Sunday, May 19, 2024


Opie sudah 3 bulan (kot) berada dalam alam persekolahan rendah. everything in order kot. pagi-pagi senang bangun, auto pergi mandi, kadang kadang je kena suruh sebab time tu dia malas. kerja sekolah pun selalu siap, satu dua kali je sampai dekat rumah sebab ada kena gunting la, gam la, atau saje jee dia nak buat kerja tu dengan Ibu dia. nak marah pun takboleh. 


Kami bagi dia RM5 sehari untuk perbelanjaan sekolah. mewah kan? ke macam tu wang saku sekolah jaman now? aku dulu seingat aku umi bagi 50 sen je sehari, walau masa tu rata rata dah RM1 atau RM2. tapi yelah zaman dah berubah. barangan mentah dan produk siap pun dah naik harga. memang hari hari aku track pergi mana duit RM5 dia tu, apa yang dia telah dia beli.


Biasanya (mana mana kombinasi, cukup RM5)

Jellyball 1 (RM2)

Ayam Gunting  1 (RM2)

Burger Daging 1 (RM2)

Air Kotak pelbagai perisa (RM1)

Air Mineral 500ml (RM1)

Shawarma 1 (RM1)

Pelbagai mainan puzzle kecik 1 (RM1) - beli dekat koperasi

Sticker kartun pelbagai pattern 1 (RM1) - beli dekat koperasi

Nabati 1 (RM1) - beli dekat koperasi

Ais Krim 'pop' 1 (RM 1) - beli dekat Kedai Kak Dah


selalu saja bila tanya bila nak start saving ni, dah la dia demand macam macam nak pergi indoor playground la, nak pergi 7E la, nak tu la ni la. mula lah ada kesedaran sehari dua, simpan RM2 sehari ke. lepas tu kiok balik. 


adoi. 


Opie pada awal sekolah dulu dia ni terpilih masuk kelas bahasa Cina. memang aku dengan Ibunya memang nak sangat dia masuk kelas tu, seakan kelas elit. dia memang layak, tapi entahlah berlaku salah faham antara cikgu dengan murid. si cikgu tu tanya siapa taknak masuk kelas bahasa cina? si Opie dengan best friend dia pun angkat tangan. haih.


bila kami call sekolah dia cakap anak awak yang taknak. memang Ibu dia berang lah. kami dah hopeful sangat tiba-tiba disailang oleh anak sendiri. nama pun tak boleh nak alter dah sebab list dah sampai ke peringkat negeri. lepas siap gaduh dengan cikgu kelas, Opie diberi peluang lagi. tetapi masih diberi jawapan sama. dia memang taknak. alasan?


"Opie nak sekelas dengan Inara"


lahh......


aku ada ceritakan hal ini pada ummi, dan ummi balas aku dengan satu cerita.


Arwah Abang aku dulu, umi abah paksa ambik bahasa Arab ketika sekolah agama dia.


Abe aku persoalkan kenapa dia kena ambik bahasa Arab, sedangkan kak Nor aku tak kena paksa pun? kenapa dia kena masuk sekolah agama?


apabila keputusan PMR dia dapat C bahasa Arab, dia cakap ni semua salah Ummi Abah.


Ummi cakap memang dia dengan Abah terkejut dan hanya memandang sesama sendiri. memang tak boleh nak reply apa lepas anak sulung dia persoal macam tu. 


namun setelah Abe mula sambung Law dekat UiTM Shah Alam, dia kembali lagi kepada Ummi Abah. dia berterima kasih kepada Ummi Abah sebab paksa dia belajar agama masa kecil dulu, kalau tak, dia mungkin tak jadi macam sekarang.


Ummi hanya senyum memandang keluar jendela. ada vibe "mother knows best" gitu. 




“Susah tak jadi anak Abi? Abi kan garang, selalu marah awak”

“Tak pun. kalau Opie buat apa yang Abi nak, Abi akan bagi semua yang Opie nak. Lagipun kalau apa yang Abi cakap tu okey, Opie dengar kena dengar la”.


Amboi pandai menjawab ye. *cium sikit*





A.M.