Wednesday, November 30, 2011

Penutup

Assalamualaikum. w.b.t

PERMINTAAN
saya ada seorang sahabat yang meminta saya ceritakan winter di volgograd, tetapi saya tidak sempat untuk ceritakannya atas beberapa masalah. kali ini saya ingin sempurnakan permintaannya. kehidupan winter saya di Volgograd.

saya bangun agak awal, dalam pukul 6 pagi. subuh semakin lewat. dalam pukul 640 pagi baru masuk.nanti kemuncak lewat adalah pukul 730, lewat,kan? mungkin nanti ada jugak kes pelajar yang solat subuh atas bas sebab terpaksa bertolak awal sebab kelas awal pagi. kelas saya, alhamdulillah. setakat ni cycle saya tak lah pagi sangat. dalam pukul 9 pagi baru mula. jadi saya keluar rumah dalam pukul 8 pagi.

cuaca memang sejuk. kadang-kadang dekat ramalan cuaca tu kan dia tulis je -10, tapi ada tulis ruangan bawah tu feels like. kadang-kadang sampai -25 pun ada. time tu sangat sejuk lah. paha semua sakit. kaki lagi lah. tambahan pula dengan kasut yang abang saya bagi tu dah pecah dekat belakang. kadang-kadang air salji cair yang sangat sejuk masuk. jadi kulit kaki saya mengecut sedikit. pedih juga kadang-kadang. tapi takpe, 20 minit je pun tahan. nanti okay balik ^^

kelas habis awal kalau takde lecture. dalam pukul 1 tengah hari dah sampai rumah. boleh lah rehat rehat kejap. zohor time tu sudah masuk dalam pukul 1248 tengah hari. balik-balik, terus solat zohor. sebab asar tak lama selepas tu. kadang-kadang terpaksa main polis entri dengan waktu solat. kejar. dan kejar.

apa yang saya pakai? saya hanya pakai satu jaket yang agak nipis. tapi tak sejuk sangat saya rasa, bagi saya lah. sebab terbiasa. juga dikenali sebagai proses hardening. sebab hari-hari saya mandi air sejuk setiap pagi. lama-lama jadi biasa kepada cuaca sejuk. agak sakit pada mulanya. tapi akhirnya jadi alah. gloves saya pun boleh tahan jugak lah tahan kepanasannya. tapi saya jarang pakai sebab nanti susah nak picit-picit butang mp3 samsung merah saya tu. letak dalam poket seluar. senang.

salji sekarang sudah mula mencair, walau tak masuk januari lagi. tapi maybe akan turun salji lagi banyak banyak lain kali. insyaAllah. tak nak komplen lebih-lebih pasal salji ni, nanti kene label "hamba yang tak bersyukur" oleh Allah. sedih juga. heee.

tu je lah kot kehidupan winter saya. tak ada menarik pun. cerita orang lain mungkin lebih menarik.

cukup tak cerita saya ni, sahabat?

PENUTUP
sudah lama saya hidup dengan blog ini. sudah lama juga saya ceritakan pahit manis saya disini. hampir 4 tahun lamanya. disini juga saya cuba keluarkan bakat menulis saya, tapi tak terkeluar-keluar juga. melalui blog ini juga banyak kenalan yang saya dapat. saya mula mengenal orang. saya mula mengenal diri saya sendiri. di mana saya pernah berada. di mana saya pernah jatuh, kenapa saya jatuh, dan dimana dan kenapa saya bangkit semula. blog ini menceritakan sebahagian daripada hidup saya.

saya sangat bersyukur jika blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. saya hanyalah seorang perantau yang berkongsi kisah hidup saya disini. saya bukan siapa siapa pun. jikalau ada yang baik untuk kamu, maka ambillah sebagai panduan hidup. jikalau buruk, maafkan saya. jadikan lah pengajaran dalam hidup kamu.

blog ini tak akan di delete. biarkan sahaja dia disini. cuma saya membawa diri ke blog baru, dimana tiada siapa pun kenal saya. yang tinggal, hanyalah saya, dan saya yang seorang lagi.

nanti, mesti ada orang cakap, alah, tinggal blog je pun. tak perlu la nak emo mende bagai.
entah. terasa sedih juga. mungkin sebab blog ini juga adalah saya?

TERIMA KASIH
di kesempatan ini juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada orang-orang yang menyokong saya selama penulisan saya disini. kepada semua orang, yang menjadi follower saya, walau saya tak kenal siapa pun dia. dan sanggup meluangkan masa untuk baca celoteh saya yang entah apa2 ini. terima kasih juga kepada mereka yang kuat untuk saya selama ini. selami cerita saya, dan faham saya. terima kasih semua. 

kepada sesiapa yang terasa ketika baca ni, saya nak kamu tahu, kamu penting buat saya :)

terima kasih abah, sebab menyokong ikh selama ini.


PESANAN
agak jarang emosi saya terefek dengan lagu. tapi kali ini, dia benar-benar memberi kesan. akhir kata, sebelum berundur, saya letakkan sebuah lagu. lagu ni mewakili segala apa yang saya ingin ungkapkan. 

Nidji - Tuhan Maha Cinta

Tahukah Tuhanmu selalu hidup di dalam hatimu
Cinta dari-Nya menjawab semua masalahmu
Dia mendengar melihat dan selalu berfirman
Perangi neraka di dalam hatimu
Damaikan jiwamu dengan cinta Dia
Memberi yang ikhlas kepada yang butuh
Bersyukurlah terus tanpa kenal waktu

Serahkan, ikhlaskan, pasrahkanlah hanya kepada-Nya
Cinta-Nya adalah jawaban-Nya karena Tuhanlah Maha Cinta
Karena Tuhanlah Maha Cinta

Tahukah Tuhanmu selalu hidup di dalam hatimu
Cinta dari-Nya menjawab semua masalahmu
Dia mendengar melihat dan selalu berfirman
Perangi neraka di dalam hatimu
Damaikan jiwamu dengan cinta Dia
Memberi yang ikhlas kepada yang butuh
Bersyukurlah terus tanpa kenal waktu

terkadang, hidup memang berat..
membuat kita hampir menyerah..
tapi aku percaya Kaulah Pelindungku, Penciptaku, hidupku
sabarkan hatiku, kuatkan imanku
berkahi aku, keluarga ku dengan rahmatMU
Tuhan, Engkaulah cintaku.

Tuhan Engkau Maha Pengasih
Tuhan Engkau Maha Penyayang

Serahkan, ikhlaskan, pasrahkanlah hanya kepada-Nya
Cinta-Nya adalah jawaban-Nya karena Tuhanlah Maha Cinta
Karena Tuhanlah Maha Cinta

saya doakan anda semua sentiasa berada dalam rahmatNya. maafkan saya jika tersalah kata. selalu ingat, apa-apa terjadi, Allah sangat sayang kepada kamu.
terima kasih semua.

wassalam. :")

Wednesday, November 23, 2011

Perihal Sabar...dan Ikhlas


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)
(2:214)




Fahri dilempar kedalam penjara.


melihat sahaja pintu besi penjara dihempas ke muka. diiringi kata-kata warden arab yang perlahan-lahan menjauhi sel penjaranya. melihat kesal tubuhnya. marah dengan sekeliling. benci kepada diri sendiri!


tray makanan yang disorongkan memanaskan hatinya. siapakah dia untuk dilayan sebegitu? diambilnya tray makanan. dihempasnya ke lantai. marah. marah pada siapa pun tak tahu.


Gelak seorang banduan gila kedengaran di hujung penjara. gelak yang membakar jiwa Fahri yang kehampaan.


"Tembok itu terlalu tebal untuk kamu robohkan," kata seorang banduan gila, yang kemudiannya mengilai tawa menggema seluruh isi penjara.


dia bangun, menuju Fahri yang sedang tersadai di dinding penjara, dengan kain buruknya itu tergantung dilehernya.

"terima saja. kita disini semua sama"
"Tidak!" bangkang Fahri yang kemarahan. tangannya memegang kemas jeriji penjara.
"Aku tidak sama! Aku disini difitnah! Aku tidak salah! Aku disini kerana perempuan yang aku bela kehormatannya! Aku enggak seperti kamu!" bentak Fahri. 


"Diluar pintu penjara semua adalah sama. Tuhan tidak ada untuk orang-orang yang taat sahaja".


Banduan gila terus ketawa. dan membiarkan Fahri kebingungan melayan nasib sendiri.


Hari esoknya, selepas perbicaraan, Fahri masih gagal membela diri. Takdir Allah sangat berat untuknya telan bulat-bulat. tidak berapa luas hatinya menadah jutaan tohmahan manusia durja menabur fitnah. dirinya cuba bersolat.  tapi langsung sahaja terbatal. matanya masih lapar untuk menangis.


"Hahaha" ketawa sinis banduan tadi.
cubaan untuk solatnya masih gagal. "astaghfirullahalazim". terdengar esakan suara seorang lelaki disebalik wajah yang ditutup dengan dua tapak tangan.


"haha. Anak Al-Azhar kok, tidak tahu apa itu erti solat. hahaha. jangan-jangan kau solat cuma kau ada masalah" teka lelaki usia 30 an itu.


Fahri terdiam.


Hari-hari seterusnya berlalu. Fahri masih termenung dipenjara. makan tidak, minum pun tidak. akhirnya lesu sendiri bersandar di tembok dinding penjara yang separaa gelap itu. tiba-tiba pintu penjara diketuk.


"Indonesia!" sepucuk surat dilayangkan ke hadapannya. Fahri cepat-cepat membuka surat tersebut.


Surat pemberitahuan, dengan ini kami ingin memberitahukan bahawa Fahri bin Abdullah DIKELUARKAN dari Universitas Al-Azhar.


Fahri bernafas kencang. suratnya dilemparkan ke lantai. matanya kembali berair. direbahkan badannya, seakan manusia tiada harapan lagi untuk hidup di dunia. Banduan gila mendekatinya dan membaca surat tersebut dengan nada sinis.


"Dikeluarkan dari Al-Azhar. HAHAHA"
"Itu bukan kiamat Fahri"


Dia bangun dan memegang Fahri. cuba untuk menarik Fahri daripada lantai.
"ea bangun. Bangun Fahri! Baguuun!" dia menarik baju Fahri lalu didorong Fahri sehingga ke dinding.
"Allah sedang berbicara dengan mu, Fahri. Allah sedang mengingatmu untuk tidak sombong!" jerit pikiran waras seorang gila.


Fahri melepaskan diri. 
"Apa salah saya pada Allah??!"








"istighfar Indonesia! Istighfar!" jerit banduan dari jauh. dia mendekati Fahri lalu ditarik bajunya.
"ingat siapa dirimuu! Apa yang telah kamu lakukan selama ini? ha? Tidakkah engkau sombong Fahri? Engkau rasa engkau yang paling benaar? kau merasakan paling suci? Bahkan dihadapan isterimu sendiri!"


Fahri menjauhinya. seolah kata-kata banduan itu memakan jiwanya.


"kau...ingat. kisah Yusuf 'Alaihissalam dan Zulaikha. Zulaikha telah menuduh Yusuf memperkosanya, padahal dia sendiri yang tidak taaahan dengan ketampanan Yusuf"


"Fitnah! itu semua fitnah Fahri! Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosa dia hingga Yusuf dipenjara."
"Apakah Yusuf memberontak? Tidak Fahri. Yusuf tahu Allah sedang berbicara kepadanya"
"kamu tahu apa yang dikatakan Yusuf?"






"KAU MAHU TAHU APA YANG DIKATAKAN YUSUF???!"
"Kata Yusuf, "Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih bermakna bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih penjara, lagi dekat denganMu, daripada aku hidup bersama manusia pendusta!"
"Allah sedang berbicara kepadamu tentang sabar...dan ikhlas"
"SABAR... IKHLAS.. itulah Islam"






*diam*






SABAR
kata-kata Dr Asri Zainal Abidin,"semua orang boleh bersabar. tetapi berapa ramai yang boleh bersyukur". Benar. semua orang boleh bersabar. kita hilang duit, kita boleh bersabar. kita dapat markah rendah dalam peperiksaan? kita boleh bersabar. kita geram sebab bas lewat datang untuk mengambil kita untuk ke kelas atau ke tempat kerja? kita boleh bersabar.


semua orang boleh menahan.


tetapi, mampu kah kita senyum ditengah kelaparan dan bersyukur atas apa yang Dia hendakkan berlaku keatas kita. boleh kah kita duduk, redha dan bersyukur dengan apa keputusan rendah yang di dalam kelas, biarpun malam tu kita bertungkus lumus bagai nak rak? bolehkah kita tenang dan bersyukur menunggu bas di dalam kelewatan masa di tengah hari yang panas terik memanah di kepala instead of mengutuk menjampi serapah pemandu bas tu?


tanya lah diri sendiri.




IKHLAS
Allah azza wajalla adalah satu zat yang sangat arif, bijak dan hakim terhadap hamba-hamba ciptaanNya. Dia tahu yang ujian yang Dia berikan kepada setiap hambaNya itu agak berat, tetapi masih boleh dipikul. Dia tidak kejam untuk membiarkan hambaNya itu jatuh dihempap ujian yang membeban itu.


Dia hanya nak kita ikhlas, bersyukur dan yang penting, kembali padaNya.


Apabila hati ikhlas menerima ujian, semua dianggap jernih. semua menjadi cantik. semuanya diserahkan bulat-bulat kepadaNya. Sebab Dia tahu dimana kemampuan kita, dan Dia sangat sayang kepada hambaNya. Semua perkara menjadi cantik apabila semuanya berbalik kepada Allah.


ingat satu perkara.


Kalau Allah lah yang memberikan kamu semua dugaan dalam hidup kamu, kesusahan hari hari kamu, pergolakan dalam jiwa kamu, kalau Allah lah yang menggusar hati kamu, merasakan hidup ini tiada bermakna lagi, percayalah. Dia akan membantu kamu melaluinya. tiada siapa lagi yang mampu membantu kamu selain diri kamu sendiri dan Dia, sebab Dia adalah Tuhan kamu, Dia tahu siapa kamu. dan Dia sangat sayangkan kamu.


asalkan kamu SABAR...dan IKHLAS. kerana SABAR dan IKHLAS.. itu lah Islam.






wallahualam.



Tuesday, November 15, 2011

Kembali kepada yang asal

assalamualaikum w.b.t


kembali kepada yang asal? apa yang kembalinya? kembali kepada yang asal ini saya maksudkan dengan jiwa, jati diri. fitrah sebagai satu roh yang meminjam suatu alat daripada Pencipta yang dipanggil tubuh badan dan dilabel di bawah tag nama "hamba".


entry ini saya dedicate khas kepada beberapa orang sahabat saya yang bertanya, apa maksud status skype saya, yang kembali kepada yang asal? hmmm. sebenarnya ini adalah salah satu bab di dalam buku "Bercinta sampai ke   Syurga" karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. susah untuk saya terangkan. jadi, marilah. mari. saya ajak anda semua untuk menghayati apa maksud "kembali kepada yang asal" ini. 






Kembali ke Asal
Allah mengatur hidup kita bukan untuk membatukan diri di zon selesa


   Bunyi atap zink disimbah hujan, membingitkan malam. hampir tidak terdengar dengkuran anak-anak saya yang tidur keletihan.


   saya membuka sedikit tingkap rumah, dan melepaskan pandangan di celah malam yang gelap. hujan dari cucur atap memercik ke wajah, basah bersama titik-titik air mata yang tidak semena-mena bergenang perlahan.


   Allah jua yang tahu, betapa sejuknya hati dapat mencium tangan bonda. perpisahan tidaklah begitu lama, tetapi peluang balik ke kampung telah meredakan resah jiwa saya yang masih kontra dengan bingit kehidupan di kota sebesar Kuala Lumpur.


   Sungguhpun jiwa saya resah dengan pemodenan di kota, saya tidak dapat menolak cinta saya pada teknologi. saya memang sukakan teknologi. seawal 1994, saya sudah boleh menghadap Macintosh Performa berjam-jam, kerana minat saya kepada teknologi. kesukaan saya kepada gajet telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20 rakan mula menggunakan PDA Palm V akibat pengaruh saya semenjak 1998.


HUTAN BATU
   saya tidak jatuh cinta pada hutan batu. tidak habuk dan debu. jiwa saya cepat mengeras di hutan batu, saya mesti selalu mencari hijau rimba dan alur dingin yang menderu, Jiwa itu menjadikan saya sering resah di kota seperti di Kuala Lumpur.
   "I am so blessed that I rejected the offer for me to do the medicine in Galway. I was there last month to see if my decision was right or wrong. My goodness, Galway has nothing... such a kampung!" kata anak seorang kenalan saya yang menolak tawaran ke Galway.


Anak KL!
Saya tersentak dan sedikit terkilan.


   Bagi anak muda yang lahir dan membesar di hutan batu, Galway memang jemu dan tidak mampu menawarkan apa-apa keseronokan. Tetapi enam tahun kembara saya di barat Eropah, Galway itulah bandar yang paling tenang dan damai.


PULANG KE MALAYSIA
   sekembalinya saya ke Malaysia, empat bulan pertama sungguh mendamaikan. mungkin bagi kebanyakan orang luar, Ipoh bukanlah bandar pilihan. tetapi bagi saya yang lahir dan membesar disana, Ipoh ada segala-galanya untuk saya.


    Pun begitu, Allah mengatur hidup kita bukan untuk membatukan diri di zon selesa. demi mencari peranan dan sumbangan diri, saya sekeluarga akhirnya tercampak ke hutan batu di Kuala Lumpur. 
Semenjak hijrah pada Disember 2004, saya harus berhenti daripada bertanya, "mengapa Ipoh saya tinggalkan?" Namun saya tidak menafikan, betapa jiwa saya jadi keras dan meronta andai lama tidak keluar mencari damai di alam desa.






DISEBALIK DESA
"sedapnya anak-anakku tidur", saya berkata sendirian. hujan sudah beransur reda. titik hujan masih berdetap di atas bumbung.


Allah.. cepatnya masa berlalu. dulu di bilik ini, saya bergaduh dengan abang-abang di dalam gelap. seorang mahu kipas dipasang, seorang lagi mahu kipas ditutup. seorang menolak si adik, seorang lagi menepis si abang.


"TIDUR!" Akhirya Emak menjerit dari bilik sebelah, dan kamu semua terdiam. tersengih di dalam gelap, melayan hari hari remaja menuju dewasa.


   semua itu sudah lebih 20 tahun berlalu. Bererti sudah 15 tahun Abah pergi buat selama-lamanya. Rumah ini, ada kenangan indah, rumah ini juga ada hari luka yang parah. tetapi ada seperkara yang tidak pernah berubah. rumah ini mendamaikan jiwa yang resah.


   Mengapa begitu mudah penyakit orang Kuala Lumpur terubat sekembalinya kami ke rumah ini? kerana kami pulang ke asal. itulah formulanya.


   Untuk mencari damai di hati dan jiwa, pulanglah ke asal. Mungkin kerana itu, zikrullah, solat, dan majlis ilmu, sering mengundang damai. sedangkan dosa, lagha dan tenggelam oleh urusan dunia, acap kali menimbulkan resah dan gelisah. kerana asal jiwa ini 'dekat' dengan Allah.


Masakan tidak 'dekat'. kita pernah bersoal jawab dengan Allah secara langsung di alam roh yang misteri, namun boleh difahami bahawa asal maujudnya kita adalah 'dekat' kepada-Nya.




Allah bertanya secara langsung kepada kita:
Bukankah Aku Tuhan kamu?"
Dan kita semua telah menjawabnya secara langsung kepada Dia:
"Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Al-A'raaf: 172)


ANALOGI PERANTAU 
   apa rasanya seorang perantau yang terbuang sendirian di bumi asing? sunyi, rindu, dan resah tidak tentu masa.


   Bagaimanakah perasaan perantau itu tatkala bertemu dengan seorang insan yang dikenal pastinya sekampung, sedaerah, dan berkongsi persamaan, ketika dirinya sedang remuk rindu di perantauan? pastinya gembira, hilang sunyi, terhibur malah rasa 'selamat'.


   bagaimana perasaan itu menjelma? dari mana kepuasan itu muncul di dalam jiwa? tentu sahaja kerana insan yang ditemuinya berkongsi asal yang sama.


   Apabila diri dibawa pulang ke asalnya, jiwa tenteram beroleh damai. itulah rahsia zikrullah menenangkan jiwa, ketika roh kita dibawa kembali ke sifat asalnya. 'Dekat' dengan Allah.






   Itulah kesejukan mencium tangan bonda, kerana saya pernah berkongsi nyawa dengannya. saya dari Dia melalui dia, bonda yang mengandung dan melahirkan saya. Mencium tangannya sudah memutikkan bahagia, apatah lagi pada memeluk dan mendakapnya. 


kerana saya membawa diri pulang ke asal, saya adalah sebahagian diri bonda.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


itu lah sebahagian daripada bab itu. panjang sangat kalau saya tuliskan semua. cukuplah untuk kefahaman, apa yang saya maksudkan kepada kembali kepada yang asal.


Pada saya:
Kembali kepada yang asal, ialah kembalinya diri kita kepada diri kita yang sebenar-benarnya iaitu sebagai seorang muslim. sebagai seorang hamba kepada Tuannya. kerana dengan kembali kepada asal lah kita semakin mengerti apakah tujuan kita dilahirkan ke dunia.






wallahualam.

Wednesday, November 09, 2011

Random 10

setelah hampir 21 tahun hidup di atas muka bumi ini, saya merasakan kebanyakan kenangan pahit saya adalah bahan senyuman sendiri saya pada hari ini. semua telah berubah. alhamdulillah kenangan pahit boleh jadi kenangan manis. tetapi, ada juga kenangan pahit menjadi semakin pahit dan akhirnya berbau perit. itu bahaya.

sangat bahaya.

saya ingat lagi, ketika saya di tahun pertama di Volgograd Russia ini. waktunya, ada lah dalam lebih kurang 630 petang. selepas kelas bahasa Russia saya itu. saya dan kawan saya pulang bersama menaiki trolley bus. selepas beberapa minit terhuyung hayang di dalam bas, kami tiba di tempat yang ingin dituju iaitu stesen bas yang bernama Astanovka Sedjmaya Gvardeiskaya. disitu lah kami biasa berhenti untuk berjalan lagi 500m sebelum sampai ke kediaman kami yang 'indah' itu.

ada satu kali tu, saya turun bas, dan berdiri di sebelah kawan saya, sementara menunggu lampu merah bertukar kepada hijau (untuk pejalan kaki). tidak jauh daripada saya ada seorang budak perempuan kelas saya berdiri. tiba-tiba ada seekor anjing yang tingginya paras peha saya mendekati kawan saya yang perempuan itu. saya dan kawan saya hanya gelak sahajalah. padahal dekat jantung ni dah dup dap dup dap. gelak je lah, kan? nak lawan takut tu.

tiba-tiba anjing tu berpaling tadah, dan melihat kearah kami. saya dan 3 orang lagi terus berhenti gelak. lampu merah sudah bertukar kepada hijau. dan pada masa yang sama anjing itu mendekati kami. tidak dapat berjalan terus, sebab untuk anjing tu betul betul berada di depan kami.

alamak.

alamak!

saya pun dengan tanpa segan silu lalu je sebelah anjing tu. saya tahu yang anjing boleh sense fear. kami yang 2 3 orang ni dah mula menjauhi traffic light. tapi tak lintas pun! saya jalan rilek saja lah. sebab ingat anjing tu tak ikut ke ape. tiba-tiba adalah sorang kawan saya ni cakap, anjing tu belakang saya. ikut saya! saya pusing belakang. anjing tu sejengkal sahaja dari saya. gila!

saya pun mengambil langkah yang tak berapa cerdik. maka terbukak lah langkah seribu saya itu. terisi lah darah ke paha dengan galaknya setelah hampir beberapa bulan tidak berlari. memang tidak cukup tanah lah saya lari. aduh.

tiba dekat jalan besar, saya mati akal. saya pusing belakang, encik anj tu masih kejar saya. dang! saya pun cross lah jalan yang sesak dengan trafik tu. habis semua kereta hon saya. aduh. ah tak kisah. bukan saya seorang saja, dua tiga lagi pun bergadai nyawa jugak berlari!

tiba lah kami ke kawasan pasar. saya sempat lah menyorok di belakang vending machine. tahan nafas. saya pusing sikit, anjing tu dah dekat dengan saya. saya berusaha lah menenangkan diri. kawan saya yang turut menyorok di depan saya ni tak habishabis gelak. lempang baru tahu budak nih. aishhh. nampak je kepala dia, saya bergerak ke sisi lain vending machine tu. macam tengah berlakon filem 'Predator' pula.


predator: wachhaa!


nasib baik, ada satu kereta di seberang sana. saya pastikan line clear. tengok anjing tu dah tak fokus. saya cepatcepat lari sambil tunduk (macam askar-askar selalu buat bila nampak musuh. boleh bayang tak ni?) menyorok di belakang kereta. saya minta sorang kawan saya tu untuk intai. lama juga dia intai. entah apa lah yang dia intai tu. dalam dua tiga minit, kami pun bangun. fuhh. terlepas seyh!


macam ni haa kami jalan. boleh agak tak ni?


kami cross jalan ke seberang sana, ke route asal untuk pulang ke hostel.

kejap.

dimana kawan saya sorang lagi? hanya 3 orang je dekat sini. saya mengintai-intai dimana la sorang kawan saya tuh. ke belakang, takde. ke depan, takde. tengok balik dekat traffic light, takde. saya tengok balik dekat jalan yang seberang sana tu. tiba-tiba. nampak lah seorang kawan saya tu lari lintang pukang seorang diri dengan tangan yang terhuyung hayang kesana kemari, dengan anjing tu pun main kejar-kejar lagi dengan beliau! arhhhh. *palm face*



sori bro. tokleyh kawe nok tulong.

dalam 10 minit berjalan kaki, kami tibalah di hostel. kawan saya yang berseronok dengan encik Anj tadi tiba sedikit lewat daripada kami dengan muka yang agak seteres dan keletihan. kesian kawan saya tu, kan?

ish ish ish.

sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dengan anjing. sebenarnya, saya sendiri pun tak tahu kenapa lah saya phobia sangat dengan benda tu. takut kene gigit kah? takut tersentuh pun satu hal. biasanya budak budak ni, kalau kene je spisis encik Anj tu (jilat ke, tersentuh ke, terpijak ke), terus buang. kene seluar, buang lah seluar. kene kasut, maka berterbangan lah kasut tidak dipakai lagi.

entah lah. saya pun tak tahu.

sebenarnya kalau jumpa anjing, kene cool. buat rilek je. lepas tu dia pun rileks jugak lah. tapi kalau jenis saya yang darah jenis darah gemuruh ni macam mana?



wallahualam.

Sunday, November 06, 2011

Dua sahabat

Jangan baca! ini merapu!

Ada dua orang sahabat
Hajar dan Balqis
terlalu rapat. terlalu baik. 
sahabat karib, mungkin?

Dua orang sahabat ini
berkongsi cerita yang sama
"engkau sakit, aku pun sakit"
"engkau gembira, aku lagi gembira"

Tapi Hajar telah pergi
tiada sebarang berita, sebarang nota tinggalan kecil
pergi meninggalkan Balqis tanpa sebab
sudah hilang separuh "kehidupan" dalam hidupnya.

dahulu gelak ketawa berbalas
dahulu beban diangkat oleh dua tangan
dahulu masing masing mengingatkan masing-masing tentang hidup.

tiada lagi senda bertepuk
sudah tinggal satu tangan pula menampung beban
tiada lagi suara pelembut suasana.
hanya diam yang bersuara.



kisah benar. bukan kisah saya. kisah sahabat saya. bukan nama sebenar. 

Friday, November 04, 2011

Satu Nyawa

Assalamualaikum w.b.t

Sayangilah ibu bapa mu sesayang-sayangnya. Jangan pernah letih untuk berbuat baik kepada keduanya. walau siapa pun mereka. walau siapa pun.

setelah hampir enam cycle saya lalui, kini tiba giliran saya untuk merasai cycle obstetric. dengan kata lain, cycle ini lebih menumpukan kepada ibu mengandung, penjagaan, terapi, rawatan, hinggalah kepada pengurusan proses melahirkan anak dan penjagaan ibu selepas melahirkan anak. kami ditempatkan di sebuah Roddom 2 (hospital untuk orang bersalin) yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah saya. Alhamdulillah, kelas saya diambil alih oleh seorang doktor yang sangat baik.

dua hari lepas, dalam kelas pertama, kami dibawa ke satu operation theater, dimana seorang ibu sedang terlantar untuk menanti dibelah perutnya. belah perut? ummi saya cakap macam itu lah. sebenarnya pembedahan itu dipanggil Cesarean Section atau dengan mudahnya kita panggil c-section. 

doktor saya turut terlibat dalam pembedahan tu. beliau berada di sebelah kanan pesakit. manakala seorang lagi doktor berada bertentangan dengannya. dua orang doktor itu bertungkus lumus dengan segala instrument yang diberikan oleh jururawat yang membantu proses pembedahan tersebut. kalau besi yang dihulur, besi jugalah yang diambil. kalau pisau dihulur, maka pisaulah digunakan. nampak macam jururawat yang mastermind semuanya, kan? tidak. tidak. jururawat yang sebenarnya kena perhatikan apa yang diperlukan oleh surgeon tu. dia harus cekap, dan pikap. 

doktor saya mulakan dengan melakukan sedikit incision melintang di bahagian bawah abdomen, sehingga terbelah kulit perut. satu lagi incision dilakukan betul-betul diatas incision tadi, membentuk dua belahan selari yang jarak antara keduanya lebih kurang daripada 1cm. selepas itu, kulit itu dibuang. dan incision dilakukan layer by layer. habis semua lapisan otot, aponeurosis di belahnya. sampai lah ke lapisan rahim.

doktor berhenti, dan menunjukkan kepada kami rahim seorang ibu. jururawat memberikan sebilah pisau, dan disambut dengan berhati-hati. doktor membelah rahim, dan nampak lah satu placenta, dimana seorang bayi menumpang ihsan seorang ibu selama hampir 9 bulan lamanya.

saya agak berdebar. inilah kali pertama saya melihat c-section. doktor menebuk placenta, dan air ketuban memancut-mancut keluar daripada dinding rahim yang telah dibelah. doktor saya berusaha merobek-robek belahan tersebut. macam nak buka buah durian pun ada. tiba-tiba saya ternampak satu tangan kecil. tangan yang keluar meminta harapan untuk diselamatkan. doktor yang seorang lagi memaut ketiaknya, dan berusaha mengeluarkan kepalanya. 

akhirnya, selepas beberapa saat, keluarlah seorang bayi yang menangis-nangis, menggemakan satu bilik bedah. meremang bulu roma saya. 

subhanallah. itu. sangat cantik. subhanallah.

"hello, selamat datang"
cikgu saya menegur bayi itu. kami hanya tersenyum.

bayi tersebut diletakkan di kaki ibunya. badannya meronta-ronta terkena panahan dunia baru. badannya biru. itu adalah normal bagi bayi yang baru lahir. 

bayi tersebut diletakkan diatas satu kabinet. dibekalkan bantuan oksigen untuk membantu pernafasan. tangisan yang dari tadi lagi tidak berhenti-henti, beransur perlahan. dia mungkin keletihan. memang berpindah daripada satu alam kepada alam yang lain, sangatlah menyeksakan, dan meletihkan. kita sudah berjaya melalui alam rahim dan beralih kepada alam dunia. bagaimanakah nanti keadaan kita sewaktu beralih ke alam barzakh nanti? wallahualam.

bayi semakin tenang, dan dibawa kepada ibunya. ibunya menangis terharu. "selamat sejahtera!". si ibu bermain dengan jari-jari kecil yang kesejukan itu.

merasakan sungguh gembira dan menenangkan melihat satu lagi nyawa baru yang selamat dibawa ke dunia. selepas sembilan bulan menumpang kasih daripada seorang ibu di alam kasih sayang (rahim), tangisan pertama  seorang bayi membawa tangisan kegembiraan seorang ibu. alhamdulillah.


gambar yang saya curi-curi ambil. heee.


wahai bayi yang baru lahir itu, hiduplah engkau untuk menjadi seorang yang berguna. tidak kira apa agamamu, siapa kamu, sentiasalah berbuat baik kepada ibu bapamu. engkau tidak tahu apa yang mereka lakukan untuk membesarkan kamu. jangan lah pernah letih membalas jasa ibu bapamu yang tidak pernah dapat dilabelkan dengan nombor itu.

hari ini, saya melihat tiga natural delivery (proses kelahiran semula jadi). saya sempat membisikkan azan kepada salah seorang daripada bayi tersebut.

harap dia mendengarnya.


wallahualam.


Tuesday, November 01, 2011

Gergasi

Assalamualaikum w.b.t

sudah lama saya rasa tidak menulis di laman sesawang saya ini. tidak lah kerana saya terlalu sibuk dengan urusan harian saya. tetapi malas. kenapa malas? biarlah saya fikir sendiri apakah sebabnya. anda tidak perlu susah payah berusaha mencadangkan senarai jawapan kepada saya terhadap pernyataan saya itu.

biarkan tanda soal itu menjadi tanda baca gergasi di dalam otak saya. sebab, saya tahu jawapannya.

terasa juga ingin mematikan sahaja blog saya ini. tetapi, saya simpan dahulu niat saya. saya buka balik buku lama, dan mencari bab, dimana saya letakkan hadaf saya ketika saya ingin mewujudkan blog dengan nama sepelik warna warna ini.

insyaAllah, entry ini menjadi pembuka bicara saya untuk kemudian hari. insyaAllah.

wallahualam