Friday, June 08, 2018

Masa Depan

Assalamualaikum

kalau nak dikira, tempoh aku bekerja sebagai 'aku' dalam profesion ni takdelah lama. masih setahun jagung. masih terlalu amat banyak sekali ya robbi yang perlu aku kaji, aku lalui, dan aku belajar.

namun dalam pengalaman sesingkat ini tidak aku nafi bahawa banyak yan telah aku perhatikan pada setiap yang aku lalui hari hari. iaitu pesakit.

setiap hari akan ada komplen yang berlainan. ada yang sakit perut, ada yang gastri, ada yang sakit kepala, ada yang masuk benda dalam telinga, ada yang muntah berak tak berhenti. ada juga yang berdarah situ sini, tidak kurang juga yang kemalangan, demam dan sebagainya.

aku juga perhati, ramai pesakit yang ada penyakit kronik (darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, jantung, kanser, penyakit darah dan lain lain), terjadi pada usia yang agak lewat (malah ada juga pada usia yang awal.

ada seorang tu aku jumpa, hidup nya tenang. tiada allergic history, tak pernah ada medical illness. masuk ward pun tidak. pada umur 42 tahun dia kemalangan, mengalami cervical cord injury, dan akhirnya lumpuh kedua tangan dan kaki. tidak mampu makan seperti biasa, hidup seperti biasa. kena bantuan isteri untuk makan, uruskan diri, hatta untuk beralih badan sekalipun.

ada pula seorang ibu, 36 tahun beranak tiga, hanya 6 bulan lepas dia merasakan ada suatu ketulan di payudara kirinya, semakin hari semakin sakit. dan ketulan itu semakin besar. pergi cek dekat hospital, sampel ketulan diambil dan disahkan kanser. awal tahun ini dia menjalani pembedahan buang payudara kirinya. sudah menjalani dua kali chemotherapy, dan dia kini sudah berasa letih.

ada seorang lelaki, umurnya 31 tahun. bekerja sebagai peladang di salah satu ladang disini. ada anak enam orang. isteri tidak bekerja. tiba tiba suatu hari datang ke hospital dengan sakit dada sebelah kiri dan beberapa simptom lain (typical chest pain). bila diperiksa jantung, ternyata acute myocardial infarction (baca: serangan jantung). terus dibawa ke hospital, diberi surat untuk tidak bekerja berat. diberhentikan kerjanya kerana badannya tidak mampu untuk menanggung bebanan kerja. isteri pula kena mencari pekerjaan baru untuk menyara keluarga.

abang aku sendiri. umur 35 tahun. umur 27 tahun sudah menjalani pembedahan pertama beliau di IJN kerana penyakit jantung. pada tahun lepas beliau tidak sihat selama 2 bulan, akhirnya meninggal dunia. septicaemic shock secondary to HAP, ruptured aneurysm.

depress betul.


aku, 28 tahun. hidup aman tenang dan bahagia. ada sedikit masalah tu biasalah. menjalani hidup sepereti biasa, tidak ada satu klu pun tentang apa yang akan berlaku dalam hidup kelak. apa yang Tuhan telah sediakan untuk aku. apa yang menanti aku di hujung jalan sana. adakah aku akan terus sihat seperti ini? atau penyakit kronik yang sedang menunggu giliran masing masing untuk meratah tubuh aku, menjadi parasit. CONSUME ME.

aku pun tak tahu.


sesungguhnya entry ini sangatlah depressing. aku takda mood untuk tengok movie dah.

bye aku nak tidur.


Mofar Rahman