terkadang dalam menguruskan pesakit di kecemasan aku ternampak gelang emas atau jewelleries lain pada pesakit sendiri atau waris pesakit yang menemani.
ada pulut dakap, ada lipan, ada coco lipan, putra, putri. macam macam. buka yang kosong, tapi yang jenis padu. tak nak kalah pula tu saiz dia. tak masuk bab cincin lagi.
dalam benak jiwa aku ni hadir beberapa soalan. kalau sempat aku tanya juga pesakit sebagai selingan.
"kerja apa?"
mostly, kerja sendiri atau surirumah. aku terkejut la jugak. how come suri rumah boleh afford gelang mas setebal tu.
oh lupa. suami dia. heh.
aku tengok pergelangan tangan wife aku. ada berapa kerat je barangan kemas yang aku bagi kat dia. kesian betul. cemburu juga aku dekat suami yang boleh provide gelang macam tu dekat wife dia. aku ni kerja bagai nak rak, nipis je boleh kasi dekat bini. alahai.
(ni kalau suami la yang bagi. tapi kalau dapat melalui sumber lain ie pusaka, jual tanah, main kutu dll aku tok kesohhhhh)
dalam satu hadis dhaif Nabi Muhammad bersabda 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan.
(dhaif kerana terputus sanadnya)
selalu sahaja aku dengar hadis ni keluar daripada mulut penceramah, mahupun jua ahli perniagaan.
biarpun hadis ini dhaif, tapi maknanya betul.
perniagaan ternyata membawa rezeki kepada kita. tak kisahlah rezeki itu datang dalam bentuk wang dan harta, maupun kesejahteraan hidup. dalam berniaga kita boleh beramal. boleh memberi sedekah. boleh membantu insan atau golongan yang tidak mampu.
mampu membuat amal juga adalah rezeki, tahu?
aku mengaku berniaga tidak ada dalam darah aku. seingat aku seawal darjah 4 aku pernah menjual penanda buku, hasil d.i.y kakak aku. kertas lukisan yang keras dan tebal dipotong mengikut saiz yang dikehendaki, diconteng dengan kombinasi warna yang menarik, dibalut dengan pembalut buku berkualiti tinggi. dijual pula pada kawan kawan dengan harga 50sen. memang tak dinafikan sangat seronok melihat hasi jualan dalam genggaman dua tangan, namun ia terhenti disitu sahaja.
aku tak berniaga lagi selepas itu, sampailah sekarang. aku tak reti. tak reti membuatkan aku tidak minat. tidak minat membuatkan aku malas belajar hal ilmu perniagaan. malas membuatkan aku keluarkan alasan, demi alasan. dan begitulah.
mengikut budget aku sekarang, perbelanjaan aku masih terkawal, dan selesa pada hemat aku. tetapi aku mahukan lebih (aku bersyukur, tapi mahukan kesenangan yang lebih itu fitrah). bila aku mahukan lebih aku harus tahu, makan gaji dengan pekerjaan begini, aku tahu ia tidak akan mencukupi.
aku perlu ada side income.
tapi nak bermula dari mana aku sendiri pun taktahu.
sudah hampir empat tahun aku berkhidmat di hospital daerah dengan tiada guidance. minat terhadap forensik kian lama kian menipis. borang pertukaran masih tidak dilayan, petunjuk yang diharapkan masih jauh entah dimana. aku mulai bosan dan muak.
at this rate aku mungkin resign. join kawan, melangkah ke alam perniagaan dimana medan permainan lain dari yang lain.
ah. buntu.
Mofar Rahman.