Sunday, January 26, 2025

Lepas sahaja umrah pertama aku dengan dua abangku dengan anak saudara, Hana mencari kedai gunting rambut untuk bertahalul. ah botak lagi. malasnya nak botak. sebab bentuk kepala aku ni pelik. gondol lain macam. nanti kelemumur lebih obvious, kulit kepala berkeruping. lagipun aku ni harapkan ada rupa sebab rambut je. haha perasan. 


tapi aku takde alasan untuk tidak botak. kalau sebelum ni boleh bagi alasan nak pergi interview master, tapi interview pun dah lepas. so takde dah alasan. lalu aku botakkan jua. lagipun Nabi SAW pun anjurkan untuk jemaah lelaki botak ketika bertahallul. 


kami bertahallul di barber shop di Safwah Tower. lepas je siap semua dan ready untuk payment, Hana yang sedang menunggu kami setel tadi develop fitting di kedai gunting. aku blank kejap. abang aku dua orang dah menjerit jerit. Hana pulak dah cyanosed (kebiruan bibir dan jari jemari). pak arab pulak datang ramai ramai suruh kami senyap. didatangkan kepada kami segelas air suam dan sebijik kurma. aish. tak kena ni.


aku chill dulu. tengah selak selak buku emergency dalam kepala aku. dah berdebu weh maklumlah dah hampir 3 tahun tak bukak. 


Ting!


Aku terus attend Hana. aku baringkan dia di sebelah sisi, pastikan tiada satu benda yang boleh obstruct airway dia. aku tengok jam.


0126H


Hana masih sawan. uprolling eyeballs, generalised tonic clonic (jerky movements all limbs) dengan drooling of saliva. nailbed masih cyanosed. aku tidak boleh bagi apa apa untuk support oksigen dia.


“hospital?” aku tanya Pak Arab.


lalu salah sorang cakap ada sebijik hospital bawah Safwah ni. kami bergegas bawa Hana ke tempat itu


0129H


Hana dah stop movement. bibir sudah mulai pink. darah merah mula mengisi ruang kapilari kuku dan seluruh anggota tubuh. mata pejam seakan akan tidur, masih tak sedarkan diri.


Ting! (real punya bunyi. tadi dalam kepala je)


daun pintu lift terbuka. kami terus berlari.


0132H


nampak je “Ajyad Government Hospital” aku terus bawa Hana masuk ke examination room dan present case ke staff situ. 


setelah dua kali blood taking dan satu CT Brain, Hana di discaj dengan ubat paracetamol dan vitamin C, free of charge atas sebab guna visa umrah (hebat!). katanya Hana exhausted sebab tak proper rest. tadi memang nampak okay. dia nampak kuat. tapi tubuh Hana tidak sekuat semangatnya. kali ni dia kalah.


kami pulang ke bilik masing masing di Movenpick jam lebih kurang 3 pagi.


dalam kes brain insult timing sangat penting ya. kena tahu berapa lama dia fit, so boleh estimate damage ke otak tu tara mana.


lepas insiden tu kakak dan abang aku lebih berhati hati dalam handle umrah dan visit si Hana. kalau dia kata okay pun, adult judgement kena overrule semua tu. so far alhamdulillah semua okay.


fuh.




A.M.