Monday, December 02, 2024

Semalam si Sophie ada approach aku. dia datang dengan perlahan lalu duduk dihadapan aku. ketika tu aku tengah scroll untuk yang terakhir aplikasi X di telefon.

"Abi, kenapa Abi tak bagi Opie tengok cerita macam Roma dan Diana? atau citer yang seakan sama macam dia""

"Hmm, Opie rasa best ke tengok cerita tu?"

"Best. Opie rasa Opie suka tengok dia macam tu. Opie selalu tengok dengan Dina dan Kakak Hana dekat rumah diorang. kira macam Opie suka la tengok. Opie just nak tanya Abi je kenapa Abi tak bagi tengok?"

aku terdiam sebentar. kerusi aku pusing supaya posisi aku bertentangan dengannya. aku cuba menjawab. dalam benak aku bertanya diri sendiri, kenapa ek?

jujurnya aku tak ada jawapan padu untuk diberikan. dan jujurnya juga aku sudah expect aku akan melalui fasa ini melalui anak aku, dimana diorang akan question everything. kenapa aku buat tu, kenapa aku buat ni. kenapa aku marah sangat sebab tu sebab ni. 

puas aku fikir sambil lengahkan masa memberi jawapan. lipat lengan baju la, cuba betulkan tayar kerusi yang tidak rosak. tiba tiba aku rasa ada satu jawapan menerpa dalam pikiran aku.

"sebab Abi tak suka awak tengok. Abi tak suka cara diorang main dengan sama sendiri, diorang selalu dapat apa yang diorang nak, diorang rude dengan parents diorang. Abi tak suka awak tengok benda tu, sebab nanti subconciously awak akan idolize diorang"

"tapi Opie takkan jadi macam tu. Opie takkan rude dengan Abi. Opie suka tengok diorang tu je"

"yeah I know tapi Abi risau eventually awak akan jadi macam tu. tapi kalau awak nak tengok sangat Abi bagi, cuma Abi kena limit lah. sekali sehari je ke macam tu".

"Okeylah Abi. Opie sambung tengok TV dulu ya"

"okay"

seraya pintu ditutup, aku terus gapai telefon pintarku dan aku google reddit. pro and cons Diana Roma Show. some of the parents tak kisah pun. malah ada yang kata show diorang good, anak anak pun ralit tengok, dapatlah diorang ada short getaway, me time or whatsoever they call em. tapi ada juga yang tidak bersetuju. katanya Diana Roma ni materialistik. setelah fikir, ada betulnya juga. diorang selalu ada fancy things, unwrap new useless toy, unnecessary emotion. macam macam. dan aku ada sedikit kelegaan sebab ada yang setuju dengan aku.

sebenarnya aku risau aku ni terlalu mengongkong. terlalu mengawal apa yang ada dalam rumah ni, what going on in my house. tapi isteri aku, kinda opposite of me. dia kebanyakannya tak kisah apa yang anak buat, rancangan apa yang anak aku tengok, selalu belikan atau reward anak anak dengan sesuatu. kalau time aku jaga anak, memang nampak sangat diorang berada dibawah cengkaman kuku besi, rejim kuku besi seorang Abi. semua benda tak boleh. semua benda kena tanya Abi dulu, Abi suka tak atau tak suka. kalau dengan Ibu diorang, nampak lah gembira di wajah masing masing. Ibu lebih rileks dan lenient. 

most of times kalau wife aku nak berikan something, dia akan pastikan aku okey ke tak. katanya kalau aku tak gembira aku akan efek semua orang. anak anak akan sengsara, selalu kena marah. itu takboleh ini takboleh. si Opie pulak dah pandai perli "Abi kan boss".

haih. tak sukanya macam tu. but i cant help it.

aku suka pabila semua benda berada dalam kawalan.

bangun awal, terus mandi, siap ke sekolah.
selepas mandi, sidai tuala pada tempatnya. pakai pakaian seragam sekolah tanpa lengah.
solat subuh berjemaah.
pulang dari sekolah, makan petang banyak banyak so that malam tak lapar.
balik rumah terus letak baju yang sudah kotor dalam bakulnya.
mandi malam dan siapkan jadual untuk esok.
solat maghrib dan isyak berjemaah. 
tepat jam 9, stop TV, masuk bilik dan tidur.

in between ikut suka hatilah nak buat apa.

aku suka macam tu. berdisiplin. semua ada flow.  

bila baca balik, rasa macam demand pulak apa yang aku dah aturkan untuk anak anak aku. tapi peduli lah. orang cakap melentur buluh biar dari rebungnya. aku nak anak aku ada flow. ada benda yang dia tahu yang dia kena buat apa next. bukan kelam kabut. benda ni yang aku fight untuk anak aku hari hari. aku cuba jadikan semua benda ni habit. aku nak bila aku tiada di samping mereka, mereka boleh manage. 

most of time aku berjaya. tapi ada juga masa anak anak aku cuba mengingkari apa yang aku nak.
tu yang berperang tu.

aku pernah cakap dekat si Sophie, yang aku tengah berusaha nak jadi Abi yang terbaik untuk dia dan adik adiknya. dan aku minta dia bantu aku. tolong aku. dia hanya angguk. aku rasa dia faham.

aku dalam dilemma. push too hard? trauma. lenient sangat? anak jadi tah pape. susah betul nak berada di tengah tengah. risau anak anak akan benci aku. risau aku jadi bapak yang tegas tak tentu hala. risau. banyak benda aku risau.

kata orang, anak-anak tidak akan pernah dapat memilih ibu dan ayahnya.

kata orang, ibu bapa yang mempunyai emosi dan mental yang stabil adalah bak anugerah untuk anak anak.

hei orang, dua benda ni lah selau melilau dalam kepala aku kalau aku rasa geram dekat anak anak aku. haha. sedih. 

kalau diorang boleh pilih bapak diorang, aku rasa aku ni bapak yang last sekali kot. dah la tegas dan garang. mental tak stabil. kadang kadang bila marah tu nampaklah diorang takut dengan aku. those eyes macam tengok aku ni satu makhluk yang membuas. macam aku introduce fears dalam mata diorang. and i hate that look.

selalu tengok video yang anak anak kecik berebut nak main dengan ayahnya, malah ada yang tak bagi pun mak dia pegang tangan ayahnya. hanya dia je yang boleh main dengan ayahnya. hati kecil aku tergetus, I want that too, I guess. tapi aku rasa aku dah terlambat. they saw me, my actual form. something i cant erase from their mind. i guess i will never get that feeling. 



A.M.