Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Sunday, July 20, 2025

Tengah sedap layan Mencintaimu versi Mahalini dalam kereta, Ben jengahkan kepalanya antara dua kerusi. dia mengatakan sesuatu yang tidak jelas. sambil ketawa sambil cakap. aku tak paham apa yang dia nak cakap.


kepala dia golek golek

tangannya gerak gerak

ketawa tak berhenti

ada saja gelak masa nak sambung cerita


kebetulan berhenti di lampu merah,

aku loose aku punya seatbelt untuk geletek dia

jatuh terguling dekat seat belakang


“Oh, hanya satu yang tak mungkin kembali

Hanya satu yang tak pernah terjadi

Segalanya teramat berarti di hatiku

Selamanya!”, seru Mahalini


tika dan saat ini aku tengok Ben yang bergelumang hilai tawa dari terkekek hingga ke melopong luas.


ketawa awak milik Abi selamanya

kecomelan awak milik Abi selamanya

segala hilai tawa senyum mata sepet awak, milik Abi selamanya

masa kecil awak yang akan Abi simpan dalam hati Abi selamanya

awak membesar setiap saat, dan satu hari nanti semua ini hilang dan tak akan kembali lagi, 


awak milik Abi selamanya.


Abi sayang awak Ben.






A.M.

Sunday, July 06, 2025

Hari tu aku berpeluang untuk melawat taska Ben. taska yang kami berdua hantar dia untuk beberapa tahun ni, tak pernah diberi peluang untuk jenguk ke dalam. yang kami tahu kami hantar dia dimuka pintu, disambut cikgu dan dibawa masuk kedalam rumah taska. petang tu kami ambik, dan balik. 


itu sahaja. aku takde idea yang jelas macam mana kehidupan dia di taska itu.


taska Ben, dia sebuah rumah teres dua tingkat di corner lot. kalau masuk ikut depan ada playground mini yang ada slide, swing sikit. tapi tu dulu. sekarang di hampar karpet rumput tiruan. entah kemana tah set playground mini.


kalau dari luaran ada beberapa mural diego dengan beruknya, dan ada lukisan winnie and the pooh, tigger dan sebagainya yang aku rasa kanak kanak gen alpha (ke beta?) dah tak kenal watak watak ni.


macam yang aku cakap tadi, setelah bertahun request untuk jenguk ke dalam, aku finally mintak dengan owner taska tu sendiri, kebetulan hari tu ada jamuan makan dan sambutan hari jadi anak anak Jan - Jun. dia kelihatan kaget dan terkejut, sama dengan cikgu lain. raut wajah berubah. tampak risau. tapi dia membenarkan juga aku masuk. katanya hari ni saja bagi, hari lain, NO. 


fine with me then.


aku dengan wife masuk.


suasana suram, gelap dalam rumah, dengan budak budak bawah 3 tahun berlari lari berselerak. ada beberapa yang masih tidur pada sudut sana atas tilam masing masing. ruang kosong lebih kurang 20 x 15 kaki hanya kosong, tempat berlegar legar. ada beberapa lukisan dekat dinding untuk menceriakan suasana. aku intai dapur dan tandasnya. dapur buruk, tingkap lapuk, jubin lantai lama, pintu toilet yang buruk. tapi semua bersih. sudut atas siling tiada sesawang labah labah. kipas berpusing ligat menyamankan suasana. 


ada satu tangga ke aras atas di sudut kanan ruang legar. tangga tu siap di grill atas dan bawah, macam pesakit mental punya ward. aku faham semua ni untuk child safety, dan aku sokong. 


anak anak tangga kecik dan pendek itu aku dan isteri daki. di tepi tepi tangga ada beberapa file murid yang sedia untuk dibentangkan pada ibu bapa. cikgu cikgu tergopoh gapah alihkan untuk kami. kami cakap eh takpe jangan susah susah, tapi dia still buat jugak.


sampai lah kami di tingkat atas. ada tiga bilik, dua pintu tertutup dan satu bilik terbuka daun pintunya. toilet dia macam dekat bawah. pintu lama dan ada pecah pada bahagian bawah. dinding terlukis dan terwarna lukisan usang. siling pecah, berlubang sana sini. 


“ish, buruk betul rumah ni. macam rumah kongsi, geng PATI” aku bermonolog.


dan aku mata aku menjengah ke dalam bilik yang pintunya terbuka, dan disitulah aku melihat Ben, anak aku. sedang tidur di atas tilam biru bertemakan hero dan heroin Avengers. dia kelihatan nyenyak, dan bergerak sedikit. dia tidur bersama sama 8 rakannya yang lain, atas tilam masing masing, tersusun elok. cikgu yang arahkan barangkali.


aku tak tipu, anak yang aku tatahkan, marah tidur di lantai, biar selesa di rumah, tapi di sekolahnya, dia hanya terlentang begitu je. selama ni aku tak pernah tahu bagaimana dia bermain, berlari, makan, kejar mengejar dengan kawannya. setiap hari selepas sekolahnya dia menceritakan segala kisah sedih seronok hiba gaduh dengan kawan, dan dia lalui semua tu di tempat itu.


Rumah taska usang tu, dunia seorang Ben ketika aku dan ibunya tiada di sisinya. hampir 9 jam dia membesar di rumah itu setiap hari weekdays. dan dia tak pernah complain walau sekali. dia nampak enjoy dan riang setiap kali pulang ketika ambik dari taska.


“Ben okay! Ben makan doh!”


Ben, awak tak komplen sebab awak tak tahu apa nak komplen. awak terima dunia awak seadanya. awak terima realiti awak tanpa kami berdua hampir separuh hari lamanya, setiap hari. dan Abi minta maaf sebab tak dapat nak provide awak tempat jagaan yang lagi elok, yang lagi selesa untuk awak. keadaan taska yang tidak seberapa dan tengok awak ditempatkan begitu menghibakan hati Abi. hanya video dan gambar yang cikgu hantar dalam group whatsapp ibu bapa, yang tunjuk awak sangat ceria, sangat gembira di samping kawan kawan awak buat Abi rasa sedikit lega.


I am so sorry. I should give you more.


walauapapun, servis yang disediakan tidak menghampakan. cikgu cikgu baik dan peramah, tiada isu dengan anak anak. makan okay. setiap aktiviti di sekolah diupload dalam whatsapp, jadi ibu bapa tahu aktiviti anak anak. semua orang berfungsi dan bergerak berkudratkan apa yang ada, termasuk anak anak, dan aku hargai semua.


aku cakap la eh teruk jugak ye taska si Ben tu. then wife aku cakap, “awak tak tengok lagi yang Opie punya, lagi teruk”.


aku diam. tak mampu nak cakap apa.





A.M.

Monday, April 28, 2025

Aku tak ingat dah bila kali terakhir Ben panggil tembikai as “aye-eh” dan strawberry as “wiwiwi”.


tanpa sedar secebis perangai baby dia hilang sedikit demi sedikit.



dan tak ada seorang pun yang akan bagi warning dekat aku, tu adalah kali terakhir dia begitu.



i cried. a bit.

   

                                      

Gambar ni di ambik lebih kurang seminggu sebelum raya. adik, kakak dan ibu dia sedang shopping kasut raya. dia punya dah setel. masa boring dia ajak aku pergi bahagian mainan. dia terkejut ada banyak action figure ultraman dengan monster. dia pakat main situ je. susun susun lawan lawan. hampir setengah jam jugak dia lawan sorang sorang. masa nak balik dia tak sepahkan. dia susun satu satu, gantung balik, kategorikan balik yang mana ultraman yang mana raksasa. Abi bangga dengan awak Ben. dah besar dah awak.



:)





A.M.

Friday, April 11, 2025

payah juga nak mula balik benda yang dah lama aku tinggalkan. blog ni aku abadoned for sometimes, dan aku akan kembali lagi. banyak yang aku nak ceritakan, tapi mood tu tak hadhir. hari tu puasa. lepas tu raya. now apa lagi alasan yang kau nak bagi din?

aku kerap tanya chatgpt atau grok atau deepseek. apa benda yang perlu aku tulis. diorang selalunya tanya what type of blog is this? then aku cakap la blog ni personal dimana aku selalu akan update pasal life aku, anak anak aku, progress sana sini. mostly pasal aku, the main character of my story. then diorang suggest maybe aku boleh start dengan apa yang aku rasa.

for now, aku rasa malas.

most of the time previously aku akan blogging through aku punya telefon. tapi la ni google dah berantakan. dah tak bagi upload gambar melalui fon. sudah berbulan bulan aku cuba. turn off betul.

so kalau nak upload sesuatu bergambar, it is recommended untuk guna desktop atau pc.

cait! i aint got time for that.

walauapapun aku cuba jadikan benda mengarut yang chrome sediakan untuk aku ini sebagai challenge. yah!


alang alang dah guna pc ni kan aku belanja la satu benda rare di tengah tahun ni hahah!
habis satu bekas semalam. suka betul ya budak budak ni durian. 




dan selamat hari raya!




A.M.

Saturday, March 08, 2025

selepas kena marah dengan aku sebab hampir mematahkan tangan adiknya, Sophie keluar bilik dan cakap dekat ibunya,

“Opie rindu Baba”
ibu tanya, “kenapa rindu Baba?”
“sebab Baba sorang je sayang Opie”.

you know what, i miss him too, girl.

aku nak sangat jumpa Abah, nak sembang dengan dia, how he keep it cool all the time. macam mana dia boleh sabar dengan anak anak dia buat perangai, kerenah macam macam dengan hobi bergaduh ni. maybe dia akan cakap sabar jelah. maybe dia akan suggest apa yang aku malas nak apply. 

maybe just talking to him, is enough.

hari ini tanggal 7 mac, hari terakhir tiga anak aku tidur sekali dalam bilik Kakak diorang. sebab esok si Ben dengan Lily akan berpindah tidur bilik baru diorang. asalnya bilik tu bilik untuk main dan sepah sepah. selepas beberapa konflik dengan si Sophie, its time untuk bukak bilik tu.

jujurnya aku rasa agak hiba dan terkilan. kenapa nak rasa begitu? padahal tukar tidur bilik baru je, still dalam rumah sama. still the next day diorang akan main sama, gaduh sama. semua sama-sama. kenapa nak sedih?

well, mungkin sebab aku rasa perubahan milestones anak anak aku. dulu tidur sekali. dah mula asing sorang, si Kakak pada 2020 hari tu. then Ben follow. Lily pulak last year. then tahun ni Ben dengan Lily pulak keluar dari bilik tu. 

mereka membesar dengan cepat. aku tak puas lagi marah diorang. tak puas lagi main lawan lawan dengan diorang. tanpa aku sedar diorang melalui fasa fasa bertumbuh diorang.

Ben sekarang dah keen pakai baju sendiri. dah mula mandi sendiri. dah cakap banyak. aku lupa last time bila aku suap dia makan. semua nak buat sendiri. dah lari lari. dah lompat banyak. semalam marked first day dia ikut aku ke masjid. lepas ni apa pulak? aku rasa aku takkan tahu bila last time dia akan stop main lawan lawan dengan aku, sorang jadi robot, sorang jadi monster, kadang kadang jadi ultraman yang unlimited power. maybe one day aku takkan perasan yang hari itulah kali terakhir dia lompat atas belakang aku, kali terakhir dia ajak aku main. maybe bila tiba hari tu, aku pun tak akan ingat.

memang hari tu aku ada cakap yang anak anak ni akan membesar dengan cepat. tapi aku tak expect pula diorang ni membesar secepat ini!




A.M.



Wednesday, December 04, 2024

“watcha! Boom! Dush! Ayeman (IronMan) sepak Batman atuh (jatuh)!”


“Aa tolong ada moster (monster) aa!”


aku yang sedang drive curi curi dengar si Ben berlawan seorang diri di seat belakang. aku cuba intai melalui cermin pandang belakang. nampak bersungguh betul.


bunyi lawan lawan diteruskan sampai kedepan depan kepala si Ben di antara dua kerusi hadapan. 


aish, serius betul lawan ni.


tiba di persimpangan, traffik light tunjuk lampu merah. aku tarik handbrake, dan aku pusingkan badan ke belakang untuk tengok apeee la budak ni buat.


dia cerita la yang ultraman tengah lawan ultraman lain sambil meggerak-gerakkan dua patung ultraman yang tak cukup sifat tu.

mula-mula fikir ape la anak aku ni benda dah dahsyat macam ni pun boleh main lagi. tapi bila pikir balik, aku senyum sendiri.

masakan dulu boleh main patung batman takde dua dua belah kaki, boleh main patung ninja turtle yang dah takda tangan, main mainan motor superbike yang takde tayar depan, boleh buat jet pejuang berkuasa tinggi dengan satu tudung pen, diikat antara dua biji bateri 3A. main pulak sejak dari pagi sampai zohor. ada hari sampai maghrib main tudung pen tu ja.


aku pernah ada imaginasi begitu. aku pun pernah main cakap sorang sorang. aku mampu melihat bilik kosong menjadi satu padang pasir bergunung ganang tempat kapal angkasa dan bot laju atas tanah berperang sama sendiri. melihat jejaring bawah katil double sebagai pengkalan angkasa yang menempatkan dua armada gergasi yang sedia siap siaga untuk berperang melawan musuh durjana. tapi lama kelamaan semua benda itu semakin lenyap. otak aku sudah tidak mampu untuk menterjemah apa imaginasi yang pernah ada. mungkin semua itu semakin hilang, diganti dengan realiti dan ketakutan kenyataan yang semakin zahir.


mendewasa, aku sudah hilang banyak benda tanpa aku sedari. but its okay. its a part of growth.


seronok tengok si Ben tenggelam dalam imaginasi. sebab aku dulu pun macam tu jugak. nasib baik umi tak bawak aku jumpa doktor sebab cakap sorang sorang banyak sangat.


haha!




A.M.

Monday, December 02, 2024

Semalam si Sophie ada approach aku. dia datang dengan perlahan lalu duduk dihadapan aku. ketika tu aku tengah scroll untuk yang terakhir aplikasi X di telefon.

"Abi, kenapa Abi tak bagi Opie tengok cerita macam Roma dan Diana? atau citer yang seakan sama macam dia""

"Hmm, Opie rasa best ke tengok cerita tu?"

"Best. Opie rasa Opie suka tengok dia macam tu. Opie selalu tengok dengan Dina dan Kakak Hana dekat rumah diorang. kira macam Opie suka la tengok. Opie just nak tanya Abi je kenapa Abi tak bagi tengok?"

aku terdiam sebentar. kerusi aku pusing supaya posisi aku bertentangan dengannya. aku cuba menjawab. dalam benak aku bertanya diri sendiri, kenapa ek?

jujurnya aku tak ada jawapan padu untuk diberikan. dan jujurnya juga aku sudah expect aku akan melalui fasa ini melalui anak aku, dimana diorang akan question everything. kenapa aku buat tu, kenapa aku buat ni. kenapa aku marah sangat sebab tu sebab ni. 

puas aku fikir sambil lengahkan masa memberi jawapan. lipat lengan baju la, cuba betulkan tayar kerusi yang tidak rosak. tiba tiba aku rasa ada satu jawapan menerpa dalam pikiran aku.

"sebab Abi tak suka awak tengok. Abi tak suka cara diorang main dengan sama sendiri, diorang selalu dapat apa yang diorang nak, diorang rude dengan parents diorang. Abi tak suka awak tengok benda tu, sebab nanti subconciously awak akan idolize diorang"

"tapi Opie takkan jadi macam tu. Opie takkan rude dengan Abi. Opie suka tengok diorang tu je"

"yeah I know tapi Abi risau eventually awak akan jadi macam tu. tapi kalau awak nak tengok sangat Abi bagi, cuma Abi kena limit lah. sekali sehari je ke macam tu".

"Okeylah Abi. Opie sambung tengok TV dulu ya"

"okay"

seraya pintu ditutup, aku terus gapai telefon pintarku dan aku google reddit. pro and cons Diana Roma Show. some of the parents tak kisah pun. malah ada yang kata show diorang good, anak anak pun ralit tengok, dapatlah diorang ada short getaway, me time or whatsoever they call em. tapi ada juga yang tidak bersetuju. katanya Diana Roma ni materialistik. setelah fikir, ada betulnya juga. diorang selalu ada fancy things, unwrap new useless toy, unnecessary emotion. macam macam. dan aku ada sedikit kelegaan sebab ada yang setuju dengan aku.

sebenarnya aku risau aku ni terlalu mengongkong. terlalu mengawal apa yang ada dalam rumah ni, what going on in my house. tapi isteri aku, kinda opposite of me. dia kebanyakannya tak kisah apa yang anak buat, rancangan apa yang anak aku tengok, selalu belikan atau reward anak anak dengan sesuatu. kalau time aku jaga anak, memang nampak sangat diorang berada dibawah cengkaman kuku besi, rejim kuku besi seorang Abi. semua benda tak boleh. semua benda kena tanya Abi dulu, Abi suka tak atau tak suka. kalau dengan Ibu diorang, nampak lah gembira di wajah masing masing. Ibu lebih rileks dan lenient. 

most of times kalau wife aku nak berikan something, dia akan pastikan aku okey ke tak. katanya kalau aku tak gembira aku akan efek semua orang. anak anak akan sengsara, selalu kena marah. itu takboleh ini takboleh. si Opie pulak dah pandai perli "Abi kan boss".

haih. tak sukanya macam tu. but i cant help it.

aku suka pabila semua benda berada dalam kawalan.

bangun awal, terus mandi, siap ke sekolah.
selepas mandi, sidai tuala pada tempatnya. pakai pakaian seragam sekolah tanpa lengah.
solat subuh berjemaah.
pulang dari sekolah, makan petang banyak banyak so that malam tak lapar.
balik rumah terus letak baju yang sudah kotor dalam bakulnya.
mandi malam dan siapkan jadual untuk esok.
solat maghrib dan isyak berjemaah. 
tepat jam 9, stop TV, masuk bilik dan tidur.

in between ikut suka hatilah nak buat apa.

aku suka macam tu. berdisiplin. semua ada flow.  

bila baca balik, rasa macam demand pulak apa yang aku dah aturkan untuk anak anak aku. tapi peduli lah. orang cakap melentur buluh biar dari rebungnya. aku nak anak aku ada flow. ada benda yang dia tahu yang dia kena buat apa next. bukan kelam kabut. benda ni yang aku fight untuk anak aku hari hari. aku cuba jadikan semua benda ni habit. aku nak bila aku tiada di samping mereka, mereka boleh manage. 

most of time aku berjaya. tapi ada juga masa anak anak aku cuba mengingkari apa yang aku nak.
tu yang berperang tu.

aku pernah cakap dekat si Sophie, yang aku tengah berusaha nak jadi Abi yang terbaik untuk dia dan adik adiknya. dan aku minta dia bantu aku. tolong aku. dia hanya angguk. aku rasa dia faham.

aku dalam dilemma. push too hard? trauma. lenient sangat? anak jadi tah pape. susah betul nak berada di tengah tengah. risau anak anak akan benci aku. risau aku jadi bapak yang tegas tak tentu hala. risau. banyak benda aku risau.

kata orang, anak-anak tidak akan pernah dapat memilih ibu dan ayahnya.

kata orang, ibu bapa yang mempunyai emosi dan mental yang stabil adalah bak anugerah untuk anak anak.

hei orang, dua benda ni lah selau melilau dalam kepala aku kalau aku rasa geram dekat anak anak aku. haha. sedih. 

kalau diorang boleh pilih bapak diorang, aku rasa aku ni bapak yang last sekali kot. dah la tegas dan garang. mental tak stabil. kadang kadang bila marah tu nampaklah diorang takut dengan aku. those eyes macam tengok aku ni satu makhluk yang membuas. macam aku introduce fears dalam mata diorang. and i hate that look.

selalu tengok video yang anak anak kecik berebut nak main dengan ayahnya, malah ada yang tak bagi pun mak dia pegang tangan ayahnya. hanya dia je yang boleh main dengan ayahnya. hati kecil aku tergetus, I want that too, I guess. tapi aku rasa aku dah terlambat. they saw me, my actual form. something i cant erase from their mind. i guess i will never get that feeling. 



A.M.

Sunday, October 20, 2024

Petang tadi ketika “seronok” sangkut dalam jem depan sekolah si Sophie ni, aku nampak ada seorang budak lelaki menunggang motosikal model LC. budak tu umur dia lebih kurang darjah enam kot. masih berpakaian sekolah. namun sudah di tuck out. lengannya disising hingga ke siku kedua dua belah tangan. dua butang teratas dibuka membiar angin melempias dada. rambut dia yang tercacak tidak gentar dilintasi angin yang datang melawan arah.

dia beberapa kali mundar mandir di celah celah kereta yang berasakan. 

“bahaya betul budak ni”

tiba tiba aku terperasan ada sekumpulan budak perempuan di kedai Kak Dah. baru lepas beli air bungkus ikat tepi rasanya. haa dekat kawasan tu lah dia duk action bawak motor tu.

aku tersenyum sendiri. 

laki laki, tak kira umur. ade aje benda yang bodoh dia buat semata mata untuk perempuan yang dia suka. 

aku dulu pun ada buat benda bodoh jugak time mengurat. haha!


A.M.

Saturday, October 12, 2024

Plan asal nak completekan larian dalam masa 42 min. dah tengok route, macam jauh. macam sempat je 42 min. last last bila actual run, adeh. jarak 3.8km je. tu pun dah kona banyak tambah distance. 20 min setel dengan pace bersiar siar. adeh. nak teruskan, dah malas dengah panas lit lit.


pukul 9 pagi. ada 60 minit lagi nak tunggu si Opie habis kelas Tae Kwon Do dia. nak balik, serba salah. tak apalah. duduk sini, sejukkan diri sambil screen shopping di shopee. macam kena beli new bed frame dengan open wardrobe untuk bilik di rumah ummi. 


done. ada 45 min lagi. 


aku dekatkan diri dekat geng geng taekwondo ni belajar. ada lebih kurang 25 orang students dengan pelbagai saiz, ketinggian dan warna tali pinggang. yang merah dan hijau, senior aku rasa. si Opie masih putih sebab baru masuk.


ada banyak agenda dalam setiap sesi. agenda menyepak, menumbuk, duduk, membawang, menyepak lagi, menendang. si Opie duduk belakang since dia masih junior, perati geng geng senior membantai satu sama lain.


ada juga yang masih kecik tapi belt dah hijau. 


cikgu dia Indian, dengar dia berleter, lucu jugak. boleh tahan cikgu ni. sedap aje dia bagi ayat dekat budak budak dia. aku okey je asal bukan yang pelikpelik.


tiba lah time untuk sparring. murid yang terlibat dipakai  soft pad, head gear. geng geng yang senior, yang besar menendang dengan semangatnya. ada yang terdorong ke belakang, ada yang maju kehadapan. 


tiba giliran si kecik. alahai. lemah sungguh. saya sepak, awak sepak. saya sepak, awak sepak. si cikgu cakap sampai mengantuk dia tengok.


haha aku tergelak kecil.


begitulah.


nak jadi apa apa semua benda akan mula dengan kosong. 


baby keluar perut ibu dia, bukan terus lari. dia mengensot, meniarap, merangkap, berjalan dan berlaru.


berapa banyak ceo gah di seantero dunia ni bermula dengan apa yang ada dulu.


usahawan yang kaya raya, yang selfmade, semua bermula dengan sedikit.


baby steps, orang cakap.


takde shortcut.


nak jadi pandai, pakar ke apa, semua start dengan zero. takde yang lahir eh tahu tahu je dah pandai.


usaha tidak mengkhianati hasil.



perati dari jauh je.




A.M.

Monday, September 02, 2024

“Opie, kenapa awak masih main dengan Abi, sayang Abi, walau Abi garang dengan awak? Abi selalu marah awak. Kenapa ek? Awak tak sedih ke?”


“Alah biasa la Bi. Abi pun tegur Opie sebab Opie buat salah. Abi kan nak Opie buat betul betul.”


dia letakkan bekas biskut siap pencicah perisa coklat di atas arm rest, dan panjangkan leher di antara dua kerusi depan untuk melihat aku.




“Lagipun Abi kena ingat, kita pernah main sama sama Bi. Kita pernah gelak suka banyak banyak Bi”, sambil ambil balik bekas makanan tu dan kembali bersandar di kerusi belakang, like a boss.


anak, anak. you taught me something that day.



A.M.

Sunday, May 19, 2024


Opie sudah 3 bulan (kot) berada dalam alam persekolahan rendah. everything in order kot. pagi-pagi senang bangun, auto pergi mandi, kadang kadang je kena suruh sebab time tu dia malas. kerja sekolah pun selalu siap, satu dua kali je sampai dekat rumah sebab ada kena gunting la, gam la, atau saje jee dia nak buat kerja tu dengan Ibu dia. nak marah pun takboleh. 


Kami bagi dia RM5 sehari untuk perbelanjaan sekolah. mewah kan? ke macam tu wang saku sekolah jaman now? aku dulu seingat aku umi bagi 50 sen je sehari, walau masa tu rata rata dah RM1 atau RM2. tapi yelah zaman dah berubah. barangan mentah dan produk siap pun dah naik harga. memang hari hari aku track pergi mana duit RM5 dia tu, apa yang dia telah dia beli.


Biasanya (mana mana kombinasi, cukup RM5)

Jellyball 1 (RM2)

Ayam Gunting  1 (RM2)

Burger Daging 1 (RM2)

Air Kotak pelbagai perisa (RM1)

Air Mineral 500ml (RM1)

Shawarma 1 (RM1)

Pelbagai mainan puzzle kecik 1 (RM1) - beli dekat koperasi

Sticker kartun pelbagai pattern 1 (RM1) - beli dekat koperasi

Nabati 1 (RM1) - beli dekat koperasi

Ais Krim 'pop' 1 (RM 1) - beli dekat Kedai Kak Dah


selalu saja bila tanya bila nak start saving ni, dah la dia demand macam macam nak pergi indoor playground la, nak pergi 7E la, nak tu la ni la. mula lah ada kesedaran sehari dua, simpan RM2 sehari ke. lepas tu kiok balik. 


adoi. 


Opie pada awal sekolah dulu dia ni terpilih masuk kelas bahasa Cina. memang aku dengan Ibunya memang nak sangat dia masuk kelas tu, seakan kelas elit. dia memang layak, tapi entahlah berlaku salah faham antara cikgu dengan murid. si cikgu tu tanya siapa taknak masuk kelas bahasa cina? si Opie dengan best friend dia pun angkat tangan. haih.


bila kami call sekolah dia cakap anak awak yang taknak. memang Ibu dia berang lah. kami dah hopeful sangat tiba-tiba disailang oleh anak sendiri. nama pun tak boleh nak alter dah sebab list dah sampai ke peringkat negeri. lepas siap gaduh dengan cikgu kelas, Opie diberi peluang lagi. tetapi masih diberi jawapan sama. dia memang taknak. alasan?


"Opie nak sekelas dengan Inara"


lahh......


aku ada ceritakan hal ini pada ummi, dan ummi balas aku dengan satu cerita.


Arwah Abang aku dulu, umi abah paksa ambik bahasa Arab ketika sekolah agama dia.


Abe aku persoalkan kenapa dia kena ambik bahasa Arab, sedangkan kak Nor aku tak kena paksa pun? kenapa dia kena masuk sekolah agama?


apabila keputusan PMR dia dapat C bahasa Arab, dia cakap ni semua salah Ummi Abah.


Ummi cakap memang dia dengan Abah terkejut dan hanya memandang sesama sendiri. memang tak boleh nak reply apa lepas anak sulung dia persoal macam tu. 


namun setelah Abe mula sambung Law dekat UiTM Shah Alam, dia kembali lagi kepada Ummi Abah. dia berterima kasih kepada Ummi Abah sebab paksa dia belajar agama masa kecil dulu, kalau tak, dia mungkin tak jadi macam sekarang.


Ummi hanya senyum memandang keluar jendela. ada vibe "mother knows best" gitu. 




“Susah tak jadi anak Abi? Abi kan garang, selalu marah awak”

“Tak pun. kalau Opie buat apa yang Abi nak, Abi akan bagi semua yang Opie nak. Lagipun kalau apa yang Abi cakap tu okey, Opie dengar kena dengar la”.


Amboi pandai menjawab ye. *cium sikit*





A.M.





Sunday, April 14, 2024

In a peaceful evening my wife came to me with face of sorrow. i dont know why, but i thought i could assume. i couldnt help myself and asked her why. she told me these things troubling her ever since. like 3 voices in her head, arguing, quarelling, resonating whats wrong and whats right. 1 voice that always tell her that i am enough, i have changed. another voice that query everything, “he just shows you what he wanna show, he still have his mistress” yada yada sort of things.


and bombing me with mistakes i did in the past, leaving the same question meant for me, unanswered. i cant defend my past, really. 


“since 2018?” (this is exaggerated btw)

“why you did this to me”

“what am i wrong to you”


seriously i cant answer.


saw her crying, i very much wanna understand her tears, her head, her agony. but i dont know how to make she feel that i understood. entahlah.


as for myself, i think i am pretty good husband. i think. (not in a narcissitic way la). but whenever she breaks down, knowing i am the culprit, i cant really soothe her. so, always useless, shitty husband.


later that evening my firstborn spoke the unspeakable word towards her mother. and it broke me down. rasa aku ni dah gagal. yeah dia masih budak, tapi bila dia dah terpikir benda tu, rasa macam down pulak.


benar sebelum ni aku tegas dengan anak perempuan sulung aku tu. mungkin itu yang dia jadi memberontak. aku boleh nampak bila dia stress dengan adik adik dia. dia sound macam mana. respon dia pada arahan aku. 


itsokay.


aku cuba jadi lenient sikit. kot lah boleh jadi bapak idaman.


tak nak solat? okay.

tak nak kemas bilik? okay.

tak nak main dengan Ben? okay.

nak main ipad ibu je taknak buat apa pun? okay.

nak tengok tivi je. bila kena share tivi dengan Ben, nak pergi rumah tokmi supaya boleh sambung tivi? okay.


entahlah. aku pun banyak benda dalam kepala aku, tapi rasa tak boleh nak cerita. so, okay kan jelah bila orang tanya. sebab bila cerita nanti orang takkan faham jugak, last last meleret lead to no where.


so petang semalam mood aku agak swing, tapi aku tengok wife aku rilek je main dengan anak anak, cakap dengan mak aku. mungkin dia sudah lama dalam perjuangan ni, sampai orang tak tahu dia okay ke tak. shes good at hiding her feeling too. tak macam aku lah.


sudah lama jadi suami, dan bapak ni aku jadi faham kenapa abah dulu kurang bercakap dekat rumah. banyak diam dan ia kan sahaja.



i think i need to write somewhere else, where im not being monitored or judged. i have no audience anyway. 


shrugged.



may we all heal from things we didnt talk about.






A.M.


Sunday, April 07, 2024

“ye ada apa encik?”’ sapa seorang aunty cina berusia lingkungan 60-65 tahun.


“oh saya cari lampu loket atau lampu gantung untuk porch rumah saya. nak cari yang mur mur je aunty”.


“oh kami ada jom jom!”


dia terus bersemangat. satu tapak demi satu tapak dia harungi dengan laju. bawa aku ke bahagian lampu lampu hiasan. bermacam aneka bentuk dan warna dia persembahkan untuk aku. rambang mata sekejap.


ada bentuk hexagon, ada jenis design bulat, ada jenis kon legap, ada jenis kaca, ada jenis beranting, ada jenis rekabentuk dawai yang dipateri ke dalam bentuk geometri yang pelbagai dan menawan.


aku fikir memang cantik lampu macam sangkar ni, mentol terus nampak, surrounding jadi lebih cerah berkuasakan mentol 12 watt pun sudah memadai. tapi bila fikir balik, kalau ada sesawang macam mana. aku ni dah lah jenis pemalas haha. nak naik tangga lagi. emmm takpelah. aku kuburkan sahaja.


aku memilih satu bentuk lampu berbentuk kon, powder coated kelabu dengan warna dalaman berwarna putih salji. pangkalnya di letakkan kayu berbentuk donat berwarna kuning air. harganya pun tak mahal. didatangkan sekali dengan mentol 8 watt berwarna soft white.


sedang sibuk dia berceloteh aku terpandang beberapa jenis lampu raya yang berkelip kelip. nampak ceria dengan bentuk masing masing. ada yang jenis bulan dan bintang, ada jenis ketupat. ada jenis berjuntai dan ada yang jenis berselirat.


dan mata aku tertancap pada lampu yang jenis berjuntai ni. anak mentol dia berbentuk silinder kecik kecik, wayar hitam dia tampak lebih tebal daripada lampu yang lain. berapa harganya? emm RM25.00. 


“ambil lah lampu raya tu. murah saja ma. yang ni dah nak habis. 30m, 10m, tinggal yang 4m tu je”


“oh takpe takpe takpe. saya malas ni nak naik tangga pasang lampu bagai. kalau saya beli pun untuk anak anak je. saya dah malas nak beraya haha” aku berseloroh.


raut wajah aunty tu berubah. dia pun terduduk sambil menghela nafas panjang, menikmati tujahan angin daripada kipas, menyelamatkannya dari bahang 41 darjah celsius.


“I setuju la dengan you. sekarang ni I pun dah malas nak raya. apa yang I buat ni untuk anak anak I dan cucu je. nek, nak tanglung! kita beli tanglung. nek nak lampu! kita beli lampu. kita dah malas dah, dah tua dah. tapi sebab nak suruh generasi bawah kita ni happy kita layankan saja, kan?”


“betul tu aunty. kalau bukan sebab anak anak, saya pun dah malas haha”


“jadi nak tak lampu ni?”


“saya bayar yang pendant jela aunty ya. nanti yang liplap ni kalau saya tidur lepas tu saya mimpi baru saya beli okey?”


“haaa okey baik baik. eh mimpi? wooii!”


haha.


aku beredar dari tempat tu.



dekat rumah aku terfikir, memang aku dah malas untuk raya. bergambar sedikit pada pagi syawal untuk kenangan, melawat saudara mara, jamah makanan serba sedikit, and be done with it.


family aku pula takdelah havoc sangat raya. takde lah orang datang ziarah sampai malam malam. sampai ke tuan rumah nak tidur pun dia masih tak reti nak balik. takde lah hari hari kena masak, sebab orang selalu datang rumah. orang datang, makan je apa yang ada dan blahh. malam bila maghrib kunci pintu sesiap.


tapi takkanlah sebab semangat raya aku yang menipis ni aku harus miripkan pada anak anak aku. diorang deserve to be happy, menikmati keindahan syawal. dan  takde orang lain dah yang boleh bakar semangat tu, melainkan aku sebagai parents. somehow aku yang kena rayakan diri sendiri, untuk enlight anak anak aku. 


jadi hari ni aku terpacak lagi di kedai lampu tu.


aku hanya senyum pada aunty tu.


dia mengangguk tanda faham.


so, 


untuk anak anak Abi.






A.M.

Sunday, March 24, 2024

Sabtu lepas Opie telah buat sesuatu yang meng-amaze-kan aku haha!


apa yang dia buat?


well weekend hari tu aku dengan wife sedang sibuk assemble hemnes yang kami dah beli sudah hampir setahun. hanya sekarang baru ada keinginan dan kudrat nak selesaikan (kenapa bulan puasa baru nak buat? memang cari penyakit).


tatkala empat tangan sudah occupied ben jerit. 


“Abi, Ben yak!”


hah sudah aku dah lah tengah pegang bosch drill. wife tengah terkebil kebil pegang kayu. Opie saje harapan aku. 


“Opie basuh yak Ben!”


dia bingkas bangun, buat tanda tabik.


“Baik Abi!”.


wahh mata aku dengan wife saling menjeling. aku dengan wife hanya sekadar berseloroh je sebab sebelum ni kemain lari kalau suruh basuh berak adik. tapi kali ni dia sahut cabaran.


“Jom, Ben!” 

“Jom tatak!”


Opie pun menutup pintu. aku sempat jerit “Opie kalau susah bagitahu Abi okey nanti Abi datang!”


“Okey Abi!” sayup kedengaran suara anak dari luar daun pintu.


setelah 10 minit (agak agak) aku minta wife untuk jenguk jenguk kenapa la lama sangat diam tu.


“Alah dah siap dah” wife aku masuk kembali ke bilik dengan wajah yang bercampur baur hairan dan teruja.


and i was like whatt??!?


“Opie ambik tangan Ben (ambik tangan kanan si Bunyamin) dan Opie bawak dia gonyoh celah punggung dia. bila Opie rasa dah takde ‘tu’ baru Opie letak sabun tangan Opie dan basuh punggung dia” dia explain bersungguh sungguh sambil Ibu memakaikan pampers pada si Ben.


aku menepuk dahi. haha.


kami bertepuk tangan wah hebatnye kakak!

Si Opie tersenyum bangga.

Si Ben pula terkebil kebil sengih macam kerang busuk.


petang tu ketika berehat sekejap sambil bersiap nak pegi ke bazar Ramadhan, Opie duduk sebelah aku.


“Abi lain kali Opie basuh berak Ben, Abi kena la ada sekali. Opie letak camtu je pampers dia dalam plastik tak ikat pon. Abi kena la ada tahu!” dia memandang serius ke dalam mata aku.


“ye ye haha “ aku hanya tergelak kecik.


“Opie boleh sentuh taik Opie je, Opie tak boleh sentuh taik orang lain” dia sambung.


aku hanya tersenyum.


aku bukan bangga sebab dia berjaya basuh berak adiknya.


aku kagum dia sanggup sahut cabaran, keluar daripada zon selesanya dan buat sesuatu yang dia tak suka, dan akalnya terus memanjang dalam mencari jalan untuk melengkapkan tugasannya. 


“bijak budak ni”, getus dalam hati.


“Abi, Opie nak berbuka puasa? tak larat la”


“WOI!!”



haha.








A.M.

Thursday, March 07, 2024

Dua hari lepas.


Aku ambik Opie dari sekolahnya. macam biasa dia akan berceloteh pompampompam tak berhenti sampai lah rumah tokmi dia. bila jumpa ciksu lagilah dia akan sambung.


cuma tadi salah satu ceritanya adalah


“Abi, Opie nak handfon boleh? Sebab kawan Opie Aurora tu dah ada handfon Bi, dia bawak ke sekolah. dalam tu ada gambar mama dengan Abi dia. best Bi”


Ah sudah. aku cuba bertenang.


“Awak nak buat apa telefon? 


“macam macam Opie boleh buat Bi. Boleh tangkap gambar Abi Ibu, boleh main Roblox, boleh main game lain”.


I had a lot to say about this. tapi aku kena bertenang.


“nanti Abi bincang dengan Ibu dulu okay?”.


“Kawan Opie semua dah ada talifon Bi. Yaya dah ada Ipad. Aurora pula dah ada handfon. nama fon dia Oppo Bi. Faira pun pakai Oppo. Opie sorang je takde handfon Bi”.


hmm buat ayat sedih pulak. 


bila dah berbincang dengan Ibu, aku panggil Opie.


“Opie, bagi Abi, untuk masa sekarang ni Opie masih belum perlukan handfon sendiri. kalau setakat nak main game, nak tengok youtube, Abi boleh bagi Ipad Abi. Ibu pun sama. lagipun awak selalu dah kan main ipad Ibu kan? 


Abi rasa dan Abi tengok if awak perlukan handfon, then  baru Abi bagi. contoh kalau cikgu nak bagi homework ke, cikgu nak bagi tasks dekat sekolah melalui whatsapp, then baru Abi allow, okay?”, terang aku panjang lebar.


Aku sambung lagi.


“from Ibu side pulak, awak kena perform. English A, Math A, selalu kemas bilik, selalu jaga adik adik. perform dekat sekolah, then Ibu akan bagi”.


she looks disappointed.


“Awak tahu, kalau setakat Oppo tu Abi boleh beli 10 untuk awak, right here right now. tapi sayang, awak kena earn that from us, okay? you want it, you must earn it. you want that from us, you must give something to us, okay”.


kalau ikutkan hati, kesian dekat anak, takut ketinggalan lah apa, memang aku nak bagi. biar dia get along with recent technologies. boleh je bagi seawal umur dia, dengan syarat kena guide betul betul. ya aku tahu semua tu, tapi aku rasa she is better off that way. let see how it goes.


“Opie tahu Ciksu dapat fon, beli sendiri tau. umur 17 baru dapat. Tokmi tak pernah bagi. Abi pulak 16 tahun, beli sendiri.” Ciksu menambah garam pada luka.


“so Opie akan dapat fon masa umur 17 la macam tu..” 


“tak, as long Opie dapat provide apa yang Abi Ibu nak, then you earn it lah.”


“Opie rasa by 12 Opie dah dapat telefon kot hihi” dia mula senyum.


“awak tahu, if by 12 awak tak dapat lagi fon, then its not our fault, okay? its your fault” aku berseloroh.


“haha okay Abi!” dengan gaya challenge accepted.


hari ni 7 Mac. aku menemani anak sulung aku mendaftar di sekolah yang sudah berumur 77 tahun disini. panjang lebar taklimat oleh guru besar, PK HEM, PK KO, Guru Disiplin untuk memastikan Tahun 1 kali ni lebih in order. sistem ABC la , 3M la, Bringing the world to the classroom la, polisi itu ini. nampak bersemangat betul ya.


orang cakap, bila anak dah mula masuk sekolah, masa automatik akan jadi laju. 

sedar sedar anak dah darjah 4

sedar sedar Ben pulak darjah 1

sedar sedar Opie dah Form 1

sedar sedar Lily pulak dah jadi wakil sekolah tu ni tu ni

sedar sedar semua dah university 


haha. InsyaAllah.


i think we see these coming from afar, we just refuse to think about it.


lets enjoy this while we still can.

lets treasure their childhood as much as we can.



belajar rajin rajin, okay? jadi anak pintar solehah, okay? I love you, more than you know.




A.M.

Saturday, December 16, 2023

Hari ni, aku ambil giliran bawa Opie ke Kelas renang dia. biasa Ibu dia je yang bawa tapi ada hal pulak hari ni sebab ada maid nak datang kemas rumah. so aku bawak je la si Opie ni.


sebenarnya malas nak datang sini, sebab banyak mak mak duduk menyembang, cakap pasal anak. bosan. ada juga bapak bapak yang datang meneman anak ni. tapi standard bapak bapak la muka mengadap henfon je mana ada nak tengok anak (macam aku yang tengah hadap fon sekarang ni, tulis ni haha).


one thing aku amaze.


ketika coach bagi numbering 1 2 1 2 1 2 


budak budak ni nampak tak dengar, nampak tak fokus. bersembang satu sama lain, bergurau senda. tapi bila wisel ditiup dengan nyaring, yang nombor 1 terus maju berenang ke seberang sana. yang nombor 2 elok je stay di posisi masing masing. 


Opie nombor 1.


ketika geng nombor 1  berenang kembali ke titik asal, beberapa orang kanak kanak bersusah payah kembali ke seberang sini. kepala tenggelam timbul sedut hembus nafas, tangan tangan kecik mendayung tubuh, dengan kaki yang sibuk mengayuh, memajukan tubuh ke hadapan untuk terus bergerak di dalam air, aku mula berasa kagum dengan Opie ni.


Kalau last year Opie ni ibarat tiang simen yang dilempar di dalam air. terus tenggelam. tangan kaki kaku. memang takde skill langsung. 


sekarang ni, she might be not the brightest or fastest swimmer, tapi aku nampak progress dia. dah boleh berenang sejauh 5m, di dalam kolam sedalam 7.6 kaki, in one go without her swim board. dan aku tak boleh jadi sebagus itu pada peringkat umurnya.


sudah tentu aku berterima kasih kepasa coach nye, yang tak putus asa ajar si Opie ni. extra 1 to 1 class and all, sampai lah Opie boleh berenang seperti hari ini.


sebenarnya aku ada kena pergi tempat lain lepas drop Opie, tapi kali ni aku decide untuk stay, for my girl. 






A.M.

Monday, November 20, 2023

Lily sekarang dah umur 1 tahun 4 bulan. dah lebih kurang 1 bulan dia dah dapat kaki dia. gigi pun dah naik dua atas dan dua bawah. perangai pun dah macam macam ye. dah pandai nak tu nak ni. tantrum dia pun lain macam. jenis merajuk, terus terduduk, hentak hentak kaki, kalau datang angin dia memang akan tergolek. kalau deny pape ha terus la dia dengan drama dia. antara 3 ni, dia la paling kuat merajuk. dah lah suara kasar. kecik kecik dah drama queen.


Pengasuh (Cik Ma) cakap Lily ni good. dengar cakap, selalu jalan dan rumah, tak suka dukung. makan nak bersuap je, kalau nak tidur, takpayah dodoi. terus masuk mode sendiri dan tidur berjam jam.


tapi dekat rumah 180 lainnya. suka menjerit, suka sangat kalau ibu dia dukung, most of time bergaduh lah dengan Ben. nak tidur ya Allah susah bethol, dah lah kena ulit, tidur pun 10 minit ja. bab makan lagi dahsyat. memang kegemaran la sepahkan makanan. habis satu rumah kesan biskut padahal mula mula makan dekat depan TV je. dan satu lagi, si budak kecik tomey ni suka sangat la sepahkan rumah ya, kalah rumah kena rompak padahal dia kecik je. jangan underestimate power dia sepahkan rumah haha! eh Lily abang dengan kakak awak takde macam ni yeee awak sorang je. grrrr.


tapi Lily ni good je. dengar cakap. pandai bawa diri. SANGAT SUKA MAKAN. tahu tackle Abi dia kalau kena marah, buat kepala senget sambil pegang pipi. dah la senyum comel nampak gigi kapak besar dua keluar haha. 


mengamuk nak makan bawang awal pagi. memang tak bagi awal awal tapi sebab dia soo persistent so kami bagi jelah. last last buang bawah sofa. haihh



Ben Fayyadh. few times aku panggil dia Muhammad sebab so cheeky, so nakal dan sebab dia dah tau aku panggil tapi sajeee dia buat taknak respon. masih fond of ultraman, tapi currently his head is full with spiderman, and only that one spiderman video on youtube. the one with 15 ish mins duration, Tobey Spider Man tried to save this fast moving train, the Tom Spider Man tried to bring halved ferry together and Andrew Spider Man fighting that Jamie Foxx Electro. yess that one.


Ben loves to wrestle, he even wrestle everyday. He wrestles everyone. selalu je dia berpaut dekat leher Tokmi dia sampai bertempik la Tokmi dia. CikSu dia memang dia terjun camtu ja. hari tu dia belasah Aunty Jie dia yang tengah pregnant haha. aku? memang hari hari la kena. pantang tengok aku baring terus terkam. kalau aku tengah meniarap memang playground dia la haha. 


Ben very playful at school. dah stop susu. makan so banyak lately tapi kurus macam tu jugak. haha.


He has this speech delay, about 6 months from his age normal neurological growth. tapi dah dapat appointment untuk speech therapy. untuk milestones dia dah checked semua, speech je dia macam tertinggal sikit. dia dah tak jargon, tapi words dia tak jelas. he can form full sentences, choices of words pun betul, tapi words tu tak jelas. sometimes kesian juga dia kena explain macam macam gaya, termasuklah jadi monkey, kena terbang, kena meniarap bila dia detect aku tak faham dia nak apa. kadang kadang aku saje buat tak faham sebab dia comel haha!

Abam and his favourite pushbike



Sophie performs very well, doing her job as the eldest. nampak lah dia tolerate adik adik dia, dan giving her best untuk give up her needs, for the sake of her siblings. tidak lah aku bangga bila dia terpaksa mengalah dalam segala hal untuk adik adiknya, tapi Sophie knows how to deal with them, tanpa aku ajar. 


thats why lately aku bagi banyak attention dekat dia, dengar celoteh dia. kurang strict dengan dia. let her be her. macam biasa kalau fetch dia dari school dia akan ceritakan everything apa yang dia tak puas hati dengan kawan kawan or teacher dia. 


sampai hari ni, Sophie masih suka mewarna dan melukis and she persistently did it. seingat aku sekarang dia tengah sempurnakan her drawing on banana. pisang, dalam kepala aku, senang je nak lukis tapi bila nak zahirkan dia ya robbi susah jugak ya. Opie cuba lukis dan nampak la bentuk pisang dia tu. haha.


Himpunan solidariti Palestine. Opie dijanjikan untuk join pertandingan nyanyian cilik. last last kena sidai selama 2 jam. 2 jam habis macam tu je, dah lah terpaksa skip kelas renang, english tutor pun tak boleh join. 3 hari kot praktis lagi Atunna Tufooli sampai aku sendiri pun dah ingat lagu tu haha.




anak anak ni memang nampak slow growing, tapi they will outgrow your lap before you know it.




A.M.


Monday, October 09, 2023

Dalam perjalanan pulang balik dari fetch Opie dan Ben from school, kami balik ikut jalan tikus nak ke rumah tokmi. on the way tu ada satu pakcik ni tengah buat open combustion.


asap dia tu kemain ha habis kabur rumah jiran.


aku pun cakap la dekat Opie


“Opie tengok tu orang bakar sampah habis asap rumah orang. tak elok tahu”


“Abi tu kan orang panggil jerebu?”


“ha yela betul jerebu. jerebu kecik”


“oooo. ada satu lagi jenis jerebu kecik”


“hmm ada lagi yang lagi kecik?”


“ada. orang yang merokok!”


haaa what haaa wh-


aku pun tergelak kecil.





Opie, Opie.










A.M.

Tuesday, October 03, 2023

Gigi Susu

Setelah satu minggu si Opie complain gigi depan bawah dia goyang lepas ada dua gigi standby nak naik dekat belakang, maka aku cari masa bawak dia pergi klinik.


“Abi Opie susah la nak makan apple. nak makan orange pun kena buang kulit dulu”


yelah yelah.


Jadi semalam aku bawa dia ke Klinik Gigi Safwa, jumpa dentist. peramah orangnya.


dia tanya Opie macam macam nasib baik la Opie boleh jawab semua.


dentist tu cakap kena cabut dua gigi susu ni sebab nanti nak bagi space dekat gigi kekal. nanti lepas ni saya expect mungkin dua ni pulak yang akan buat hal, sambil dia tap dua incisor atas Opie.


“Opie nanti doktor akan sapu ubat strawberry ni nak bagi gigi tidur ya”


Opie hanya angguk. aku macam, waw kreatif betul. guna ayat suruh gigi tidur walhal nak suruh rasa kebas. dia betul betul tackle mind kanak kanak. menarik.

aaaaa~


tiba tiba dentist tu ambik plier dan terus cabut satu gigi kapak bawah.


“satu”


then dia cabut satu lagi.


“dua”


Opie menangis la apa lagi. no safe word no nothing. dan aku agak terkejut wey. camtu ja dia tarik.


“takpe gigi tu dah goyang, maksudnya dia hanya attached dekat gum tu je. untuk yang tak biasa maybe rasa kena tarik. padahal tak sakit pun.”


yela tu, aku bisik dalam hati.


“proses persalinan gigi susu ke gigi kekal ni biasanya bermula umur 6 tahun hingga 13 tahun. so nanti baru kita dapat tengok seseorang budak tu gigi dia jenis macam mana. dia jenis gigi berterabur ke, gigi jarang ke, malah gigi jongang ke. then baru kita boleh standby samada perlu braces ke tak”, sambung dentist tu.


lalu dia hulurkan satu batang aiskrim pop perisa vanilla oreo kepada Opie “nah upah”


lah aku nak jugak hahaha.


after 30 mins gigit kapas tu, Opie ambik yang baru sebab yang sebelum ni dah basah dan banyak darah. lepas tu dah tak berdarah dah.


haha no more complain gigi goyang haha!


ni kalau tak Abi, Abi Abi Opie tak dapat tu la tak dapat ni la.


grrr.


kitonyo tok ingat gosatu pasal gigi. ngelas belajar pasal gigi maso tahun duo (which was 14 years ago). tok ingat go skaro pah ke lorrr anok weh.


done rant seorang Abi.


hasil tangkapan ha!



haha!






A.M

Wednesday, September 27, 2023

Khemah di rumah

Malam ni aku dengan wife sepakat untuk test alat camping kami. most of our items adalah dari brand Black Dog sebelum kami kearah real camping next week. sebelum ni kami tengok yang camping ramai yang ambik Nature Hike tapi aku rasa warna biege/champagne/light brown/perang cerah/mampus kau warna apa, didnt suit us very well.


I think lah.


so kami go for black. hitam kan premium ahah.


sebelum maghrib aku pacakkan khemah depan rumah. hamparkan kain kanvas dan khemah pun didirikan. betullah seperti digembar gembur. buat khemah jenis ni tak ambik masa lama. 5 minit cukup. nak pack balik pun senang.


selepas isya aku mula tarik anak anak masukkan dalam khemah. memang excited bethol ya semua. si Opie dengan celotehnya, si Ben dengan melompat tak berhenti. si Lily pula dari tadi duk “abam abam abam”.


ya Allah hiruk pikuk dalam khemah kecik tu.


wife aku cuba menukar arah kegegakgempitaan dalam tu dengan ambil mainan dari atas rumah, main depan khemah. pada awalnya semua ralit. dalam 15 minit dengan izin Allah, hujan lebat turun. kami terpaksa berkampung dalam khemah.


ya Allah sakit kepala betul ya nak control tiga tiga bila dah bergabung ni hahaha.


anak, anak.


aku memilih untuk camping semata mata untuk bagi anak grounding. go to nature. blend in with Allah’s creation. feel more soil and sand in between their feet. lagipun si Ben tantrum memang tak boleh berbincang. jadinya kami try method ni untuk control dia punya meragam tu. banyak yang boleh belajar dari camping ni, aku harap.


selepas tidurkan anak, aku dan wife bersembang atas kerusi healing masing masing. hirup kopi panas di dalam cawan enamel berwarna hitam, acah acah di dalam hutan.


we talked about a lot of things. and I kinda love it.


ketika aku nak tidur, aku pandang ketiga tiga anak aku yang sedang ketiduran. satu mengiring, satu meniarap, satu tertonggeng sambil memeluk gajah. aku fikir.


camping ni, selain untuk anak anak, aku rasa ia juga untuk aku. supaya menjadi lebih sabar dengan anak anak, kenal anak anak, 


dan jadi Abi yang lebih baik.


who knows this little lantern could enlight so many things?





A.M.