Showing posts with label Self Reminder. Show all posts
Showing posts with label Self Reminder. Show all posts

Friday, April 11, 2025

payah juga nak mula balik benda yang dah lama aku tinggalkan. blog ni aku abadoned for sometimes, dan aku akan kembali lagi. banyak yang aku nak ceritakan, tapi mood tu tak hadhir. hari tu puasa. lepas tu raya. now apa lagi alasan yang kau nak bagi din?

aku kerap tanya chatgpt atau grok atau deepseek. apa benda yang perlu aku tulis. diorang selalunya tanya what type of blog is this? then aku cakap la blog ni personal dimana aku selalu akan update pasal life aku, anak anak aku, progress sana sini. mostly pasal aku, the main character of my story. then diorang suggest maybe aku boleh start dengan apa yang aku rasa.

for now, aku rasa malas.

most of the time previously aku akan blogging through aku punya telefon. tapi la ni google dah berantakan. dah tak bagi upload gambar melalui fon. sudah berbulan bulan aku cuba. turn off betul.

so kalau nak upload sesuatu bergambar, it is recommended untuk guna desktop atau pc.

cait! i aint got time for that.

walauapapun aku cuba jadikan benda mengarut yang chrome sediakan untuk aku ini sebagai challenge. yah!


alang alang dah guna pc ni kan aku belanja la satu benda rare di tengah tahun ni hahah!
habis satu bekas semalam. suka betul ya budak budak ni durian. 




dan selamat hari raya!




A.M.

Thursday, December 05, 2024

Pagi tadi dalam ofis selepas selesai sesi CME forensik, aku panggil En Nik.


“En Nik, nah!” seru aku sambil menghulurkan sesuatu.


“apa ni boss” seraya membuka bungkusan itu.


di dalam bungkusan tu ada beberapa keping papan tanda kecik dan sederhana besar berukuran saiz pembaris pendek dan dua papan tanda parkir bersaiz A4.



“arrrr” 


aku hanya mengangkat kening sebelah.


En Nik membawa barang tersebut dan tunjukkan ke staff lain. katanya bagus untuk pembaharuan cara kerja di forensik. so far mendapat respon yang baik. semua yang ada kelihatan teruja.


aku rasa sesuatu.


I think I like this feeling. feels like victory ececeh.

yelah sejak 2007 lagi forensik beroperasi di Kota Bharu ni, ni baru ada orang ambik inisiatif untuk menaiktaraf penggunaan label untuk tujuan pergambaran ketika bedah siasat. menggunakan kepingan akrilik instead of mere simple tounge depressor.


dan aku lah orang tu herherher.


everyone seems to love the result. maksud aku, the end, “the victory”. tapi tak semua yang tahu proses yang aku lalui. 


curi masa in between report buat design, struggle dengan apps yang out to date, ukuran di plate yang tidak ratio 1:1 cm dengan pembaris, tak betul kena buat lagi. bila buntu tak tahu tanya siapa since aku sorang je yang reti photoshop. 


tapi by in the end of the day, I did it, and I did it alone.


Ramai orang suka the idea of success. tapi tak suka the idea of struggle in the making.


macam aku.


best jadi pakar. membayang imaginasi indah kehidupan setelah menjadi doktor pakar.


tapi tak suka menghadapi labwork, pengisian log book, menghadiri kelas setiap pagi, present CME almost everyweek, burn the midnight oil almost everynight, attend study group in the weekend, tinggal anak bini untuk join kursus jauh jauh, buat thesis, buat research.


how can you achieve victory without loving the pain?


ada je orang nak pasangan bahagia dan hidup harmoni dalam rumahtangga, tapi tak sanggup nak bertolak ansur, tak reti nak small talk, tak rela ego direndahkan, mudah terasa ketika ditegur dan macam macam lagi.


ada yang nak tubuh idaman, kurus dan kekar, tapi tak ramai yang sanggup menjaga pemakanan, buat larian rutin, buat repetitive workout with multiple sets and round, luang masa dan wang, menghadapi sakit tubuh selepas bersenam.


aku rasa untuk berjaya dan dapat apa yang kita nak, instead of tanya kejayaan jenis apa yang kita nak, kita tanya


perang apa yang kita sanggup tempur?

cabaran apa yang perlu kita hadap?

what kind of pain to achieve that?


sebab berhalu itu gratis, dan kejayaan sebenar itu sangatlah mahal.


maybe there is joy that can be found in the midst of struggle?


selamat berperih, pejuang impian!



A.M.

Tuesday, May 28, 2024

Bila pada akhirnya kita memilih untuk menjadi tenang, banyak perkara yang kita harus tinggalkan.


too many goodbyes.


but this is the only way.


Thank you for the ride. be happy with your life and forget my name.



A.M.

Thursday, April 04, 2024

Adapun di mana mana seluruh pelusuk dunia ada satu pokok yang bercambah saat kita dilahirkan dan terus bertumbuh dan menua bersama kita.


keren nggak?



semoga terus hebat bersama





A.M.

Tuesday, March 19, 2024

Tempoh hari ketika doom scrolling di salah satu medsos aku, aku terjumpa satu post ni. tak sure platform mana. dan isi kandungan post tu keep lingering in my mind.


jika kita set kepala kita nak tengok kereta warna hitam, maka atas jalan nanti masa tengah drive kita akan jumpa banyak kereta warna hitam, samada in the same lane or the opposite, malah yang tengah parking.


jika kita set kepala kita nak tengok orang pakai tudung biru dekat mall, maka banyak la orang yang pakai tudung biru yang akan kita terserempak nanti.


jika kita mulakan hari dengan mencari peluang, nanti banyaklah peluang dan muka muka rezeki akan memunculkan diri. atas nak terima atau tak je.


sama juga.


jika kita mulakan hari dengan hati yang tak best, merungut. insyaAllah kita akan jumpa lagi banyak perkara atau hal yang boleh kita rungut dan kesalkan.


semua bermula dengan kita.


its up to you, how youre gonna go through your day, either live it or destroy it.






A.M.

Friday, February 16, 2024

Aku tak faham lah benda ni. serius.


aku tak faham bila ada orang cakap pada akhirnya dia akan sendiri. walhal aku nampak dia dikelilingi ramai orang. kenapa nak sendiri pulak? berjuang seorang diri? 


begitu juga dengan wife aku.


kebelakangan ni dia selalu sebut hanya saya seorang je yang boleh handle benda ni, dan saya keseorangan. no one can understand her, katanya. aku jadi bengang la jugak. i told her i am always be there for her (trying everytime) and ready to listen to her thought and rants, daily ball busting life. and most of times i didnt understand her, she said. sampai at one point she refuses to share anything, katanya bila dia share dia jadi berharap, dan bila orang tak faham dia akan frust, basically her thought eats her alive, and we quarrelled about this many times.


agh. sakit otak.


tadi masa tengah dodoikan Lily, aku teringat, at a one point of my life, aku pernah merasa begitu.


yep that shitty feeling was real. you think bila dah share everything dengan someone, even the closest to you, even dia cakap dia faham keadaan kau, kononnya terpaling memahami, the truth is, they were never close to it. 


and by the end of the day, the only person you get is you. its always you. hanya kau sendiri boleh faham diri kau, bukan orang lain. 


definitely.


be your own light, be the main character of your own life story, be the one who can lead yourself,  be- you get the idea, right?


be your own hero means, pull yourself together, save yourself, be better. be better than yesterday. be better self than you were 10 seconds ago.


start with little change. 


and always be kind to yourself and everybody you meet for everyone has their own silent battle.


to my dearest,

I am always around for you, and please bagitau if you want me, because i cannot know whats in your heart and whats in that big beautiful mind of yours!









Aku pun sekarang tengah rasa ada something tengah simmering, cooking inside me and gonna hit me like a tsunami one day haha. 


apa tu? entah? i always choose to ignore it.




A.M.

Wednesday, February 14, 2024

Lewat kini, aku mula merasakan andai kalau aku bersabar lebih sedikit daripada biasa, banyak hal akan dapat diselamatkan.





A.M.

Sunday, February 11, 2024

Kalau keje kita asyik komplen even the slightest smallest things, Allah akan uji kita dengan bagi lagi banyak ujian untuk kita rungut sampai kita terlupa untuk mensyukuri pemberiannya.

Pagi ni aku bangun dari tidur, perkara pertama yang terlintas adalah carrot cake, dan jujurnya aku tak tahu kenapa.

aku bagitahu wife aku, dia cakap okey jom cari.

tapi for the whole day weve been busy. pergi sana situ sini sampai terlupa terus pasal kek tu.

jadi malam ni bila semua benda dah usai, aku kembali ke carrot cake. dah malam ni aku buka grab je lah.



so here it was. my wife told me this cake was sweet and biaso jurr. takde wow factor. dan aku tak perlu jadi food connoisseur untuk bersetuju dengan wife aku. haha. anyway I enjoyed the cake very much, alhamdulillah.





A.M.

Wednesday, February 07, 2024

Minggu lepas, ketika dalam tengah beratur untuk naik Air Asia untuk pulang ke KB, aku rasakan ada congestion dalam line ni. beberapa ketika aku terdengar ada beberapa suara ditinggikan, satu agak tegang dan satu suara lagi lebih tenang. aku panjangkan leher dan telinga untuk mengakses keadaan.


rupa-rupanya ada seorang makcik berkerusi roda tengah quarrel dengan stewardess atas hal direction mana yang lebih selamat untuk menaiki pesawat, samada dari arah depan ataupun daripada arah belakang. pertelingkahan dalam 30 minit jugak la. ada timbul baur baur ketidakpuashatian dalam nada makcik tu.


“you should know your job”

“this one is not safe! ive been boarding for many years, ni kali pertama pelik macam ni”

“ dont touch my wheelchair!”


sebaliknya si pramugari hanya menjawab selamba dan tenang. nampak juga stress pada raut wajah, namun apakan daya. customer is always right. ah mampus.


ada beberapa abang yang pakai headphone penyahbunyi, meredakan keadaan, dan barisan tu pun decongested. alhamdulillah. selesai.


ketika dalam flight, kebetulan makcik tu duduk belakang seat kami and guess what, she didnt stop complaining. tambah pulak orang sebelah dia duk tambah kuah, lagi sedap dia merapu. orang di sekelilingnya rasa kaget, termasuklah aku.


tanpa melihat rupa sebenar makcik tu, aku berfikir, rupanya begini lah kot rupa orang yang kuat complain. semua benda nak complain. hal besar ke hal kecik ke. semua benda nak jadikan issue. dan aku rasa tak selesa hanya mendengar suaranya.


agaknya begitulah pandangan orang terhadap aku bila aku complain. sebab aku ni suka complain haha.


dan aku rasa aku perlu stop dah benda benda camni. aku dah tua, tak semua benda aku kena bubuh dalam kepala. some things aku hanya perlu observe dan redha, selagi tak menyusahkan orang dan aku tak boleh control. 


sebaliknya, hanya fikir untuk improve diri dan orang orang terdekat, banyakkan bersyukur.



itu je.






A.M.

Friday, January 26, 2024

Awal minggu ni wife aku tegur eh janggut awak dah ada uban. mula mula tak percaya tau, tapi aku bingkas bangun bergegas ke cermin.

ha ah. ada satu urat. panjang sama dengan yang lain. sama yang macam sudah dipotong. maksudnya dia sorang tu dah tumbuh dah lama cuma aku je yang tak perasan.

sebelum ni wife cakap ada je uban dekat kepala, satu dua urat. tapi aku tak kisah. dia memang cabut sesuatu daripada kepala aku, dan tunjuk dekat aku seurat rambut berwarna putih. tapi boleh jadi dia dah prepare awal awal untuk kenakan aku. so aku tak kisah sangat haha.

tapi kali ni, the feel hits different. sebelum ni aku asyik tertawakan kawan kawan aku yang kepala diorang beruban.

tapi kali ni, dia lain.

aku dah tua.

patutlah sekarang selalu sakit tubuh, sakit urat sakit belakang. patutla sekarang dah tak boleh nak makan lambat atau lewat malam nanti tak boleh tidur sebab perut jadi sebu dan gastrik, silap hari bulan muntah pukul 2 3 pagi. patutlah dah tak boleh nak lari bukan sebab sakit lutut tapi sebab malas. eh eh tu lain.

tanpa sedar limitation aku semakin mengejar aku. dah tak boleh tu tak boleh ni. kena sedar diri dah. kena betul betul jaga diri, jaga kesihatan dah. tak boleh dah nak buat macam muda muda minggu lepas. ehhhh.

hiks.

di usia semakin meningkat tiada apa yang aku mahu lakukan, selain terus berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang apapun, sering merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada, sentiasa charge iman supaya hati lekat dan tenang nak beribadah, bebas hutang, mati husnul khotimah, dan masuk syurga.


“Kalau interview tu ada 1000 calon, tapi dia nak 3 je, kau jadi salah satu daripada tiga tu”

- Dr Wan.




A.M.


Tuesday, October 03, 2023

Adakala kita selalu menginginkan masa lalu. tidak dapat tidak pasti hati pernah dijentik

“indahnya kalau aku dapat diri aku yang dulu”
“seronoknya kalau arwah ada lagi”
“rindunya dekat kawan kawan sekolah menengah dulu”

padahal kita lupa, kita sudah beranjak ke masa yang baru, kehadapan.

padahal kita lupa apa yang kita ada pada hari ini adalah yang terbaik untuk kita.

andai kata kita merasakan masa lampau adalah terbaik untuk kita, jadi mengapa Tuhan memisahkan semua dan pertemukan kita pada jasad, waktu dan suasana yang baru?

ya betul. He knows best.

dan kita sebagai hamba, teruskan menjadi hambaNya. jangan sesekali persoal kerja urusan kerja Tuhan.


favourite picture of that day. nampak ni dalam perjalanan nak fetch anak anak. syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah.



entah entah sampai hujung jalan sana, unlock kereta Alphard ha!





Astaghfirullah, Faizzudding!


hiks!




A.M.

Monday, September 25, 2023

Banding

Janganlah kita nak bandingkan diri kita dengan orang lain, lepas tu rasa down. kalau banding, buat jadi semangat nak bina diri dan jiwa, yang tu takpe.


kita nampak orang berjaya hari hari, flex kekayaan, dapat beli itu ini, memiliki harta yang melimpah ruah. kita taknampak diorang punya bad side, the untold side. susah payah, jatuh bangun. berapa kali gagal berapa kali kena tipu.


yang nampak hanyalah end product.


setiap manusia tuhan bagi 24 jam. tak lebih dan tak kurang. kalau seorang tu dia lebihkan masa dia dekat satu bahagian, dia pasti akan kekurangan dekat bahagian yang lain. 


sebab dia dan kita adalah manusia. manusia tidak boleh ada semua.


hargai apa yang ada, buat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling, dan be better than yesterday, everyday.


hidup ini keras. jiwa tak boleh lembik!



melainkan kau seekor kucing. kerja kau mengiau je haha!

Wednesday, September 20, 2023

Hasanah

Hasanah yang aku maksudkan bukanlah nama orang. Hasanah ni lebih bermaksud kepada goodness, kebaikan. sebarang kebaikan yang kita minta, mohon kepada Allah Azza wa Jalla.


Kebaikan yang kita minta bukan sahaja kepada sahsiah dan pembangunan diri, namun dalam pelbagai aspek. hasanah kita dalam hubungan sesama manusia, hasanah dalam usaha dan rezeki kita, hasanah dalam kehidupan di dunia malah hasanah juga diakhirat.


simple.


Tuhan sudah kumpulkan semua kebaikan yang kita perlukan dalam satu perkataan, dalam satu ayat dalam bukuNya. hasanah yang kita perlukan didalam kehidupan sebagai seorang pengembara di dunia sementara.


cuma tinggal kita sahaja untuk meminta. 


itu pun tak mampu nak minta lagi. selepas bagi salam kiri dan kanan terus lipat sejadah, bangkit dan kembali ke urusan dunia. tak cukup masa katanya. sibuk!


dalam dunia akhir zaman tatkala manusia berpusu pusu mengejar duniawi, mampu berdoa selepas solat adalah rezeki.


tahu?

seharusnya teguran ini adalah untuk diri sendiri








Wednesday, March 29, 2023

Tolong

Ya Allah, banyak yang aku tak tahu tentang dunia ni.

Ya Allah, aku terlalu muda untuk mengatakan yang aku sudah makan garam, banyak yang aku lalui

Ya Allah, lindungilah aku daripada apa yang aku tahu, lindungilah aku daripada apa yang aku tak tahu yang boleh memudaratkan aku,

Ya Allah selamatkan aku daripada perkara yang aku anggap betul padahal ianya salah

Ya Allah selamatkan aku daripada fikiran aku

Ya Allah selamatkan aku daripada hati aku

Ya Allah selamatkan aku daripada perasaan aku

Ya Allah selamatkanlah aku daripada diri aku sendiri


Hanya Kau yang tahu tentang aku, hati budi aku, kejahatan aku, kelemahan aku. apa yang aku nak, apa yang aku perlukan. Hanya Kau yang tahu apa yang boleh memusnahkan aku, memudharatkan aku. kerana Kau tuhan aku. Kau cipta aku. Kau menyebabkan aku wujud.


Ya Allah kuatkan aku ketika lemah

Ya Allah bantulah aku ketika aku sedih

Ya Allah celikkanlah mata aku ketika aku buta

Ya Allah ampunkan dosa aku yang sengaja dan tidak sengaja


Ya Allah, tolong selamatkan aku daripada diri aku sendiri. Tolong. Tolong ya Allah.


Monday, February 06, 2023

Pakcik Grabfood

Jam menunjukkan pukul 915 malam. wife minta tolong aku ambilkan makanan dia order dari grab food. aku okey je. sambil kunci pagar utama rumah, apa salahnya ye dok.


selang lima minit aku mendapat panggilan melalui telefon wife aku. tertera paparan aplikasi grab dan nama penghantar makanan “Bustaman”


this is it. lets go!


so tunggu punya tunggu, direction pun sudah diberikan, dari jauh hujung jalan aku ternampak satu kereta proton wira yang sudah lanjut usianya dengan deruman enjin yang mengaum. nak reverse je pun tapi ngauman dia lain maciam. ye lah kereta lama kan.


setelah proses pengunduran berjaya, kereta tersebut perlahan lahan menukar arah, maju ke arah aku. 


bek bek bek bek bek. skreeeet.


enjin dimatikan. pintu sebelah pemandu dikuak lalu terbuka luas.


terlihat seorang lelaki tua keluar daripada kereta tersebut sambil membawa bungkusan makanan. dia berjalan tempang. memakai topi jenis sudu hadapan berwarna hijau lusuh, sehelai kemeja bercorak petak berwarna putih lusuh. dia memakai sehelai kemeja T tanpa kolar berwarna ungu biru bertulisan yang aku tidak pasti sebab masa tu gelap dan aku tak ada supervision macam Clark Kent. 


Seluar jeans dipakai kelihatan baggy dan lusuh. kasut adidas jenis granny smith berwarna putih dan aku pasti tapaknya sudah haus.


ayah siapa ni? umur lebih kurang 55 hingga 60 tahun. to this extend, really? pakcik memang perlukan duit sangat ke?


sungguh aku rasa kasihan. he is old and weary. tapi dia masih senyum kepada aku sambil hulurkan makanan. orang lain dah vroom vroom guna motor atau superbike untuk buat grabfood. pakcik ni pula masih setia dengan wira buruknya, mengambil pesanan dan menghantar makanan kepada customer.


aku terkilan sebab pakcik yang uzur begitu masih mengembleng tenaga hingga ke malam untuk mendapatkan duit. macam dia sudah kehabisan opsyen walhal sepatutnya dia harus cuma berehat pada malam hari, dan dia tetap memilih untuk bekerja.


aku cerita dekat wife what happened. wife pun bagi tips. banyak jugak. tp untuk usaha pakcik tu, seberapa banyak mana pun tak cukup.


tapi tu jelah yang kami dapat bantu. tak kenal pun siapa orangnya. keluarganya. anak anaknya mana. betul ke tu kereta dia? tinggal di mana? 


complete stranger.







Mofar Rahman

Rumah Kita

Tuesday, January 19, 2021

Kawan

ada beberapa momen dalam hidup aku membuatkan aku akan teringat sentiasa. lebih kurang seakan self reminder la sebelum aku buat sesuatu. contohnya apa yang aku nak ceritakan ni memang aku tak suka tetapi aku rasa aku perlu luahkan supaya tidak terbuku dalam kepala otak aku ni.


minggu lepas seorang member aku ni ajak balik ke Kota Bharu naik kereta baru dia. aku ni sebagai kawan yang baik (eleh) tidak mahu menolak pelawaannya, ye lah nak suruh orang merasa sama gembira naik kereta baru kennn. kalau ikutkan hati dan jiwa aku memang nak naik bas sahaja. dah lah badan tengah penat. oh lupa mention, aku sebenarnya baru lepas oncall (jadi sekarang ni aku sedang postcall, masa tu)


jadinya sebelum kami bertolak ke KB kami singgah dulu ke rumahnya untuk properly ngemas dan mandi manda. aku yang dah well prepared ni iakan sahajalah. tadi janji nak gerak tepat ke KB pukul 1. so aku siaplah packing barang mandi semua sebelum pukul 1. sekali pukul 1 dia baru nak mandi. pening kepala jugak nak digest melayu sorang ni.


alkisah aku tertinggal la kunci kereta dan rumah hostel aku dekat rumah tu (well, obviously salah aku dah kenapa pergi rumah orang letak barang tak perlu sesuka hati ye dok), dan kami pun bertolak ke KB dengan jayanya. alhamdulillah selamat sampai.


so keesokannya aku tiba di perkarangan hospital baru aku sedar akan ke"tertinggal"an kunci hostel aku dekat rumah tu. jadinya aku dengan baju tak tertukarnya, busuknya (even dah mandi aku still rasa busuk. hiks). aku dengan rendah hatinya call housemate member aku yang aku tumpang balik sekali tu, which is kawan aku juga), dengan harapan dia boleh la kan bawakkan kunci aku tu since dia kerja petang dan tak ada apa nak dibuat pun pagi pagi ni.


selepas panggilan dimatikan, aku agak kecewa sebenarnya. rupanya kawan aku tu taknak tolong aku. dia refuse untuk bawakan kunci aku itu kepada aku. dia cakap dia kerja petang, dia malas nak datang awal awal. aku sudah mention aku perlukan kunci tersebut untuk siap siap nak kerja hari tu, namun tak diendahkan.


aku lalu berfikir sejenak. kalau aku berada di tempat dia, dan dia ada ditempat aku, well, aku akan datang untuk tolong dia. no doubt. dia dalam kesusahan.


kawan aku ni, bukan kawan biasa biasa. lepak sekali, roadtrip sekali, buat kerja gila gila sekali. susah senang dekat ED pun sekali. marah, gelak, sewel, buat hal pun ada sekali. tapi malangnya time macam ni, dia tak anggap aku ni seperti aku anggap dia. aku anggap dia sebagai kawan yang aku boleh minta tolong, tapi rupanya tidak dia tidak begitu.





aku sebenarnya agak kecil hati dengan apa yang berlaku. yelah nak buat macam mana kan, orang tak sudi. jadi mulai hari itu pandangan aku terhadap member aku sorang ni dah lain. ya, kami boleh gelak sekali. ya kami boleh makan sekali duduk semeja bercerita itu ini, tapi boy, thats it. itu sahaja. kau dah buat garis. kau dah tunjukkan siapa aku dimata kau. itsokay.



payah nak cari kawan sebenarnya. 





Mofar Rahman

Wednesday, May 22, 2019

Makin tua

dekat umur dah tua ni aku rasa hampir dah tak ada orang nak dengar masalah kau. apa yang kau rasa. kau ada masalah ada kesulitan tapi kau tak dapat cerita. meskipun ada beberapa orang yang ada disekeliling kau, dan dia bersedia untuk tadah telinga untuk kau.

tapi bila kau rasa dia bukan orang yang tepat untuk dengar luahan kau, maka kau akan diam. satu patah pun tak keluar. dengar la cakap aku ni.

pada akhirnya kau kena setelkan sendiri apa yang kau mampu. mostly apa yang kau hadapi tu kau mampu tangani.

jangan risau. jangan overthink.

Wednesday, May 15, 2019

Kau apa tahu

Boleh jadi benda yang kau teramat mahukan sudah berlegar legar di depan mata kau. benda yang dicipta untuk kau. untuk jiwa kau.

tapi kau tak nampak. hati kau kabur. kau dibelai dengan akal yang ada pada dua butir mata. mata yang tidak mampu untuk melihat apa yang perlu.

kau hanya mahukan apa yang kau rasa patut dapat padahal kau lupa Tuhan lebih tahu apa yang kau perlu.

hoi manusia. kau hanya manusia. kau bukan Tuhan.

Monday, June 11, 2018

Lawan atau Lari?

Assalamualaikum.


Semalam definitely not the best day. pendekkan cerita, aku terlibat dalam satu kemalangan kecil yang melibatkan kereta kesayangan aku, dan juga emosi aku.

Sejak kampung apal di pasir putih aku follow satu kereta alza. cara dia drive memang buat aku menyirap. depan dia ada 3 biji lagi kereta yang bawa sama macam dia. kalau ikutkan hati memang nak potong, tapi tak dapat sebab from opposite lane memang sibuk. kereta tidaklah banyak, tapi selalu ada. geram betul. aku memang sabar.

Tiba di junction untuk masuk ke bypass, aku lajukan diri, dan memotong kereta alza tersebut. memang rapat. dan aku yakin memang lepas sebab dari hujung mata aku, aku dah lepas kereta tu. tiba tiba bunyi "bung!" yang tidaklah sekuat mana dari arah anak aku tidur (pintu kiri belakang) tak rasa bergegar pun kereta. sophie yang tidur pun tidak tersedar.

"shit. kereta alza tadi"

Aku pun memberhentikan kereta aku di tepi jalan.

Pemilik kereta alza pun turut memberhentikan keretanya dan dia park depan sikit dari kereta aku. cara park keretanya pun dah lain macam (separuh punggung di atas jalan).

"apa cita ni. ha? apa cita? kenapa kalut kalut? apa cita ni"

Aku cuba tenangkan diri. hulurkan tangan untuk bersalam. dia menyambut tangan ku dengan agak kasar, dan menarik ke arah damage yang kononnya disebabkan oleh aku.

Ada satu line hitam calar. tiada remuk. tiada apa yang dented. tiada apa yang pecah. just a line.

"maaf ya bang. saya lambat pergi kerja"

"kalau lambat pegi keja pun jangan la kalut bawak kereta. habis tu macam mana ni. nak buat macam mana?"

"saya bayarlah rm100"

" yelah".

Dia berjalan ke arah kereta aku. nampak wife aku yang tengah traumatized.

"nanti akak pesan dekat laki akak ni suruh bawak kereta elok elok"

Wife aku hanya tunduk. nampak sangat tidak selesa.

Aku masuk ke dalam kereta dan meluncur laju dari tempat tu.

Wife aku masih berdiam untuk seketika. selepas 40 minit dia bersuara.

"awak ni.. muka default awak memang garang. awak keluar kereta tadi pun memang nampak garang. badan awak pun tidak lah kecik. awak ada berdebat tak dengan dia? bukan salah awak pun. sebab dia yang langgar awak. dia dah nampak awak potong dia, dan dia keep langgar awak"

Aku terus berdiam.

"waktu dia suruh saya pesan dekat awak tu suruh bawak kereta elok elok tu. ya Allah benci gila. saya syak dia ni kalau kerja kerajaan... ish! tengok cara park kereta pun dah tahu perangai!

Aku memintanya untuk let go benda ni. yelah benda kecik ja. dia cakap dia okey, cuma dia trauma. dia berdebar dan dia takut.

Dekat rumah selepas hantar anak dan wife pergi kerja aku tidur sebentar sebelum masuk kerja petang. dan aku bangkit dari tidur dengan perasaan yang geram dan berdebar debar. every words that she said make sense. aku nampak jelas wajah lelaki tadi dan aku berasa sangat marah!

Its true. i'm not good in fight and flight condition.

xxxxxxx

Mungkin aku tidak bersedia untuk berdepan dengan situasi yang complicated yang melibatkan aku dengan manusia lain. aku tend untuk lari dari masalah. cuba untuk selesaikan masalah atau pergelutan secepat mungkin. aku tidak mampu untuk befikir dengan waras. yang aku fikir nak lepas, nak lepas dan nak lepas.

Selepas membuat sedikit pembacaan, aku sedar bahawa antara sebab aku jadi kecut begitu sebab dalam mindset kepala aku

1. aku tak pernah bergaduh dengan orang. aku fikir aku tak mampu nak lawan.
2. opponent aku dia ada kriteria dominan yang lebih dan overpower dari aku. (which aku tak boleh nak fikir, tapi ia ada)

Realitinya tidak begitu.

Duhai diri,

manusia itu dicipta sudah lengkap. lengkap baik dan lengkap buruknya. ada yang plusnya, ada juga yang minusnya. dia macam pakej yang lengkap begitu. setiap orang ada kekuatan yang tersendiri. jadi jangan lah kita cepat berasa inferior. sebab lawan kita tidaklah sehebat yang kita sangka. sebenarnya semua ini adalah the power of mind. kau fikir kau boleh, maka kau boleh. maka begitulah sebaliknya.

Sama macam konsep "throw away a rotten apple"

Apabila aku cuba makan sebiji epal, aku dapati ada satu bahagian yang rosak, yang selayaknya untuk dibuang dan aku terus buang, walhal kalau dibelek kembali dipusing pusing ada lagi bahagiannya yang segar dan enak lagi ranum.

Mungkin lain kali aku sepatut lebih kuat mental dan tambah sebanyak banyaknya keyakinan. bukan untuk bergaduh tapi untuk mempertahankan diri.






Mofar Rahman