Pagi tadi dalam ofis selepas selesai sesi CME forensik, aku panggil En Nik.
“En Nik, nah!” seru aku sambil menghulurkan sesuatu.
“apa ni boss” seraya membuka bungkusan itu.
di dalam bungkusan tu ada beberapa keping papan tanda kecik dan sederhana besar berukuran saiz pembaris pendek dan dua papan tanda parkir bersaiz A4.
“arrrr”
aku hanya mengangkat kening sebelah.
En Nik membawa barang tersebut dan tunjukkan ke staff lain. katanya bagus untuk pembaharuan cara kerja di forensik. so far mendapat respon yang baik. semua yang ada kelihatan teruja.
aku rasa sesuatu.
I think I like this feeling. feels like victory ececeh.
yelah sejak 2007 lagi forensik beroperasi di Kota Bharu ni, ni baru ada orang ambik inisiatif untuk menaiktaraf penggunaan label untuk tujuan pergambaran ketika bedah siasat. menggunakan kepingan akrilik instead of mere simple tounge depressor.
dan aku lah orang tu herherher.
everyone seems to love the result. maksud aku, the end, “the victory”. tapi tak semua yang tahu proses yang aku lalui.
curi masa in between report buat design, struggle dengan apps yang out to date, ukuran di plate yang tidak ratio 1:1 cm dengan pembaris, tak betul kena buat lagi. bila buntu tak tahu tanya siapa since aku sorang je yang reti photoshop.
tapi by in the end of the day, I did it, and I did it alone.
Ramai orang suka the idea of success. tapi tak suka the idea of struggle in the making.
macam aku.
best jadi pakar. membayang imaginasi indah kehidupan setelah menjadi doktor pakar.
tapi tak suka menghadapi labwork, pengisian log book, menghadiri kelas setiap pagi, present CME almost everyweek, burn the midnight oil almost everynight, attend study group in the weekend, tinggal anak bini untuk join kursus jauh jauh, buat thesis, buat research.
how can you achieve victory without loving the pain?
ada je orang nak pasangan bahagia dan hidup harmoni dalam rumahtangga, tapi tak sanggup nak bertolak ansur, tak reti nak small talk, tak rela ego direndahkan, mudah terasa ketika ditegur dan macam macam lagi.
ada yang nak tubuh idaman, kurus dan kekar, tapi tak ramai yang sanggup menjaga pemakanan, buat larian rutin, buat repetitive workout with multiple sets and round, luang masa dan wang, menghadapi sakit tubuh selepas bersenam.
aku rasa untuk berjaya dan dapat apa yang kita nak, instead of tanya kejayaan jenis apa yang kita nak, kita tanya
perang apa yang kita sanggup tempur?
cabaran apa yang perlu kita hadap?
what kind of pain to achieve that?
sebab berhalu itu gratis, dan kejayaan sebenar itu sangatlah mahal.
maybe there is joy that can be found in the midst of struggle?
selamat berperih, pejuang impian!
A.M.
