Assalamualaikum.
Semalam definitely not the best day. pendekkan cerita, aku terlibat dalam satu kemalangan kecil yang melibatkan kereta kesayangan aku, dan juga emosi aku.
Sejak kampung apal di pasir putih aku follow satu kereta alza. cara dia drive memang buat aku menyirap. depan dia ada 3 biji lagi kereta yang bawa sama macam dia. kalau ikutkan hati memang nak potong, tapi tak dapat sebab from opposite lane memang sibuk. kereta tidaklah banyak, tapi selalu ada. geram betul. aku memang sabar.
Tiba di junction untuk masuk ke bypass, aku lajukan diri, dan memotong kereta alza tersebut. memang rapat. dan aku yakin memang lepas sebab dari hujung mata aku, aku dah lepas kereta tu. tiba tiba bunyi "bung!" yang tidaklah sekuat mana dari arah anak aku tidur (pintu kiri belakang) tak rasa bergegar pun kereta. sophie yang tidur pun tidak tersedar.
"shit. kereta alza tadi"
Aku pun memberhentikan kereta aku di tepi jalan.
Pemilik kereta alza pun turut memberhentikan keretanya dan dia park depan sikit dari kereta aku. cara park keretanya pun dah lain macam (separuh punggung di atas jalan).
"apa cita ni. ha? apa cita? kenapa kalut kalut? apa cita ni"
Aku cuba tenangkan diri. hulurkan tangan untuk bersalam. dia menyambut tangan ku dengan agak kasar, dan menarik ke arah damage yang kononnya disebabkan oleh aku.
Ada satu line hitam calar. tiada remuk. tiada apa yang dented. tiada apa yang pecah. just a line.
"maaf ya bang. saya lambat pergi kerja"
"kalau lambat pegi keja pun jangan la kalut bawak kereta. habis tu macam mana ni. nak buat macam mana?"
"saya bayarlah rm100"
" yelah".
Dia berjalan ke arah kereta aku. nampak wife aku yang tengah traumatized.
"nanti akak pesan dekat laki akak ni suruh bawak kereta elok elok"
Wife aku hanya tunduk. nampak sangat tidak selesa.
Aku masuk ke dalam kereta dan meluncur laju dari tempat tu.
Wife aku masih berdiam untuk seketika. selepas 40 minit dia bersuara.
"awak ni.. muka default awak memang garang. awak keluar kereta tadi pun memang nampak garang. badan awak pun tidak lah kecik. awak ada berdebat tak dengan dia? bukan salah awak pun. sebab dia yang langgar awak. dia dah nampak awak potong dia, dan dia keep langgar awak"
Aku terus berdiam.
"waktu dia suruh saya pesan dekat awak tu suruh bawak kereta elok elok tu. ya Allah benci gila. saya syak dia ni kalau kerja kerajaan... ish! tengok cara park kereta pun dah tahu perangai!
Aku memintanya untuk let go benda ni. yelah benda kecik ja. dia cakap dia okey, cuma dia trauma. dia berdebar dan dia takut.
Dekat rumah selepas hantar anak dan wife pergi kerja aku tidur sebentar sebelum masuk kerja petang. dan aku bangkit dari tidur dengan perasaan yang geram dan berdebar debar. every words that she said make sense. aku nampak jelas wajah lelaki tadi dan aku berasa sangat marah!
Its true. i'm not good in fight and flight condition.
xxxxxxx
Mungkin aku tidak bersedia untuk berdepan dengan situasi yang complicated yang melibatkan aku dengan manusia lain. aku tend untuk lari dari masalah. cuba untuk selesaikan masalah atau pergelutan secepat mungkin. aku tidak mampu untuk befikir dengan waras. yang aku fikir nak lepas, nak lepas dan nak lepas.
Selepas membuat sedikit pembacaan, aku sedar bahawa antara sebab aku jadi kecut begitu sebab dalam mindset kepala aku
1. aku tak pernah bergaduh dengan orang. aku fikir aku tak mampu nak lawan.
2. opponent aku dia ada kriteria dominan yang lebih dan overpower dari aku. (which aku tak boleh nak fikir, tapi ia ada)
Realitinya tidak begitu.
Duhai diri,
manusia itu dicipta sudah lengkap. lengkap baik dan lengkap buruknya. ada yang plusnya, ada juga yang minusnya. dia macam pakej yang lengkap begitu. setiap orang ada kekuatan yang tersendiri. jadi jangan lah kita cepat berasa inferior. sebab lawan kita tidaklah sehebat yang kita sangka. sebenarnya semua ini adalah the power of mind. kau fikir kau boleh, maka kau boleh. maka begitulah sebaliknya.
Sama macam konsep "throw away a rotten apple"
Apabila aku cuba makan sebiji epal, aku dapati ada satu bahagian yang rosak, yang selayaknya untuk dibuang dan aku terus buang, walhal kalau dibelek kembali dipusing pusing ada lagi bahagiannya yang segar dan enak lagi ranum.
Mungkin lain kali aku sepatut lebih kuat mental dan tambah sebanyak banyaknya keyakinan. bukan untuk bergaduh tapi untuk mempertahankan diri.
Mofar Rahman