Friday, June 08, 2018

Sembang dengan Abang Burger

Assalamualaikum

Dalam bulan lepas seingat aku, aku ada singgah ke Kedai Bob. Bob ni kerja dia jual burger dekat daerah setiu ni. one of them lah kiranya. sedap lah jugak. ada banyak pesen berger dia jual dekat situ, tapi aku selalu beli satu jenis je iaitu bege ayam dabel eheh.

Sementara menunggu pelanggan lain datang, aku duduk di kerusi dan meja yang disediakan di sebelah gerainya.

Dia datang, tarik kerusi. duduk, dan tengok langit, lalu diseluk poket kiri seluarnya, dikeluarkan sekotak rokok dunhill, dan sebiji lighter yang bekas dia warna kuning. satu batang rokok dikeluarkan, di paut pada celah bibirnya.

Dua kali petik di hujung penunu sana, dicucuh pada bontot rokok. kepul kepulan asap putih berbau busuk haram berebut keluar dari mulutnya, dan hidungnya. disedut berkali kali sambil matanya melihat langit malam.




Aku mula berbicara "aku rasa aku nak keluar lah dari tempat ni. aku nak cari pengalaman di tempat baru. lagipun aku kesian dekat bini aku. ye lah sebelum kawen ni dia loaded. maksud aku dia pegang banyak duit. dia boleh fully utilised apa yang dia belajar dulu dekat unibesiti, kerja yang dia suka, gaji yang dia suka"

"Aku ingat aku nak pergi balik ke kota bharu, nak sambung masuk hospital besar dekat sana, kalau kalau ada kekosongan. tapi wife aku pula dia kata tak ada sangat peluang kerja dekat kelantan. haih...", aku mengeluh. aku pun seluk poket depan bawah kanan baju melayu, keluarkan sebiji kereta diecast berjenama hotwheels. Honda civic type R model 2017 warna putih. letak atas meja kami, dan aku gelek kedepan ke belakang beberapa kali sebelum membiarkan ia bergerak sendiri, meluncur ke hadapan hampir ke bucu meja.

Bob melihat aku sambil menghembus asap rokok melalui kedua dua lubang hidungnya. macam naga dah aku tengok. dia dah la besar 3 kali dari aku. tangan dia tu kalau lempang aku, mahunya tercabut muka.

"Boss. aku sejak dari dulu nak sangat ke kuala lumpo untuk cuba nasib, nak cari rezeki yang baru. tapi setiap kali aku nak berhijrah, mesti ada sesuatu yang terjadi. ada itu lah . ini lah. rasa tak sedap hati lah. tapi lepas pikir pikir balik, aku rasa aku dah cukup berada disini. biarlah niii saja punca pencarian aku (tangan dia tunjuk gerai burgernya yang tak berapa nak baru tu) tapi sepanjang aku duduk sini, aku berasa cukup"

"Orang kata, dalam ramai ramai adik beradik mesti ada seorang yang akan stayback dengan family, dengan mak ayah. biarlah semua pergi keluar rumah ni, keluar pergi cari rezeki di tempat orang, mesti ada seorang adik beradik yang tuhan buat, kena stay dengan mak ayah dekat rumah. dalam kes aku ni, aku rasa aku lah adik beradik tu." ujar Bob. dicelah jarinya sedia terselit sepuntung lagi rokok. dicucuhnya api, lalu tangannya disorok ke belakang. dia tahu aku benci perokok.

"Sejak ayah aku sakit, aku lah yang kena jaga adik beradik aku yang masih bersekolah. tak larat aku nak tengok  mak aku kerja seorang. aku rasa, sebagai anak sulong, aku kena stay sini, bantu keluarga aku. kalau nak bantu dari segi kewangan, tak dapat lah. tapi untuk keberadaan aku disamping family aku, insyaAllah"

"Apa poin aku disini adalah, sebenarnya bila tuhan tempatkan kita disuatu tempat, di suatu masa, dia mesti ada tujuannya. kita hanya perlu mencari sebabnya, dan sambil tu kita kena cari sendiri, discover, dan explore setiap nikmat nikmat kecil disekeliling kita, yang kita terlepas pandang. kita mungkin rasa tempat lain best, lagi bagus, tapi sebenarnya adanya kita disuatu tempat tu adalah purpose"


Huh.


Apa yang aku boleh simpulkan, be grateful with every little things. syukur dengan apa yang ada.



Kenyataan dari beliau membuatkan aku terfikir dari semasa ke semasa. ada betul juga apa yang dia utarakan. tapi ya lah. Tuhan pun berpesan untuk kita menjadi kearah yang lebih baik. mungkin ada sesetengah orang dia menjadi lebih baik dengan berhijrah ke tempat lain, meet new people. try new air. turn over a new leaf.

Mungkin bagi sesetengah orang menjadi lebih baik adalah mencari dan treasure setiap kebaikan disekeliling setiap hari, dan menjadi a better person untuk orang sekelilingnya juga. mak ayah dia contohnya.

Ada banyak intrepretasi.

Terpulanglah.






Mofar Rahman