Wednesday, September 20, 2023

Hasanah

Hasanah yang aku maksudkan bukanlah nama orang. Hasanah ni lebih bermaksud kepada goodness, kebaikan. sebarang kebaikan yang kita minta, mohon kepada Allah Azza wa Jalla.


Kebaikan yang kita minta bukan sahaja kepada sahsiah dan pembangunan diri, namun dalam pelbagai aspek. hasanah kita dalam hubungan sesama manusia, hasanah dalam usaha dan rezeki kita, hasanah dalam kehidupan di dunia malah hasanah juga diakhirat.


simple.


Tuhan sudah kumpulkan semua kebaikan yang kita perlukan dalam satu perkataan, dalam satu ayat dalam bukuNya. hasanah yang kita perlukan didalam kehidupan sebagai seorang pengembara di dunia sementara.


cuma tinggal kita sahaja untuk meminta. 


itu pun tak mampu nak minta lagi. selepas bagi salam kiri dan kanan terus lipat sejadah, bangkit dan kembali ke urusan dunia. tak cukup masa katanya. sibuk!


dalam dunia akhir zaman tatkala manusia berpusu pusu mengejar duniawi, mampu berdoa selepas solat adalah rezeki.


tahu?

seharusnya teguran ini adalah untuk diri sendiri