Pernah aku terbaca tajuk artikel berbahasa Inggeris. bunyinya lebih kurang macam ni:
'By the time you realise that your father was right, you will have a son who thinks that you are wrong’
bunyi macam vicious cycle, kan?
secara jujur, dalam kebanyakan hal, aku banyak bersetuju dengan Abah. pasal kerja ke, pasal life ke, pasal pengurusan duit ke, pasal nasib ke. walau dia ada point dia, banyak yang dikatakannya betul.
kalau ada yang aku kurang bersetuju (aku tak kata dia salah ya, cuma lain sikit dari pemikiran aku. contohnya pasal isu boikot ke, isu support bisnes orang Melayu ke), aku akan diamkan sahaja. he is my father kot. no point kalau betulkan. biarkan dia bahagia dengan dia punya thought di usia senja tu.
lagipun Abah bukan jenis yang bercakap. dia hanya bercakap bila rasa perlu je. banyak hal tentang dia, bukan tahu dari dia sendiri. Ummi je yang cerita banyak.
“Abah dulu macam ni macam ni”
“Abah dulu suka ni suka tu”
“Abah dulu dia kerja ni ni ni ni”
kalau Abah, dia banyak diamkan diri. bersuara sekali dua, then senyap.
bagi aku apa yang diutarakan, adalah precious. dengar sahaja, selagi tak memelikkan, aku terima je.
sejak Abah takde ni memang rasa kehilangan. dia memang tak ambik port sangat kalau anak beranak bersembang ke apa, tapi dia ada. dia jenis diam yang banyak tapi dia ada. dia hadir dalam setiap keheningan suasana.
walau duduk bersebelahan aku dengan dia di atas sofa kelabu di rumah, aku rasa cukup. sebab dia ada.
sebab Abah selalu ada.
“Ben, Ben tahu tak Baba pergi mana?”
“Baba hilang”
haha aku ketawa.
“taklah Ben. ni Baba ni. Baba tidur sini”
(sambil tunjukkan kubur Abah)
“ohh Baba sini. Baba sejuk ke? Baba taknak selimut ke?”
“eh tak perlu Ben. sebab Baba dah best duk dalam tu”
(sambil aku usap rambut belakangnya)
“Ben rindu Baba tak?”
“Rindu!”
aku tersenyum. good answer, nasib baik haha.
“jom balik! Babai Baba Ben!”
“Bye Baba Ben balik dulu!”
kami berlalu dari situ untuk ambik kakak pulak.
