Sunday, July 06, 2025

Hari tu aku berpeluang untuk melawat taska Ben. taska yang kami berdua hantar dia untuk beberapa tahun ni, tak pernah diberi peluang untuk jenguk ke dalam. yang kami tahu kami hantar dia dimuka pintu, disambut cikgu dan dibawa masuk kedalam rumah taska. petang tu kami ambik, dan balik. 


itu sahaja. aku takde idea yang jelas macam mana kehidupan dia di taska itu.


taska Ben, dia sebuah rumah teres dua tingkat di corner lot. kalau masuk ikut depan ada playground mini yang ada slide, swing sikit. tapi tu dulu. sekarang di hampar karpet rumput tiruan. entah kemana tah set playground mini.


kalau dari luaran ada beberapa mural diego dengan beruknya, dan ada lukisan winnie and the pooh, tigger dan sebagainya yang aku rasa kanak kanak gen alpha (ke beta?) dah tak kenal watak watak ni.


macam yang aku cakap tadi, setelah bertahun request untuk jenguk ke dalam, aku finally mintak dengan owner taska tu sendiri, kebetulan hari tu ada jamuan makan dan sambutan hari jadi anak anak Jan - Jun. dia kelihatan kaget dan terkejut, sama dengan cikgu lain. raut wajah berubah. tampak risau. tapi dia membenarkan juga aku masuk. katanya hari ni saja bagi, hari lain, NO. 


fine with me then.


aku dengan wife masuk.


suasana suram, gelap dalam rumah, dengan budak budak bawah 3 tahun berlari lari berselerak. ada beberapa yang masih tidur pada sudut sana atas tilam masing masing. ruang kosong lebih kurang 20 x 15 kaki hanya kosong, tempat berlegar legar. ada beberapa lukisan dekat dinding untuk menceriakan suasana. aku intai dapur dan tandasnya. dapur buruk, tingkap lapuk, jubin lantai lama, pintu toilet yang buruk. tapi semua bersih. sudut atas siling tiada sesawang labah labah. kipas berpusing ligat menyamankan suasana. 


ada satu tangga ke aras atas di sudut kanan ruang legar. tangga tu siap di grill atas dan bawah, macam pesakit mental punya ward. aku faham semua ni untuk child safety, dan aku sokong. 


anak anak tangga kecik dan pendek itu aku dan isteri daki. di tepi tepi tangga ada beberapa file murid yang sedia untuk dibentangkan pada ibu bapa. cikgu cikgu tergopoh gapah alihkan untuk kami. kami cakap eh takpe jangan susah susah, tapi dia still buat jugak.


sampai lah kami di tingkat atas. ada tiga bilik, dua pintu tertutup dan satu bilik terbuka daun pintunya. toilet dia macam dekat bawah. pintu lama dan ada pecah pada bahagian bawah. dinding terlukis dan terwarna lukisan usang. siling pecah, berlubang sana sini. 


“ish, buruk betul rumah ni. macam rumah kongsi, geng PATI” aku bermonolog.


dan aku mata aku menjengah ke dalam bilik yang pintunya terbuka, dan disitulah aku melihat Ben, anak aku. sedang tidur di atas tilam biru bertemakan hero dan heroin Avengers. dia kelihatan nyenyak, dan bergerak sedikit. dia tidur bersama sama 8 rakannya yang lain, atas tilam masing masing, tersusun elok. cikgu yang arahkan barangkali.


aku tak tipu, anak yang aku tatahkan, marah tidur di lantai, biar selesa di rumah, tapi di sekolahnya, dia hanya terlentang begitu je. selama ni aku tak pernah tahu bagaimana dia bermain, berlari, makan, kejar mengejar dengan kawannya. setiap hari selepas sekolahnya dia menceritakan segala kisah sedih seronok hiba gaduh dengan kawan, dan dia lalui semua tu di tempat itu.


Rumah taska usang tu, dunia seorang Ben ketika aku dan ibunya tiada di sisinya. hampir 9 jam dia membesar di rumah itu setiap hari weekdays. dan dia tak pernah complain walau sekali. dia nampak enjoy dan riang setiap kali pulang ketika ambik dari taska.


“Ben okay! Ben makan doh!”


Ben, awak tak komplen sebab awak tak tahu apa nak komplen. awak terima dunia awak seadanya. awak terima realiti awak tanpa kami berdua hampir separuh hari lamanya, setiap hari. dan Abi minta maaf sebab tak dapat nak provide awak tempat jagaan yang lagi elok, yang lagi selesa untuk awak. keadaan taska yang tidak seberapa dan tengok awak ditempatkan begitu menghibakan hati Abi. hanya video dan gambar yang cikgu hantar dalam group whatsapp ibu bapa, yang tunjuk awak sangat ceria, sangat gembira di samping kawan kawan awak buat Abi rasa sedikit lega.


I am so sorry. I should give you more.


walauapapun, servis yang disediakan tidak menghampakan. cikgu cikgu baik dan peramah, tiada isu dengan anak anak. makan okay. setiap aktiviti di sekolah diupload dalam whatsapp, jadi ibu bapa tahu aktiviti anak anak. semua orang berfungsi dan bergerak berkudratkan apa yang ada, termasuk anak anak, dan aku hargai semua.


aku cakap la eh teruk jugak ye taska si Ben tu. then wife aku cakap, “awak tak tengok lagi yang Opie punya, lagi teruk”.


aku diam. tak mampu nak cakap apa.





A.M.