Thursday, February 20, 2025

“Bang, mari duduk dulu”, aku mempelawa brader tu. jauh dia datang nak beli basikal buruk aku ni.


dia pun berjalan perlahan kearah aku. seluar panjang jenis sukan dia tu dah lusuh. tapi baju dia masih baru. rambut dia kemas. bau pun wangi abang ni. baru lepas mandi rasanya.


“kata semalam pergi cameron, hari ni dah balik? kejap je bercuti bang?”, aku cuba berbual.


“saya kerja bang. bawak lori,”. dia menjawab bersahaja.


ohhh. 


“saya beli basikal ni untuk anak saya yang kedua. balik nanti mesti berebut dengan adik beradik dia yang lain,”


“abang ada berapa orang anak?”


“saya ada lima anak. semua laki. yang sulung umur 14 tahun. kerjanye asyik kena buang sekolah. yang nombor dua tu sepatut naik tingkatan satu, tapi cikgu tahan. jadi darjah enam. sebab nak harumkan nama sekolah, sebab nombor dia ni power lari rentas desa. tapi tulah dia oku bang. nombor tiga dengan 4 okey boleh belajar macam biasa. nombor 5 ni ha”


dia tunjuk dekat anak dia yang memeluk tiang rumah aku, duk tenung aku dari tadi. aku cuba sergah dia tapi takde efek. hampeh.


“baru je beli basikal lajak untuk anak. nak yang rm700 je. taknak yang murah. anak nombor 1 hari tu duk main lompat motor (wheely aku rasa). mengamuk juga la saya bang orang kampung duk mengata. saya ambik motor tu saya jual murah murah. marah jugak anak saya dekat saya bang”.


“aduh penat juga tu bang. orang rumah kerja tak?”


“tak. orang rumah tak kerja. pergi ambik hantar anak sekolah jelah.”


ada dalam 15 minit jugak selepas tu dia sambung cerita kesusahan selama 14 tahun bawak lori, kerja dengan cina, nak besarkan anak anak dengan kerja macam chipsmore ni. sebelum dia naik syeikh aku terus potong dengan offer untuk angkat basikal dia masuk persona.


tak muat. puas dah aku setting. dia pun berpeluh jugak. last last kena buang tayar depan basikal.


selepas bayar rm70, aku kasi balik rm20. dia tanya kenapa? aku cakap wife aku belanja. dia cakap terima kasih, dan berlalu dari perkarangan rumah aku.


selalu aku lihat dekat media sosial, ada shorts atau reels berkenaan tired dad. siap ada page dan akaun handle yang nama tired dad. macam mana diorang hadapi kerenah anak anak, isteri, keluarga besar, kehidupan dan kesusahan mencari rezeki.


bila aku reflect hidup aku balik, aku syukur sangat aku masih belum diuji sehingga ke tahap letih untuk menghadapi keluarga aku. Tuhan masih beri kesempatan untuk aku tidak merasa lelah dalam mencari rezeki untuk anak anak, melayan kerenah isi rumah dan sebagainya. aku masih belum sampai tahap “tired dad.”


aku enjoy menguruskan keluarga aku dengan bantuan isteri tercinta. kalau ada lebih kami berikan, kalau ada kurang kami sempurnakan. 


aku syukur dengan apa yang aku ada sekarang.