Tuesday, July 15, 2025

Ada satu kedai ni nama dia Kedai Dalam Rok. atau dalam bahasa standardnya kedai dalam semak. lama dah kedai ni ditular, sejak zaman 20 belasan lagi. tapi takde keinginan, dan tak pernah masuk list untuk pergi pun. 


jadi hari ni salah seorang dari kami (rakan kerja) sampai seru untuk ajak kami untuk lunch dekat sana. kebetulan kami pun buntu, jadi kami layankan saja.


lokasi dia berhadapan dengan Aeon Mall Kota Bharu, sebelah kedai KB Patinhouse. KB Patinhouse tu selalu lah aku pergi, tapi Kedai Dalam Rok ni tak pernah. so hari ni kami terjah.


jom!


time nak sampai tu jujur aku taknampak langsung kelibat kedai sampai lah ada sorang ni dia point, “tu ada sign BUKA!”. aku loading dan ambik masa beberapa saat untuk cari dan aku jumpa. wah sign macam ni pun ada ya.


“tu ha nampak tak asap ada dekat pokok tu”


betul memang tiba tiba pokok tu berasap.


“ha dia memang buka tu”.


aku hanya buat terbalik kan mata. masa ni expectation zero.


“ramai student sini. haa haa”


aku masih zero expectation.


setelah parkir elok elok kereta kami berlima bergerak ke arah kedai makan tu. memang dalam semak. dan jalan dia nak masuk ke kedai tu seolah olah denai menuju ke alam bunian.


setibanya aku terpacak depan kedai aku tengok ramai betul ya orang dalam tu. pekerja pekerja sibuk di belakang kaunter. ada tukang letak lauk, ada tukang bungkus lauk, ada tukang mangkukkan sup, ada tukang kira. 


sini yang signature dish dia nasi putih sup kosong dan daging bakar. aku pun ambik lah satu set dan tambah ikan keli sekor. berapa ni agak agak ye, maybe RM15? takpe. kita makan dulu.


ada kawan cakap aii takkan first time dah ambik dua lauk? 


aku pun tengok pinggan aku. betul jugak.


tapi takpe. satu lauk lagi tu ikan keli goreng je. dah tahu rasa macam mana, cuma aku terliur, DAN dah lama tak makan ikan keli goreng rapuh kruk kruk.


jadinya daging bakar dia selambak, campur dengan lemak. sambal secoet. sup kosong dia hidangkan dalam mangkuk berasingan.


rasa daging dia, macam tipikal daging bakar, tak rasa rempah sangat, tak rasa macam satay. sedap la jugak, lembut tak liat dan masih mencair. takde rasa kenyal, lenguh rahang nak habiskan satu satu.


sup dia, kalau panas panas memang sedap tapi kalau dah sejuk, dia biasa sahaja.


jadi overall, aku bagi 3.5/5 sahaja. tiada wow faktor. macam kebanyakkan nasi sup daging bakar tengahari sekitar Kota Bharu ni sahaja. 


tiba time bayar. haaa. nasi set aku tadi hanya berharga RM9 sahaja. gila! dua lauk banyak dan selambak dengan harga tu saja? sekarang aku faham kenapa ramai students dekat sini. memang mesra poket dan mesra tekak. jadi overall rating aku adalah 4/5. haa dah naik kan? sebab harga dia wow betul. 


kudos la aku cakap dekat owner dia. makan kenyang, puas hati, murah, auto jadi sedap. haha.



Random betul signage dia. tengah tengah semak samun tiba tiba cak!


jalan nak masuk kedai dia memang camni. jangan takut jangan segan. teruskan berjalan dan kau akan sampai hehe.



choices lauk dia okey juga. ada member cakap ni lebiham dari pagi tadi. seems good to me. tak kisah pun asal bersih.



ni lauk aku. nampak sedap, daging banyak. sudah hampir memenuhi konsep suku suku separuh. cubaan untuk makan sihat tu ada tapi masih gagal. ah biar.



ni lauk member. total harga RM9 sekali dengan air Teh Ais. aku tak ambik air. air kosong je.


murah kan? INI YANG KITA MAHU HAHAHA!


insyaAllah akan repeat lagi.




A.M.