Salah satu benda yang aku sangat malas nak join bila dah masuk organisasi ni adalah gotong royong. kenapa? sebab aku ni pemalas. simple.
gotong royong sekolah?
gotong royong ofis?
malas.
yang aku suka gotong royong dekat rumah je haha.
kenapa malas? mostly sebab kena ada dedicated day untuk kemaskan tempat tu. padahal untuk kebersihan ni tak perlu hari yang tetap. dia kena hari hari. ha macam tu.
plus!
kalau gotong royong ofis ni, tak semua akan hadir. eleh yang ada pun jenguk, hulur kepala je. tegur pun tidak. tanya kabar jauh sekali dongg.
semalam ada proses bersih bersih, manis manis sikit dekat ofis, atas alasan akreditasi.
apa tu akreditasi? akreditasi ni macam proses pensijilan untuk sesebuah hospital bagi membuktikan hospital tu mampu menyediakan perkhidmatan yang mapan dan cemerlang. audit, iso, kualiti, hpia, dasar keselamatan, dasar kerahsiaan, kawalan infeksi dan banyak lagi aspek yang akan dinilai. biasa hospital swasta akan fight benda ni untuk tunjuk siapa boleh provide yang lebih bagus. jadi, aku tak faham hospital tempat aku kerja ni, sejenis hospital kerajaan ni sanggup habiskan hampir 150K untuk dapat sijil tu? padahal kalau takde sijil akreditasi tu pun kami masih berfungsi seperti biasa. what a waste. a massive waste.
kembali ke gotong royong jabatan.
banyak benda yang sudah ditukar.
pintu yang patah dua, dah ditukar pintu aluminium baru tapi kualiti cap ayam
loteng atas yang dibina untuk penyimpanan fail dan rekod lama sudah dirobohkan
dapur yang dulu penuh dengan peralatan kenduri termasuklah kawah dan periuk nasi besar bas, sudah dikemas
ada baiknya juga akreditasi ni, tapi tu lah.
semalam kami fokuskan kepada pelupusan sampel untuk ujian kajitisu. biasanya setiap kes bedah siasat, kami akan ambik sedikit sampel organ daripada jasad, untuk dihantar ke makmal untuk mengesan sebarang kejanggalan patologi, menggunakan mikroskop.
sampel sampel yang terkumpul sejak 2018 (yang sudah siap dihantar ke makmal. yang tinggal hanya lebihan organ), dibuang cecair pengawet (formaldehyde, a.k.a formalin), dikumpulkan dan diletakkan dalam satu beg plastik. cebisan organ ini akan diserahkan kepada MAIK nanti untuk ditanam bersama mayat yang tidak dituntut untuk satu tempoh beberapa lama.
satu benda yang paling menyeksakan adalah ketika proses mengasingkan formalin daripada organ. formalin tu aku boleh tahan first 20 mins je. lepas tu kena regular change, ataupun kena selalu ambik udara segar setiap 5 minit. dia buat aku pedih dan berair mata, perit tekak, dan berair hidung. nak clearkan sebanyak 200 lebih botol sejak tahun 2018 ni memang memeritkan.
sebenarnya dah ada proses ni dua tahun lepas, nak clearkan sampel sebelum tahun 2018. tu yang aku rasa macam lebih anticipated untuk proses kali ni. benak aku cakap aku boleh lakukan, namun aku tumbang jua.
LEMAH.
biasanya hospital daerah akan hantar sampel dalam bekas urine container macam ni. sampel apa tu? welp, depends on case. kalau kes drowning, diorang akan hantar lungs, kalau kes melibatkan cardiovascular, diorang akan hantar heart. tapi depends on specialist yang diorang dicuss tu nak organ apa. otak ke, usus ke. ikutlahhh.
ada sepuluh lagi kotak macam ni. sampel yang terkumpul sejak 6-7 tahun lepas. kena clearkan. demi mu, akreditasi.
sampel pelbagai yang siap ditoskan dari formalin, ready untuk masuk proses pembungkusan sebelum diserahkan kepada MAIK untuk last respect dan proper burial.
used containers are ready to go!
team yang bertungkus lumus mengharungi kerengsaan formalin hari gotong royong tu.
ye. tempat kerja aku memang buruk. bangunan lama. semasa penubuhan awal hospital, jabatan forensik memang tidak pernah ada dalam pembangunan. hanya ada unit forensik dan rumah mayat. bangunan ni ditambah baik dari semasa ke semasa, tapi masih outdated dan limited. bayangkan hospital negeri tapi ada 4 je freezer mayat? haha. daerah lain sampai 16 freezer kot.
banyak permohonan untuk penambahbaikan infrastruktur tapi mostly declined sebab beyond economic repair. bangunan dah lama. the only way? runtuhkan bangunan lama ni wujudkan prasarana baru.
so apa yang boleh kami buat? tambah baik servis sahajalah. pastikan tiptop, dan bebas SISPA haha!
done merepek. bye.
A.M.




