Mari mari. datang dekat dengan aku. aku nak cerita pasal aku join Kota Bharu Half Marathon 21.1KM. dan aku admit aku gagal. aku Did Not Finish (DNF). saja aku cerita disini sebagai peringatan diri sendiri.
event ni aku daftar April 2026. entah kenapa aku ambik yang half marathon. maybe sebab ambik yang 10KM rasa tak puas. rasa aku boleh pergi lagi. so, aku ambik la yang 21KM. ajak wife sekali. dia ambik 10KM.
jujurnya aku tak training. buat 3 kali seminggu 5KM, dan daily 10K steps. itu sahaja. tak buat LSD. tak pernah jangkau lebih 10KM run. tak pernah merasa cramp kaki atau labuh betis. tak pernah rasa shin splints ke apa. berharap dengan tu sahaja. berat badan pun tak turun turun. orang lain cakap “Mind before Miles”. aku? “Meals before Miles”.
terkekek keseorangan.
hari kejadian, kami tiba di kawasan stadium jam 2 pagi. dah nampak ramai orang yang dah mula warming up. berseorangan, berdua, bertiga. berkumpulan. aku dengan wife tengok sama sendiri. sengih aje. yelah sebab jenis malas. haha.
wife aku flag off pukul 4 pagi so dia duduk area pelepasan dulu. so now, pukul 3 pagi aku gerak dulu. penyesalan pun bermula.
aku run berterusan dengan slow pace sampai KM4. selepas tu aku mula buat intermittent run sebab dah semput haha. baru 5KM weh. tapi no hal lah sebab aku tak rasa lagi sakit kaki ke apa. so layan kan saja. setiap water station aku stop untuk minum 2 cawan kecik air. setiap 5KM aku makan separuh energy gel. sampai KM6 aku dah jumpa geng pacer sub 3:30. aku follow saja diorang, malah aku tinggalkan diorang agak jauh. boleh habis ni 3:15 at least, aku fikir. pacer 3:30 rilek sahaja. gelak. sembang. dengar lagu. memang enjoy lari.
dalam KM9 aku nampak ada sorang runner ni dah mula berhenti tepi jalan, macam tengah release ankle dia. aku fikir, cramp kaki ke? aku teruskan run. dalam KM12 aku mula rasa shooting pain dekat labuh betis.
“ah kene dah aku ni”
mula mula betis kanan je. then kiri sekali. aku intai medic, cis tak nampak mana pun.
lepas uturn on the way ke airport, aku nampak van PBSM dan beberapa runner yang terduduk. ada yang dah ready dalam van untuk dibawa pergi. aku pun pergi join sekali. aku minta medic spray kaki aku dengan cold spray dekat betis hingga peha. rasa temporarily relieve je. cramp aku tak hilang. aku duduk. mintak ais untuk letak dekat betis.
aku nampak pacer 3.30 dan geng lintas aku. aku masih struggle dengan kejang otot. aku tak boleh bangun pun. hampir 15 minit aku disitu. aku tengok pintu ambulans terbuka luas seakan akan memanggil aku. tapi aku takboleh menyerah dulu. sebab aku rasa tak letih pun. jantung masih okay. kedua dua belah kaki aku yang mengkhianati aku.
aku bangun jugak dengan injured dua dua belah kaki. aku teruskan jugak. aku heret kaki aku sampai KM15, jumpa seorang brader ni. kami sakit bersama sampai aku dah tak tahan sangat sampai berhenti berkali kali. dia hulur aku satu sachet CrampFix. aku suruh dia pergi dulu sebab aku hanya drag dia. sampai ke KM17 aku jumpa figur yang aku kenal. Aqli. kawan aku. heret kaki jugak. aku cakap dekat dia yang banyak benda aku nak catch up dengan dia since kami pernah kerja sekali dekat Gua Musang tahun 2019 dulu. tapi tak boleh cakap banyak sangat sebab dua dua tengah suffer.
haha.
aku pun join dia. kaki okay kami jalan. kaki tak okay kami jalan jugak haha. sampai KM19 ada lori follow belakang kami.
Lori KBHM. dan orang orangnya yang tengah kutip kon tengah jalan.
“sakit kaki ke bang? jom naik lori kami”
aku tengok Aqli dan Aqli tengok aku.
Aqli naik okey je atas lori. aku? aku lompat dalam perut kargo lori tu dan tu merupakan kesilapan terbesar. aku mengalami kejang kaki sampai punggung yang terteruk dalam hidup aku. meraung aku ditengah bandar Kota Bharu. ah memalukan betul.
satu KM nak ke finish line kami turun dari lori. dan kami gerak slow slow ke finish line. ambik baju finisher dan medal yang hodoh, setel. aku dan wife gerak balik.
suffer for the whole day. ingat taknak ambik painkiller. tapi aku kena ambik jugak sebab anak anak nak melompat dekat rumah. tak fair pulak untuk diorang. kesakitan yang aku pilih ni menyebabkan diorang tak boleh main dengan kami. so, macam tu lah.
hari ni datang work. kena diam je lah time orang brag pasal pencapaian masing masing. boleh buat personal best. boleh finish. aku diam sahaja. sebab nothing to tell pun.
tahun depan ambik lagi? entah lah. maybe fokus untuk lose weight je lah. yang lain simpan dulu.
Mofar Rahman. DNF KBHM2026