Sunday, September 14, 2025

Hari ni nak cerita pasal apa? pasal Kota Bharu Half Marathon 2025. spoiler alert: aku tak join HM. aku daftar as funrun 5KM je.


first aku tahu pasal KBHM ni dalam tahun lepas, lepas tengok beberapa orang yang aku kenal join event tu. dari situ aku rasa eh kena join ni. so im really looking forward to this lah. so fast forward pendaftaran join KBHM ni dibuka dalam awal julai hari tu, dan aku daftar untuk FunRun 5KM. jadinya aku ajak family dan sahabat handai, namun beberapa orang je yang lekat. yelah sapa je nak join event macam ni. dah lah memenatkan, kena bayar, mahal pulak tu. 


selepas daftar aku mula ubah sikit hobi aku. aku mula start lari pagi atau petang. sebelum ni lari guna kasut bundle RM60 je. wife aku cakap tak proper. jadi aku mula beli kasut running, dan bajet aku tak banyak, jadi aku ambik kasut running local, produk Al Ikhsan. warna agak menyerlah, warna oren. lantaklah. cantik pada mata aku. 


aku mula lari, dan cuba buat personal best (PB). aku belajar pasal pace, cadence. dari min 3KM, aku naikkan jadi 5KM, dari pace banyak ke pace rendah sikit dan dengan kapasiti aku sekarang, the process in between was not easy. 


fast forward, after produce almost 20KM per week and an Asics Novablast 5 later, aku rasa aku salah daftar. 5KM macam tidak mencabar. haha. sombong betul padahal daily running aku 5KM je. takpe orang selalu cakap, train 5KM, lari 21KM. tapi aku tak mampu. jadi aku ambik time trial dulu, iaitu lari 10KM. 



kasut lari aku yang kedua!


sehari sebelum larian aku dah tanya organiser, aku daftar Fun Run tapi join Time Trial, boleh ke? dia cakap boleh je tapi takdak la medal ataupun baju kategori tu. layan jelah. aku bukan nak tunjuk dekat sapa pun. sekadar nak buat personal best je.



ada nama aku tu cari je.


HARI KEJADIAN


Aku bangun seawal 3 pagi 13/9/2025, sebab flag off pukul 4 pagi. gila kan. tahajjud pun jarang buat. ni sanggup bangun awal pagi nak lari. haha. nervous bai. tak pernah join event serious dan besar macam ni. rupanya KBHM ni antara event yang ditunggu runner sebab route dia flat, dan orang datang untuk buat personal best. aku baru tahu ni.



baju lari beli dekat tiktok, stokin beli tiktok cina, dua energy gel, satu bib larian. tu je. seluar? masa ni tak decide lagi nak lari pakai seluar ke tak haha!

bongok.

aku sampai di perkarangan event jam 3.20 pagi. ramai runner dah start warm up. hujan renyai renyai tak menghalang orang ramai teruskan event ni. ada yang tengah buat stride, lunges. ada yang lari lari anak, dan lari laju. aku? aku buat buat warming up je lah. buat buat goyang kaki, angkat lutut sikit. waktu tu aku dah mula observe gear dan kasut larian yang selama ni aku duk usha dekat internet je. dah tengok Superblast, Adizero, VO2 Max, Nitro, Magic Speed, dan banyak lagi. ada yang nampak makan energy bar. aku pula ada dua energy gel yang aku beli sebelum ni dalam poket. tak pernah ambik, tapi kali ni aku nak try. 


sudah pukul 3.40 pagi, organizer mintak semua runner untuk berkumpul di belakang gerbang pelepasan. ramai jugak la, yang pasti lebih 200 orang.  aku nun jauh di belakang, biar geng geng pace laju dan pacer sub 30 mins dekat depan. aku pace santai ni layak buat pemenuh majlis ja haha. ada familiar faces yang aku perasan, geng geng pacer ni. rasa teruja juga boleh lari disamping star dalam larian. haha.


tepat pukul 4 pagi hon yang bingit memecah kesunyian awal pagi di tengah bandar Kota Bharu. masing masing mula mengorak langkah hingga ke pintu gerbang, dan mula memicit butang di jam pintar masing masing, nak set personal time kan.


aku pun join la dengan pace cap ayam. slow dan steady. dalam kepala aku, aku dah mindset dua benda

1. this is just another morning run

2. run at your own pace. dalam ni everybody wins.

3. only walk after 5KM!


3 benda ni aku duk chant dalam kepala aku. sebab aku tahu, yang first tumbang dalam larian aku adalah minda aku dulu sebelum badan aku.


sepanjang larian, aku jumpa dan potong ramai orang. orang yang pace santai macam aku ni lah. ada yang kurus, ada yang gendut macam aku, ada tua, ada muda. perempuan pun ada yang sorang ada yang berdua. ada yang lari slow pace macam aku, ada yang intermittent run - walk. masing masing. again, no one losing here, just keep moving. 


dalam event ni dia ada provide water station every 2.5KM, dan aku hanya stop satu je daripada 4. kenapa 1 je? sebab aku daftar untuk 5KM je, dan hanya aku layak untuk 1 je water station. lebih dari tu? aku rasa aku ambik hak orang lain. tapi its okay, aku ada dua energy gel yang aku dah prepare dalam poket. satu perisa epal dan satu perisa nenas. sepanjang larian aku consume satu je gel tu, dan aku consume sebanyak 3 kali. rasa dia manis betul dan pekat. aku ingat macam sumi atau konjac jelly je, sekali lekat dekat tekak. ah layan jelah. tapi aku rasa ada tenaga tambahan. you did your one job right, gel!


route untuk 10KM ni best. mostly flat, dan since aku lari pukul 4 pagi dan jalan yang sudah dipermit oleh organizer, jadi jalan ni macam aku punya haha. nak lari tengah jalan ke, nak lari tepi jalan ke lantak. kalau jog dalam kampung atau dekat jalan besar mostly aku kena aware dekat kereta dan moto, basikal dan pejalan kaki. ada sesetengah route ada anjing. track best, ada anjing pulak. tapi pagi tu memang best! hujan renyai renyai, baju basah peluh campur dengan hujan, memang sejukkk. 


selepas bunyi jam aku menunjukkan dah 5KM aku mula berjalan dalam 100m sebelum aku start balik with slower pace, gradually naik pace asal. dekat 5KM tu jugak aku berhenti sekejap dekat waterstation untuk minum seteguk air kosong. haha. then aku ambik second portion of energy gel aku tu. ah perit tekak. manis bethol. 


selepas KM ke 6, aku rasa larian jadi makin mudah. aku dah tak berjalan, just keep pushing sampai lah penghujung KM ke 9. route tu bertembung dengan pelari 21 KM yang flag off pukul 2 pagi tadi. rasa semangat sikit. nampak geng baju dan bib hitam masuk line. ada yang potong aku dan bagi semangat. rasa teruja. tiba tiba pacer yang diikat panji sub 2 jam 30 min lalu. wah. laju betul semua orang. 


ada 500m sebelum garisan penamat, dan sepanjang 300m terakhir ramai orang berada di kiri dan kanan jalan. semua bersorak sorai


"laju bang laju bang! sikit lagi!"


walau aku tahu sorak sorai bukan untuk aku, tapi aku ambik feel dan keep push kaki aku. walau betis rasa macam nak pecah, kaki dalam kasut dah basah dengan peluh, peha yang dah melecet, aku push jugak. dan alhamdulillah, aku berjaya sempurnakan 10KM.


jam Garmin aku picit butangnya ditepi tanda selesai. alhamdulillah. 


"Fastest 10K! berserta satu medal kecik"


aku bangga. bangga dengan diri sendiri.


ramai runner time trial berpusu-pusu beratur di muka pintu kaunter untuk ambik medal masing masing. aku perati dari jauh. 


hanya tepuk bahu sendiri, dan aku berjalan ke kereta untuk pulang. 




10KM hell yeah!


selepas hampir 3 tahun sendu dalam larian (dan hanya serius this year), aku faham yang lari tak tidak menjadikan aku kurus haha! perut buncit aku masih setia menemani hari hari aku. jadi kenapa aku terus lari? satu je. 


sebab aku nak tengok anak anak aku besar. tu je. dengan penyakit aku, kalau aku tak intervene, aku berpotensi nak mati awal. jadi aku anggap ni usaha aku, selebihnya adalah milik Allah yang Esa. 


now KBHM dah habis, dan aku kena cari next running event. maybe join yang 21KM muahah!


next goal? train untuk achieve greater distance, smaller pace, dan healthier body state. 


yosh!


Semoga entry aku ni mencari aku andai aku sudah mula lelah berlari kelak. amin!





A.M.