Wednesday, February 03, 2021

Petty Things #1

 antara benda yang selalu aku ulang tayang dalam kepala aku adalah cara layanan aku kepada junior aku tidak lama dahulu. dia hanya bertanya, tapi aku jawab dengan biadap dan kasar.


situasinya aku berada di unit kecemasan di sebuah hospital daerah sebelum ni. sedang bertugas aku terima satu direct message di aplikasi instagram.


"bang. kerja kerja ke hari ni? saya kalau boleh nak bawa aboh saya ke kecemasan. dia kencing sakit"


aku yang ketika itu, terus teringat pengalaman aku di HRPZII. aku sebagai houseman, even aku dah pegawai perubatan tetap ketika itu, seingat aku takde la pulak aku mesej atau inform sesiapa yang bekerja hari itu in advance sebelum bawa abah aku untuk pemeriksaan kesihatan. ketika itu abah selalu kencing sakit for few months (yang akhirnya di diagnose BPH). aku bawa ke kecemasan pukul 8 malam, pastinya balik pukul 1030 atau 11 malam. jumpa doktor hanya 10 minit. tiada fast lane, tiada kautim dalaman. 3 4 jam tunggu lah aku disitu dengan abah aku. selagi di triage hijau, maka tunggulah dibangku kerusi yang sejuk dan sempit itu. sayu pula tengok orang tua tu menahan sakit dan sejuk.


keadaan ini membuatkan aku marah. teramat marah, dan malangnya, amarah aku dihempas kepada junior aku yang mesej aku tadi (alah, yang aku tulis dekat awal entry ni tadi lorr).


"alah kau bawak je aboh aku tu datang kecemasan. takde layanan istimewa ya. kau kawan ke, kau staff ke, takda yang special. kau daftar, kau tunggu la dekat ruang menunggu tu"


butang "send" di tekan dengan bangga, dan marah akhirnya dihembus melalui lubang hidung aku.


balasan aku hanya dibalas "seen". 


"hmmph. ambik kau", aku bermonolog.




selepas beberapa bulan, aku melawat kembali ke ruangan direct message di aplikasi Instagram. aku baca kembali konversasi tadi. ya Tuhan. betapa biadapnya aku. betapa petty nya aku. tanpa sedar aku sudah menyakiti orang yang memerlukan bantuan aku. aku cuba untuk meminta maaf, tapi aku sedar perkara ini sudah lama. lalu aku padamkan niat itu. 




setiap kali masuk instagram aku akan teringat perbualan kejam tersebut, tidak mampu men'delete' nya, aku tinggalkan Instagram.




selepas 3 tahun, iaitu pada hari ini, aku kembali ke Instagram. conversation itu masih disitu. tidak mampu rasanya hendak meminta maaf. malu untuk bertegur. apatah lagi mahu ajak berjumpa bertemu mata.




wahai junior ku, temanku, adikku, aku minta maaf.







Mofar Rahman.