Monday, September 01, 2025

Selepas kematian Abah, aku tahu yang dulu sebelum tahun 80 an, dia ada usahakan beberapa keping tanah di kampungnya di Kuala Krai sana, bersama ayah dengan ibunya (atok dengan nenek aku lahh). 


Abah aku ni dia ada 11 orang adik beradik, dan dikatakan dia je yang selalu ulang alik Kota Bharu dan Kuala Krai untuk tolong parentsnya hasilkan sesuatu dari tanah tanah tu. tak kira lah buah ke getah ke. semua dia layan. abang sulungnya di ambik sebagai anak angkat orang kaya sejak kecil. adik adiknya pula di bandar sana dan masih bersekolah. so dia lah yang bertungkus lumus mencari wang dari hasil hutan untuk adik beradiknya. cuma bila adik beradik dia dah besar sikit sorang demi sorang pulang ke kampung untuk support adik beradiknya yang lain yang tengah belajar.


Abah selalu seloroh dekat umi kenapa dia sedikit rendang berbanding adik beradiknya yang lain. dia ada mention yang dia selalu pikul hasil kutipan getah dari hutan atas belakangnya. tu yang kaki dia jadi macam tu. hahaha. layan je lah.


jadi minggu lepas bapak saudara aku ada buat pengumuman untuk pembahagian tanah pusaka. ada 3 batch, dan setiap batch ada 3 nama. nama arwah abah aku ada di first batch. so kami (wakil keluarga) diseru untuk hadirkan diri ke Kuala Krai untuk tengok sendiri peninggalan generasi terdahulu keluarga kami sambil cari dan buat batu penanda baru.


fast forward, lepas park kereta kami di kaki bukit, kami berenam mulakan ekspidisi mencari batu penanda. sungguh semua ni di luar jangkaan aku. aku ingatkan pencarian di tanah landai, atau berbukit manis manis. sekali hah. satu bukit terus aku kena daki. bukit tu asalnya kebun getah, dan masih diusahakan oleh orang asing (siam, thailand, rohingya). permukaan bukit ditarah untuk penanaman pokok getah dan laluan pengutip hasil. namun laluan asal telah dikerumuni semak samun dan pokok halus setinggi tubuh aku. 


ekspidisi ni diketuai seorang remaja yang bekerja dengan ayahnya. ayahnya tu lah yang ada pelan tanah bersama koordinat yang tepat setiap batu penanda tanah tu. tapi hari tu ayahnya takde jadi anaknya lah yang lead kami. 


team lead bawak kami daki bukit tak ikut jalan asal. instead of jalan ikut lereng bukit yang ditarah yang memakan masa dan tenaga, kami daki terus in between lereng bukit. memang jimat masa tapi memang meletihkan. akar akar pokok yang tersembul di permukaan tanah, dedaun paku pakis dan batang batang pokok semak yang menyokong naik turun aku di bukit tu. bukan semua semak, pokok aku boleh capai. ada yang berduri, ada yang bersemut api (besar betul) dan ada yang rapuh. 


aku akui yang tubuh aku tidak dibina untuk semua benda ni. aku manjahhhh. haha. 


“lain la sikit kali ni ye dok. selalu duk dalam bilik aircond. hari ni kita naik bukit pulak” - constant reminder on repeat duk bersuara di belakang aku. kalau sikit sikit boleh lah. tapi sampai ke 19 kali duk ratib benda sama, aku pun sakit telinga haha.


masa hiking aku terbayang bentuk rupa bumi gunung gunung idaman aku yang selalu aku tengok di dokumentari youtube. Kinabalu, Kilimanjaro, Everest, K2. aku salut semua pendaki. masa dalam tivi, ego aku berbisik “eleh takkan tu pun dah penat”. now baru aku tahu langit tinggi rendah. nak gerak 1m keatas pun mintak nyawa nyahh.


ada satu je penguat semangat aku masa hike tu. aku ada tanya ayah saudara aku tu kiranya trail yang abah dan parents dia pernah lalu dulu dulu kan? dia jawab “ya!”


somehow aku rasa bangga, aku dah tempuh denai denai yang pernah Abah aku lalui dulu. hehe.



“ni lah tanah orang orang tua bagi dekat kita. nanti generasi baru jangan pergi jual pulak!”


baik. hehe



A.M.