Selalu saja aku tengok wife dan anak anak aku main. diorang akan duduk satu tempat, tak kira lah dekat ruang tamu ke, ruang solat ke dapur ke, main macam macam game, board games ke card games ke. ada juga diorang melukis dalam drawing block masing masing. wife aku provide sorang satu dapat satu set marker acrylic yang bermutu tinggi so that dapat color cantik.
dan diorang spend untuk beberapa waktu, dan terus bersama walau ada yang gaduh ada yang merajuk, ada yang dah mula bosan dan bergomol sama sendiri (terutama yang kedua dan ketiga).
dan aku perhati dari jauh, rasa syukur dalam hati sebab Tuhan berikan kami rumah untuk berlindung, makanan yang cukup, tidur malam yang mententeramkan dan banyak lagi. ada lagi benda yang aku perhatikan, iaitu mereka nampak sudah lengkap berempat. sudah mampu gembira dan cukup tanpa aku.
untuk banyak sebab, aku rasa wife aku adalah the better parents for them. dan wife aku pernah clarify yang for the last 10 years, aku tak pernah kisah pasal anak, 100% hanya dia, dan dalam kepahitan, aku setuju. wife aku boleh kekalkan emosi yang stabil dalam hadap perangai sorang sorang. takde burst out macam aku. aku selalu kalah pada emosi. wife aku juga better dalam melayan kehendak anak anak. mostly apa yang anak nak akan dapat, sooner or later. setiap malam tanpa jemu akan jenguk bilik anak anak untuk mereka bermanja sebelum tidur. aku pula? memayahkan keadaan ada lah. kalau anak nak sesuatu, aku make sure yang diorang kena bekerja atau tunjuk effort yang kena dihati aku, baru aku bagi, pada kadar minimum. haha.
beberapa hari lepas wife aku ada tolong kawan dia dalam urusan hak penjagaan anak dengan bekas suami yang akhirnya hak hadhanah jatuh pada suami, bukan pada isterinya, kawan wife aku tu. pada malam terakhir di Parit Buntar, wife aku ada tanya in case perkara tersebut melanda rumah tangga kami (mintak jauh, amin), macam mana dengan anak. aku? dengan no brainer jawab, anak anak ambik dekat awak.
then wife aku cakap “yes!”. nampak gembira.
entah apa nak digembirakan, cerai tak pernah ada dalam kepala aku.
senang je aku cakap, kan? sebab aku fikir anak anak aku akan sukar hidup diorang dengan aku, sebab aku akan memayahkan hari hari diorang dengan task dan chores supaya diorang boleh earn respect aku, yang aku tahu, benda tu tak sihat untuk mental diorang. aku tidak pernah nampak wife sebagai petanding, selalunya adalah partner dalam team ni untuk besarkan tiga orang anak agar berjaya dunia dan akhirat, soleh dan solehah. dan jikalau semua ni satu perlawanan, obviously wife aku adalah the better contender.
dan jujur aku rasa anak anak lebih happy dengan wife aku.
selepas conversation tu, aku rasa pandangan aku terhadap macam lain. macam, kalau baik mana pun yang aku buat, ibu diorang juga yang akan diorang nak. aku akan tersia. tapi aku fikir juga, adakah dengan perangai aku macam ni adalah benda yang nak anak aku ingat tentang aku? seorang ayah yang childish dan pentingkan diri?
semestinya tidak.
bila fikir balik, aku rasa benda ni common. anak akan dekat dengan ibu diorang. aku sendiri pun, mula hargai Abah aku setelah aku dewasa. anak aku akan sedar yang aku ada, bila mereka sudah matang. maybe sekarang diorang subconciously tahu aku ada. entahlah.
kesedaran yang lambat. memang lambat. tapi itulah kitar hidup.
jujur pada saat ini aku hanya harap boleh jadi the better Abi untuk anak anak aku. tak kisah apa jua rintangan yang datang.
at least aku ada.
tulisan ini bukan kritikan, sebaliknya satu refleksi untuk diri sendiri sahaja.
Mofar Rahman


