Tuesday, January 19, 2021

Kawan

ada beberapa momen dalam hidup aku membuatkan aku akan teringat sentiasa. lebih kurang seakan self reminder la sebelum aku buat sesuatu. contohnya apa yang aku nak ceritakan ni memang aku tak suka tetapi aku rasa aku perlu luahkan supaya tidak terbuku dalam kepala otak aku ni.


minggu lepas seorang member aku ni ajak balik ke Kota Bharu naik kereta baru dia. aku ni sebagai kawan yang baik (eleh) tidak mahu menolak pelawaannya, ye lah nak suruh orang merasa sama gembira naik kereta baru kennn. kalau ikutkan hati dan jiwa aku memang nak naik bas sahaja. dah lah badan tengah penat. oh lupa mention, aku sebenarnya baru lepas oncall (jadi sekarang ni aku sedang postcall, masa tu)


jadinya sebelum kami bertolak ke KB kami singgah dulu ke rumahnya untuk properly ngemas dan mandi manda. aku yang dah well prepared ni iakan sahajalah. tadi janji nak gerak tepat ke KB pukul 1. so aku siaplah packing barang mandi semua sebelum pukul 1. sekali pukul 1 dia baru nak mandi. pening kepala jugak nak digest melayu sorang ni.


alkisah aku tertinggal la kunci kereta dan rumah hostel aku dekat rumah tu (well, obviously salah aku dah kenapa pergi rumah orang letak barang tak perlu sesuka hati ye dok), dan kami pun bertolak ke KB dengan jayanya. alhamdulillah selamat sampai.


so keesokannya aku tiba di perkarangan hospital baru aku sedar akan ke"tertinggal"an kunci hostel aku dekat rumah tu. jadinya aku dengan baju tak tertukarnya, busuknya (even dah mandi aku still rasa busuk. hiks). aku dengan rendah hatinya call housemate member aku yang aku tumpang balik sekali tu, which is kawan aku juga), dengan harapan dia boleh la kan bawakkan kunci aku tu since dia kerja petang dan tak ada apa nak dibuat pun pagi pagi ni.


selepas panggilan dimatikan, aku agak kecewa sebenarnya. rupanya kawan aku tu taknak tolong aku. dia refuse untuk bawakan kunci aku itu kepada aku. dia cakap dia kerja petang, dia malas nak datang awal awal. aku sudah mention aku perlukan kunci tersebut untuk siap siap nak kerja hari tu, namun tak diendahkan.


aku lalu berfikir sejenak. kalau aku berada di tempat dia, dan dia ada ditempat aku, well, aku akan datang untuk tolong dia. no doubt. dia dalam kesusahan.


kawan aku ni, bukan kawan biasa biasa. lepak sekali, roadtrip sekali, buat kerja gila gila sekali. susah senang dekat ED pun sekali. marah, gelak, sewel, buat hal pun ada sekali. tapi malangnya time macam ni, dia tak anggap aku ni seperti aku anggap dia. aku anggap dia sebagai kawan yang aku boleh minta tolong, tapi rupanya tidak dia tidak begitu.





aku sebenarnya agak kecil hati dengan apa yang berlaku. yelah nak buat macam mana kan, orang tak sudi. jadi mulai hari itu pandangan aku terhadap member aku sorang ni dah lain. ya, kami boleh gelak sekali. ya kami boleh makan sekali duduk semeja bercerita itu ini, tapi boy, thats it. itu sahaja. kau dah buat garis. kau dah tunjukkan siapa aku dimata kau. itsokay.



payah nak cari kawan sebenarnya. 





Mofar Rahman