sejak satu bulan ni ada beberapa bahagian dalam rumah aku, aku renovate. baiki, baik pulih, tambah fungsi dan sebagainya. dengan bantuan besar daripada wife aku, alhamdulillah untuk segalanya.
aku pula mengupah beberapa kontraktor yang aku familiar untuk projek rumah aku ni.
kebanyakan diorang cakap
“eh ni rumah pakcik tu kan?”
“sebelum ni abah encik yang teman jaga rumah kan?
“ni rumah pakcik yang selalu jaga rumah sementara anak dia kerja jauh tu kan?”
“ya tuan tuan. saya adalah anak pakcik tu.”
dan aku bagitau mereka abah sudah tiada sejak November lalu.
mereka masing masing mengucapkan takziah.
aku mengucapkan terima kasih. terharu betul rasanya sebab mereka masih ingat Abah.
aku mengambil earbuds, sumbat kedalam telinga aku. lagu Coldplay - Yellow sedang rancak dimainkan. aku bersandar pada dinding ruang tamu. mata aku memerhati akan perubahan yang sudah aku lakukan setelah hampir 4 tahun menetap disini. sebelum ni kosong betul.
aku ingat lagi, mula mula aku naik ke rumah ni, Abah ada sekali. aku tour ke setiap bahagian, bilik dan ruang rumah itu bersama abah. berimaginasi apa yang akan aku lakukan dan bangunkan di ruangan tersebut. ada satu masa berbekalkan darah muda dan pengalaman yang masih hingusan, aku jadi obses dengan keinginan untuk deko rumah dengan pelbagai benda yang aku kira dah terpaling kreatif, terpaling tiptop pada masa tu.
dan most of time aku akan share dengan Abah aku. cerita plan bodoh aku. buat rak bertingkat la, letak divider la, powder room la, tempah meja kayu berbentuk U la, nak warna lain lain setiap partition la, nak tanam pokok lah apa. semua aku lukis dan hamparkan, bentangkan untuk Abah. seingat aku Abah tak bagi respon sangat. hanya tersenyum melihat aku. mungkin dia tak sangka anak dia se’bolok’ ini haha.
tapi dia layankan saja. tak pernah takde masa untuk dengar cerita aku dan perancangan aku yang entah apa apa tu.
tapi tu lah. cerita dulu.
sekarang apa yang aku rancangkan dengan Abah tu langsung aku tak buat haha. tapi i did something better. and i know youll love it.
and i hope i’ll make you proud.
and umm,
i miss you, though.
look at the stars, look how the shine for you.
A.M.
