We're goin' up, up, up
It's our moment
You know together we're glowin'
Gonna be, gonna be golden!
setiap hari selama lebih sebulan aku dengar lagu ni. lirik ni macam sudah terpatri dalam kepala otak aku. mula mula memang best, tapi lama lama muak. dan jadi annoyed. dengan kemunculan banyak versi. boy band lah, versi kampung, versi kucing pun ada.
korang pun tahu lagu ni. ya, dari movie Kpop Demon Hunters.
Kpop Demon Hunters (KDH) ni dia menampilkan tiga ketoi kpop selebriti iaitu Huntrix yang terdiri daripada Mira, Rumi dan Zoey yang bukan sahaja gah dari segi penampilan, karakter dan suara di sepanjang movie dan atas pentas, bahkan juga trio yang hebat membunuh iblis untuk memelihara daerah Honmoon mereka. tapi kegagahan mereka terganggu tatkala geng iblis sendiri yang keluarkan boy band mereka iaitu Saja Boys. ada battle secara langsung yang ringkas yang berlatar belakang kan Gwi Ma. tapi macam biasa, kebenaran pasti kan menang.
gitohhhh.
jujur cerita ni best dan aku suka. aku suka warna dia dan vibenya. animation dia style macam cerita Spiderman: into the spiderverse. nak kata watercolor pun tak. nak kata stopmotion pun tak. dia macam CGI campur dengan 2D, hand drawn. warna yang exaggerated yang cantik dan sesuai. ada yang vibrant ada yang pale, ada yang pastel dengan shading yang cantik. ada few moments karakter dia dicipta kearah anime punya style dengan goofy face and all. jalan cerita predicted, not bad. dan aku suka semua soundtracks dia. semua catchy dan easy to listen. ke sebab anak aku pasang hari hari jadi aku suka? dari Huntrix sendiri, dan Saja Boys pun lagu lagu sedap. yang paling aku suka adalah “what it sounds like”. gabungan harmoni suara tiga ketul tu best dan eargasm. dalam cerita ni jugak diorang ada ketengahkan mitos korea, makanan, gaya hidup dan macam macam lagi korean style.
semua ciri kecemerlangan movie ni tidak hadir dengan mudahnya ya. dikatakan direktor movie ni study betul betul ya trend dan style group Kpop from each era and years, for 8 years! haha. dan untuk wujudkan satu fictional character pun tak mudah.
contohnya main character, Rumi.
wajahnya diinspirasikan daripada wajah Jennie Blackpink, suara perbualan dan kasual guna suara Arden Cho dan suara vokal nyanyian yang power daripada Ejae. gabungan tiga identiti ini membentuk satu fictional character iaitu Rumi.
aku terfikir, si Rumi ni walau dibentuk dengan banyak personaliti tapi masih ada flaws. (atau dicipta untuk ada flaw?). abandoned fun times dengan kawan (sebab selalu tolak ajakan pergi bath house) dan kenapa dia bengap sangat tak jujur je dengan kawan dia yang dua ketul tu dari awal? kan mudah. tak perlu la ada konflik sampah seperti di tengah lagu Take down tu.
see. tiga manusia pun masih belum perfect.
kita sendiri yang manusia hakiki ni, yang terlahir dan membesar dengan diri sendiri dan ada satu identiti pun masih ada orang mengharapkan kesempurnaan tanpa ruang untuk lakukan kesilapan.
manusia ni tak sempurna (kecuali Nabi Muhammad SAW). dan kita dicipta untuk belajar. dalam proses belajar ada yang kita buat tindakan betul dan ada yang kita tersilap langkah. yang penting kena ada rasa nak self improve dan belajar dari kesilapan.
Kalau karakter rekaan pun dicipta dengan cacat celanya, apatah lagi kita yang nyata – kesilapan itu bukan kelemahan, tapi peluang untuk jadi lebih manusia.
(aku ingat soundtrack ni bergegar dekat rumah aku je, sekali aku pergi kedai aksesori cina, aku dengar dua dua anak dia tengah karok lagu golden. bila search tiktok lagilah. gelombang KDH ni macam mendunia. hampehh)
A.M.
