Friday, January 26, 2024

Awal minggu ni wife aku tegur eh janggut awak dah ada uban. mula mula tak percaya tau, tapi aku bingkas bangun bergegas ke cermin.

ha ah. ada satu urat. panjang sama dengan yang lain. sama yang macam sudah dipotong. maksudnya dia sorang tu dah tumbuh dah lama cuma aku je yang tak perasan.

sebelum ni wife cakap ada je uban dekat kepala, satu dua urat. tapi aku tak kisah. dia memang cabut sesuatu daripada kepala aku, dan tunjuk dekat aku seurat rambut berwarna putih. tapi boleh jadi dia dah prepare awal awal untuk kenakan aku. so aku tak kisah sangat haha.

tapi kali ni, the feel hits different. sebelum ni aku asyik tertawakan kawan kawan aku yang kepala diorang beruban.

tapi kali ni, dia lain.

aku dah tua.

patutlah sekarang selalu sakit tubuh, sakit urat sakit belakang. patutla sekarang dah tak boleh nak makan lambat atau lewat malam nanti tak boleh tidur sebab perut jadi sebu dan gastrik, silap hari bulan muntah pukul 2 3 pagi. patutlah dah tak boleh nak lari bukan sebab sakit lutut tapi sebab malas. eh eh tu lain.

tanpa sedar limitation aku semakin mengejar aku. dah tak boleh tu tak boleh ni. kena sedar diri dah. kena betul betul jaga diri, jaga kesihatan dah. tak boleh dah nak buat macam muda muda minggu lepas. ehhhh.

hiks.

di usia semakin meningkat tiada apa yang aku mahu lakukan, selain terus berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang apapun, sering merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada, sentiasa charge iman supaya hati lekat dan tenang nak beribadah, bebas hutang, mati husnul khotimah, dan masuk syurga.


“Kalau interview tu ada 1000 calon, tapi dia nak 3 je, kau jadi salah satu daripada tiga tu”

- Dr Wan.




A.M.