bertahun tahun, beri nama pelan mapan, pelan strategik, plan terpaling hebat, tapi kembalilah kepada fitrah, kita hanya boleh merancang, berusaha dan tawakkal.
Kalau Tuhan nak uji jugak, lalu terima sahajalah.
Sudah pasti ramai antara kita yang melalui fasa "why me? kenapa aku?"
Selalu ingatlah bahawa kalau Tuhan bagi itu dekat kau, maknanya engkau mampu.
Jadi apa yang boleh kita buat? rayakanlah apa yang kita ada. rangkul dan syukuri. hidup ini adalah anugerah. terlalu banyak perkara yang kita perlu hargai, yang telah kita terlepas pandang.
Semalam aku telah saksikan satu penyatuan ikatan cinta antara dua jiwa. perkahwinan sepupu aku yang berumur 40 dengan suaminya yang berumur 70 lebih. menarik bukan? sebelum ini baca dalam surat khabar atau berita di jalur internet sahaja, kali ni benda ni real.
Kedua dua mempelai kelihatan gembira. ada beberapa adegan comel, masa nak bergambar la, nak sarung cincin lah. majlis akad nikah itu diadakan di masjid di Besut, dan dihadiri oleh beberapa orang terdekat sahaja, dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja.
Untuk aku yang jenis pemalas ni, aku memang jarang sertai. entahlah.
Tapi untuk kali ini, aku hadir, atas permintaan Abah. ya, Abah jarang minta sesuatu daripada aku. kali ini dia nak sangat tengok anak saudaranya itu diijabkabul.
Sekembalinya kami dari majlis tu, Abah kelihatan sugul. aku bertanya kenapa. Beliau menjawab ringkas, risaukan anak saudaranya itu. sebab sepupu aku tu dia ada sejenis penyakit mental namanya bipolar disorder, aku rasalah. ada kalanya dia dalam remisi, adakala dia manic. so Abah aku ni risaulah kalau time dia manic tu si suami barunya tu tak dapat nak handle.
Aku cakap pada abah
"Abah, semua benda yang abah risau telah berlaku. takpe. kita rehat dulu. kita tenang dulu, serahkan sahaja pada Tuhan. ada sebab Allah satukan dua orang tu sekarang"
Abah diam, memandang kehadapan.
"apa yang berlaku sekarang, apa yang berlaku lepas ni adalah luar jangkaan kita. yang penting apa yang berlaku dan akan berlaku adalah terbaik untuk diorang"
Abah tidak memberi komen selanjutnya. hanya diam. annoyed dengan aku barangkali haha!
Cerita lainnya, si Ben boleh dikatakan kemaruk dengan 7 Eleven selepas balik dari Hat Yai. yelah kalau dekat sana pantang tengok 7E terus masuk, tengok tengok, waima tak membeli apa pun. orang kelantan cakap, nok ko suasano.
Tatkala pulang ke Kelantan, dia jadi pantang dengan 7E.
Pantang tengok.
Kalau lalu tak singgah mesti meraung, bertempik, mengamuk. kalau pusing kereta masuk parking ja dah senyum sampai ke telinga. haih budak ni.
So semalam aku beli la jiwa dia singgah 7E. Sophie macam biasa "Opie nak air kosong jer" tapi bila aku cakap dia boleh minum air manis melilau juga matanya haha.
Jadinya senyum lebar la dua beradik tu semalam. haha.
Nanti korang belajar betul betul, duit banyak, korang buat 7E satu dekat rumah ya!
A.M.



