Aku ingat lagi lebih kurang 5 tahun lepas. masa tu hari jadi abah, aku tanya lah abah nak apa untuk birthday dia. masa tu aku baru dapat tunggakan gaji selepas pertukaran gred. yelah jarang jarang ada duit lebih, terasa juga nak bagi sesuatu yang best untuk orang tua.
Abah ada cakap pasal motor elektrik yang ada tiga tayar, warna pulak macam macam, pada masa tu. sebab dia kata ada beberapa geng masjid pakai motor tu. dia cakap macam senang guna, cas pun sekejap je.
aku pun dengan palatao kononnya aku research pasal motor elektrik masa tu. aku study pasal battery life, rosak estimation bila, siapa boleh baiki ke apa semua. so conclusion aku, motor letrik ni tak elok. dan aku sampaikan laporan kajian bodoh aku tu kepada abah. dia seakan akan terpaksa bersetuju.
aku bawak dia pergi ke kedai motor di Langgar, Kota Bharu. ada satu Honda wave warna merah. harga pun boleh tahan, murah je lah. tapi abah cakap dia macam okey je motor tu. jujur aku tak ingat, betul ke abah yang setuju, atau aku yang setujukan abah masa tu.
selepas 3 hari motor tu sampai dekat rumah.
dan aku rasa aku anak yang berguna sebab dapat beli motor baru dekat abah.
pada masa tu lah.
selepas bertahun tahun, aku perhatikan, abah jarang naik motor tu. katanya buat bergilir gilir jelah sebab dia dah ada honda C50 dekat rumah. dia cakap nanti pakai Wave tu, C50 rosak pulak sebab tak guna guna.
tapi setelah beberapa lama, Wave tu hanya diguna bila ada aku dekat rumah, dan mostly waktu malam dia gi semayang Isya. waktu lain semua C50 sahaja. kira daily commute dia, dia nak C50 je. dia sanggup tolak dengan jalan kaki C50 dia tu hampir 500m untuk bawak jumpa workshop, daripada guna Wave. even dia tak bagi pun umi naik Wave sebab motor tu tinggi, takut umi susah naik. sakit lutut.
sehingga akhir hayat dia, abah hanya naik C50 je.
aku pula? aku tak reti bawak motor. haha.
tapi out of nowhere, 4 bulan lepas aku beli motor eletrik dekat kedai ATV di Kota Bharu. aku guna motor tu pergi ulang alik rumah umi, rumah aku. bawak anak round round petang.
aku tulis ni bukan nak higlight yang abah suka guna C50 dari Wave yang aku hadiahkan untuk dia.
tapi aku nak cakap yang aku boleh jadi anak yang lebih baik kalau aku tunaikan saja apa yang dia nak masa tu. instead of aku deny dia apa yang dia nak dan bagi opinion aku. aku cakap option dia tak elok, cepat rosak. somehow aku rasa dia sudah tahu semua benda tu, tapi layankan saja aku punya pendapat bodoh aku tu sebab bagi dia mungkin fikir “dia nak bagi kat kita, ikut dia lah”, padahal itu bukan yang dia nak.
sekarang aku tengok motor ni, aku selalu tanya. aku beli motor ni untuk apa? adakah ini yang aku betul betul nak? atau subconciously rasa bersalah pada abah?
apa agaknya perasaan abah kalau aku betul betul berikan apa yang dia inginkan?
Selamat Hari Lahir, Abah.
I am so sorry.
A.M.
