Sunday, September 27, 2026

Selepas makan petang, tinggal aku berdua dengan Ummi. dengan anak anak tengah berantakan main kejar kejar sembunyi dengan CikSu diorang, aku ambik peluang untuk meluah dekat Ummi.


aku cerita tentang apa yang aku frust dengan anak sulung aku, si Sophie ni. Ummi hanya senyum sahaja. katanya apa yang aku hadap ni hanya sekadar serdak. bukan masalah pun. dia cerita macam mana dia hadap abang aku, si Angah. macam mana liarnya dia. dan both Abah Ummi struggle nak tackle perangainya yang liat.


Ummi ada sebut, kunci utama untuk anak dengar cakap ada dua. satu cakap dengan lembut apa yang kita nak dari anak. sebab mostly sebelum matang, diorang self centred. diorang takkan faham apa yang kita as parents ni nak. yang dia tahu, dia betul dan dia ada hak nak buat sesuatu hal, waima kita berbuih mulut bagitahu apa yang kita nak. dan benda ni ambik masa dan kita jangan menyerah.


yang kedua, mintaklah kebaikan untuk anak ni dengan pemberi amanah kepada kita. Tuhan. Ummi cerita yang sejak dulu dia akan minta doa dekat Tuhan suruh lembutkan hati. even Abah pun kena suruh sembahyang hajat dan mintak dekat Tuhan bagi anak dengar kata.


even sampai sekarang kalau anak anak ada kesulitan atau ujian dunia atau iman, Ummi akan dirikan solat hajat untuk anak anak.


aku tanya, sampai sekarang ke? Ummi doakan kami? walau kami dah besar panjang?


Ummi cakap dia bangun awal pagi setiap hari doakan anak supaya diberi kemudahan dalam urusan dunia dan akhirat. 


sejak dari dulu, sampai sekarang.


dalam petah Ummi bercerita macam mana dia dan abah bergadai waktu dan air mata nak membesarkan kami 5 beradik, aku melihat wajah Ummi. dan aku terfikir.


aku imbas hidup aku, fikir balik apa yang aku ada. 


aku lihat tangan aku.


aku rasa apa yang aku ada hari ini, adalah hasil doa Ummi aku.


segala bolak balik, naik turun hidup aku adalah berkat doa ibu aku.


dan mungkin Ummi masih hidup sampai saat ini adalah kerana kami adik beradik masih memerlukan doa Ummi untuk hidup.



untuk wanita terhebat dan terkuat dalam hidup aku, tiada yang aku lebih inginkan melainkan syurga tertinggi buat mu, Ummi.




Mofar Rahman