Tuesday, March 05, 2024

Semenjak akhir 2022 abah tidaklah sihat sangat. selalu demam dan batuk. tapi abah tak pernah tinggal masjid.  pedal Honda C50 nya itu sentiasa dihenyak sampai ke surau dekat rumah. halaman rumah sentiasa terjaga rapi. walau uzur, abah tetap teruskan daily chores dia. kalau suruh rehat pun dia taknak.


November 2022 abah ummi dan adik ke Haramain untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah baginda Nabi SAW. aku maklum bahawa abah pun uzur dekat sana. banyak kali kami video call tanpa umi dan adik di samping abah. katanya penat sedikit selepas balik dari Madinah. walhal wajahnya pucat, matanya kuyu. tetapi tetap tersenyum.


sekembalinya mereka dari tanah suci, adik ceritakan semua apa yang berlaku. abah kehilangan selipar selepas ziarah, berkaki ayam sorang sorang mencari selipar kesayangan, beg koyak. lupa jalan pulang ke biliknya, berjalan berblok blok bangunan seorang diri. terpisah dengan adik dan ummi selepas keluar masjid, telefon tak bawa. tapi abah pesan, jangan cerita dekat anak anaknya. bercucuran air mata adik ceritakan benda ni semua. aku pun sama.


tubuhnya mulai cengkung dan susut. makan pun sudah mula memilih. taknak ayam tak rebus terlebih dahulu, daging pun kurang sebab tak boleh kunyah walau dengan gigi palsu. tapi abah masih abah. masih teruskan harinya dengan kudrat yang ada. masih gagah ke masjid setiap hari, ke masjid lain setiap pagi untuk mengajar mengaji. tapi abah mula jarang ke kubur setiap pagi sabtu sebab penat katanya.


June 2023 abah diuji lagi. Cardioembolic stroke. abah dapat penyakit baru, kena monitor INR, keep ratio 2-3. abah seorang yang berdisiplin, sudah tentu orang farmasi suka. monitor 2 3 bulan cantik ja result darahnya. selalu kena puji. selalu dapat TCA jarak lama, satu bulan, dua bulan. orang lain 2 minggu sekali. tapi sejak kena monitor INR ni dia jadi lebih pantang makan. daging merah tak boleh makan. ulam ulaman dan sayur hijau kegemaran pun tak boleh makan. satu satu nikmat abah ditarik. abah jadi makin kurus.


Alhamdulillah September 2023 abah sempat ke Penang ikut Kak Nur. adik cakap abah makan banyak sepanjang jalan jalan. alhamdulillah. ada satu kelegaan yang tidak diungkapkan. abah pun tak nampak letih dalam gambar.


Oktober pula kami sempat ke Hatyai. aku monitor sendiri abah. tengok stance dia, tengok appetite dia. aku rasa ok lah kot kan untuk orang tua. tapi dia banyak duduk. banyak rehat. untuk orang yang ada penyakit jantung dengan Ejection Fraction (EF) 18%, he was doing great. Kak Nor pernah cerita dekat kami adik beradik Abah memang berkeinginan untuk ke Hatyai sejak dia punya last visit many years back. so bucket list checked la for him, kan.


Akhir Oktober abah minta aku bawa dia ke Kampung Raja, Besut untuk attend akad nikah anak saudaranya. sepupu aku ni dia OKU mental retardation (lembam). kedua dua orang tua dia dah takda. adik beradik dia je yang monitor dia sekarang, tapi abah selalu ambil berat pasal anak saudara dia yang ni sorang. Abah jarang minta apa apa dengan aku, kecuali yang ini. so aku ambik cuti untuk bawa dia majlis tu. sepupu aku tu berumur lewat 30 an, pasangannya awal 70 an. selepas akad nikah abah kelihatan lega. kerisauan dia dah kurang. mungkin dia rasa sepupu aku tu bukan tanggungjawab dia lagi. dalam perjalanan pulang dari Besut, kami lalu jalan Pasir Tumbuh dan Peringat untuk ke Kota Bharu, abah sembang lebih daripada biasa.


1215 tengahari 30 November, aku mendapat panggilan daripada umi. katanya abah tidak sedarkan diri. ketika itu aku teman Muiz dengan Faizal makan tengahari di Pohon Nangka. pukul 1220 umi call lagi, abah masih tak sedar, umi tanya nak buat macam mana ni? aku minta umi bertenang. aku sudah dalam perjalanan pulang. sementara tu aku call Kak Nor, suaranya terdengar panik, aku minta dia call ambulance untuk ke rumah. 


1230 aku tiba di perkarangan rumah. aku minta Muiz dan Faizal duduk dahulu di ruang tamu sementara aku masuk ke dalam rumah.


the house felt so blue. the air was not cold, not hot either. no more scent of malaikat subuh on that afternoon. i heard voices, talking, crying. 


and there was him.


sitting on his favourite chair, motionless. i approached him.


he looks grey, yellowish pale. his eyes about to close, but not closed yet, just blank stared to me. i could see the both pupils dilated. his jaw dropped, his eyes sunked. 


i kissed his forehead.


“Oh Abah”, i said.


i checked his carotid artery, his left radial pulse. nothing pulsated. his hands were so cold. I put my stethoscope diaphragm on his chest, and i heard the most silence sound in the world. no beating sound, no lungs sound, nothing.


“Oh Abah…”, i said again.


and i hugged him tightly, put my cheek against him. I heard ummi was wailing, crying at the back. 


aku rangkul abah, peluk abah dan angkat dia daripada kerusi itu, dan letakkan dia di pembaringan. letakkan tangannya di sisi. sekujur tubuh aku selimutkan ke paras leher, dan aku berundur ke belakang.


aku berdiri di hujung kakinya, baru aku sedar. aku kehilangan seorang Abah.


Abah dah niat, kalau dia takde, dia nak disembahyangkan di tempat ramai orang. alhamdulillah. penuh masjid malam tu. kawan kawan surau dia, geng mengaji dia di masjid ni masjid tu. Dr wan, Muiz, Faizal pun ada sekali.


terharu betul. sungguh.




Hari ini sudah hari ke 96 kami hidup tanpa abah.



hilang sudah nikmat memiliki seorang Abah

takde dah orang yang tunggu aku dan anak anak aku di hadapan rumah hari hari

takde dah geng aku pergi solat jumaat

takde dah geng aku mengumpat ummi (haha)

takde dah bau wangi minyak attar ketika peluk

takde dah semua tu.


Abah sudah bertukar alam.

Abah sudah tiada.

Tapi Abah tak pernah pergi, Abah selalu di dalam hati.


Jarak 6 kaki tidak pernah aku rasa sejauh ini

sesungguhnya rindu tentangmu tak pernah pergi.

semoga kita berjumpa lagi.



al fatihah untuk Abah.






A.M.