Monday, June 30, 2025



Alhamdulillah hari ni aku berkesempatan untuk berkunjung ke Tea Garden di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu. wife aku cakap ni just another kopitiam. tapi aku rasa restoran (ke cafe?) ni is just more than that. sebab ada seorang kawan aku ni setiap kali jumpa dia akan promote (tidak berbayar) tentang kedai ni. katanya setiap datang KB, dia akan datang sini. so hari ni, aku ambik peluang, bawak wife aku datang.


alhamdulillah kami datang pagi so parking selambak. suka hati park dekat mana. bila sampai di perkarangan kedai, ada sign “please wait to be seated” sebelum masuk pintu. aku rasa mesti kedai ni biasa terima pelanggan ramai. or just another marketing trick, so orang macam aku akan berpikiran macam tu?


aku masuk ke dalam kedai, wife aku follow di belakang.


masuk je dalam tu aku rasa satu vibe yang kontemporari.


bau kopi yang tidak ketara sangat, maybe awal pagi. tapi konsep timeless nanyang sangat jelas. kerusi rotan  berlubang paras belakang bahu dengan frame gelap dan meja marmar putih yang cantik, tersusun sopan dan cantik. jarak antara meja yang tidak rapat sangat aku rasa selesa je tanpa rasa orang meja sebelah nak ambik makanan aku. kafe ni jugak ada hiasan trim hijau zamrud yang tidak terlalu gelap, sesuai nak serlahkan vibe kedai kopi cina lama, dengan hiasan dinding berbingkai macam tu. suka la tengok. kedai nampak bersih. banyak kipas siling tergantung dan ada lebih kurang 4 penghawa dingin jenis central. sejukkk kedai dia ya.


menu sudah tersedia di meja makan, dan ada kemudahan order jenis QR tertampal pada meja. aku pun order je lah.


aku order nasik lemak ayam goreng, satu wonton mee dengan bbq chicken. wife pulak order satu bean curd rolls dengan chicken gyoza. air pulak aku ambik hainanese milk tea, wife pula ambik regular coffee.


                                                                     


untuk nasi lemak, presentation wise nampak okey. ada semagkuk nasi lemak di tengah dikelilingi sambal, mentimun, kacang dengan ikan bilis, seketul ayam goreng, acar sayur dan telur goreng. okey, nasik dia berlemak tapi manis sangat. sambal dia pedas manis tapi terlalu sedikit bagi aku, macam satu sudu dan di spread. timun batang dia potong macam orang kampung potong buat ulan dekat rumah. dia sepatutnya slice cantik kemas, tak gitu? ayam dia sedap, crispy, rasa fresh. ikan bilis dia keras dan liat. lenguh rahang bawah aku nak gigit. bila di combine sekali rasa boleh lah nak telan. sedap jugak sebenarnya.

 


wonton mee with BBQ chicken. wonton mee dia goreng dengan kicap, makan sedap tapi after taste mee dia macam pahit sikit. almost flavorless. ayam BBQ dia macam kurang segar. dia datang sekali dengan sup ayam yang sedap tapi masin yakmat. aku rasa maybe masin sup tu digunakan untuk completekan rasa tawar wonton mee, tapi aku rasa combination tu kurang menjadi. maybe sebab sup tu masin.


                                                                     


fried gyoza dan beancurd roll tu rasa biasa sahaja, rasa macam frozen dumpling. sos untuk gyoza tu sedap tapi untuk roll tu pelik sedikit. kicap campur cuka campur halia? entah. 


air dia sedap. banyak choices. pilih sahaja apa jenis beverage yang diorang offer, insyaAllah sedap. 


overall, untuk makanan aku bagi 3/5 sahaja. tapi untuk vibe dan “nok ko suasano” aku bagi 4.5/5. kalau ada casual dating ke meeting ke, memang sesuai. suasana nyaman, tak bising, service time yang laju, bersih atas dan bawah, toilet wangi dan bersih, family friendly. 


itu saje. 



singgah sekali lagi? tak mengapalah. 






A.M.