Ya Allah, banyak yang aku tak tahu tentang dunia ni.
Ya Allah, aku terlalu muda untuk mengatakan yang aku sudah makan garam, banyak yang aku lalui
Ya Allah, lindungilah aku daripada apa yang aku tahu, lindungilah aku daripada apa yang aku tak tahu yang boleh memudaratkan aku,
Ya Allah selamatkan aku daripada perkara yang aku anggap betul padahal ianya salah
Ya Allah selamatkan aku daripada fikiran aku
Ya Allah selamatkan aku daripada hati aku
Ya Allah selamatkan aku daripada perasaan aku
Ya Allah selamatkanlah aku daripada diri aku sendiri
Hanya Kau yang tahu tentang aku, hati budi aku, kejahatan aku, kelemahan aku. apa yang aku nak, apa yang aku perlukan. Hanya Kau yang tahu apa yang boleh memusnahkan aku, memudharatkan aku. kerana Kau tuhan aku. Kau cipta aku. Kau menyebabkan aku wujud.
Ya Allah kuatkan aku ketika lemah
Ya Allah bantulah aku ketika aku sedih
Ya Allah celikkanlah mata aku ketika aku buta
Ya Allah ampunkan dosa aku yang sengaja dan tidak sengaja
Ya Allah, tolong selamatkan aku daripada diri aku sendiri. Tolong. Tolong ya Allah.