Saturday, December 24, 2022

Terperangkap

Pada malam sebelum wife aku sepatutnya ambik exam yang pad akhirnya dia ambik keputusan untuk postpone (hebatkan exam pun boleh postponed. kalau aku dulu redah jelah apa yang diberi ke aku. manada nak boleh postpone bagai. eh aku lupa. exam dia berbayar okay. mahal pulak tu serammm).

wife aku ada tanya aku apa yang tak puas hati dengan dia? apa yang aku rasa tentang dia? 

aku rasa macam terkesima sekejap. melihat raut wajahnya aku rasa dia sangat cantik. tu je dalam kepala aku. aku tambah lagi, sebab tak fair, kena gaduh dulu la kan baru keluar point lama ahah aku berseloroh. tapi dalam setiap seloroh ada yang benar. benar, masa itu aku tak ada apa nak komplen pasal dia. dia buat yang terbaik dalam kapasitinya untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak aku, dan isteri kepada aku. dan aku hargainya. 

"awak bagitau je apa yang awak rasa. saya tak marah sebab saya tanya kan?" aku terdiam. aku tak offer benda yang sama sebab aku malas nak deal cerita lama. 

tiba tiba dia keluarkan cerita lama, somewhere in May 2022 kot. time tu kereta dia rosak. entah maybe bateri out? aku pun tak tahu. seingat aku pagi tu kitorang macam dah dingin sebab previous issue. nak dijadikan cerita time tu dia sarat mengandungkan Lily dalam 7 bulan kut. tapi tak dapat hantar sebab kereta rosak. dia reached aku dan aku jawab "saya baru sampai ni, susah nak cari parking lagi kalau keluar" begitulah ayat aku lebih kurang. (wife aku yang quote, aku dah lupa).

seingat aku, memang payah nak keluar parking time tu, dan boss aku dah tercegat di depan pintu nak selar staf yang lambat tumbuk kad. at that time aku dah minta dia reach help mana yang dia mampu dapat. macam call adik aku ke, call mak aku ke nak pinjam kereta ke. macam biasa. help abandoned. 

dipendekkan cerita, ibarat aku biarkan wife aku yang sarat berjalan 3.5 km di bawah mentari terik yang memanah ubun ubun. dan aku hanya mampu fetch dia dalam 200m nak sampai ke rumah (sebab time tu je aku boleh keluar dari ofis).

aku akui, aku memang bodoh tak buat decision yang tepat pada waktu yang tepat. 

somehow aku terlupa kisah tu. yelah bukan aku yang sarat dan bukan aku jugak yang melawan terik tengahari. aku terlupa lepas dapat hadiah lumayan daripada si isteri. katanya aku suami terbaik.

rupa-rupanya itu semua mainan kata. mungkin aku suami terbaik, tapi bukan setiap masa. aku dah mention wife aku yang aku tak layak nak terima benda mahal daripada gaji aku ni, tapi dia kata aku deserve. bila aku kembali ke ruangan screenshot yang aku save khas sebagai constant reminder, "you are not trully happy", aku sedar yang aku mudah terlupa. terlupa semua kata kata yang dia bagi untuk aku. 

tapi kenapa aku tak ingat eh? maybe sebab kesalahan dia terhadap aku tu, terlalu kecil kut. tapi kalau salah aku, every detail diurai dan jatuh seperti bom atom ke atas Nagasaki. jatuh, meletus dan memberi kesan dahsyat. 

point aku is, perempuan tidak pernah lupa. pemaaf? aku tak pasti. pelupa? tidak sama sekali.

untuk malam ini aku terperangkap. 



Mofar Rahman.

Rumah Kita, 2210H


Friday, October 14, 2022

Latah

 Pada petang jumaat yang santai, aku dengan adik beradik ku, rehat santai dekat ruangan lepak di living room rumah umi. kami duk pakat suggest channel mukbang favourite masing masing, siapa foodie siapa yang acah foodie. siapa suka tengok channel masak masak. maka keluar la nama nama seperti KhairulAming, Che Nom, malah Li Zi Qi pun ada. lepas tu siapa foodie travel vlog yang best. aku share la personal favourite aku iaitu iChang RM, Fikri Zamri. 

tiba tiba aku suggest channel memasak sorang ni. nama dia Rozek TV. aku tak selalu tengok dekat rumah aku, tapi selalu je bukak dekat rumah ummi. masakan dia exotic dan rare. lain dari yang lain. masak sup kulit lembu, masak kari kepala kambing, masak telur dadar ikan tu ikan ni. lepas tu masak ikan sungai yang dia tangkap sendiri.

aku ada terlintas di dalam hati, "emm kalau Rozek ni, aku tak kisah la dia masak apa sekalipun, aku suka tengok cara dia memasak". 

lepas tu kami pun layan tengok Rozek masak mentarang dekat pantai area rumah dia. dekat Perak la kut kan.

tiba tiba anak aku si Bunyamin tu overexcited, pergi lempar bola ke atas kabinet tv, lalu terkena air dan tumpah dekat dekoder astro tu. kami semua terkejut.

ketika semua orang "ya Allah!", atau "Yakkk Bunyamin!"

my sorry ass shouted "ROZEK!"

semua terdiam. awkward. adik perempuan aku, kakak aku dengan umi aku jeling tengok aku. macam tengah buat keputusan nak cepuk ke tidak.

"nasib baik bini takde kat sini" umi cakap.






Mofar Rahman

Rumah Umi

Friday, September 16, 2022

Lapang dada

Dalam 2 minggu ni aku cuba identify apa yang mengganggu aku. apa yang selalu cuba untuk merosakkan mood aku. apa yang mengubah aku mencjadi seorang yang pasif aggresif. lama aku berfikir, dan aku berjaya (i think).

"aku cuba untuk berhenti berfikir tentang sesuatu yang aku tak boleh ubah"

ya. aku rasa betul dah tu. eh jap. eh ya. dah betul.

in one way, hidup kita ni ada dua perkara utama. satu benda yang kau boleh kawal, satu lagi tak.

perkara yang kau boleh kawal ni macam personaliti kau sendiri, pilihan kerja kau, warna rumah, pakaian kau bila nak keluar rumah, perbelanjaan, dan banyak lagi. sesuatu yang boleh kau ubah semahu kau. dan lagi elok kalau kau boleh rancang. nak makan apa nanti, nak pakai baju apa esok, nak kena iron berapa pasang baju untuk this week, or boleh je kau nak iron hari hari tapi bil letrik kau mencanak jangan marah ya. 

benda benda begini bila in order, ikut rutin kita, kita boleh relaks. lapang fikiran. kita seakan boleh jangka apa yang berlaku lepas ni. 

bila masuk perkara yang kita tak boleh kawal ni, dia banyak benda. perangai orang lain selain kau, cuaca, jem atas jalan, perangai bos kau, kalau kau bos, perangai orang bawahan kau lah. kau juga tak boleh kawal pemanduan kereta orang lain atas jalan. even diorang bawak macam mabuk dan kau dah meluap luap nak marah, kau still tak boleh ubah dia. sumpah seranah, and so what? dia still dengan reckless careless and whateverless more. jadi benda benda begini kalau kau nak fikir, semua benda kau letak dalam kepala kau, lama lama kau mati kejung sebab stress. unnecessary exhaustion, emotional disturbance. tak puas hati dengan spouse, geram dengan anak anak. lifestyle begini buat kau tak stabil. darah kau senang naik, dan bila kau stress kau boleh buat macam macam. binge eating contohnya yang pada akhirnya akan lead kepada benda benda lain.

di dalam kisah aku, sebelum ni kesalahan aku adalah aku mampu nak kawal dan bentuk anak aku mengikut acuan yang aku nak, dengan cepat dan padu. nak kawal anak tu tak salah, yang salah tu adalah nak cepat dan padu. they'll learn, but it'll take sometimes. long time.

aku selalu nak anak aku bangun awal ke sekolah, terus ambik towel dan siap ke bilik air. selepas tu terus siapkan diri, sikat rambut kemas, kemas katil dan beg sendiri. pergi sekolah belajar, balik rumah buka buku, belajar menulis, belajar membaca. tengok TV pun ikut timelimit. dan tidur on time. untuk si Bunyamin pula at least aku nak dia aware surrounding, tengok kalau kami occupied dengan si Kakak atau Lily dia boleh bawa diri ke playroom (contohnya) dan kami akan attend selepas semua selesai. tu at least. 

so what actually happened?

bangun pagi meragam satu hal. bangun lambat satu hal. tanya baju dekat mana padahal depan muka dia. si kecik je terus buat grand entrance. bertempik nangis sampai terbangun si baby yang biasanya tak dapat nak tidur malam tu. tu baru satu contoh. ada lot more.

biasa lah kan. budak kecik. let them grow!

kata kau. kata aku, untuk yang jenis malas nak kalut pagi pagi ni akan jadi macam stress ya. lepas tu mula la nak naik suara. tangan pun ikut naik sekali. which is not good. 


so aku decide, aku nak masukkan anak aku dalam kategori perkara yang aku tak boleh nak kawal. macam mana reaction diorang, gaduh sama sendiri ke. nak buat perangai ke, nak tantrum ke, ikut awak la nak. nak nangis ke apa. its part of growing up. and as a father aku kena sapot benda benda camni. bukan terus nak caras, nak potong, nak halang. 

let them be.


satu perkara yang aku kena put dalam kategori tak boleh nak ubah, dan luar kawalan aku adalah wife aku sendiri. susah ye nak baca fikiran dia. dah berapa tahun kawen hidup bersama pun masih payah nak catch. banyak benda yang surprise. dalam kepala aku (dan kepala suami yang lain juga aku rasa) nak wife yang boleh dengar aku, faham aku, ikut apa yang aku nak, setuju dengan aku dalam banyak perkara. tapi tak. hidup tak seindah imaginasi. sebab dia pun manusia, punya kemahuan dan kehendak sendiri. ada akal pikiran sendiri. sekarang pun dah beberapa hari merajuk atas benda kecik. dah banyak kali kena cakap pemalas la, semua benda kena buat sendiri la, tak pernah concern la. macam macam lagi dia label aku. haih.

aku faham. tapi masih buat aku stress. sakit kepala. 

so aku decide, wife aku adalah perkara luar kawalan aku. aku tak boleh shape dia, tak boleh expect apa apa. let her be. kalau dia nak berbaik dia datang, dia nak gaduh ke nak merajuk dia sembur. most of time aku pilih untuk mengalah, tapi time tu jugak macam dia tak puas hati. entahlah. yelah. aku pun bukan perfect untuk dia. banyak flaws and all. 

so dengan buat cara ni, aku jadi lebih lapang. dan aku perasan dada aku dah kurang sakit sekarang ni haha. well, experimet successful!

dah la. aku nak tukar address blog. tak perlu semua orang nak baca blog ni. came here just to organise my head.



Mofar Rahman
Rumah kita, 2243H.

Thursday, September 01, 2022

Seorang Bunyamin #1

Tidak, tidak! ini bukanlah tentang seorang Bunyamin yang tersohor, iaitu saudara kepada Nabi Yusuf a.s. kalau anda mencari artikel tentang Bunyamin tersebut, ini bukanlah cerita tentangnya. jadi siapa Bunyamin yang aku maksudkan ini?

Dia adalah seorang budak lelaki cilik, manis dengan senyuman, mata sepet, kuat meraung tatkala ditidakkan yang berumur 1 tahun 7 bulan. dia baru sahaja ingin mengenal warna, melihat dunia, mengenal kehidupan. dia seorang Bunyamin. dia anakku.

ketika aku menulis entry ni, Bunyaminku sedang tidur. baru sahaja lepas merengek. taknak tidur. cuba aku tidurkan, namun tersedar kembali dengan grand entrancenya seperti biasa iaitu meraung sekuat hati sampai adiknya yang baru berumur 52 hari itu tersedar, tanpa air mata pun. hanya lolongan yang padu. heh. selepas beberapa kali aku bawa keluar untuk menemani aku di hadapan kompiter ni, dia mula merengek. garu garu leher. buat muka kesian. aku tengok dia kembali, tiada reaksi lain. hanya frowning. lalu aku periksa lampin beliau. cis. ada plastesin warna kuning cair. Ben, kalau awak berak cakap je la awak poopoo. tak payah la nak bertepekk peluk lengan Abi. adeh. dah la banyak!

oh lupa. perkataan pertama si Bunyamin ni adalah tidak lain dan tidak bukan. ia adalah "air". kenapa bukan ibu? bukan susu? bukan Abi? apatah lagi nak menyebut "delicatessen"? entahlah nak. tu persoalan yang kami tidak mampu jawab. penat juga hari hari aku ajar sebut ibu.

Ee - buuu.......

Eee (dengan nada lebih sharp dan kuat, serta tegas... sikit) buuuuuuu....

Eeeeee! buuuuuuuu...

dia hanya mampu tersenyum tunjukkan gigi susu tersusun elokk dan berlalu dari situ.

Ben masih gagal. perkataan kedua yang dia boleh sebut adalah "NAK". diikuti pula dengan "BABA (atuknya) dan semestinya "ABI" hehe. selepas tahu sebut abi, habis semua benda nak di"abi"kan. dan aku hanya mampu senyum dan menyahut seruannya. 

Tantrum Bunyamin kini semakin lama semakin menjadi. ada sahaja dramanya kalau tidak diberi apa yang dia nak. contoh dia nak di dukung, aku refuse, terus mengamuk. terduduk, adakala berguling. mulut terlopong ibarat siren bomba. habis isi rumah terkejut. tantrumnya short and sweet gitu, loud for almost 15 saat dan kembali reda. tapi nak bertahan dengan 15 saat tu setiap 5 minit... aiiiiii. lama lama geram jugak. dan ofkos bila keadaan tidak dapat di kawal hanya Ibu yang si pujaan hati anakanda akan menyelamat. most of time dia nak didukung, lepas tu order kesana kesini, ambil itu dan ini. Ibu hanya layankan sahaja anak jantan dia tu. kalau ikutkan hati aku, memang aku biar sahaja situ. nanti dia boring dia datang smackdown aku balik. 

kerisauan utama aku dengan wife adalah si Bunyamin ni kurang selera makan. tapi kalau minum susu dialah champion. ada satu kali penjaga dia dekat Taska bagi dia 10 botol susu per day for 1 week (dapat detect sebab cepat lain macam taska minta refill Sustagen nya). kami agak marah dan kecewa sebab kenapa buat macam tu. dan jawapannya sebab tak mampu kawal Ben yang suka didukung. hanya susu yang boleh buat dia duduk diam. kami akur. selepas itu susu hanya dilimitkan hingga 4 botol sehari sahaja. 

beberapa kali follow up menunjukkan berat Ben berada di paras yang membimbangkan. berada di betul betul atas garisan berat minimum. haih. Dr Zam selalu suruh kami gelaskan susu botol tersebut. namun tidak berjaya. tukar susu sustagen kepada Pediasure, Ben tak minum. makan nasi serta added extra calories, dibuangnya begitu sahaja. sekarang tengah consider nak tukar taska. sebab Ibu macam detect si Ben ni weekend ja terus berat. bila masuk weekday pergi sekolah, balik balik terus rasa ringan.

we will see.

jatuh terguling guling time lari dekat track gelembung di Kidzoona semalam. 


apa yang aku kagum dengan Bunyamin ni, dia seorang budak yang berdisiplin, untuk seorang kanak kanak lelaki yang berumur tidak sampai 2 tahun. pukul 6 sudah bangun kejutkan kami. 645 pagi dia sendiri akan minta nak mandi. seorang yang jenis kemas, sebab kalau dia ambil mainan, selepas main dia akan letakkan balik, instead of sepahkan (most of times la. ada je dia baling sesuka hati dia). mendengar kata, understands No very well tapi buat jugak. suka senyum, sangat adorable kalau bermain dengan Cik Su, Tokmi dan Baba. tidak boleh tengok aku rileks, mesti akan diterkamnya. di gusti, dibelit. di cubit. di cakar. kakaknya pun sama. ada sahaja adegan tarik menarik rambut, cubit cubit si kakak. tapi kakak tidak pernah balas walau sekali. sayangkan adik katanya. Ben tidak suka sepahkan makanan. apa yang dia makan, dia cuba, dia akan sedaya upaya cari aku atau ibunya atau kakaknya untuk kasi balik apa yang dia tidak boleh telan. walaupun agak gross, soggy, lembik dan sebagainya, kami redhooo. eloklah kan daripada buang merata, muntah situ sini.

walaupun ada ups and downs, anak anak aku ini lah yang menjadi penyeri rumah kami. dengan telatahnya, gelak ketawa, menjerit sana sini. gaduh lah itu lah ini lah. semua tu yang buat aku rindu dekat diorang. Sophie dengan karenahnya. Bunyamin dengan karenahnya. Lily? awak sabar jap. bagi abi setelkan kakak dengan abang awak.

seronok melihat kamu bertiga berkembang dan bertumbuh. Abi bangga dengan setiap kamu.



Mofar Rahman

Rumah Kita, 2356. 


Monday, June 13, 2022

Dingin

Tipulah kalau ada orang cakap dia tak pernah gaduh dengan wife dia. or hubungan dia tak pernah ada konflik dan masalah. semua okay. semua fall into places.


bullshit.

dekat twitter ramai pasangan yang baru berkahwin dalam usia awal perkahwinan, seawal 1 or 2 tahun share tips hidup bersama masing masing. apa yang do and donts. sharing is caring whatever. aku tak nafi. ada point yang dia cakap betul. tapi ada macam... meh. kamu orang tak tahu lagi langit tinggi rendah. easier said than done. tu je aku mampu komen. 

ada juga aku mencari tips daripada pasangan yang lama. hampir ada. tapi hampir tak jumpa juga haha. kesimpulannya theres no absolute truth or tips how to manage your marriage. sebab? lain padang lain belalang. 

seketika aku bersama beberapa orang sahabat berbincang bagaimana masing masing menghadapi bini masing masing yang tengah tertekan atau stress. banyak tips yang membuka mata aku. cuma belum tentu aku nak laksanakan hehe.  cuma aku agak terkejut dengan confession seorang sahabat aku ni. dia tampil sebagai seorang yang cool. tidak kalut dalam menangani masalah. dengan kata lain boleh work under pressure. tapi bila masuk bergaduh dengan bini dia pernah sampai satu tahap di mana dia ambil anak, larikan diri ke satu tempat. EL dari tempat kerja, off segala possible medium orang nak reach dia. after some times baru dia pulang. 

gila!

aku tak expect benda ni berlaku dekat dia. seorang yang sangat cool, diuji sebegitu.

"kau jangan risau. even kau dah tackle banyak benda untuk dia, kau dah uruskan anak anak untuk dia, coverkan kerja rumah untuk dia, bagi dia me time super banyak, itu tidak akan pernah cukup"

kami tergelak. orang cakap, in every joke lies a little truth.

sedang aku menunggu lampu bertukar daripada merah ke hijau di persimpangan tadi, lalu di fyp aku satu tiktok ni. ia memaparkan dugaan suami dalam melayani isteri yang sensitif. isteri hantar suami pergi kerja di pintu rumah, cuba untuk bersalam lalu di biarkan, cubaan untuk berbuat baik tidak diendahkan. cubaan untuk makan bersama akhirnya si suami santap sendirian.

di akhir video dia berkata, "bersabarlah dan tunjukkanlah kedewasaanmu sebagai seorang ketua keluarga".


“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya."

H.R Ahmad.


pesanan baginda untuk para suami. untuk aku. perlu santuni isteri dengan baik. dan sabar itu adalah sebahagian daripadanya.


banyak kali di rasakan cabaran untuk membuat baik. kerana apa?


kerana aku pun ada perasaan. 




Mofar Rahman

Rumah, 2244H





Monday, March 14, 2022

Anak anak #1

Kereta aku, aku bawa perlahan masuk perkarangan rumah. ambil sisi yang betul, buat reverse sikit, masuk garaj dengan parking reverse. sekali kilas je terus masuk. bangga sekejap haha. 

Peh.

Aku pandang ke kiri aku, nampak seorang Bunyamin Fayyadh tengah ralit melihat figur bust atas dashboard kereta aku. satu kepala masked rider, satu lagi kepala gundam. aku tahu dia nak. tapi manaboleh. benda tu dah helok atas tu dah nak masuk 6 tahun. kalau rosak, pedih la sikit. ada sedikit babble bubble tapi aku iya kan semua, seolah olah aku faham apa yang dia cuba sampaikan. dia senyum, tapi takde gigi. macam orang tua haha. kesian kau dik.

Aku tengok rear mirror, nampak Opie tengah petah bercerita pasal sekolah dia. pasal Aurora, pasal Rania, pasal Dasyi, Amsyar, Jauhari. aku sampai konpius yang mana satu yang tu mana satu yang ni. kadang kadang cerita dia macam campur gaul macam acar timun. tak habis satu, terus sambung dengan satu lagi. most of time aku dengar semua celoteh dia. tapi ada juga waktu waktu aku penat, aku iya kan aje semua. biar dia letih.

Last sekali aku jugak yang tewas! anak perempuan, yihh!

Seharusnya sejak aku kembali ke keluarga aku ni, banyak masa aku dihabiskan dengan diorang. yelah. selain tempat kerja kan.

Sophie now dah 5 tahun. masih bersekolah di Precious One. setiap Ahad pakai baju sailor. hari seterusnya pakai baju sokan. ada baju biasa. ada uniform. biasanya Ibu diorang akan hantar pagi pagi dan aku akan fetch diorang untuk bawa pulang. 

Untuk seorang kanak kanak berumur 5 tahun, Opie bagi aku dia sudah matang. boleh bangun pagi sendiri, boleh siapkan diri sendiri sebelum ke sekolah. ada kala dia akan minta aku untuk sikat rambut, padahal dia boleh je sikat sendiri, tapi aku rasa dia ambil kesempatan waktu waktu macam ni untuk bermanja dengan aku. dia boleh diharap untuk jaga adiknya. kalau aku buntu nak tackle adik tengah meraung raung, Sophie tahu macam mana nak buat. tarian shark doo doo doo, ba-nanana-nas, wheels on the bus memang dia dah ready. cuma kalau suruh jaga adik tu, untuk 5 minit pertama bolehlah. minit ke 6 je, adik ke dapur sorang sorang pun dia tak perasan. well, thats good enough. 

Aku perhatikan si sophie ni, dia banyak mengalah kepada adik dia. tak nampak la berkira kalau main. bila si adik datang berebut mainan, tak banyak konfrontasi. sophie akan berikan mainan tersebut dan beralih ke mainan yang lain. ada sedikit kelat, namun terus diganti dengan hilai tawa. mungkin puas tengok adik gembira, senyum. 

Well, Bunyamin. now tengah rancak merangkak. laju kesitu sini. berdesup laju padahal merangkak je. sangat suka bermain, dan bila tak dapat benda yang dia nak, of course la meraung. meraung dia tu memang bingit la kalau siapa siapa yang tak biasa. suka senyum, suka gigit jari orang (nasib baik tak ada gigi lagi so bila dia gigit rasa geli geli haha). si Ben ni dia suka affection. suka mainan fluffy, suka karpet fluffy. suka landing atas orang bila orang tu baring, suka duduk bertempek dengan kepala lentok, suka dipeluk. semua baby suka macam tu eh? kakak dia tak macam tu pun?

Berat badan Ben masih belum memuaskan. kalau tengok growth chart, memang tak cantik. tapi nasib baik every milestones dia passed very well, up to age. so aku tak risau sangat. yang merisaukan budak ni akan demam at least sekali dalam sebulan. various causes. URTI, viral fever, ulcer mulut, acute tonsillitis. macam macam. berat baru tengah nak naik, demam. 

Haih.

Aku malas sebenarnya nak tulis entry macam ni, tapi hati aku macam terus menerus memaksa aku untuk hasilkannya. utmost reason? nanti one day, bila anak aku dah besar, aku surely akan randomly visit blog aku, dan jumpa entry ni. dan realised how much they progress, grow up.

Dan juga at least kalau aku dah takda, diorang dapat rasa aku ada. 

jujur aku katakan, aku garang dalam mendidik anak anak. eh, garang ke? wife aku cakap aku strict. aku rarely tolerable. tapi tu lah anak. diorang sayang aku unconditionally. even aku marah, kasi time out, at the end of the day, diorang akan datang kepada aku. peluk like nothing happened. nak bercerita cari aku. nak bergusti cari aku. 

one day, aku pernah cakap tak sabar yee nak tengok anak anak besar, where finally i can rest well, undisturbed. tapi setiap kali itulah wife aku akan cakap, "no, you'll miss this. every of this"





the thought rent free in my mind, till today.


Mofar Rahman

Persiaran Husna 3, KB, 2100

Thursday, January 13, 2022

Hospital Gua Musang

Tanggal 14/8/2019 aku ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk lapor diri dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. naik ke tingkat lima wisma persekutuan, dan tunggu disitu. 


dalam lebih kurang pukul 10 aku dipanggil ke dalam bilik setiausaha pengarah JKN bersama beberapa MO lain yang turut lapor diri. 


"Pasukan Bergerak Orang Asli Kuala Krai"


ya Allah. kena jadi PBOA ke. Allahu. nak rebah rasa.


"Eh, maaf. Dr kena lapor diri di Hospital Gua Musang ya. salah tulis situ. maaf ya"


aku rasa dunia nak terbalik. Kakak SU tu dia suruh duduk, katanya nampak pucat. cis. lemah jugak aku ni. aku pun akur dan duduk.


"saya mintak kelantan tapi takde la minta makin jauh kak"

"takpe Dr. Gua Musang pun kelantan jugak" lalu dia beredar. nak maki pun ada. geram. aku ditangguhkan dua minggu untuk support jadual oncall Hospital Setiu, sambil boleh prepare kemas rumah nak pindah and so on.


dalam dua minggu ni berulang kali aku ke JKN, merayu meminta ditukar. ada seorang MO perempuan ni daripada onkologi HKL dia buat rayuan, tup tup dapat Hospital Pasir Mas. harapan makin cerah. aku naik ke JKN buat kali terakhir, mengadap MO unit penempatan untuk merayu, iaitu Dr Aminah (sekarang ni dia Pengarah Hospital Tumpat). keluar jugak la air mata jantan. cakap dah PJJ dengan anak bini hampir 4 tahun. namun semua sia sia. 3/9/2019 aku lapor diri di Hospital Gua Musang.


awal awal bekerja di Gua Musang aku rasa keseorangan, dan hampir gila. berjauhan dengan anak isteri. anak masih kecil tak puas lagi nak main. isteri pula baru je dapat tukar ke KB, daripada Baker and Hugh, Damansara (bertukar ke Kelantan sebab nak duduk dengan aku. sekali dapat job di KB, takde position pula di Gua Musang). so sambung PJJ.


almost every week aku akan balik ke KB. bertolak pada Khamis atau pagi Jumaat (selepas postcall) dan kembali ke Gua Musang pada hari Sabtu (kalau oncall hari tu) atau Ahad. begitulah untuk beberapa lamanya. hampir semua staff yang PJJ buat macam tu. lebuh raya 191km itu ditapau setiap minggu untuk berjumpa keluarga tercinta.


banyak yang sudah aku lalui di Gua Musang. ada few notes yang aku takkan lupa.


1. setelah berbulan ulang alik ke KB GM, aku jumpa satu alternatif. iaitu bas pekerja yang dicatar under Kesedar Gua Musang. bayaran rm320. dalam tu ada 41 orang. mostly cikgu. beberapa orang je kerja Kesedar, Pertanian, Pejabat Tanah. dan 3 orang je Hospital aku. bertolak pukul 430 pagi (wife hantar, atau aku gerak sendiri). dan bertolak balik pukul 430 petang. most of time aku tak balik sebab oncall, dan juga terlepas bas sebab handle kes yang complicated.


2. handle kes Tok Batin berlawan dengan beruang. kes direfer oleh MO PBOA menaiki helikopter medevat. katanya teruk dengan GCS tak full, KIV nak tube bila sampai ED. sampai je helokk je patient boleh senyum. even luka parah, patah sana sini, dia masih alert. next day masuk berita. tapi aku tak masuk la.


3. dapat kes budak perempuan 8 tahun mandi sungai. naik je dari sungai, keluar darah tak berhenti henti dari vagina nya. aku syak maybe ada lintah masuk dalam tu. puas aku selak, periksa. tak jumpa. darah keep oozing. kes ni aku refer terus ke tertiary centre. tak kuasa akuhh.


4. dapat kes pakcik tengah rehat dengan cucu dia, tiba tiba collapse tak sedarkan diri. sampai dekat ED GCS tak full. sedang ambik darah dia bangun dan muntah darah plus plus. aku referred as CVA. mentioned juga pasal hematemesis, tapi boss time tu suruh ignore. lepas intubate aku hantar ke HSIP.


5. buat chest tube 2 kali dalam satu kali oncall. haha. bengong.


6. fall in love with forensics. di hantar untuk attachment dua minggu dalam November 2020. mula kenal dengan Boss Wan. (boss wan ini la yang baik dengan arwah Abe aku). handle few cases time attachment 

- pakcik yang baru dijumpai setelah mati keseorangan di rumahnya. sudah dikompos dan bertukar warna hitam. kulit semua dah peeling. maggot pula super banyak. otak cair keluar ikut telinga. mata pula cair. lidah terjelir bengkak dikompos. bau dia sampai bergulung bulu hidung.

- banduan yang baru di release daripada penjara, mati the next day. kes ni forensik ambik untuk clearkan doubt family yang takut polis menyebabkan kematian, padahal dia sebenarnya  meninggal sebab overdose.

- dapat handle kes OSCC. cerita pula semua gila. lari dari rumah la. bosan di sondol suami 16 kali sehari selepas hampir 6 bulan la. suspek rogol la. abuse rumah tangga. 

- handle kes budak 8 tahun drowned terjatuh dari tali air. ayah umur 50+ mak pula dalam 46+. precious child. takde anak lain. sekali umur 8 tahun jadi camni. innalillahiwainnailahirajiun.


7. fall in love dengan psikiatri. handle beberapa kes PSY di gua musang. baru tahu ada dua orang yang selalu bila dia manic dia akan serang RnR. bawak lari lori trailer. for fun. kes Makkah baru di Bertam Baru. kes bertukar pasangan banyak kali, cerai kawen cerai kawen anak banyak tak terjaga rupanya sakit jiwa. kes tiba tiba diam taknak bercakap dengan sesiapa. macam macam 


8. jadi power handle kes Diabetic Ketoacidosis sebab time oncall mesti dapat at least dua kes DKA. CPG pun steady ingat dalam kepala. dapat kes DKA pun happy. haha.


9. tinggal di bilik sewa atas Restoran just in front hospital. tinggal disana dalam 4 bulan tak silap. setiap bulan rm400. bilik sempit ja dalam 6x6. fully furnished, air cond. katil. almari. meja solek. bil air, api, wifi semua dalam rm400 tu. dalam floor tu ada sekali 6 orang. pegawai Maybank dua orang. kerja JPJ sorang. cikgu sorang. dietician sorang. sorang lagi aku tak sure. keluar awal pagi balik lewat malam hari hari. best duduk situ. yang tak bestnya kena kongsi bilik air dan bilik mandi. nak muntah rasanya bila memikirkan time nak berak. adakala aku kena start kereta, pergi buang air dekat hospital sebab tak boleh hadap horror toilet dia. 


10. belajar jadi timbalan pengarah hospital. belajar mengenai pengurusan dan layan karenah staff hospital. tapi tak lama pun. July till August 2021 je. lepas tu jadi orang kanan timbalan pengarah balik sebab pengarah hospital baru dah masuk (Dr Rafik)


11. dua kali unplanned trip ke cameron highlands. kerja gila. semata mata nak makan steambot dan makan nasi lemak stoberi. was the food worth it? nah. the journey? priceless.


12. covid 19 pandemic start march 2020. lepas tu PKP 1.0. heaven betul time tu. yang sibuknya sebelah barat sana. sebelah pantai timur ni rileks je. kalau sibuk pun kota bharu ja. gua musang? pukul 10 malam dah boleh tutup kedai. layan movie sampai pagi. nak berulang alik gua musang KB pun ambik masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam je. masa tu, highway tu, ana yang punya haha.


13. few times juga hampir nak langgar babi, lembu. scary!


14. dapat Bunyamin Fayyadh!


15. aku dikenalkan kepada kedai Pok Nik Botak. lokasi dia dalam kampung Batu Papan di tengah hutan. jalan nak ke kedai tu agak complicated, but we managed. kenapa dengan kedai tu? well dia kedai masakan ala thai tapi sedap gila. portion banyak. murah. jual roti canai even nak dekat 1 pagi. manada kedai dalam kampung tengah hutan buat camtu haha. tempat tu akhirnya jadi tempat eksklusif kitorang MO lepak situ hampir setiap malam, hingga malam terakhir aku check in situ pada 9/1/2022. last meal? nasi goreng USA. 


16. buat kerja gila cari nasi kerabu seawal 4 pagi. time tu Naim yang layan aku. kitorang diberitahu ada kedai nasi pagi buka dekat area Pulai. dan kami pun serbu. menu utama dia Nasi Kerabu ayam bakar. dan satay kulit ayam. haha. lepas makan kedai tu mesti AGE. tapi still repeat. tak sedap sangat pun. tapi aku suka moment tu. naik motor pukul 5 pagi, membelah kesunyian dini hari. berdua menelusuri jalan gelap, hanya disirami lampu jalan yang rongak. menongkah angin sejuk subuh hingga sampai ke tulang. makan pagi di kedai tu bertemankan kucing  bergeseran di kaki. ayam ayam yang baru bangun lalu berkokok. suasana gelap. ada beberapa orang yang kerja shift malam singgah dapatkan makanan time midshift sbab lapar. itu yang aku treasure.


17. few times juga gaduh dengan wife aku sebab tak dapat balik ke gua musang seperti yang dijanjikan. mostly sebab aku penat. dan mostly jugak sebab aku tak consider penat dia yang jaga anak kecik dua orang, kerja bertimbun plus dengan pregnant summore.


18. Ada satu kes PBOA call aku minta kit dressing. katanya nak dressing mata luka kena cakar harimau. aku agak hairan. dan curious jugakla luka dia camna sampai boleh dressing ja tak perlu mai hospital. sekali dia tunjuk gambar. ya tuhan teruk gila. mata macam dah nak tercabut. aku tanya takda plan nak refer ophtal ke sampai macam tu sekali luka dia. baru la dia nak reder. kalau aku tak tengok gambar tu. kalau takkk dah arwah dah pakcik tu. sebab sepsis.


19. Aku dibawa ke satu tempat dalam hutan yang mana telah berlakunya tembak menembak antara skuad khas polis dengan penjenayah dikehendaki di Gua Musang. aku pergi sana semata mata nak sahkan kematian mangsa ditempat kejadian sebelum dibawa ke unit forensik hospital. feel dia macam pergi serbu tempat Pablo Escobar kau tau haha.



setelah sekian lama aku mula rapat dengan paramedik. MA, staffnurse. orang lab. radicare. orang ward. guards. aku mulai blend in. diorang pun layan aku dengan baik. sentiasa menghargai aku. sembang dengan aku. aku rasa aku dah established. ni hospital aku punya. aku dah rasa tempat ni sangat selesa. comfort zone aku.


pada 29/12/2021 aku menerima whatsapp daripada Aqli. cakap permohonan pertukaran aku ke hrpz diluluskan. 


masa aku menerima berita tu, aku berada dalam dilemma. bercampur baur. tapi perasaan sedih tu lagi banyak. aku bakal hilang apa yang aku ada. aku akan hilang kawan. aku akan lost contact dengan diorang. aku akan hilang apa yang aku bina selama ni. reputasi. priceless relationship with all these people. perasaan yang aku ada untuk semua orang selepas dua tahun 5 bulan ni, akan hilang. tiada lagi late night call suruh hantar kes. tiada lagi odd hour call suruh datang labour room, attend shoulder dystocia, intubate baby, mother collapse sebab PPH, PE. tiada lagi dekah ketawa dengan colleague, paramedics. tiada lagi gurauan jonah masa oncall dengan geng wards. semua tu hilang.


bright side? aku akhirnya pulang ke gagang. aku pulang ke pangkuan isteri dan anak anak ku. aku pulang ke keluarga besarku, umi abah. aku akhirnya dapat apa yang aku doa yang aku titipkan setiap kali usai solat, setiap ruang waktu antara dua khutbah solat jumaat. PJJ hampir 6 tahun telah aku akhiri. 


aku kemas bilik aku di kuarters dengan rasa hiba. setiap nafas aku hela terasa berat. orang nampak aku ceria. tapi sebenarnya dada aku rasa sangat berat dan sebak. aku tak tahu macam mana nak ucapkan, nak ceritakan. hari terakhir sebelum aku tinggalkan hospital tu aku menangis teresak esak keseorangan dalam bilik. setiap kali aku rehearse ucapan aku untuk next passover pun aku nangis. tak boleh nak teruskan. menangis sampai terbatuk batuk nak pecah dada pun still tak dapat cover sedih the next morning.


11/1/2022, aku berdiri di hadapan semua paramedik. matron. Ma. colleague aku. aku beri ucapan ringkas tapi tak mampu aku habiskan. air mata bersedia untuk tumpah, hanya menakung di birai kelopak mata. ikut hati aku ingin meraung. tapi takboleh la. hilang macho. haha.



dear colleague, Kak Huda, Faiz Rajaie, Zakuan, Fatimah, Azwan, Syamim, Burhanuddin, Amalina, Ahmad, Syuhada, Athirah, Afiq, Arislan, Ainal, Husna, Ain, Aiman, Naim, Fadhila, Izuddin, Hilmi (Bakal EP HUSM), Muttaqin (KK Alor Setar), Amirul (ED HUSM), Hazim (ENT HSIP), Syafik (PKD Tapah), Irfan Aqli (Poliklinik Hijraa) Krish (surgical HRPB), Syahida (Hospital Shah Alam) Nurhanina (KK Bidor)


terima kasih kerana mengajar aku, tegur aku. bekerja dengan aku. layan karenah aku. ketawa dengan lawak bodoh aku. berbual dengan aku. 



dear housemates, Burhanuddin, Faiz Rajaie, Ahmad, Naim.


terima kasih kerana sanggup menerima aku. menjadikan 5 bulan terakhir disana adalah 5 bulan terbaik yang aku pernah ada dan tak mungkin akan dapat kembali.


Paramediks,


MA, Aszroy (HRPZII) Jiji (KK Ketereh), Syuzairi (KK ulu Tembeling). Amir Rizal. abe Zool Amali. Jang (Zamry) Jeffry, Hisam Afandi, Nik Azim, Safwan, Ruzuki, Munir, Karami, Rafi. Fatihah, Afiq Saiful, fattah. 


Staffnurse Kak Aswita. Kak Husyaida. Kak Huwaida. Kak Haslina. Arwah Kak Faizah. Kak Kamsiah (Matron Taiping), Echah. 


PPK Zainurin (Yen), Faiz, Aniz Ruslan, Pak Chu Mann, Paan, abe Rosman Forensik, Sani


Labour Room Kak Ti Gegey, Kak Zie (Azilawati), Kak Pah (Fatimah) Kak Ooi, Kak Da JM (Norsuhada), Kak Aida, Kak Diyana, Kak La JM, Sister ZekZek (Zalina) 


2A, Amirul, Eddy, Kok, Kak Bib, Kak Azni, Kak Deya, Munifah Sister Asiah Kak Mimi


2B Kak Shikin, Kak Fisah, Kak Dee, Sister Hidayah 


Melor Kak Ita, Kak Mazwita, Kak Ti (Fatimah), Kak Naizon, Hanim, Kak Che Ana


Cleansing (Radicare)

Kak Za, Sam.


Klinik Pakar kak Wan Nasihah, Kak Anisak, Kak Ayu, Kak Zura, Kak Na (kacang botol) Kak Yah PPK, Ziad


"K.tie pun sama....moga Dr Faiz terus cemerlang di tempat baru serta berbahagia dgn family tercinta...U are TerBEST    adik yg jadi kenal mudah baso , mudah dgr pendapat w/pun pangkat lebih tinggi dr k.tie...TQ nice to meet U adik ( kecek slang ckit🤣🤣🥰🥰🥰 "


"Yer... Sama2 doktor.. u ar the best MO yg pernah akak kenal... Seronok bekerja sama2..  Good Luck tempat baru... Semoga Doktor lebih bahagia disamping isteri tercinta...🥰🥰🥰 "


"Timo kaseh tu blako ih, maaf klu ssaloh gpo tuh, saloh lipak ko saloh gguro ko aq ado trlebih batas ggura nga ore tuo🙏🏻

Walau bnyk nyusoh ore

Timo kaseh tuk tunjuk ajar blako tu, jazakallahu khair,, timo kaseh sbb buat aq rso diterima di HOGUM ni"

 

"Hogum menangis kehilangan seorang Dr yg 👍🏻 selamat maju jaya di tempat baru deh..pyh nk jupo tu mugo sy nak balik tanah merah..hehe "


"Samalah doktor..

Maaf la klu ada ketidakpuasan hati sepanjang kijo ngn k.deya..

Moga terus sukses..

Doc antara de best  mo yg pernah kdeya jupe.."


"sama2..tq faizzuddin ( org y pertama kali perkenalkan diri.. saya faizzuddin..with double z n double D .haha)

tq ats khidmat bakti selama berkhidmat di HOGUM..n byk tolog saya diwaktu diperlukan

semoga maju jaya di HRPZ..kekalkan sikap dan cara kerja yg sama wlpun berada di tempat baru..👍🏻👍🏻

saya mewakili warga kerja HOGUM y lain..mohon maaf jika ada kesalahan n kelemahan kami sepnjg bekerja bersama 

n inshaAllh bakal penerima APC tahun hadapan 💐💐"



terima kasih kerana menerima aku diantara kalian.


aku sayang semua.

langit petang gua musang



Mofar Rahman.

Zenith Hotel, Kuantan, 1638



Monday, January 10, 2022

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana


Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan kata yang tidak sempat diucapkan kayu
kepada api yang menjadikannya abu

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan isyarat yang tidak sempat disampaikan awan
kepada hujan yang menjadikannya tiada

Aku ingin mencintaimu sederhana,
seperti dingin dengan air yang menjadikannya salju
seperti gembira dengan bibir yang menjadikannya senyum
seperti huruf dengan makna yang menjadikannya kata
seperti khusyuk dengan kata yang menjadikannya doa

seperti dirimu denganku yang menjadikannya satu.

- Sapardi Djoko Darmono


Selamat hari lahir separuh jiwaku. 

Saturday, January 01, 2022

Titik Mula

 Selepas 4 tahun menakluk ruang antara aku dengan isteri akhirnya hari ni telah tiba. dipujuk tanpa henti juga bersama ugutan (hahaha) akhirnya Sophie tidur seorang diri dalam biliknya sendiri. 


menemani anak sulung aku itu tidur. baringnya membelakangi aku, menghadap ke arah kanannya. rambut kusut di muka aku sisip ke belakang telinga. belakang kepala aku kucup, bau stroberi. siku kecilnya aku betulkan. tangan kecilnya aku genggam mesra. 


aku selitkan bantal peluk warna merah darah ikan dirangkulannya. buat jadi peneman baru. biar anakku nyenyak tidur seperti batu. 


terasa sebak juga tatkala aku bangkit, menangkat badan perlahan meninggalkan anak ku sendirian. melangkah perlahan kearah pintu membiarkan tubuh kecil keseorangan ditemani cahaya suram. 


katil kami jadi sedikit kosong. biasanya ada kakak, tidur bagai nak berperang bersama adiknya. kini adiknya Ben semakin memenuhi ruang, tak perlu lagi tersedar akibat kena kaki kakak di kepala.


tiada lagi suara minta digaru belakangnya 

tiada lagi suara merengek minta ditepuk punggung sampai tertidur 

tiada lagi adegan budak mengigau menangis, bertempik, bangun tiba tiba, kencing depan pintu.


semoga ini menjadi titik mula untuk kamu bertumbuh dan gapai apa sahaja yang kamu inginkan.


Abi sayang kamu.





Mofar Rahman