Monday, June 30, 2025

Aku terima satu kes kematian bayi. ya, seorang bayi. sepanjang perkhidmatan aku dengan kerajaan, sudah banyak kali aku terima kes kematian baby ni. dan kebanyakan kes yang aku dapat adalah kes yang mati dalam jagaan, mati dalam pelukan ibu.


tapi kes ni, dia lain sikit.


si ibu, sudah terlanjur dengan suami orang. sudah ketahuan mengandung oleh sang lelaki tu, dia langsung di ignore. katanya call dan whatsapp tidak serancak sebelumnya. si ibu sedar dia sudah keseorangan, dia nekad ingin lahirkan anak kandungannya itu.


dia dah setting betul betul. dah baca buku hal hal obstetrik dan proses kelahiran semula jadi manusia. pergi ke klinik swasta untuk tahu status diri dan kandungan. sudah tahu langkah seterusnya, mula mula A, lepas tu B, lepas tu C. si ibu ni siap siap sewa sebuah rumah berdekatan dengan rumah dia dengan keluarganya. nekad nak lahirkan anak disitu, dan berpantang disitu, seorang diri.


tapi perancangan Allah lebih baik.


dia ditakdirkan melahirkan anak itu keseorangan di dalam bilik, di rumah ibu bapanya. kedua orang tua masih bekerja, dan dua orang adiknya masih belum pulang dari sekolah. namun anak yang dilahirkan biru, tidak bergerak. tiada tangis. walau sudah ditepuk kejut beberapa kali, anak terkulai layu dibaluti tuala. tali pusat dikepit dengan penyepit baju, dan diguntingnya tali pusat dengan gunting kertas. kelahiran uri mudah tanpa pertumpahan darah yang banyak, dibungkus dan di simpan ditempat berasingan.


keesokkannya si ibu meletakkan semua isi kelahirannya dalam satu beg, dan dibawa bersamanya kononnya ke tempat kerja. dia gali dan tanam bayi di belakang rumah sewanya. urinya siap dibasuh, digaram dan diasamkepingkan sebelum tanam.


semua ini dilakukan berseorangan, tanpa siapa yang tahu.


kalau dia seorang je tahu, macam mana kantoi?


majikan di tempat kerja yang selama ini memerhatikan perubahan fizikal si ibu, memaksa kebenaran untuk keluar. akhirnya si ibu meluahkan segalanya. majikan bertindak melaporkan hal ini kepada pihak polis.


persemadian bayi itu digali semula, dan jasadnya di letakkan di hadapan aku.


sampai hari ini aku terfikir. 


tidaklah aku menyokong perbuatannya yang melangkau moral, menjalin hubungan haram sehingga lahirnya zuriat di luar ikatan. 


cuma tekad si ibu untuk melahirkan anak itu… entahlah, mengagumkan aku? instead of buang, dia decide untuk jaga anak tu. habis orang disekeliling ditipunya untuk memastikan kandungannya itu terus bersama dia. persediaan mental dan jiwa dia sudah selesaikan untuk menyambut anaknya kedunia, namun anak dia tidak bernyawa sewaktu kelahirannya.


cuma si bos dia tu yang terpaling bijak. katanya tak boleh tanam selagi takda permit kubur. masalahnya anak itu tidak pernah masuk dalam sistem pendaftaran negara, kenapa kau terhegeh hegeh nak permit kubur rasmi? ni lah orang cakap, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


entahlah. aku rasa kalau bos dia tak kantoikan dia, masa depan si ibu lebih cerah sedikit daripada apa yang dia kena hadap sekarang. tak banyak muka yang dia terpaksa arangkan.


dosa dengan Allah dan manusia lain terlibat, aku tak nafi, dosa tetap dosa, celaka tetap celaka. mungkin ini kifarah supaya lebih ringan di akhirat sana?


nota sisi:


buat post mortem keatas bayi yang digali semula ni mencabar mental betul ya. tidak pernah aku rasa terganggu fikiran sebegitu teruk ketika buat postmortem. 



semoga ujian sebegini tidak terjadi pada zuriat aku, dan semua orang yang aku kenal.




A.M.