Tora datang lagi!
ya, aku lah Tora tu. dan aku datang untuk susun balik benda dalam kepala aku.
aku dapat arahan pertukaran jabatan, dari jabatan forensik masuk ke jabatan patologi. pada awal aku dapat berita tu (lebih kurang 7/9/25) aku buat bodo. aku tak bagi reaction. tapi aku slowly jadi numb, tak boleh buat kerja, takda mood dan pelbagai rasa campuran. aku tahu, aku setiu-gua musang dan gua musang-kota bharu all over again. the fear, anxious
dan aku tahu, sudah tiba masa aku keluar dari zon selamat aku ini. kalau interview tahun lepas, aku tak dapat sebab aku duduk di department lain, dan minta untuk sambung di department lain. so tingtong sedikit disitu.
jabatan perubatan forensik ni jadi rumah aku semenjak tiga tahun terakhir ini. mula mula menggeliat, lama kelamaan jadi zona selesa. struggle untuk pegang pisau, belah perut manusia lain, tahan busuk mayat reput, handle kes pelik dan rumit. setelah beberapa lama selepas setiap tugas, selok belok perkhidmatan dan cara kerja dalam genggaman aku, aku berasa selamat. good working time, boleh rehat lama, boleh balik awal, kerja tak bawak balik rumah. hospital ni famous jugak la kan dengan keadaan sesak dan parking susah, tapi aku, ada dedicated parking. aku ada banyak masa untuk keluarga aku, anak anak aku. aku dapat observe sendiri setiap milestones anak anak aku. oncall sebulan pun tak lebih 8 kali, dan tak semua dipanggil. jabatan forensik ni jugak jabatan yang sering dianak tiri, which is good in someway. we live in our own world. orang tak kisah macam mana kerja. asalkan ada yang layan polis, proses discaj pesakit mati dari hospital, selesai. dalam tempoh masa di sini aku belajar banyak benda baru. selain dari bidang aku, dan aku tahu banyak lagi ilmu luas lain diluar sana. dan aku syukur aku sempat timba semua ilmu dan pengalaman ni.
so, jabatan patologi?
jabatan ni kerja dia duk belakang tabir, tak sesibuk dan sekalut frontliner lain. skop kerja ni lebih menyokong rawatan seperti provide lab result, biochemical investigation, culture and sensitivity dan banyak lagi benda. dan jabatan ni famously susah nak masuk, pertukaran dalaman pun susah, yang kemasukan luar pun susah. tapi jabatan ni adalah another stepping stone bagi aku untuk masuk ke sambung pengajian. further aku punya kerjaya.
kenapa aku rasa ralat, gundah gulana nak masuk tempat baru ni?
sebab aku akan tinggalkan apa yang aku ada sekarang. zon selesa, kelapangan masa yang melimpah ruah untuk aku teroka kemungkinan yang lain, kemudahan fasiliti dan perks kerja. aku akan hilang semua ni. interview nanti pun belum tentu aku dapat.
“awak terlalu sekejap di jabatan, mungkin boleh cuba lagi”
see, macam macam dia boleh kelentong.
tapi lepas lama aku telaah diri aku, aku rasa aku kenal diri aku.
saban tahun aku selalu tengok kawan kawan aku yang sambung pengajian. nampak macam seronok (walau aku tak tahu struggle diorang). aku ada rasa sedikit cemburu tengok ada antara mereka yang sudah grad, dah jadi pakar. aku pandang diri aku kehadapan, andai aku sempat mencapai umur 40 an, aku risau aku akan menyesal. menyesal tak ambil peluang ni untuk improve diri aku.
aku pernah doa depan kaabah, dan doa disetiap waktu antara dua khutbah, yang aku minta supaya jadikan aku pakar yang soleh dan terbaik. umi dan arwah abah aku pun encourage aku untuk sambung, kata mereka takkan la nak bergelumang dengan mayat sampai tua?
wife pun aku cakap selama ni dia tak pernah kecap comfort zone. tak tahu apa tu comfort zone. so, let me in your shoes baby!
adakah ini jalan yang Allah dah bentangkan untuk aku, tapi kenapa aku rasa tak nak? padahal aku yang nak? aku nak apa sebenarnya?
Wind of Change - Scorpion.
aku tak bagitahu lagi dekat wife aku. kalau dia baca, then dia tahu lah. aku taknak bother dia dengan benda simple ni. wife aku dah cukup serabut dengan kerja dia, karier dia, kesihatan dia, dan kerja design dia tu.
i shouldnt bother her with this.
apapun, jalan sudah clear dan aku tahu apa yang aku kena buat. macam aku cakap, aku datang untuk organize aku punya thought.
tapi satu benda yang pasti, the pain is surely inevitable.
last few days?
A.M.
