Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Thursday, August 21, 2025

Sekolah rendah aku ada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. dua sesi ni adalah untuk menampung jumlah penduduk dan litupan geografi gua musang tengah yang besar. ada beberapa biji je sekolah masa tu, dua rasanya. pada tahun 90 an tu sekolah aku dianggap baru, berbanding sekolah yang lain.


baiklah.


dua sesi tu, sesi pagi dan petang. sesi pagi untuk pelajar darjah 1, 4, 5, dan 6. sesi petang pula untuk murid darjah 2 dan 3. perhimpunan mingguan sekolah dibuat pada hari ahad, untuk sesi pagi dibuat pada waktu awal persekolahan, manakala untuk sesi petang dibuat pada hujung jadual, lebih kurang pukul 4.30 hingga pukul 5 petang. bayangkan pukul 5 petang kena berdiri tegak di tengah matahari petang, menggemakan lagu Negaraku dan Selamat Sultan di tengah bukit bukau tu. 


ahh memories.


tahun 1999, aku darjah 3 dan seperti aku ceritakan tadi, aku sekolah sesi petang. jadi apa aku buat pada pagi tu?


mostly aku tengok tivi, round round taman dengan basikal bersama kawan kawan. abah umi pergi kerja, abang kakak dan adik aku sekolah/asrama. jadi tinggallah aku seorang. 


seingat aku selain aktiviti yang aku cakap tadi, aku ada satu lagi benda yang aku buat. iaitu pergi main game rumah kawan. haha.


seawal 8.30 pagi lepas umi abah pergi kerja, aku ambik basikal aku, kayuh sampai ke kampung sebelah. daripada Jalan Bunga Raya di perumahan Kesedar, aku kayuh melalui Jalan Melor sampai kawasan berbukit perumahan Felda, hingga ke atas bukit (lagi tinggi) perumahan guru, semata mata nak jumpa kawan aku, nama dia Mursyid. sebab si Mursyid ni dia ada kompiter dalam bilik mak ayah dia dan dalam kompiter mak ayah dia ada game hahaha!


game apa? haaa.


game nama The Kings of Fighters 99.


game ni adalah fighting game, berdimensi 2D, fast pace game. grafik yang separa pixellated dengan color dan visual effect yang vibrant. terdapat lebih 40 karakter yang mempunyai movement, combo, karakter perangai, desperate moves yang tersendiri. kita boleh pilih 3 fighter utama dan 1 sidekick yang boleh dipanggil anytime untuk assist kita punya fight melawan fighter lain. ada 5 stages comprises of 5 different teams yang kena tempuh sebelum sampai ke kepala pengat (a.k.a boss dia) bernama Krizalid. 


nama favourite karakter aku adalah Robert Garcia.


Rober Garcia ni aku suka dia sebab dia hensem, pakai kemas. kaki panjang. sepak terajang orang kalau duduk jauh pun kena. movement dia based on Kyokugenryu Karate Style. dan movement dia yang paling famous adalah Ryuu-Geki Ken, Haoh Shoukou Ken dan Gen’ei Kyaku. dan dia ada power api yang boleh sambar orang dari jauh incase lawan kau penakut tak datang dekat. so si Robert ni dia macam serba boleh la.


long story short abah pun beli kompiter dekat rumah, dan Abe aku beli multiple CD games yang ciplak dan kami main kompiter abah tu sampai habis rosak. sekian. hahaha.


masa aku study aku langsung lupa game ni, sampai lah recently dalam 2 - 3 months back aku punya childhood knocked me in the head, buat aku cari balik game ni, and im glad i did it. aku juga discover yang KOF ni banyak versi rupanya, dari KOF 1992 sampai lah KOF 2005, ada versi Xtra, ada versi 10th anniversary. latest KOF XV, dan XVII yang sudah dinaiktaraf dari segi karakter, gameplay dan grafik yang seiring dengan perkembangan dunia gaming semasa. macam macam. versi favourite aku adalah KOF 2002 dan KOF 10th Xtra. tapi KOF 99 sentiasa ada di tempat teristimewa dalam hati aku.


dan aku masih main game lama ni, occasionally. 


pagi tadi semasa tunggu giliran untuk present kes kematian kanak kanak bawah 5 tahun oleh si Faizal, aku scroll tik tok. dan aku jumpa live orang brazil main KOF 2002. ada beberapa orang yang main. semua dewasa, kalau tengok muka semua dah berkedut dan beruban macam aku dah. 


aku rasa game ni mendunia pada masanya, menyentuh hati dan jiwa kanak-kanak pada masa tu. kini kanak-kanak tu sudah menua, namun nostalgia keindahan setiap jeritan, letupan, pembakaran pihak lawan dengan api yang pelbagai warna dan kepuasan membantai fighter lain, tidak pernah padam dalam hati yang pernah kecil dan jernih ini.


kalau kira game tu sudah lebih dua dekad tapi setiap kombo masih segar di kepala dan jari jemari ini.


“Round One… Ready… Go!”



A.M.

Tuesday, July 29, 2025

Sebenarnya, cinta sejati tu bukan yang sentiasa tenangkan kita.
Bukan yang selalu setuju, selalu puji, atau selalu ikut cakap kita.
Cinta sejati tak semestinya peluk kita bila kita rapuh.
Kadang, dia cabar kita.
Dia trigger sisi paling vulnerable dalam diri —
bukan untuk sakitkan, tapi untuk buka ruang bagi pertumbuhan.

Sebab cinta bukan comfort zone.
Cinta yang sejati, dia akan expose siapa diri kita yang sebenar.
Dia akan tunjuk kita punya ego, baran, trauma lama, kurang sabar — semua tu.
Dan bila kita dah tak boleh lari,
barulah kita mula belajar.

Belajar untuk kenal diri.
Belajar untuk kenal pasangan.
Dan paling penting — belajar untuk tetap sayang walau dah tahu semua buruk baik dia.


Aku ada tengok satu video TikTok.
Simple je — dia cakap:

"Love will give both of us hard times. But at the same time, love improves who we are. That’s the work of love."

Dan benda tu lekat dalam kepala aku.
Sebab aku sedar — ya, itulah cinta yang sebenar.
Bukan yang buat kita selesa sepanjang masa.
Tapi yang buat kita berperang dengan diri sendiri supaya kita boleh jadi pasangan yang lebih layak, lebih sabar, lebih jujur.

Pasangan kita — spouse — adalah satu-satunya manusia yang betul-betul kenal kita dari dalam.
Dia tahu warna sebenar kita.
Dia pernah tengok kita dalam keadaan kita sendiri pun malu nak tengok.
Dia tahu kita punya takut, ego, luka.
Dan dia masih… di situ.

Kita pun begitu.
Tahu buruk baik dia.
Tahu perangai pelik dia.
Tahu kekurangannya yang orang luar takkan nampak.
Tapi kita masih di sini.

Makin dalam kita sayang,
makin besar cabaran untuk betul-betul terima pasangan kita dalam hati.

Bukan sebab cinta tu kurang.
Tapi sebab bila dah betul-betul sayang,
kita jadi lebih sedar: dia ni bukan sekadar pasangan hidup.
Dia ni amanah.
Dia ni teman perjuangan.
Dan kita tahu, satu kesilapan boleh melukakan dia lebih dalam dari orang lain.
Sebab tu kita makin hati-hati.
Makin dalam rasa, makin dalam juga ujian.


Cinta yang sebenar akan sentiasa tarik kita keluar dari zon selesa.
Akan selalu ada masa kita terasa, terguris, kecewa.
Tapi cinta tu juga yang akan tarik balik kita bila kita nak give up.
Yang bisik perlahan dalam hati:

"Aku kenal dia. Dia kenal aku. Dan walaupun kami tak sempurna, kami masih di sini. Masih memilih satu sama lain."

Kalau semua ni bukan cinta,
aku tak tahu apa lagi.



Entry ni based on perbualan aku dengan chatgpt. di akhir conversation aku minta dia compilekan points, agree dan disagreements, dan jadikan satu entry untuk blog ni, berdasarkan gaya bahasa aku. dan inilah hasilnya. bila dibaca, ada point, tapi kurang rasa "kemanusiaan". aku ada bincang benda ni dengan Chatgpt, dan dia akui yang dia sedang belajar. 


well, teknologi semakin canggih, membuatkan manusia semakin bergantung pada mereka.




A.M. 

Wednesday, July 16, 2025

Apa erti bahagia? lebih spesifik, apa maksud keluarga bahagia?


aku pun tak tahu. ni kali pertama aku teraju bahtera keluarga aku. anak anak aku adalah kelasi pertama kapal aku, dan isteri aku adalah orang co captain. dia orang yang sentiasa ada dengan aku, redah ombak tinggi dan rendah, angin yang kencang dan sepoi sepoi. nyaman pagi, lewat tengahari, dan ungu senja. anak dan isteri aku ada dengan aku, sentiasa.


aku sebenarnya tak tahu bagaimana cara yang sebenar untuk bahagiakan anak anak. mereka nampak bermain, berlari, sepahkan rumah, kemas balik. mereka nampak ceria berbumbungkan rumah yang aku berlawan untuk mereka. tapi adakah mereka bahagia dengan aku? macam pernah aku cakap sebelum ni, diorang lahir lahir je, dapat aku. diorang tiada pilihan lain. aku. terpaksa aku.


ada waktu waktu aku reflect diri, dan perhatikan diri aku sendiri sebagai orang ketiga. aku akui, aku garang dengan anak. aku kasar dengan anak. tangan aku ringan sahaja dengan anak. mereka menangis takutkan aku, mereka bermasam muka sebab aku. most of time aku jadi party pooper. nak tu? tak boleh. nak ni? tak boleh. ada masa aku marah mereka atas kesalahan kecil, yang seolah aku tidak beri mereka ruang langsung untuk mereka buat kesalahan dan baiki diri. mereka hanya 8, 4, dan 3 tahun sahaja, jadi harus kenapa aku bersikap begitu? terutama pada si sulung aku. anak pertama aku, si Sophie.


selalu aku lupa, aku mula menyayangi mereka semenjak aku umur 27 tahun, padahal mereka menyayangi aku seumur hidup mereka. tanpa mereka aku mungkin “boleh hidup” tapi mereka tak boleh tanpa aku. tanpa aku mereka nak pergi mana? mereka hanya ada kami berdua. kamilah hidup mereka.


isteri aku, one of the greatest woman yang aku kenal. kalau korang semua tanya aku, wife aku ni macam mana, she is a strong and firm woman. kalau nak buat, buat betul betul. kalau ada masalah, face the problem. dalam kerja dia, dia ni dikenali dengan ketegasan masa bekerja. do whats right, never settle for less. kalau nak selesaikan sesuatu, dia akan pastikan dia setel, and she did work hard for that. kalau dia marah, dia marah betul betul. dia cakap je apa yang dia nak cakap. kalau dia sayang, dia sayang betul betul. 


kalau dekat ofis dia ni lantang bersuara, sound bosses and colleague dia macam tu je. dekat rumah manada macam tu. cuma selepas aku menyakiti dia dua tahun lepas, aku rasa aku woke up her inner lion. dan aku rasa its fair. she NEED to release that. kalau tak, aku tak tahu apa yang ada dalam kepala dia. aku assume dia okey, tapi dia tak. most of the time dia okay, tapi adakala dia tak okay. dia nampak okay, tapi aku tak tahu dia betul betul okay? entah. tapi most of time dia okay.


dia pernah tanya aku, pernah tak aku grateful aku dia jadi isteri aku? aku terkedu kejap. fast response aku?


“mestilah! saya bersyukur setiap masa tahu!”


and she smiled.


tapi soalan tu bermain di pikiran aku. almost everyday.


i did and i am. grateful for having her as my wife, and sorry for her for having me as her husband.


aku sebenarnya lega dia jadi wife aku.


she is so smart, sentiasa ada solution to almost every problem (selain masalah diri sendiri). and she always, ALWAYS have a good answer to everything. macam kalau aku fucked up dengan kerja ke apa or masalah masalah kecik yang lain, dia sentiasa ada right words to say. aku selalu amaze tengok dia handle problem terutama dengan adik beradik dia. function macam ketua keluarga padahal dia bongsu perempuan. mostly adik beradik dia kalau ada problem, dia yang handle. aku tengok je haha. 


wife aku ni dia kelakar juga. selalu buat lawak lawak yang aku tak sangka. dan kadang kala ada funny response. aku perhati adik beradik dia pun macam ada funny way to reply to a joke atau berseloroh. aku rasa tu maybe genetic kot. never cease to amaze me. kot.


wife aku ni dia jarang garang dengan anak. tapi bila garang semua sentap haa. tak main dah slow talk ni. kena jerit dah. sebab anak anak aku macam kalis dah dengan dia. kena jerit. sampai aku pun kena. tapi takpelah aku diam je. tengok budak budak ni kesian juga kena (maybe dia pun tengok aku begitu haha). tapi wife aku ni manjakan anak anak aku. walau dah banyak kali tegur, dia buaat je. selalu belanja anak anak jajan, kalau nak beri sesuatu, dia akan buat yang terpaling best untuk anak anak dia. baju paling elok, makanan paling sedap, mainan paling berkualiti. sanggup gaduh dengan sekolah untuk anak anak. macam aku cakap tadi, never settle for less.


tapi dia ada juga kelemahan dia. dan aku pun ada kelemahan. dia terima kelemahan aku seadanya, dan aku terima kelemahan dia seadanya. we did say hurtful things to each other and by the end of the day, we are still husband and wife, and we need to comfort each other. 

it is what it is. 

ada time dia marah, dan aku tak tahu nak reply apa. kebanyakkan aku balas, ada juga aku diam. tapi selepas hampir sedekad bersama ni aku belajar, walaubagaimana pun dia, marah ke dia, merajuk ke dia, dont leave her hanging alone. hadap, dan kembali pada dia in her whatever current form at that moment. dia akan okay eventually, biasalah good thing takes time.


dan aku belajar tu hard way, given aku pun ada perangai buruk dan ego aku.


whatever, aku harap dia bahagia dengan aku. dia okay dengan aku. ada hari kami bercakap gitu gitu, ada hari kami macam belangkas. ada hari okay, ada hari tak. tapi aku cuba sedaya upaya takkan biarkan satu hari pun tanpa bertegur sapa walaupun hanya sekadar 


“awak okay?”

“tak”


sambung main fon. 


haha.


dan aku juga harap anak anak aku okay dengan aku. im really trying to be a better father, a better husband untuk keluarga kecil aku ni. 


nak kurang marah

nak kurang garang

nak lebih mendengar

nak lebih sihat

nak lebih kaya

nak lebih berguna.


dan aku bersyukur aku ada kamu semua.


dan aku minta maaf atas segala salah, kekasaran kata kata dan kelakuan, ketidakselesaan yang aku bagi, dan ketidaksempurnaan diri aku sendiri.


I love you all to the bones, to the depth of the ocean, with every fibre of my being. and i am grateful to have all of you in my life.




A.M.

Monday, April 28, 2025

Kebetulan hari ni bos aku pergi meeting luar ofis, dia pergi meeting tu naik kereta sendiri so aku assume dia balik terus la kut lepas kerja dia tu. so kami semua pun pulang awal. hmm. 

baiklah.

aku ambik peluang ni untuk pergi ke pasaraya terdekat, beli sayur sikit beli sos sikit. setelah setel semua, jam menunjukkan pukul 433 petang. 

si Opie prefer aku ambik lambat sebab dia nak melompat dulu dengan kawan dia dekat taska sana. Ben pulak tak kisah sebab dia tak reti tengok jam. asal orang ambik dia je, dia pun on.

perut aku berkeriuk. lapar pulak. lalu aku ternampak satu kedai burger jalanan. so aku order.

“satu burger daging biasa satu, taknak mayonaise, sayur lebih. rm 4 ye bang? sayur tu buat jadi macam rm5 ye.”

“eh takpe takpe saya belanja sayo bang”

selepas 3 minit 36 saat burger aku siap. no wonder orang cakap benda ni fast food. memang fast betul. kejap je siap. entah masak ke tidak patty burger aku ni. layankan saja.

“bismillah.”

ketika aku menikmati burger ni, aku cuba untuk tidak tengok fon. aku perhatikan sekeliling. 

ada satu keluarga duduk duduk di sekeliling kedai burger tu dengan dua anak kecik berlari lari.
parking lot penuh dengan kereta yang bersilih ganti
ada seorang orang kurang waras berjalan mundar mandir di sekeliling aku. (antara sebab aku tak main fon hahaha)

apa yang aku rasa nyaman
angin petang yang melalui celah celah bangunan mengurangkan bahang panas petang ni
rupa rupanya sebelah petang tak banyak kereta ya. kalau tengahari ya Allah.
berada di bawah pohon pohon besar dan langit biru di samping bunyi kereta lalu lalang dan motor yang berasak asak, hiruk pikuk kota.

semua ni beri aku clarity dan serene.

buat aku berfikir dan merasa cukup dengan apa yang aku ada.

pada akhirnya, hidup ni banyak definisi kejayaan, dan atas kita nak terjemahkan macam mana.

untuk aku? aku masih mencari erti kejayaan, versi aku.


burger tu sedap by the way.




A.M.

Sunday, April 20, 2025

Pagi tadi tengah asyik buat laporan nak bagu dekat polis aku curi dengar dua orang kawan aku tengah sembang kencang. most of the topics were:


1. how to be rich

2. macam mana nak dapat duit banyak yang super banyak

3. jadi kerja kerajaan ni tak tersohor. semua orang boleh jadi doktor. tapi macam mana nak jadi doktor yang kaya.

4. janganlah merasa sombong kalau setakat kerja makan gaji. 


aku terfikir, memang hidup ni nak kaya je ke? tu je ke tujuan hidup? bila nak merasa cukup?


 “Kaya itu bukanlah kerana banyak harta, akan tetapi kaya itu adalah kaya hati (merasa cukup dan puas).” 

[HR Muslim, Kitab Zakat, #1051]


5. kita ni replaceable

6. takpayahlah kita ni fikir kita ni the most valuable asset. lepas kita resign, tup tup terus ada pengganti

7. even yang mati pun, kita teringat seminggu je lepas tu lupa dah dekat si mati tu

8. kalau -


“jap”


aku interrupt perbualan rancak diorang. aku tengok ke wajah salah seorang.


“kau pernah kehilangan ke?”


awkward moment sekejap.


aku tak dengar dah jawapan dia. aku bangun dan terus ke dapur. ambik gelas dan acah acah minum air. padahal aku puasa enam haha. membazir air segelas.


orang yang tak pernah lalui memang tak akan merasa kehilangan. you have no idea how does it feel to lose somebody. untuk aku bukan seorang. tapi dua.


wife aku confess awal awal lagi dia tak dapat nak menjiwai rasa kehilangan sebab dia tak pernah hadapi lagi, then dia pun minta maaf kalau dia tak faham aku pasal ni. dan aku rasa itu applicable untuk semua orang yang belum merasainya.


well its not her fault. not anybody’s fault pun. i got it dan aku okey je.


aku jarang ceritakan betapa rindunya aku dekat arwah abang dengan abah aku sebab tak mahu bagi emotional burden kepada wife aku. most of time aku simpan sendiri je.


Bila takkan ada lagi waktu 'tuk berjumpa
Dan ku hanya mampu nikmati rindunya
Sampai nanti kita 'kan berjumpa
Biarkanlah ku di sini
Nikmati rindunya

- Anindyo Baskoro


p/s: aku masuk balik ke tempat kerja aku dan teruskan kerja macam biasa. perbualan pun aku sambung sahaja. maleh besarkan benda remeh. diorang bukan faham pun. 





A.M. 

Thursday, February 20, 2025

“Bang, mari duduk dulu”, aku mempelawa brader tu. jauh dia datang nak beli basikal buruk aku ni.


dia pun berjalan perlahan kearah aku. seluar panjang jenis sukan dia tu dah lusuh. tapi baju dia masih baru. rambut dia kemas. bau pun wangi abang ni. baru lepas mandi rasanya.


“kata semalam pergi cameron, hari ni dah balik? kejap je bercuti bang?”, aku cuba berbual.


“saya kerja bang. bawak lori,”. dia menjawab bersahaja.


ohhh. 


“saya beli basikal ni untuk anak saya yang kedua. balik nanti mesti berebut dengan adik beradik dia yang lain,”


“abang ada berapa orang anak?”


“saya ada lima anak. semua laki. yang sulung umur 14 tahun. kerjanye asyik kena buang sekolah. yang nombor dua tu sepatut naik tingkatan satu, tapi cikgu tahan. jadi darjah enam. sebab nak harumkan nama sekolah, sebab nombor dia ni power lari rentas desa. tapi tulah dia oku bang. nombor tiga dengan 4 okey boleh belajar macam biasa. nombor 5 ni ha”


dia tunjuk dekat anak dia yang memeluk tiang rumah aku, duk tenung aku dari tadi. aku cuba sergah dia tapi takde efek. hampeh.


“baru je beli basikal lajak untuk anak. nak yang rm700 je. taknak yang murah. anak nombor 1 hari tu duk main lompat motor (wheely aku rasa). mengamuk juga la saya bang orang kampung duk mengata. saya ambik motor tu saya jual murah murah. marah jugak anak saya dekat saya bang”.


“aduh penat juga tu bang. orang rumah kerja tak?”


“tak. orang rumah tak kerja. pergi ambik hantar anak sekolah jelah.”


ada dalam 15 minit jugak selepas tu dia sambung cerita kesusahan selama 14 tahun bawak lori, kerja dengan cina, nak besarkan anak anak dengan kerja macam chipsmore ni. sebelum dia naik syeikh aku terus potong dengan offer untuk angkat basikal dia masuk persona.


tak muat. puas dah aku setting. dia pun berpeluh jugak. last last kena buang tayar depan basikal.


selepas bayar rm70, aku kasi balik rm20. dia tanya kenapa? aku cakap wife aku belanja. dia cakap terima kasih, dan berlalu dari perkarangan rumah aku.


selalu aku lihat dekat media sosial, ada shorts atau reels berkenaan tired dad. siap ada page dan akaun handle yang nama tired dad. macam mana diorang hadapi kerenah anak anak, isteri, keluarga besar, kehidupan dan kesusahan mencari rezeki.


bila aku reflect hidup aku balik, aku syukur sangat aku masih belum diuji sehingga ke tahap letih untuk menghadapi keluarga aku. Tuhan masih beri kesempatan untuk aku tidak merasa lelah dalam mencari rezeki untuk anak anak, melayan kerenah isi rumah dan sebagainya. aku masih belum sampai tahap “tired dad.”


aku enjoy menguruskan keluarga aku dengan bantuan isteri tercinta. kalau ada lebih kami berikan, kalau ada kurang kami sempurnakan. 


aku syukur dengan apa yang aku ada sekarang. 


Tuesday, January 21, 2025

Orang cakap dekat Mekah kita akan nampak perangai sebenar masing masing. macam mana dia bercakap, macam mana dia react to situation. bagaimana dia react dengan orang sekitar dia, how they handle their stress and dislikeness. 


dan pada masa yang sama kita pun tidak terkecuali. 



pagi ni berpeluang solat di roof top level masjid terbesar di dunia. suara imam subuh Abdul Rahman Sudeis memecah hening pagi. gema suaranya yang keluar dari pembesar suara terus menerobos keluar dari corong corong minaret, melantun pada dinding dinding batu marmar lalu naik ke langit menghasilkan pantulan gema masuk ke lubang telinga. feeling dia ethereal gitu. nak record tak boleh sebab tengah solat. kang kalau buat jugak, batal la solat aku. tu namanya bodo.


A.M.

Tuesday, November 19, 2024

Braaa!!!


Air paya yang tenang tiba-tiba berkocak tidak keruan. Jefri muncul tercungap-cungap di permukaan paya dengan mata yang merah. Rambutnya penyet. Dia mengambil nafas sepuas-puasnya sambil mengamati persekitaran yang dia sendiri kurang fasih. Apabila merasakan keadaan sekeliling selamat, Jefri berenang meluru ke tebing berhampiran. Kalau diperhatikan betul-betul, renangannya ada juga sedikit-sedikit gaya Jeffrey Ong.

Di atas tebing paya, Jefri terlentang keletihan sambil merenung langit malam yang hitam. Betul-betul hitam. Dadanya masih berombak di dalam pakaian yang basah kuyup. Dalam situasi begitu dia sudah tidak fikir lagi soal kebersihan, keselamatan dan keselesaan baring di atas tanah. Dia juga menyerahkan sahaja segalanya kepada takdir andai terbaring di atas kala jengking.

“Main kasar betul Mak Cik Lofa ni. Tendang pasu pun nak berkira.”

Dari tempat pembaringan Jefri, sesekali kedengaran bunyi kenderaan lalu-lalang memecah kesunyian. Ini menandakan dia tidak jauh dari jalan besar. Fikiran Jefri mula positif. Dia perlahan-lahan bangun meredah semak samun dan belukar menuju ke arah jalan besar.

***

Ketika malam kian mendalam, seorang pemuda yang basah kuyup berdiri dengan penuh harapan di bahu jalan. Tiada sebarang kenderaan melintasinya sejak tadi. Namun dia tetap percaya bahawa sebentar lagi pasti akan ada kenderaan untuk ditahan. Keyakinannya itu membuatkan dia masih teguh berdiri di situ walaupun kakinya sudah lenguh.

“Celaka, masa aku baring tadi dengarnya bukan main banyak kereta lalu-lalang.”

Jefri menyepak-nyepak batu kerikil di bahu jalan. Barangkali dia mahu melegakan kaki. Atau boleh jadi juga dia mahu melegakan kepalanya yang masih mencongak tentang kehilangan rumahnya.

Tidak berapa lama, nun jauh di sebalik selekoh kelihatan satu cahaya yang terang-benderang muncul. Semakin lama cahaya itu semakin hampir seolah-olah seperti sebuah pesta ria yang bergerak. Jefri tersenyum dalam menahan mata yang kesilauan.

Pishhh!!!

Sebuah trak berkren berhenti benar-benar di hadapan Jefri. Trak berkren yang berwarna kuning dan bertompok-tompok hitam itu sungguh besar. Panjangnya lebih kurang lima belas meter. Ketinggiannya termasuk leher kren yang melintang sejajar dengan pelantar trak boleh jadi lebih empat meter, manakala lebarnya pula mencapai tiga meter. Jumlah keseluruhan tayar pada trak itu kira-kira sebanyak dua belas biji yang mana enam terdapat di bahagian kanan dan enam lagi di bahagian kiri.

“Amboi besar betul. Kalau pancit ni entah macam manalah nak tukar tayar,” bisik Jefri.

Di sebalik leher kren trak itu kedengaran pintu di bahagian pemandu trak dibuka. Sebuah lagi pintu di bahagian belakang iaitu kokpit operasi kren turut kedengaran seperti dibuka. Kurang sepuluh saat, tiga orang pemuda yang samar-samar wajahnya muncul berdiri di atas leher kren. Jefri mendongak ke atas leher kren, menelan air liur.

“Apa khabar, saudara? Hendak ke mana malam malam begini?” Tanya salah seorang daripada mereka yang berdiri di tengah. Suaranya seperti orang baik-baik.

“Bang, nampaknya dia basah kuyup,” bisik salah seorang kepada pemuda yang mula-mula menyapa Jefri.

“Tentu dia kesejukan,” tambah seorang lagi yang agak gempal paras tubuhnya.

Pemuda yang berdiri di tengah-tengah mengangguk kepala beberapa kali. Matanya memandang Jefri dengan bersungguh-sungguh. Dia mara sedikit ke hadapan lalu terjun ke pelantar trak. Pendaratannya cemerlang tanpa sebarang keluhan. Sungguhpun begitu, sakit di dalam siapa yang tahu.

“Saya sebenarnya baru keluar dari sesat di dalam hutan. Kalau diizinkan saudara bertiga, saya mahu tumpang ke bandar,” jawab Jefri kemas dan cerdas.

“Oh apa salahnya, kebetulan kami memang gemar membantu. Silakan naik, saudara,” serta-merta pemuda yang mungkin kapten trak itu mempelawa naik sambil menunjukkan tempat untuk memanjat trak kepada Jefri.

Jefri mengangguk lalu mencapai sebatang palang untuk berpaut, memijak satu para setinggi lutut dan melonjakkan dirinya ke atas. Lagaknya seperti sudah biasa benar memanjat trak. Jefri tersengih-sengih memandang ke bawah bila sudah berdiri di atas trak.

“Saya Amar Amir,” pemuda berhampirannya menghulurkan salam.

“Saya Jef Bahari. Panggil saja saya Jefri.”

“Saya Amar Zamiri!” Laung pemuda di belakang sambil meloncat turun. Dan tidak lama yang berbadan gempal sedikit turut berlaung, “dan saya Amar Nami!”

Jefri memandang ketiga-tiga pemuda itu sepintas lalu, “oh kamu bertiga ni adik-beradik?”

“Ya, kamilah pengembara kren tiga beradik!” lagi sekali Amar Nami bertempik di atas leher kren. Tempikkannya sungguh bersemangat serentak dengan satu depangan tangan dan mata terpejam.

Amar Amir dan Amar Zamiri tersenyum lebar. Jefri juga ikut tersenyum. Di atas leher kren pula, Amar Nami hanya sipu-sipu saja senyumannya.

“Jefri, mari ikut saya ke ruang tetamu,” Amar Amir memanggil Jefri dan berjalan terbongkok-bongkok melalui ruang kelegaan di antara leher kren dan pelantar trak. Berasakan tidak manis berlengah di trak orang, Jefri sepantas kilat mengekori Amar Amir hingga sampai ke kepala trak berkren iaitu tempat pemandu. Di belakang sebelah luar kepala trak itu terdapat dua buah bangku panjang yang dipasang saling berhadap. Sebuah bangku boleh memberi muat kepada kira-kira tiga orang dewasa jika duduk seperti pengantin di atas pelamin.

“Awak boleh duduk di sini, Jefri.”

Jefri mengangguk dan serta-merta melabuhkan punggung di atas bangku itu. Perasaan duduk di atas bangku itu tak ubah seperti duduk di atas bangku bas Pahang Lin Siong. Kusyennya jenis tugas berat. Sementara itu, Amar Amir mula membuka pintu tempat pemandu.

“Ayuh, kita bertolak sekarang!” Laung Amar Amir lalu terus masuk ke dalam kepala trak dan menutup pintu.

Dup!

Bunyi tutupan pintu itu sungguh padat, seperti bunyi tutupan pintu kapal selam. Ia langsung jauh berbeza dengan bunyi tutupan pintu kereta-kereta buatan tempatan yang sedikit pun tidak mampu dijadikan sebahagian memori indah dalam kehidupan. Boleh jadi ia dibina dengan teliti menggunakan gabungan material yang tepat dan harmoni.

Grummm! Grummm! Gruuummm! Pishhh!

Pedal minyak ditekan beberapa kali membuatkan enjin trak itu mengaum garang mengatasi segala bunyi dari belukar di sekeliling. Dan tidak lama, trak itu mula bergerak perlahan-lahan gagah menyusuri jalan raya. Trak berkren itu kembali menjadi sebuah pesta ria yang bergerak pada kira-kira 50 kilometer sejam.

Angin malam dingin yang menyapu-nyapu wajah dan tubuh Jefri membuatkan dia kesedapan di atas bangkunya. Mata Jefri mulai layu. Badannya membengkok. Deruman enjin yang bising sudah tidak menjadi gangguan kepadanya. Cuma sesekali kelopak matanya terbuka sedikit apabila trak melanggar lubang dan ular sawa jenis tebal.

“Tidur, bang? Awal lagi ni, jom la borak apa yang patut.”

Jefri tersentak dan serta-merta tegak badannya. Amar Nami dan Amar Zamiri kelihatan tersengih-sengih duduk di bangku hadapan. Entah dari mana muncul mereka berdua, Jefri kurang pasti. Sebagai seorang penumpang, dia nampaknya terpaksa akur dengan permintaan mereka berdua mengajak dia berbual. Jefri senyum kelat. Duduknya segera dibetulkan.

“Kami tiga-beradik dah tiga minggu mengembara dengan trak ini,” ujar Amar Nami membuka perbualan. Matanya yang sepet membuatkan wajahnya seperti sentiasa tersenyum.

“Oh tiga minggu? Jadi berapa lama lagi pengembaraan awak bertiga ni?”

“Kata abang saya, mungkin lagi sebelas bulan,” balas Amar Nami. Amar Zamiri di sebelahnya hanya mengangguk.

Jefri terdiam. Pandangannya dilontarkan ke luar trak. Sekawan bison yang berlari-lari di bahu jalan seolah-olah sedang mengejar trak membuatkan dirinya seperti di dalam satu percutian mewah. Biasanya pemandangan sebegitu hanya terdapat di Taman Negara Yellowstone.

“Mana awak bertiga dapat trak ni?” Tanya Jefri tiba-tiba.

“Abah kami kasi, “ jawab Amar Zamiri, “tapi sebenarnya kami tak minat sangat model Kato KA-3000 ni. Kalau diberi pilihan, kami lebih gemar model Liebherr LTM 11200. Fuh yang tu baru power! Tayarnya 18 biji! Kata orang tu puas hatilah kalau pakai.”

“Saya sebenarnya ada penyakit Skizofrenia,” potong Amar Nami.

Amar Zamiri tidak menghiraukan abangnya, “model ni pun boleh tahan juga, bang. Trak ni baru keluar bulan Februari lepas. Kelajuan maksimumnya boleh mencecah 60 kilometer sejam.”

Jefri bercelaru tidak tahu mahu dengar yang mana satu. Sementara itu, Amar Zamiri terus petah bercakap.

“Kemampuan menjulangnya pula boleh mencecah 106.9 meter. Kemampuan mengangkatnya abang nak tau?”

“Hah berapa?”

“Kalau abang nak tahu, sekejap ya. Saya masuk dalam ambil dia punya buku.” Amar Zamiri bingkas bangun dan berjalan deras masuk ke dalam kepala trak.

Jefri geleng kepala.

“Hah tadi apa kau nak cakap kat aku?” Tanya Jefri kepada Amar Nami yang sedang diam tertunduk bermain dengan butang kemejanya. Tingkahlakunya seperti seorang yang tersisih. Sementara itu, gaya percakapan Jefri pula mula berubah setelah menyedari mereka berdua seperti boleh dimakan.

“Saya ada penyakit Skizofrenia, bang.” Amar Nami menjawab lambat-lambat.

“Penyakit apa tu? Aku tak pernah dengar.”

“Abang tak baca Wikipedia ke? Ini penyakit yang tengah top sekarang ni, tau tak? Remaja-remaja sekarang gemarkan penyakit ini.”

Jefri lagi sekali terdiam. Kematangannya semacam tercabar.

“Ia sebenarnya sejenis penyakit jiwa. Mengikut kata pakar-pakar perubatan, pesakit Skizofrenia ni biasanya emosinya tidak stabil, fikiran bercelaru, sering mengalami halusinasi dan gemar memencilkan diri. Begitulah diri saya ini kalau abang nak tau.”

Jefri mengangguk beberapa kali walaupun agak kurang mengerti. Dia malas mahu bertanya lebih lanjut dan membiarkan saja Amar Nami bercerita.

“Lagi satu kalau abang nak tau, penyakit saya ini membuatkan saya ni ada beberapa karakter. Karakter saya tu bergantung pada keadaanlah. Sebenarnya bulan ni karakter saya sepatutnya seorang penulis novel remaja asmara yang gemar berbincang, tapi abang saya tak kasi. Dia pesan, sepanjang pengembaraan ini saya perlulah sentiasa di dalam karakter pengembara kren yang gembira.”

Jefri meraba-raba peha seluarnya. Kemudian dia menyeluk kocek seluarnya cuba mengeluarkan sekotak rokok. Setelah dikeluarkan, kotak rokok itu hanya direnungnya sejenak sebelum dilemparkan jauh ke tengah jalan. Dia tidak gemar rokok perasa paya.

“Oh ya, saya ada juga karakter seorang perokok yang kadang-kadang saya pakai bila ada keinginan di hati. Dalam karakter itu saya ni seorang perokok tegar yang gemar berfalsafah. Emmm, alangkah baiknya kalau dapat jadi karakter itu esok hari.”

Dup!

“Hah ni dia bukunya, bang!” Amar Zamiri muncul dengan sebuah buku di tangannya. Buku itu segera dihulurkan kepada Jefri. Di bahagian hadapan buku itu tertera gambar sebuah kren bertrak seperti yang sedang mereka semua naiki. Yang berbeza cuma warnanya.

“Abang cuba tengok muka surat lapan belas.”

Jefri mengikut saja kehendak Amar Zamiri. Buku itu diselak-selaknya mencari helaian kelapan belas. Tiba-tiba tangannya berhenti menyelak.

“Eh ada surat. Surat apa ni?”

“Oh itu surat wasiat,” potong Amar Nami, “abah kami kasi surat wasiat tu. Kalau abang nak baca, bacalah.”

Jefri merenung wajah Amar Nami dan Amar Zamiri. Mereka berdua gayanya seperti bersungguh-sungguh tidak kisah. Jefri terus mengeluarkan surat di dalam sampul berwarna coklat dan membuka lipatannya. Ia hanya sebuah surat yang bertulisan tangan.

“Tapi kalau abang nak baca, bacalah kuat-kuat sikit. Boleh kami tumpang dengar lagi sekali.”

“Ada lampu?”


++++++++

seronok bukan? cerita menarik dan terperinci sekali. boleh bayang dalam kepala subconciously. 

entry asal  diambil dari blog hilangpunca milik Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali dengan Pipiyapong. blog ni yang aku baca zaman study dulu dan maybe salah satu penulis yang mencorak gaya penulisan aku sehingga kini. entry ni aku ambil dari salah seorang yang pernah copy dari blog pipiyapong ni dulu dulu.

namun blog pipiyapong ni sudah dibuang. semua karya yang ditulis telah dibukukan, dijual dan femes sirka 10-15 tahun lalu. dalam bentuk “Kacip”, 2009, “Cewah”, 2011 dan gabungan dua tu jadi “Kawah”, 2013 (bersama beberapa tulisan eksklusif) keluaran Neon Terbit. aku ada satu je buku yang hampir gaya dengan tulisan si Pipi ni, nama Nor Hisyam Mohamed tajuk “Kancil Man”, 2013.









lama aku mencari karya si pipi ni. rupa rupanya dia cuma memerlukan kata kekunci yang betul sahaja. entah apa yang aku taip sebelum ni haha. 

sejak beberapa bulan aku menjelajah ruangan internet untuk mencari buku buku si Pipi ni, namun satu je aku jumpa. Kacip je ada, tu pun orang minta harga sampai RM200 dekat Carousell. aduh tepuk dahi sendiri. 

cukuplah entri curi di atas menjadi pengubat rindu. 





A.M.