pada asalnya niat menulis ni nak buat ulasan tentang buku yang aku baru habis baca dalam last week. tapi jalan ceritanya keep rolling in my mind. tambah pulak dengan adanya movie adaptasi daripada novel tu dengan pilihan poelakon yang tepat dan penceritaan yang cantik serba serbi menguatkan lagi kecintaan kepada bendalah tu. haha.
tapi mood tu terpadam sebab ada benda lain melintang aral dalam kepala aku. rasa macam kena tembak sakitnya. sakit kepalanya, sakit hatinya.
urgh! (source)
minggu lepas aku bekerja atas panggilan. ditakdir tuhan aku jatuh sakit hari tu. dengan sore throatnya ya robbi hanya Allah yang tahu. belum cakap pasal sakit badan, lenguh segala isi tubuh. harapkan panadol sahaja membantu beberapa peratus sahaja. tapi aku gagahkan lah juga diri yang tak berapa nak sihat ni complete kan oncall aku.
aku ingat lagi, pada hari tersebut aku cuba sedaya upaya untuk tidak mengeluh pada teman kerja ku setiap shift. ya lah, annoyed la kan kalau kau masuk kerja, tiba tiba tahu team kau tak sihat sorang. dah la hari tu kau dua orang je satu shift. aku tahu, aku faham itu. jadinya aku bekerja lah dengan kudrat yang ada. batuk batuk yang sangat mencekik, meragut tekak aku ni, air liur yang pedih aku telan jugak. sakit betis, susah nak bergerak, ah semua lah. staff nurse aku sejak pagi lagi nak masukkan branula dekat tubuh aku ni, nak masukkan air. katanya aku nampak teruk. tapi aku menolak. aku taknak jadi dramatik sangat. aku boleh bertahan dengan taking orally, kononnya.
tapi team aku? seorang pun tidak tanya khabar. uih. terasa hati betul. ada sekali aku tercakap aku tak boleh perform sangat hari ni, semua macam taknak layan, lepas tu tarik muka. macam aku mintak duit seribu dengan kau. cepat cepat tukar topik. aku ingat lagi masa kau sakit hari tu, bukan main lembik kau meroyan. batuk je pun. tapi aku layan je keluh kesah kau. bagi kau rehat. kasi can kau tukar oncall. kau taknak, end up kau sengaja ambik syrup benadryl, dan kau lipat satu shift. takpa, aku faham.
tapi bila time aku, semua tu kau lupa. aku tak mengeluh pun, aku cuba bertahan. tapi tak ada seorang pun yang tanya khabar. buat muka irritated adalah. tapi macam aku cakap tadi lah. aku tempuh semua ni. layankan saja. ambil masa rehat lebih sikit selepas solat.
semalam sebaik sahaja aku masuk shift malam, aku pair dengan seorang team mate aku perempuan. belum sempat lagi aku sebut bismillah nak mulakan kerja, tiba tiba
"weh. aku sakit kepala ni. berdenyut dari tadi"
ah. rasa macam kena tikam dekat tengah jantung. bukan tak simpati yang condition dia tak berapa okey. tapi kau rileks la dulu.
aku rasa macam apa yang aku duk sembang dekat atas tadi datang terus, menampar perasaan aku, tambah dengan iblis celaka galak berbisik " pergi mampus"
tapi nasib baik, aku ni bukannya babi atau kambing. aku tidak heartless. aku dengar lah apa yang kau nak meluah keluh kesah kau yang sakit kepala yang sepatutnya kau boleh manage sendiri dengan ambil ubat yang ada tapi kau taknak. dan aku kasi can la kau masuk tidur awal.
selepas setelkan pesakit 7 tahun yang ada spastic quadriplegic datang dengan shortness of breath, peratusan oksigen 80% dibawah ruang udara bilik, dengan mother yang very hopeful, referred to tertiary, dan kau hilang seawal pukul 12 malam. malam masih muda tapi kau dah takda. semua pesakit datang malam tu non stop dari pukul 12 malam sampai pagi esoknya pukul 7 aku gomol sorang sorang takda pula kau tanya okey ke tak. kau masuk bilik semalam pun nampak je kau online. tapi aku tak bising. aku cuba ingat balik apa yang orang buat dekat aku. aku biarkan kau hidup tenang.
aku ada cerita dekat wife aku. dia juga terkejut dan sedikit terkesan.
"itu bukan teammate namanya"
aku terkedu. aku setuju. (she always has the very right word to describe things, sometimes)
urm.. wow? (source)
aku rasa aku survive oncall teruk hari tu berkat rezeki tuhan dan doa bini aku dari rumah. hanya dia yang tahu kondisi aku. yelah. aku mengadu dekat bini je. bukan macam kau mengeluh dekat orang ramai suruh semua orang tahu. macam haram.
aku rasa, punca utama masalah ini, apa yang bergulir dekat aku punya fikiran yang sedia sempit ni adalah, aku.
ya. aku sendiri.
Bak kata Dr Steve Moraboli, kekecewaan itu adalah makanan kepada orang yang berharap, yang mana kita mungkin kita rasa kita boleh mengawalnya, padahal tidak.
aku berharap orang akan berbuat hal yang sama pada aku. tapi malangnya, meraka bukan aku.
tidak apalah. hidup aku pun belum lama dekat dunia ni. banyak yang nak kena hadam. banyak lagi garam yang aku kena telan. banyak lagi benda yang aku kena belajar. dan kejadian sehari dua ni, big life lesson for me yang aku pasti aku akan lupa, dan aku akan ulangi lagi. dan things go round and round.
apa yang penting, jadi diri aku, buat apa yang aku nak, layan orang seperti aku nak orang layan aku, tapi jangan expect apa apa. dont trust them. 'cause they'll drop it. they'll drop it every time.
so,
yep!
hah! tudia benda yang kemas tergumpal dalam hati aku sudah luahkan, lerai segala. pergi mampuslah kau orang dengan perangai kau orang. moga kau berbahagia dunia akhirat.
oh lupa. cerita novel dan adaptasi movie itu adalah "Tenggelamnya kapal wan der wijck". kalau kau nak baca sinopsis cari tempat lain lah. cuma aku nak cerita dekat sini, buku dia sangatlah best, movie pun best. highly recommended. okey. itu je.
marah sikit kali ni.
Mofar Rahman



