Umi call ketika aku tengah meeting bersama Pakar Perunding Forensik Negeri Kelantan.
"nanti call umi ya". baik ummi, suaranya resah gelisah.
baik ummi. aku jawab bersahaja.
selepas 30 minit, ummi hantar mesej melalui aplikasi whatsapp
"lambat lagi ke?"
aku terus keluar bilik mesyuarat. aplikasi contact di buka, search "mommy", then jumpa. aku tekan gambar ummi.
***********
selepas menamatkan perbualan dengan ummi aku terus mendapatkan kebenaran dengan bos besar untuk ke husm. hal kecemasan berkaitan ummi.
20 minit perjalanan, maka aku sampai ke rumah. ummi tengah bersiap. wajahnya gusar. sesuatu yang tidak aku gemari. dia kelihatan resah. suaranya gugup. abah hanya berdiam.
"Dr Lee kata result scan buah pinggang umi tak cantik," ummi bersuara.
Jom kita ke HUSM sekarang. abah setuju.
***********
proses ultrasound kidney umi berjalan lancar. start daripada urusan parking yang mudah (sebab aku ambik parking staff haha!). bawa ke bilik ultrasound, di sambut dengan Dr Lee bersama seorang doktor lelaki melayu yang aku tak sempat baca di punya name tag sebab dia pakai white coat. probe ultrasound diletakkan berkadar langsung lokasi buah pinggang kiri.
ultrasound shadow mula kelihatan. aku nampak macam ada free fluid dalam kidney punya capsule. tapi doktor tersebut tak highlight pun. normal barangkali?
probe dipusing 90 darjah, dan nampak kejanggalan disitu. kidney umi seakan ada bonjolan unta.
gambar google berkaitan dromedary kidney hump. bukan gambar ultrasound kidney ummi. tapi ni most likely the same. ada bonggolan/benjolan/bonjolan/mass/lesion?
nampak tak?
kata doktor kalau dilihat kembali mass itu masih kecil dan masih tidak protruded ke external surface of kidney but somehow the base seakan mula infiltrate bahagian pelvis. melalui ultrasound ni, finding ini boleh dikatak 50-50. 50% adalah normal, 50% lagi berkemungkinan benign tumor (ketumbuhan yang tidak berbahaya). doktor juga risau kalau benda tu adalah tumor, lama kelamaan akan jadi malignant tumor, seterusnya berkembang menjadi tumor kanser (
renal cell carcinoma.)
jadi doktor minta arrange untuk computed tomography imaging untuk ummi untuk rule out samada ianya adalah tumor? ketumbuhan bahaya? ataupun hanya jasad normal.
aku hanya berdiam diri. melihat ke wajah gusar ummi. how should i tell her about this.
aku ajak ummi keluar dan duduk di kawasan perkarangan hospital di atas bangku besi dibawah bumbung dihadapan Klinik Rakan Keluarga.
aku terangkan semua benda kecuali bab kemungkinan itu adalah kanser. i cant coldly explain to her like that.
mata ummi berkaca. mask diwajahnya dibuang, digenggam di tangan. dia mula menangis. tak sanggup aku melihat insan kesayangan aku begitu. habis kata kata semangat aku berikan. ummi tampak reda namun air mata masih berada di birai mata. well its not easy for her, for all of us.
Mofar Rahman
Rumah Kita
♪ Shayne Orok - That's hilarious