jawablah kepada sesiapa yang nak jawab. kau taknak jawab sudahh
aku baru lepas pasang kabinet dengan bini aku ni. alhamdulillah it went well. kabinet yang macam rak tu yang ada 9 kotak dalam tu. aku malas la pulak nak cari dalam google.
"9 tier rack"
haa yang tu. kau google sendiri.
bila buka kotak dia adalah beberapa keping itu ini, beberapa skru itu ini, dan kayu kecik. instruction dia macam senang. ping pong cing cong ting long piu piu siap. bunyi macam senang kan.
easy kepala kau! (source)
tapi sebenarnya level dia kalau kau takda kesabaran macam aku ni boleh bawak cerai laki bini kau tau. hampeh betul. lepas siap terus letak dalam bilik. campak terus pakaian yang dalam almari lama ke luar. almari yang lama terus aku bakar. (tipu je. aku letak dekat luar jugak. tapi jauh sikit dari pandangan serong aku ni sebab serabut. cink!)
last last simpan baju esok. sebab dah exhausted kena drained energy dengan bendalah tu. bini aku dah kiok. anak pun merengek mintak kena ulit. aku pula ada la sedikit lagi kederat nak tulis entry ni. hmmm.
alhamdulillah lah kan apa lagi yang kau nak hmmm bagai tu kenapa?
ok ok, alhamdulillah. hihi.
aku nak cerita pasal cabut gigi hari tu. tarikhnya 25/4/18.
alkisahnya bermula sakit sejak dulu lagi. tapi dia macam on off. kadang kadang ada sekali dengan bengkak. lepas bedal antibiotik dengan painkiller yang biasa biasa, hilang lah. maksimum pun dua hari. tapi sakit kali ni power dia lain macam. persistent 3 hari, makan painkiller pun rasa hawa hawa je hilang. ni sudah pelik. aku raba gusi aku, tak bengkak. tapi sakit dia fuhhh. berdenyut. terutama sekali dekat kawasan belakang sana, atas sebelah kiri.
bini aku suruh pergi cek. dia suruh cabut sekali kalau boleh. ya cik puan. aku pun pergi lah dekat klinik gigi kerajaan kawasan sini. pukul 8 pagi. awal dah kan kan.
setelah daftar, diorang(geng duktur gigi) buat triage(sorting). noted aku punya BP slight high-ish. kemungkinan sebab sakit dan tidur tak berapa nak proper. dan juga aku default ex forge semalam. pada mulanya diorang macam reluctant nak buat. tapi diorang check gigi aku anyway.
haa mari kenal serba sedikit dental punya tools. nanti orang tanya lepas ni kau boleh jawab. takdalah jawab macam "alah yang tuu tuu tuu"
setelah dimasukkan plain mouth mirror dan dental probe, dentist tu beritahu beberapa kod kepada male dental nurse untuk ditulis dalam kad dental aku. bla bla bla sampai lah kena kawasan yang sakit sangat tu, kod dia dah bunyi lain macam. aku nampak sekilas tukang catit tu. nampak terkocoh kocoh. yelah cepat sangat kau baca.
"nampaknya gigi encik yang belakang tu dah patah. bawah dia pun berlubang teruk. yang lain semua okay. saya rasa kemungkinan yang sakit sangat tu adalah dari gigi yang rosak tu. tapi saya rasa tak boleh nak proceed sebab encik belum makan, dan darah encik tinggi. saya tak berani buat."
maka aku pun eksplen kemungkinan BP aku tinggi sebab aku in pain. sebab tak pernah BP aku setinggi itu.
tapi dia tak nak dengar. dia suruh aku balik. makan ubat. datang balik esok.
"baiklah"
aku akur dan terus pulang. telan postan 2 bijik dan aku mula buat kerja rumah.
pukul 12 tgahari sakit gigi aku menggila. berdenyut sebelah muka. aku cuba angkat dua dua tangan, dan kaki. cepat cepat tengok cermin. jelirkan lidah.
astaghfirullah.
mati mati aku ingat kena stroke tadi. ya lah dah lah ada hypertension, tak control pulak tu. tiba tiba sakit muka sebelah. naudzubillah.
sakit dia tu kau sampai tak boleh buka mata kiri sebab berdenyut dia tu dup dap dup dap kuatnya. mulut tak boleh nak buka. air liur dah drooled out. aku rasa aku tak boleh tunggu esok. aku kena setelkan benda ni, once for all.
helyeh (source)
tapi terpikir pulak macam mana kerja shift petang ni. sepatutny aku kerja petang hari tu. dengan 2 others colleague. tapi dah sakit macam ni mana boleh tengok patient. kang ada yang kena pelempang free. (samada aku yang bagi, atau patient. cink!)
pukul 2 petang. dah tak da tempat lain aku nak tuju dah melainkan pintu masuk ke klnik gigi tu. daftar balik. bagi ic balik. tengok kad balik. duduk menunggu balik. aku perati ada yang membawang pasal aku. elok di kaunter, malah ada juga dari dalam. duk jeling jeling dari tingkap kecik. ya lah siapa nak tengok pesakit yang sama dalam masa sehari selepas dibenarkan pulang, datang balik. kalau aku, aku pun annoyed.
paranoid much? entahlah labu.
dah sakit sangat ni suka hati korang lah. aku tak peduli.
nama aku disebu kembali ke kaunter triage untuk cek BP. kali ni dentist perempuan.
"tinggi lagi ni BP encik. hmm. nanti saya bincang dengan senior saya macam mana ya"
"baiklah". akur lagi.
ting tong!
"3012"
ah. panggil masuk rupanya. hihi.
duduk atas kerusi cabut gigi, dongak ke atas, lampu spotlight direct ke muka. pedih mata sekejap. dah la silau teruk.
"prosedur ni bahaya kalau nak proceed dengan BP encik semacam ini. risiko untuk pendarahan yang banyak. tambah pula encik sekarang sedang sakit. takut pula nanti dah bagi bius, jadi tak cukup pula. karang kang sia sia je sakit"
begitulah ayat dia lebih kurang.
aku faham. dan aku sanggup ambil risiko tu.
consent form aku sign siap siap.
prosedur dimulakan.
1. satu gumpalan yang dibuat ke dalam bentuk silinder, tercalit sedikit cecair warna merah jambu dimasukkan dan ditekan jauh kedalam mulut aku. ditampal nya gauze tu ke sebelah kiri dalam. sedap. rasa sejuk dan macam strawberi.
2. satu syringe besi (klasik punyaaa) dimasukkan kedalam tu. local anaesthesia. mula mula dicucuk di sebelah luar gusi sebelah gigi culprit tu. 2 3 das. steady. tak sakit pun sebenarnya
3. "yang ni pedih sikit ya encik. tahan ya"
4. huh?
5. terasa lelangit atas kiri aku kena tikam dengan jarum, dan rasa ubat masuk jauh kedalam isi. ya Allah sakit dia sampai pecah pecah cahaya lampu atas kepala aku. terbeliak mata aku. habis tangan dan kaki aku meringkuk, terketar ketar. sungguh aku tak pernah rasa sesakit itu. (sampai sekarang rasa lagi kesan point of insertion ubat bius tu!)
6. aku ditinggalkan selama 2 minit. katanya untuk bius tu beri kesan. mulut aku mulai kebas. gigi aku yang sakit tadi dah rileks.
7. dentist masuk lagi dengan instrument. disuruhnya aku nganga.
8. satu alat panjang dimasukkan dengan kepala seakan bebuli kecil. permukaannga kasar. dia korek gigi aku. terasa friction dia sampai ke tengkorak. tak sakit la tapi.
9. dikeluarkan alat tu, dimasukkan pula seakan playar yang matanya ada cangkuk. dikepit gigi aku dan digoyang goyang. sampai kepala aku pun join sekali.
10. "nanti kalau encik rasa sakit angkat tangan ya"
11. proses nak cabut plus goyang goyang ni hampir 30 minit juga. katanya si dental gigi aku ni problematic. body atas sudah hancur bertunggul sahaja. tinggal akar lagi dekat dalam gusi. aku iyakan sahaja. aku serahkan kepada yang lebih arif.
12. 10 minit terakhir proses goyang gigi tu, aku mulai rasa bius sudah semakin hilang. aku cuba bersabar.
13. finally the culprit is out. macam mana rupa dia? gigi yang akarnya panjang, bahagian atas tu dah hancur. permukaannya ada satu tunggul. mungkin itu yang aku rasa sakit sangat tu, dan annoyed ketika makan.
sebaik sahaja gigi tu keluar, "ha encik dah boleh balik ya" berkatya dentist itu sambil dihulurnya kepada aku satu sampul ubat panadol bersama mini gauze. lepas minta mc, aku pun pulang.
seksa gila wey nak balik rumah.
masa dalam kokpit kereta aku, telinga kiri aku berdesing gila. sakit dia pula makin kurang ajar. semua benda depan aku, aku nampak macam pecah pecah. celaka!
kuatkan semangat, aku drive juga dari Klinik gigi tu ke rumah. tapi dengan vision yang begitu altered sekali, aku buat keputusan untuk ke hospital dulu untuk ambik IM Voltaren se das.
dipendekkan cerita, selepas pekena voltaren baru aku rasa boleh bernafas sedikit. semakin kurang denyutan dekat sebelah muka aku. entahlah aku pun tak tahu samada aku memang betul sakit, atau aku ni tergolong dalam spisis manjalitis. urgh annoyed nya nak admit yang second tu!
seksa gila wey nak balik rumah.
masa dalam kokpit kereta aku, telinga kiri aku berdesing gila. sakit dia pula makin kurang ajar. semua benda depan aku, aku nampak macam pecah pecah. celaka!
kuatkan semangat, aku drive juga dari Klinik gigi tu ke rumah. tapi dengan vision yang begitu altered sekali, aku buat keputusan untuk ke hospital dulu untuk ambik IM Voltaren se das.
dipendekkan cerita, selepas pekena voltaren baru aku rasa boleh bernafas sedikit. semakin kurang denyutan dekat sebelah muka aku. entahlah aku pun tak tahu samada aku memang betul sakit, atau aku ni tergolong dalam spisis manjalitis. urgh annoyed nya nak admit yang second tu!
kalau ada orang sekeliling kau sakit gigi, kalau kau taknak tolong ringankan kerja dia, at least bagi dia moral support. sebab benda ni memang sakit tak tipu.
ok dah. panjang sangat ni aku pun tak tahu nak goreng apa lagi. semoga post ini boleh beri aku peringatan yang aku penah merasai pain score 10/10, dan buat aku lebih sayang dekat gigi aku.
Mofar Rahman
ok dah. panjang sangat ni aku pun tak tahu nak goreng apa lagi. semoga post ini boleh beri aku peringatan yang aku penah merasai pain score 10/10, dan buat aku lebih sayang dekat gigi aku.
cink! (source)
Mofar Rahman



