Thursday, October 19, 2023

Kali ni aku nak cerita kisah jalan jalan dengan keluarga. Dah lama sangat dah rancang sampai aku sendiri pun hampir lupa ada plan ni. maybe aku je kot sebab aku sibuk dengan benda lain. tapi aku perasan la wife asyik beli baju baru untuk dia, untuk anak anak sekali. beli itu beli ini. mula mula aku ingat buang tebiat tapi bila ingat balik ha ah la. nak jalan jalan haha.


Jadi kemana kita ni?!

Sini sini! ke Thailand! dekat ja, takde lah sampai Switzerland, China ataupun Jawa Timur.


Trip ni diuruskan mainly oleh adik aku. kami ambik pakej 3 hari dua malam, ke Hat Yai sekali dengan tour guide, lebih kurang RM 533 per day. aku pergi ni dengan zero knowledge ya. kakak aku sibuk share video Tiktok posing ambil gambar, tempat best di Hat Yai dan macam macam lagi dan aku hampir tidak ambil kisah. aku sibuk! haha

Kami bertolak dari rumah jam 5.30 pagi ke Masjid Beijing di Rantau Panjang. kebetholan orang nak solat Subuh, maka kami join sekali. aku tarik Ben sekali untuk join jemaah. ni kali ketiga aku bawak dia ke masjid. first time di Kuala Perlis, kedua di Masjid Besar Kubang Kerian, ketiga yang ni.

Bagus budak ni. tak kacau orang sembahyang. kacau aku jelah. duk bergayut dekat kaki aku. 


Sampai di Pusat Imigresen Rantau Panjang, kami terus beratur bersama puluhan orang yang lain, yang kemudiannya menjadi ratusan. untuk masuk ke sana ada dua kaunter utama, iaitu 11 dan 12. lama la juga beratur ya. aku risaukan Abah je dia nampak penat sangat tapi alhamdulillah semua okay. anak anak dah hampir nak terbang nasib baik urusan pegawai imigresen tu agak cepat.


Lepas je imigresen Malaysia, kami mula naik van Toyota Hiace yang sudah dijanjikan. aku ingat semua dah setel  ya dah boleh hora horey di Tanah Siam. rupa rupanya kena pergi ke Imigresen Thailand pula. nasib baik sekejap jurrr alhamdulillah.


Destinasi pertama kami adalah satu kedai sarapan pagi. lauk pauk ala ala lauk pagi kami disini je. cuma yang beza kuih dia besar besar gemok gemok. harga-wise, lebih kurang ja dengan KB. rasa pula? sedap nasik depan rumah aku lagi ha! marah marah!


suasana Sungai Golok jam 9 pagi

makanan dia boleh tahan lah. tengok percik perut ayam belakang tu semua besau besau, tebal tebal. sedap!

solok lada dia memang banyak tak boleh bawa berbincang okay!

Haha!


Destinasi kedua pula ke Pai Na Hara (betul ke eja macam ni eh?) masuk kena bayar okay. 30 baht sorang. tempat ni macam best jugalah. banyak instagrammable point. aku macam biasalah tukang ambik gambar ja haha. tak lama spend masa sini sebab cuaca so panas lit lit sampai lembik otak aku.

cantik macam ekor musang kan?


banyak point yang cantik. malas pula nak upload.

Seterusnya kami ke tempat viral di Summer Thorn. viral sebab apa? sebab masa makan nanti ada kapal terbang lalu atas kepala haha. lokasi dia tepi pantai, just next to Narathiwat Airport. ramai lah sangat orang. makanan dia bagi aku so so ajer. tidak ada yang wow. tapi adik beradik aku cakap sedap. well, agree to disagree.

siakap tiga rasa ni boleh tahan la.

seingat aku gambar ni la yang aku struggle nak ambik. susah sangat nak fokus. aku tap gelas instead of skrin fon untuk fokus. tak ke susah macam tu? ah buruknya tangan gue!

kerusi healing dimana mana

Oh lupa aku tak snap gambar kapal terbang lalu sebab time tu tengah ambik pampers Lily dalam van dan tangan aku tengah handle Ben, tak sempat nak snap. apapun, simpan dalam ingatan cukuplah, kan? (padahal menyesal sebab view so cantek!)

Perjalanan ke Hat Yai dari Nara ambil masa 2 jam. seperti diceritakan oleh member yang dah pernah berkunjung ke Hat Yai, jalan di Siam ni sentiasa double lane dan lurus sahaja. pickup truck yang single cab dah modified truck bed dia sangat lah banyak. motosikal pun bersepah. armoured vehicle yang besar gabak pun banyak di park di tepi lebuh raya. occasional roadblock pun ada ya. aku syak polis Thai tengah cari orang hmmm.

sepanjang jalan ke Hat Yai kan ada banyak stesen mintak nama Ptstation. gas station dia ni macam RnR tau. wajib ada 7e, Cafe Amazon, dengan fast food nama five stars kot lupa. musalla dan tandas yang cantik dan bersih pun disediakan tau

di sini bersepah lori macam ni. macam ada main body dengan extension caboose alah macam keretapi tu. menarik bukan? bila fikir balik aku pun tak sure ada ke tak trailer panjang tu dekat Thailand ni


Tok Mi dan Cik Su layan si Lily lagu Wheels On the Bus almost along the way. aku yang mendengar pun penat

Kami tiba di Hat Yai sebaik sahaja masuk waktu Asar. kami checked in di Siam Mansion. untuk 2 star, aku rasa hotel ni sangat luxury. dah lah murah, furniture semua minimalist, bilik air cantik. ada ruang legar yang cantik. watercooler bersepah. memang cantik weh.

tempat tidur untuk trip kali ni

ada tut tut depan hotel!

jom naik tut tut! 20 baht ja sorang

Jam lebih kurang 530 petang, tour guide bawa kami round round bandar Hat Yai yang cantik dan sibuk ni sementara dalam perjalanan ke destinasi makan malam kami.

steambot! 229 baht ja sorang. kanak kanak bawah 150cm semua free. sangat murah okay. lauk sangat banyak! saya suka SAYA SUKA!

steady je hidang udang galah bertimbun. orang duk ambik banyak kali pun tak habis!

siakap gais untuk all-you-can-eat! ada servis untuk bakarkan. lauk pauk lain sangat banyak, dari buttermilk prawn, sup perut, laksa siam. sushi bersepah. lauk untuk bbq banyak. pilihan air pun banyak. cuma yang aku pelik, takde kambing. takde kambing ya sengsara betul.


Kalau ikut plan asal, itinerari seterusnya adalah ke Asian Night Market tapi aku dan family kecilku terpaksa abandoned the plan sebab anak anak dah cranky, mengantuk sudah. dah time tidur. so kami pun minta diri dulu, sementara yang lain terus ke destinasi seterusnya.


Lemah! haha. anak anak aku la, bukan aku. hiks.


Tu je untuk hari ni. kalau rajin aku update lagi besok.


Itupun kalau rajin lah haha!









A.M.