Tuesday, July 15, 2025



Boleh dikatakan semua orang perlu ada Basic Life Support. dah nama dia Basic, maksudnya “asas”. nak acquire skill ni tak perlu ada pengetahuan perubatan yang dalam. orang biasa pun boleh belajar benda ni. masa houseman dulu rasa macam buat apa lah belajar benda ni. rupa rupanya BLS ni target dia bukan orang hospital, tapi orang awam.


bila nak guna BLS ni? 


contohnya ada ahli keluarga kau yang collapse ke

ada orang sekeliling kau yang tak sedarkan diri

ada orang tempat kau tengah piknik dengan anak anak, tiba tiba lemas ke

ada masa kau tengah window shopping dekat mall tu, tiba tiba ada orang yang rebah dekat depan kau.


instead of mati kutu, kau tahu nak buat apa.


basically BLS ni, algorithm dia mudah sahaja.


D R S A B C D



DRSABCD. mudah.


D  untuk danger

- kau asses sekeliling kau, adakah orang yang collapse tu dalam bahaya? adakah KAU sediri yang dalam bahaya? kalau ya, alihkan ke tempat yang selamat. 

- contohnya ada jiran kau tengah berkebun, kau pastikan tiada sebarang bahaya sekeliling, seperti benda benda tajam, gunting pokok ke apa. pastikan semua benda tu clear.

- kau taknak tiba tiba kau tengah tolong orang kau sendiri yang terkena bahaya.


R untuk response

- kau hempuk la sikit bahu dia, tanya okey ke dokk.

- kalau dalam buku teks dia suruh tanya “sir sir, are you okay?” tapi aku rasa takdenye kau tanya macam tu. lebih kepada “encik encik! encik!!!” ha macam tu.


S untuk shout

- haa masa ni la kau menjerit minta tolong

- minta tolong apa? minta tolong untuk call 999, inform ada kecemasan dan minta alat bantuan defibrillator sekali. contohnya “hello 999 saya nak minta bantuan ada satu orang tak sedarkan diri minta tuan bawak sekali mesin AED ya!” done. simple. kau jangan berbual pulak dengan operator. orang tengah cemas ni!

- kalau boleh kau point terus “ha! Abang Sado pakai baju pink tu minta call ambulans cepat!”

- sebab kalau ikut pengalaman kalau tak point someone kan dia jadi macam, saling berharap. last last takda sorang pun yang call. melepu lah orang yang collapse tu.


A untuk Airway

- tekan dahi pesakit untuk dongakkan dia dan tolak sekali dagu dia (head tilt chin lift)

- tengok (look) dalam mulut dia in case ada bendasing. kalau obviously boleh remove, kau remove. kalau tak boleh kau biar je takut makin jauh ke dalam.


B untuk Breathing

- masa ni kau guna skill mendengar melihat dan merasa kau (look listen and feel)

- jangan kau raba dia pulak!

- tengok dia bernafas ke tidak (ada chest atau abdominal movement), dengar hembusan nafas dia, dan kalau kau tahu basic medical mungkin kau boleh feel nadi dia dekat bahagian karotid (sebelah leher)

- kalau dia masih bernafas dan bernadi, kau letak dia dalam posisi recovery

- kalau tak bernafas, teruskan dengan C



C untuk Circulation

- mulakan tekan dada atau nama lain dia cardiopulmonary resuscitation (CPR)

- tujuan CPR ni adalah untuk kau buatkan jantung dia berdegup dari luar (since jantung dia arrested dari dalam kannn). masa ni degupan jantung dari luar cover 1/3 dari total darah yang mengalir secara normal dalam tubuh. biasa sekali pam 5 liter, tapi dengan bantuan kau maybe 1.75 liter sekali henyak.

- ada term high quality CPR iaitu

1. CPR dilakukan pada bahagian tengah dada, separuh kedua bawah tulang sternum

2. tekan dada hendaklah berkedalaman 5-6 cm

3. setiap tekanan dada hendaklah membenarkan full recoil sebelum next tekan

4. hanya sedikit gangguan dibenarkan ketika CPR (minimal interruption) seperti tukar orang atau pun nak bagi ventilation in case of one man CPR

5.  CPR dilakukan dengan frequency 30 (tekan dada) : 2 (rescue breath), dalam kitaran berterusan sebanyak 5 kitaran dan hendaklah disempurnakan dalam masa 2 minit. 


selepas satu cycle sempurna, ulang balik step B dan C sehingga D sampai. apa itu D?


D untuk defibrillator


- Defibrillator ni biasanya akan datang bersama van ambulans dalam setiap panggilan ambulan.

- Defibrillator ni adalah satu mesin yang direka khas untuk mengesan ritma jantung yang spesifik iaitu Ventricular Fibrillation (jantung berdegup lebih 200 beats per minute sebelum berhenti dan pesakit mati)

- ritma VF dikesan lalu shock diberikan oleh mesin untuk stabilkan balik ritma jantung

- ada dua pad, satu diletakkan pada bahagian kiri dada (atas jantung) dan satu lagi pada bahagian kanan atas dada

- biasanya selepas shock, setelah jantung kembali normal, pesakit diletakkan dalam recovery position dan perawat hendaklah bersedia jikalau ada serangan seterusnya sementara pesakit diproses untuk masuk ke dalam perut ambulan.

- di Kota Bharu ni ada beberapa tempat yang ada mesin AED ni, antaranya Aeon Mall, KB Mall dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, KB.


tu baru bahagian adult ye. tak masuk lagi bab bayi, kanak kanak, kes lemas dewasa dan kes lemas kanak kanak atau bayi, kes tercekik makanan kanak kanak dan dewasa. nak letak semua aku kena buat course la untuk korang haha!


selain Basic Life Support ni, WHO generally dan KKM specifically mewajibkan setiap petugasnya untuk ada at least ada satu skill Advance Life Support ni, dan mostly sejajar dengan tempat bertugas.


contohnya


ACLS - Advance Cardiac Life Support

ATLS - Advance Trauma Life Support

PALS - Pediatric Advance Life Support

NRP - Neonatal Resuscitation Programme

OLSS - Obstetric Life Saving Skills


bagi petugas di bidang O+G, harus tahu tentang NRP, OLSS. bagi paeds section pula kena tahu NRP, PALS. kalau ED team pula banyak lagi, dan seterusnya.


semua advance life support skill ni sangat diguna pakai untuk handle kes kes kecemasan. 


tapi untuk marhaen ni eloklah kalau each of you tahu tentang BLS ni. tak berguna takpe, tapi at least kita bersedia. harap tak guna lah haha.

sedap menulis panjang sebab baru lepas course kan. minggu depan ni tak ingat doh!



salah satu flow chart dalam BLS


biasanya course ni dibahagikan ke beberapa kumpulan dan banyak station skill



salah satu patung yang digunakan untuk CPR. untuk choking, intubation lain pulak.


seingat aku, sejak zaman houseman lagi aku duk resus budak ni. tak pernah okay. tak pernah nak lega. kau ni kalau tak lemas, choking. bila nak mampus weh!


sekian!


A.M.