Friday, March 31, 2023

Did

Semasa pendaftaran nak masuk program persediaan di Intec Shah Alam circa 2018 aku terlihat seorang mamat ni. dia bertubuh tinggi, rambutnya pendek. kulitnya tidak cerah. wajahnya hensem ala mamak gitu. senyum banyak manis. misai sikit. janggut sikit. tak pakai spek. 


Dia kelihatan mesra bersama kawan kawannya. selepas memeluk ibu dan ayah, dia berlalu pergi. aku hanya memerhati sementara abang aku pergi park kereta dekat kedai mamak depan Cemara.


Selepas check in ke bangunan kolej yang terpaling belakang di tingkat tiga, aku terkejut. rupanya lelaki tadi adalah roommate aku. dia nampak je aku masuk dalam tu dia terus bangun dan kenalkan diri. hye assalamualaikum nama saya tuttttt. untuk entry kali ni aku namakan dia Did. 


Did ni seorang yang sangat peramah. suka berkawan. ibarat semua orang kawan dia tak kisah lah orang suka dia ke tak. dia kawan je. sepanjang aku kenal dia, aku jadi baik dengan dia. kelas lain lain tapi kami sering berjumpa, naik bas sekali untuk pulang dari seksyen 18  ke seksyen 17. hari hari kami berbual dan aku mula selesa dengan dia. 


Selepas 6 bulan preparation akhirnya kami berangkat ke Russia dan dengan takdir Allah dia ditempatkan sama tempat dengan aku, di Volgograd.


Di Volgograd kami terpisah dek kelas, masa dan waktu. tapi dia selalu make time untuk jumpa aku. selalu ajak aku pergi gym. si Did ni dia suka jumpa orang dan kawan semua orang, like tak pernah ada masalah pun budak ni. internal struggle? aku tak pernah tahu sebab dia tak pernah show. aku kalau ke bilik dia, dia akan sambut aku dengan greetings yang pelik pelik dan menyeronokkan.


Aku tetap berkawan dengan dia. ada satu kali tu dia bawa aku pulang ke rumahnya di Subang. awkwardnya ya Allah. aku jumpa ibunya. jumpa ayahnya. jumpa abang abangnya dan adik perempuannya. they seem to treat me very well and i was so glad to be there. mak dia even keluarkan satu foto lama si Bean ni memakan outfit putih bersama satu jaluran reben merah tersemat di pinggangnya. katanya masa tu nak pergi konsert Michael Jackson di Kuala Lumpur. aku macam wahh boleh tahan!


Selepas 6 tahun berjuang akhirnya kami balik dengan sekeping ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan. si Did pergi ke Klang, dan aku pula ke Kota Bharu.


Awal awal dahulu ketika houseman selalu juga berhubung. keep in touch sikit sikit. bertukar cerita and he always presented as a fun guy. last 5 years aku ingat dia resign KKM dan join KPJ. life been treating him well, i thought. he usually posted his story on facebook. how he skate, how he practice to perform some skateboarding trick. jatuh sana jatuh sini. seronok tengok kawan seronok.


After awhile aku lost story pasal dia. and i dont know why for the past 2 weeks aku tergerak untuk call dia tapi tak ter call sampai la petang tadi.


trutt truttt


hello assalamualaikum weh apa khabar?


eh waalaikum salam. kenal ke sapa ni?


weh aku save la nombor kauu!


wahaha weh rindu la kau Did. kau macam mana sekarang wehh lama doh tak nampak kau di facebook!


haaa ya (nada dia berubah). aku dah kena buang KPJ din 5 tahun lepas


eh seriousla Did? kau okay tak? kenapa KPJ buat kau macam tu? 


aku okey je. adalah masalah politik sedikit tak kena dengan polis KPJ. lepas tu aku ada masalah keluarga sikit aku macam kena buang dari rumah.


Allahu Did kenapa kau tak bagitahu?


aku okey je weh tak ada apalah!


so sekarang kau dekat mana?


aku baru je kena halau. sekarang ni baru masuk Johor. try buat locum dekat sini.


kau tahu for the last two weeks aku teringat je kau Did.

rupa rupanya Tuhan nak bagitau aku kawan aku ada masalah rupanya! kenapa kau tak bagitahu? kenapa kau tak call for help?


masyaAllah din. aku okey je Din haha tengah buat locum sikit cari duit nak makan (i noticed a crack in his voice)


aku okey je Did kalau kau nak menangis ke apa. aku sayang kau dohh


aku sayang kau jugak Din.


selepas itu perbualan kami disambung lagi dengan beberapa topik ringkas. puasa la, anak berapa la, tinggal dekat mana la itu ini itu ini.


aku sebenarnya tak sangka salah seorang kawan baik aku melalui ujian sebegitu dan aku langsung tak tahu akannya. aku mati mati ingat dia happy. his parents so baik. dan aku tak tahu apa cerita dan bagimana dia boleh jadi macam tu.


i guess he is all alone in Johore right now. 


aku pesan dekat dia kalau ada apa apa nak cerita, tolong. tolonglah call aku. aku cakap aku sayang dia, and he was so glad. he loves me too. gelak dia ceria tapi tak seceria dulu. “terima kasih la Din call aku. aku dah cukup happy dah ni!” terdengar suara gembira di hujung talian sana. aku hanya tersenyum di sebelah sini. 


nanti dua hari lagi aku call dia. 






Mofar Rahman

Rumah Saya.