Tada! nak sambung cerita semalam. nak dijadikan cerita, aku jetlag! haha dah lama tak merasa jetlag ni ya. last time dulu masa dekat Russia je masa daylight saving. keliru betul. Thailand ni garis masa dia tak sama dengan Malaysia, dia awal satu jam. macam kalau dekat sini pukul 7 malam dia baru pukul 6 petang ha gitu.
Pagi ni kami dibawa breakfast ke satu tempat yang popular dalam kalangan pelancong. memang orang Malaysia sahaja dekat situ ye sampai aku keliru haha. menu dia okay la, sedikit lain dari yang lain macam pagi buta dah ada lauk itik bakar haha rare. yang istimewa dekat sini adalah dumpling! tapi sayang, dumpling tak sedap. menu lain boleh tahan lah. masa kami mula mula duduk ada jiran meja sebelah tegur cakap jangan ambik nasi kerabu dia tak sedap dia cakap. tapi ummi ambik juga, dia cakap okey je mesti tak pernah makan nasi kerabu golok hehe sebab tu rasa pelik tak ada tumis. betul jugak kan?
nama asal dia Dimsum Chabura Hatyai. maaf tak sedap ops!
aku ambik nasi goreng dengan lauk tomyam first thing in the morning weh. berani ya pilih tomyam bila perut kosong hehe
matcha yang agak sedap. tak manis tak tawar. buih for gimmics
bekas dimsum yang disusun bertingkat. indah khabar dari rupa ya gais.
Seterusnya kami dibawa ke kedai cenderahati nama dia Kaisorn. besar betul kedai ni ya. kami dijemput oleh gadis gadis siam berpakaian kurung songket. di pintu masuk utama. first section bahagian pakaian. daripada baju hitam bercorak I love Hatyai sehinggalah ke bahagian busana sutera keluaran asli Thailand. section kedua adalah bahagian beg, keychain, fridge magnet. seterusnya adalah bahagian food dan kerepek dan terakhir adalah bahagian beg dan barangan kulit. agak pricey ya barang dia tu orang cakap makan ja murah dekat Hat Yai ni. barang lain lebih kurang ja.
cantik elok je keluarga gajah tersusun atas almari ni kan?
Dr Wan cakap tempat yang terbest untuk borong barangan kulit adalah di Nora Plaza. kebetulan tour guide kami pun nak bawa ke situ so kami layan. tempat tu pun besar okay. orang pun sangat ramai. depan kedai tu dah 6 buah bas tersusun rapi. aku tak sempat snap gambar sini sebab time ni tengah dukung si Lily. dia dah la berat, berpusing pusing pulak. tinggal dekat kedai ni kan baru tahu ha!
Again, tiada gambar di Nora Plaza ni. maybe sebab exhausted dan lapar. eh bukan ke baru je makan tadi?
eh? haha.
Destinasi seterusnya adalah Masjid Songkhla! masjid ni cantik ala ala Taj Mahal gitu. ada satu kolam berbentuk segiempat tepat menjadi landskap hadapan masjid yang menjadi perantara laluan utama berkonkrit yang selari antara satu sama lain. memang saling tak tumpah dengan Taj Mahal. Again, tiada ganbar sebab simply aku malas. enjoy the moment je.
akhirnya kami tiba di Sea Verse. Sea Verse ni adalah satu point dimana ia diwujudkan semata mata untuk ambil gambar je. dia berkonsepkan macam landskap di atas titian gitu. infrastruktur berbentuk melengkung dan terdapat satu central attraction, dan dihubungi dengan beberapa jambatan ala ala gantung dan beberapa jambatan konkrit. orang ramai mundar mandir. siap ada geng buskers lagi ya nyanyi lagu siam. aku ingat nak join, tapi baru aku ingat, aku mana reti bahasa siam haha.
cantik senibina bumbung berasaskan pacak tunjuk langit
centre of attraction. meh.
disebalik nyenyaknya tidur seorang Lily, ada seorang Abi yang hampir patah tulang belikatnya membawa anak kesana kemari haha
Akhirnya kami tiba ketempat yang kami sangat teruja iaitu pasar terapung! sampai je dekat parking lot aku terus terjun daripada van dan menerpa kearah kedai kedai dekat situ. aku amati pasar terapung adalah bahagian kedua didalam kawasan itu. first part adalah pasar macam dekat pasar besar tulah. ada banyak kiosk yang menjual pelbagai jenis makanan dan pakaian. bahagian kedua tu lah dekat tangga bawah tu ada pasar terapung.
satay ayamm yumm!
emmm tak pasti. chicken tender ke fish fillet. nampak macam ayam tapi bekas dia gambar ikan.
the famous pasar terapung. most of the food are just snacks. okey la kalau nak banding dekat dengan Kuala Perlis tu haha
air longan kedua tersedap di donia! (first yang dekat EE Burger Langkawi tu)
baca la sendiri
ada sesuatu yang menarik tapi bukan duit
20 baht je wey dengan sosej lagi dibalut telur. sedap pulak tu! sebelah tu ada apam telur lambung. RM1 jeeee *pengsan*
Kami pulang agak lewat petang ni. langit sudah mula menjingga, menandakan awan syafa ahmar akan datang menyusul. dalam perjalanan pulang aku dapati satu benda pasal tiang letrik dekat bandar Hat Yai ni, like
kau tengoklah tiang api dia ni. memang SOP kena buat macam ni ke? hampir semua tiang letrik macam ni ya. serammm
aku tulis ni sambil guard anak anak aku tidur. katil dah king, tapi semua duk hujung hujung dah. sorang sorang tidur buas tak ingat dunia. depa ingat depa tidoq dekat tengah padang bola ka apa?
A.M.