Thursday, August 21, 2025

Sekolah rendah aku ada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. dua sesi ni adalah untuk menampung jumlah penduduk dan litupan geografi gua musang tengah yang besar. ada beberapa biji je sekolah masa tu, dua rasanya. pada tahun 90 an tu sekolah aku dianggap baru, berbanding sekolah yang lain.


baiklah.


dua sesi tu, sesi pagi dan petang. sesi pagi untuk pelajar darjah 1, 4, 5, dan 6. sesi petang pula untuk murid darjah 2 dan 3. perhimpunan mingguan sekolah dibuat pada hari ahad, untuk sesi pagi dibuat pada waktu awal persekolahan, manakala untuk sesi petang dibuat pada hujung jadual, lebih kurang pukul 4.30 hingga pukul 5 petang. bayangkan pukul 5 petang kena berdiri tegak di tengah matahari petang, menggemakan lagu Negaraku dan Selamat Sultan di tengah bukit bukau tu. 


ahh memories.


tahun 1999, aku darjah 3 dan seperti aku ceritakan tadi, aku sekolah sesi petang. jadi apa aku buat pada pagi tu?


mostly aku tengok tivi, round round taman dengan basikal bersama kawan kawan. abah umi pergi kerja, abang kakak dan adik aku sekolah/asrama. jadi tinggallah aku seorang. 


seingat aku selain aktiviti yang aku cakap tadi, aku ada satu lagi benda yang aku buat. iaitu pergi main game rumah kawan. haha.


seawal 8.30 pagi lepas umi abah pergi kerja, aku ambik basikal aku, kayuh sampai ke kampung sebelah. daripada Jalan Bunga Raya di perumahan Kesedar, aku kayuh melalui Jalan Melor sampai kawasan berbukit perumahan Felda, hingga ke atas bukit (lagi tinggi) perumahan guru, semata mata nak jumpa kawan aku, nama dia Mursyid. sebab si Mursyid ni dia ada kompiter dalam bilik mak ayah dia dan dalam kompiter mak ayah dia ada game hahaha!


game apa? haaa.


game nama The Kings of Fighters 99.


game ni adalah fighting game, berdimensi 2D, fast pace game. grafik yang separa pixellated dengan color dan visual effect yang vibrant. terdapat lebih 40 karakter yang mempunyai movement, combo, karakter perangai, desperate moves yang tersendiri. kita boleh pilih 3 fighter utama dan 1 sidekick yang boleh dipanggil anytime untuk assist kita punya fight melawan fighter lain. ada 5 stages comprises of 5 different teams yang kena tempuh sebelum sampai ke kepala pengat (a.k.a boss dia) bernama Krizalid. 


nama favourite karakter aku adalah Robert Garcia.


Rober Garcia ni aku suka dia sebab dia hensem, pakai kemas. kaki panjang. sepak terajang orang kalau duduk jauh pun kena. movement dia based on Kyokugenryu Karate Style. dan movement dia yang paling famous adalah Ryuu-Geki Ken, Haoh Shoukou Ken dan Gen’ei Kyaku. dan dia ada power api yang boleh sambar orang dari jauh incase lawan kau penakut tak datang dekat. so si Robert ni dia macam serba boleh la.


long story short abah pun beli kompiter dekat rumah, dan Abe aku beli multiple CD games yang ciplak dan kami main kompiter abah tu sampai habis rosak. sekian. hahaha.


masa aku study aku langsung lupa game ni, sampai lah recently dalam 2 - 3 months back aku punya childhood knocked me in the head, buat aku cari balik game ni, and im glad i did it. aku juga discover yang KOF ni banyak versi rupanya, dari KOF 1992 sampai lah KOF 2005, ada versi Xtra, ada versi 10th anniversary. latest KOF XV, dan XVII yang sudah dinaiktaraf dari segi karakter, gameplay dan grafik yang seiring dengan perkembangan dunia gaming semasa. macam macam. versi favourite aku adalah KOF 2002 dan KOF 10th Xtra. tapi KOF 99 sentiasa ada di tempat teristimewa dalam hati aku.


dan aku masih main game lama ni, occasionally. 


pagi tadi semasa tunggu giliran untuk present kes kematian kanak kanak bawah 5 tahun oleh si Faizal, aku scroll tik tok. dan aku jumpa live orang brazil main KOF 2002. ada beberapa orang yang main. semua dewasa, kalau tengok muka semua dah berkedut dan beruban macam aku dah. 


aku rasa game ni mendunia pada masanya, menyentuh hati dan jiwa kanak-kanak pada masa tu. kini kanak-kanak tu sudah menua, namun nostalgia keindahan setiap jeritan, letupan, pembakaran pihak lawan dengan api yang pelbagai warna dan kepuasan membantai fighter lain, tidak pernah padam dalam hati yang pernah kecil dan jernih ini.


kalau kira game tu sudah lebih dua dekad tapi setiap kombo masih segar di kepala dan jari jemari ini.


“Round One… Ready… Go!”



A.M.