Tuesday, December 10, 2019
Jom Main Bola!
Well. Bola sepak. Siapa je tak tahu benda alah ni. Permainan yang tersohor di dunia. Permainan yang dialu alukan di seluruh dunia. Katanya sukan yang menyatukan. Kemana sahaja aku pergi, soalan pertama yang ditanya, "kau main futsal? Kau main bola?" Dan jawapan aku ringkas dan sentiasa satu:
Tidak.
Sejarah aku dengan bola sepak tidak berapa cantik.
Ketika disekolah rendah bola sepak hanya aku join ketika aktiviti PJ. Adakala seronok. Adakala suram. Tapi best la kot. Main sambil berkubang dalam lumpur, daripada kena lari keliling padang 5 kali.
Aku ingat lagi ketika di form 3, ada satu temasya sukan specifically bola sepak yang diadakan pada tahun tu. tahun tahun sebelum ni tak pernah ada pun. Nak dijadikan cerita setiap kelas dikehendaki menghantar dua pasukan. Ada 4 kelas, jadi lapan team. Bermain secara liga.
Ditakdirkan tuhan pada suatu petang acara tu, aku melalui salah satu bilik yang agak meriah (tengok kepada jumlah kasut yang bertaburan dihadapan pintu bilik). Bising, gegak gempita, entah apa lah yang dibincangkan, lalu aku ke sebelah tingkap untuk pasang telinga.
Diorang tengah decide siapa team siapa. Nampaknya aku seorang sahaja yang tinggal dan diorang masih belum putuskan untuk masuk ke team mana satu. Team A ke? Team B ke? Entah. Semua kapten kumpulan masing masing menolak aku. Katanya aku kaki buta, tak reti main bola.
Aku yang curi dengar tu agak tersentap. Yelah, cari penyakit kan. Ada sedikit berkecai jugak lah jiwa. Sebelum ni aku main dengan team diorang, katanya aku hebat backup. Tapi rupanya orang yang sama tikam aku dari belakang.
Itsokay, man.
Sejak dari itu, aku tak pernah main bola. Futsal. Dan seangkatnnya. Aku jadi menyamph. Benci.
Aku cuba beralih ke bola keranjang. Sukan yang aku sangat enjoy, sukan yang aku mula "keluar dari kabus" dan terang dihadapan cool kids. Diorang nampak aku. Diorang recognise aku. Diorang nak aku dalam team diorang, even berebut untuk dapatkan aku. Gelanggang bola keranjang MRSM Kuala krai satu satunya tempat aku rasa accepted, and i did perform well.
Tapi macam biasa, sentiasa ada yang hebat daripada aku. Lagi cergas, pikap, tangkas dan pantas. Aku sedar, aku hanya average. Yep. Hampir semua bidang or perkara yang aku buat, aku average. Study? Amal? Social? Hobi? Sukan? Kerja? Knowldgewise? Always average.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Jadinya malam ni, aku diajak kembali untuk bermain futsal. Bersungguh sungguh diajaknya. Ini kali kedua sesungguhnya. Aku sudah berdalih untuk kali pertama dan tidak tahu alasan untuk kali kedua. Puas sudah aku fikir, namun tempuh sahaja malam ni, itu sahaja caranya.
Ada beberapa member lain diajak.
"Aku tak pandai main jugak. Jom lah"
"Aku pun tak pernah main ni. Dah 2 tahun tinggal"
Bullshit.
Aku juga cakap dah 20 tahun aku tak main. Dan tak pernah pandai main. And yes im not talking crap. Tapi diorang tak percaya. Aku sudah tahu aku akan retakkan harapan ramai orang malam ni.
So the game started. Asalnya aku duduk di bangku sahaja. Namun ada seorang ni berpura pura penat dan paksa aku untuk masuk kedalam court. Aku menolak sesungguhnya, tapi seolah tidak diendah.
Masing masing bermain dengan mantapnya. Dirembatnya bola sekuat hati. Tackle sana sini, approach bola dengan sangat kemas. Passing sangat mantap. Kaki diorang seolah ada mata dan jiwa, boleh dihantar, menghantar bola kepada pemain lain dengan tepatnya, dengan kelajuan dan tujahan yang betul. Leret ke, lambong ke, rembat ke. Kemas.
Then, theres me.
Kalut, pass bola tak pernah dapat ke team sendiri. Tak dapat sumbat gol sebijik pun. Sorang sorang seakan terpaksa pass bola dekat aku sebab diasak oleh kumpulan lawan, lalu aku sia sia kan usaha diorang. Tiada lagi sorakan semangat untuk aku untuk join the game. Team aku bermain dengan senyap, tertekan. Hanya daripada lawan sahaja yang hoh sana hoh sini. Aku perhati, aku nampak.
Aku mengundurkan diri selepas 15 minit merosakkan permainan, duduk di bangku luar. Tiada lagi tawaran gantian untuk aku. Tinggal aku di bangku sorang sorang. Sesuailah.
Kaki bangku.
Aku tahu aku dah hampakan semua orang, and you know what, aku tak kisah. Aku sedar diri aku. Lain kali aku faham kenapa aku tidak diajak.
Takde ke dekat sini yang hobinya sama macam aku? Passively lying on the bed, reading books, enjoying netflix, collecting diecasts? Tidak. Aku dah survey. Tiada orang yang sama hobi dengan aku.
Now, sekali lagi, aku tak ada tempat nak share aku punya interest.
Itsokay. I dont need that.
I just need me.
pergi mampus semua orang.
Mofar Rahman.
Friday, November 22, 2019
Dugaan buat kami
Ummi mula demam 12/11. alkisahnya hari itu umi makan sayur keladi kegemarannya. memang efek dia sakit urat tak boleh berbincang. tetapi sakit kali ini lain macam plus ummi demam. aku ada bawak balik drip sbotol dua. sebab umi sakit tak larat sangat. makan tak lalu. ada episodes of vomitting early days of illness.
16/11 umi dibawa ke klinik berbayar. katanya gula 31mmol/l. langsung darah tak dicek. terus rujuk ke hospital berpakar. katanya takut hyperosmolar hypglycaemic state atau lagi teruk diabetic ketoacidosis. ummi tiba diperkarangan kecemasan lalu dibawa terus ke zon kuning, saatnya 5 petang.
aku tak faham apa dibuatnya dekat situ tapi tengah malam pukul 1240 malam baru keluar status penyakit: severe dengue fever with plasma leakage. kau tak pelik ke mak aku letih. kenapa semua benda nak edematous baru nak rule out dengue. plus katanya dari kawasan panas dengue but dengue is not the first diagnosis of fever with myalgia, athralgia? aku tak faham diorang ni bekerja macam mana.
ummi dimasukkan ke icu dengan platelet berjumlah hanya 7. alhamdulillah tekanan darah masih stabil. tapi peripheries cold sangat. tapi melihatkan ummi terbaring diatas katil icu dengan segala long line triple lumen buat aku sebak. bunyi beep beep beep infusion pump memang cari pasal. arterial line sudah dimasukkan. lebam teruk. yelah. severe plasma leakage.
"severe dengue fever with plasma leakage in defervesence phase"
ph 7.4 hco3 19. plt 35 hematocrit 43
alhamdulillah setelah tiga hari di icu umi keluar dari tempat tu. ada sedikit konfiusi, tapi umi cukup kuat untuk tangkis kepeningan itu.
abah seperti cukup terkesan dengan apa yang berlaku dekat umi. aku tak pernah faham raut muka berkerut abah. muka default, sedih, marah, biasa. aku pun tak tahu mana satu. he is just a man without expression. cuma sepanjang umi tiada bersamanya abah memang sugul. rasa bersalah barangkali (abah tak sepatut rasa macam tu). kenapa rasa bersalah? sebab kawasan rumah banyak tempat pembiakan si aedes.
so far alhamdulillah. umi dah semakin sihat. mampu ke toilet sendiri. makan pun dah banyak.
sebenar nak tulis benda lain keluar benda lain.
Mofar Rahman.
Friday, November 15, 2019
Rona Vanilla
perjalanan lancar. masuk ke kawasan chiku pemandangan sudah dipenuhi oleh pokok kelapa sawit. namun disebalik awan terdapat bukit bukau yang gah tersergam.
tak, tak. bukan langit ungu yang aku ceritakan tempoh hari. tapi indahnya tampak sama. macam dikau.
aku tahu kau suka scene ni. bukit bukau diselaputi awan. sampai taknampak satu puncak bukit. ingat tak laluan kita balik ke hilir melalui Meranto? aku rasa tu bukit yang sama.
aku boleh nampak dan rasa kau ada di seat sebelah ni. pandangan dilempar keluar sejauh yang boleh. sambil suara memuji muji Tuhan.
subhanAllah.
ahh dada rasa senak dipenuhi rindu. lambat pula lima hari tak jumpa kau. ni ke orang cakap yang anuar zain nyanyi selama ni yang sehari ku rasa bagaikan setahun tu?
shit is real, man.
sayang kau selama, lamanya.
Monday, October 28, 2019
Rebel
dia akan mengamuk. menampar umi abah aku. lempar barang sana sini. merajuk buat hal dengan wife aku. pukul adik aku. menyepah menserabaikan isi rumah. pendek kata, dia buat hal dengan teruk. lepas hari tu, dia akan stop.
thats it. sehari tu je lepas aku pergi. the next day dia akan normal balik.
aku tak tahu.
samada tu cara dia meluahkan rasa rindu? tak puas bermain dengan aku?
atau tu cara dia tunjuk perasaan yang dia mampu buat apa saja tanpa aku? sebab jujurnya aku memang strict dengan dia. tangan aku memang senang naik dengan anak aku.
adakah dia menunjukkan ketidakpuashatian terhadap aku sebegitu?
entahlah.
tiap kali video call mesti dia nak end call. setiap kali.
save me, from my mind. the thought is killing me.
Mofar Rahman.
Saturday, October 12, 2019
Keluh #3
yep. aku seorang.
saat ini aku tertiarap di atas tilam yang disediakan. cadar biru. selimut warna cream. lampu bilik sudah dipadamkan. hanya bertemankan lampu tidur yang dibeli di kedai Eco rm2.10.
baru sahaja selesai menghabiskan season 3 Lacasa de Papel. series dari negara latin tentang money heist. very recommended. full of suspense, plot twists. tapi season 3 ni hype dia lain macam. dan pengakhiran season ni buat aku geram. dah helok klimaks, kena tunggu season 4 pulak.
sampah.
dan aku kembali ke katil. berseorang. kalau aku dalam posisi baring, lalu aku pejamkan mata, toleh ke kiri aku akan nampak anak aku. dia akan tidur mengiring, tangan yang sebelah atas akan diletak di belakang. balancing katanya. sebarang pergerakan akan membuat dia seakan akan tersedar. aku lupa bila masa aku letak sensor pergerakan. tapi begitulah anak aku.
then there she is. my love of my life. isteri aku disebelahnya. selalu terlihat kepenatan ketika tidur. cantik seperti di siang hari, menawan di kala malam. pergerakan tidurnya limited sebab anak aku dia... kan aku dah cakap tadi.
tapi sekarang bila buka mata, aku sedar aku sebenarnya masih sendiri. kelajuan kipas di nombor 5. tingkap ditutup rapat sebab nanti jerebu akan masuk dan mula la bilik bau haze. sangat menyakitkan hidung.
perasaan ini sangatlah tidak best. pada mulanya aku ingat aku boleh go through this shit since anak bini aku semua dah okey. padahal tak. aku lemah tanpa diorang. hati aku sangat rindu. hari hari rindu. tapi aku tak boleh buat apa. video call, whatsapp? you name it.
feel dia lain kau tahu.
entahlah. LDR is sickening.
0026H. baik aku tidur dulu. esok oncall. aku tak boleh bayang apa yang telah disusun untuk aku esok. harap harap bukan kes yang parah. most importantly, bukan paeds case.
amin.
Mofar Rahman.
Rindu aku
pada mulanya aku sampai ke rumah seawal 530 pagi. aku cuba ketuk pintu bilik aku yang berkunci namun tidak berjawab. lalu aku rebahkan diri ke sofa di ruangan tivi. pukul 630 pagi ummi kejutkan untuk solat subuh dan aku dengan malasnya bangun dan menuju ke bilik. aku pulas tombol pintu dan aku tolak. anak aku sedang melompat lompat ke atas katil.
Abi! kami sama sama jerit.
tapi dia dudukkan diri dan tunduk ke bawah lalu menangis. aku dekatkan diri ke anakku yang berumur 2 tahun tu dan aku peluk. dia peluk aku lagi erat, untuk agak lama.
"awak sampai pukul berapa lagi?" tanya isteri
"ada dalam pukul 530 tadi. saya dah ketuk tapi awak tak dengar kot"
"lah patut lah Opie suruh bukak pintu dari tadi, katanya abi dah balik. Ibu sorry ya Opie ingatkan opie main main"
anak aku terus menangis.
hari ini Opie behave sangat. semua yes yang aku cakap dia turuti. juga semua no. semua arahan diikut tanpa gagal. suruh makan nasik? makan. cakap nak keluar dengan ibu nak beli barang? okey. cakap abi nak pegi work? okey. biasanya payah jugak nak lepas. everything was so smooth
wife aku pulak berseri seri keluar dengan aku hari ni. mengenakan tudung putih bunga oren yang aku belikan dia online tempoh hari. senyum sepanjang hari. peluk sepanjang hari. cakap, cerita tak berhenti.
ummi dan adik bersungguh sungguh masak nasik goreng kurma dengan ayam bakar. sos kicap tomato bersama coselaw lagi. tak penah buat tu sebelum ni melainkan ada occasion ramai ramai. pukul 12 tengahari dah siap masak haa.
abah sentiasa tenang. tak sempat aku untuk duduk bersama dan berbual lama dengannya. ada short conversation dalam perjalanan pulang dari solat jumaat. he was very responsive, giving thoughts and ideas. seronok aku berbual dengan abah tadi.
dan pukul 4 petang tadi aku tinggalkan rumah, naik grab dan ke stesen bas untuk kembali untuk oncall esok. aku meninggalkan keluarga sekali lagi.
semua gesture ini membuatkan aku berasa sangat terharu.
adakah ini makna rindu? kalau ini bukan maka aku tak tahu apa lagi jawapannya.
bukan aku sahaja yang merindui kalian. malah kalian merindukan aku, lebih lagi
Mofar Rahman
Monday, October 07, 2019
Keluh #2
This place getting scarier, day by day. view from my window though. i wake up to this view everyday. sigh.
Keluh #1
tapi tu lah. aku malas.
dan aku sedih. tapi takda orang tahu aku sedih. aku tak pernah gembira duduk sini. apa yang aku buat untuk gelak and keep the mood light? aku cari lah ruang ruang yang boleh aku cuba nasib.
tempat ni aku tak pernah bersyukur. aku tak redha lagi. sebab tu lah kot aku rasa macam semua benda susah. rasa macam semua benda tak kena. rasa aku menyusahkan dan disusahkan.
yelah. nak buat macam mana.
Tuesday, September 24, 2019
Oncall
done jerit. hehe. alhamdulillah completed one hella miserable oncall last night. eh. bukan night je. it was a whole freaking day!
sejak ke aku thumb print pukul 755 pagi aku dah mula berdansa. haha haram betul bunyi macam happy. tapi itu lah. aku takkan duduk diam.
bermula dengan kes yellow yang sangat banyak dengan kes red bertalu talu. referral dari KK yang tak berhenti.
1st case aku terima baby 5 hours of life dilahirkan di Klinik Kesihatan sebab mak tak sempat ke hospital. jauh okey. gua musang ni dia macam hujung kelantan. kalau ikut size ni gua musang start half of kelantan lepas tu descend below. kau boleh bayang tak besarnya dia dan betapa banyak kawasan yang kena cover.
okey back to cerita tadi. baby tu masa 2 hours of life dia start tachypneic (nafas laju) dan mula ada subcostal recession with nasal flaring. dengan saturation oxygen tak pick up under room air. selepas tu mula lah kena letak headbox dan hantar ke ED untuk oxygen stabilisation. sampai dekat aku je baby dah okey. cuma selepas refer bos suruh hantar jugak sebab katanya impending respiratory distress. so hantar lah dengan diagnosis congenital pneumonia to rule out congenital heart disease.
oncall penat aku ni diakhiri dengan kes hemorrhagic stroke datang pukul 4 pagi.. datang bukan biasa biasa stroke ye tuan puan. datang dengan very drowsy siap muntah darah. ah benda apa niiii. aku terus intubate dan refer ke tertiary.
in between those two cases i had loads of unstable complicated cases but managed to admit them here. hampir semua discipline aku refer. tidur? tidur can kiss my ass goodbye. haha.
postcall aku disudahi dengan severe sepsis secondary to leptospirosis. admit ward jugak lepas bp pickup after 2.5 litres normal saline resuscitation. alhamdulillah.
penat.
sistem oncall dekat sini pada weekdays adalah A1 dan A2.
A1
dia akan incharge ed. station dia dekat ed. akan terima semua kes referral daripada mana mana. the first person yang akan attend kes yang datang ke ed. apa apa hal patient deteriorated dekat ed, orang A1 akan attend.
A2
orang ni dia akan attend semua benda yang berlaku dekat ward. staff nurse cakap ada pt bp high, pt fitting, hematemesis, shortness of breath, heart rate more than 200? semua dia akan attend. kes labour room? kes thick meconium? prolonged second stage? any obstetric emergencies? yep. A2 akan cover. kes forensik? brought in death? A2 akan buat. ada unstable case yang kena hantar ke tertiary yang perlu MO accompany? A2 yang akan cover.
if takde semua kes diatas dia akan station di ed. tapi mostly ada je benda yang nak kena attend. basically orang A1 akan cover ed sorang.
macam aku. aku A1 semalam. aku jaga satu gua musang sorang sorang semalam. nak pecah kepala rasanya. almost burst out.
A2 attended kes ward dan labour room. kesian jugak nak call for help.
so postcall hari ni rasa exhausted dia lain macam. aku tak boleh habiskan even satu episode money heist di netflix. mata penat gila. lalu aku tidur. lepas bangun tidur pun mengantuk lagi. apa da.
Mofar Rahman
Wednesday, September 18, 2019
Defeated
setelah seminggu aku disini aku rasa, memang aku sangat terasa aku undertrained. seriously. yang ni memang obvious. aku tak boleh deny. dan aku rasa inferior gila dengan benda ni.
diorang yang paling senior pun 2 tahun plus, boleh buat macam macam. handle unstable kes relax je. seingat aku, aku dekat setiu pun takde lah secekap itu. contoh hari ni kes budak umur setahun datang dengan severe bronchopneumonia. alahai. datang ED pun dah grunting. drowsy. restless. memang point kena intubate. memang jelas dan memang aku nak tube budak ni. sekali geng ni datang tolong. power jugak lah. semua macam ambil tempat masing masing. well adjusted. aku kagum.
entahlah. ED gua musang ni sangat sibuk. bagi aku, 5 kali ganda gila daripada Setiu. kau thumb print je pukul 8 kau terus kerja direct sampai pukul 5 petang. kau takde rehat. kalau kau oncall, kau bekerja laa sampai besok. non stop. sampai pukul 4 pagi pun kalau nasib kau baik, patient kau clear, kau boleh tidur.
dekat Setiu at least ada some point/time yang kau boleh rehat sekejap, kes pun bangak green. sini hampir semua yellow. bed tak pernah kosong. lepas sorang, sorang. memang tak sempat sejuk bed tu. kalau tak yellow, red. ahh penat.
aku rasa aku dragging, slow team aku punya treatment flow. aku akui aku memang slow. banyak tak tahu. nak adapt dengan sistem lagi. nak kenal sorang sorang colleague aku lagi. kepala aku pun berat. nak pergi kerja pun tension. kesian la teammate aku dapat aku kerja time tu. basic knowledge pun tak power. benda simple pun (trace old notes, endorse medications, neb history, etc) aku selalu lupa. memalukan!
selalu rasa duration aku dekat setiu 2 tahun lepas adalah sampah. nothing.
:(
sampai daripada Kuala Krai pukul 12 tengah malam. dekat ED penuh bed. semua jenis penyakit ada. dan ada sorang je MO, Hazim. aku tengok kes green 2 3 keping, dan aku mohon undur diri. maaf Hazim, aku exhausted. kau memang baik. kau penyabar. kau tahan je dengan kebodohan aku. tapi tu lah. aku penat.
sorry bruh.
Mofar Rahman
Tuesday, September 10, 2019
Kak Nor
sebelum dia berpindah ke kota bharu dia bekerja di sebuah sekolah di pedalaman Dabong sana. tiads transport. tiada internet. line telefon hanya ada di tempat tertentu.
how can she lived the life in condition like that? ya Allah tergamam aku bila dia cerita dia dia survive keadaan tu untuk satu tahun.
ya Allah. aku baru beberapa hari, line telefon ada. boleh whatsapp hari hari. boleh tengok youtube. tu pun dah merana. merengek rindu dekat keluarga macam budak kecik.
memalukan.
ya Tuhan. jadikanlah hati aku redha dengan semua ini!
Monday, September 09, 2019
Bosan
dah lah mengarut semua flow kerja. serius tak boleh brain diorang punya workflow. adakah aku terlalu lemah untuk terima semua benda ni aku tak tahulah.
begitulah kerja MO dekat district. diguna oakai henyak semahu. diguna sama tanpa mengira waktu. aku pun tak tahu nak cakap macam mana. tidak ada spesifikasi kerja.
kau lah yang jaga kecemasan. kau juga yang kena review patient dekat ward. kau jugalah yang kena pergi klinik. attend operation. kau jugalah MO kualiti, HPIA, ISO, Audit, Rekod. banyak sangat non clinical work.
benda ni lah yang aku isukan semasa proses rayuan. even aku pergi berjumpa sendiri dengan si aminah tu. cakap aku dah penat kerja dekat hospital daerah. aku rasa di abuse. aku nak fokus. aku nak berada dibawah pantauan pakar. tapi kau tahu dia hanya buat muka simpati dan suruh aku terima semua ni.
"alah baru jauh dengan isteri dengan anak 3 tahun"
kau nak suruh aku merana berapa tahun setan?
heartless gila.
memang tempat baru aku ini menguji zon selesa aku. berat hati sungguh nak pergi kerja. ya Allah, bantuin aku.
aku lemah.
Sunday, September 08, 2019
Angin Baru
mahu tidak mahu jadinya hari ini aku terpaksa jejakkan kaki ke unit kecemasan dan trauma Hospital Besar Gua Musang. alangkah beratnya kaki aku ini untuk melangkah masuk ke situ. dengan suasana barunya. persekitaran yang tidak aku rasa sebelum ini.
setelah dua minggu aku berdolak dalik, ambil risiko korbankan masa rehat tagging, digantikan dengan percutian singkat aku dengan membawa isteri dan anak kesayangan ke hotel di sekitar Kota Bharu, adalah amat berbaloi dan tidak aku sesali. biarpun diugut nanti tak cukup rehat, nanti tak boleh harapkan senior tak boleh itu tak boleh ini, kena oncall cepat yada yada yada aku keraskan jugak hati ini untuk bersama keluarga aku. sebab aku tahu hati ini sudah teramat rindu.
isteri aku baru sahaja bertukar ke Kota Bharu, alhamdulillah dapat job yang selesa biarpun ada sedikit bullshit tapi untuk dekat dengan keluarga dia redha. namun aku pulak yang dicampak keluar dari famili dekat, sehingga ke Gua Musang.
ketika menerima offer letter untuk bertugas di Gua Musang aku menunjukkan satu reaksi yang mana orang yang melihat aku tergelak. katanya reaksi aku melucukan. namun kau tak tahu hati aku retak berkecai sepai.
ketika hari aku menerima offer letter tu Ummi aku ajak aku berjumpa dengan sepupunya yang pada ketika ini seorang yang berjawatan di Jabatan Kesihatan Negeri.
pada mulanya aku menolak, katanya malu. tak pernah bertegur sapa tiba tiba hari ni nak minta tolong.
Ummi pandang aku dan berkata "Marilah kita berjumpa dia. Marilah kita bertebal muka. tak apa ini ikhtiar. kita ni orang biasa biasa. tak siapa kenal kita. dia ni je harapan kita"
aku redha. aku sebak.
hari ni adalah first day tagging. theres lot of things need to be taken. sistemnya orangnya. karenah birokrasi nya. bagi aku hampir sama dengan semua hospital daerah. bosan.
bila orang tahu aku sudah hampir 2 tahun lebih di Unit Kecemasan pada sebelum ini everyone be like takpalah dah power management ED ni. boleh itu boleh ini. deep down aku rasa sangat insecure. diorang tak kenal aku. tak nampak lagi kebodohan dan kekalutan aku.
i need to make new friends. i have to. aku perlu survive semua benda ni. aku tak boleh ambik kisah benda kecik yang ada disekeliling aku.
hari ni aku dapat kenal pasti budaya tolong menolong yang diberi gambarkan kepada aku ketika briefing sebelum ni adalah bullshit. tak ada. tak kan pernah ada. di alaf sibuk ini masing masing akan cari peluang untuk lari. lipat melipat, curi tulang semua itu sudah lumrah sebab semuaorang penat. everyones exhausted already.
jadi aku tak boleh lagi ambil kira kecil hati orang tu orang ni. sebab kalau aku sibuk jaga hati orang, siapa nak jaga hati aku?
aku sedang tertiarap di atas katil bujang yang buruk dengan angin panas berputar di seluruh ruang bilik. tak selesa tapi itu lah yang aku ada sekarang ni.
aku sangat rindu muka lucu sedih lawa gorgeous tu. aku rindu karenah nakal anak aku. aku rindu dengan apa yang aku ada. tetapi jarak 191km sangat menyeksakan jiwa aku.
jasad aku berada di tengah hutan tetapi jiwa aku ditengah bandar. aku tiada jiwa disini.
bersabarlah duhai hati.
Mofar Rahman.
Wednesday, May 22, 2019
Makin tua
tapi bila kau rasa dia bukan orang yang tepat untuk dengar luahan kau, maka kau akan diam. satu patah pun tak keluar. dengar la cakap aku ni.
pada akhirnya kau kena setelkan sendiri apa yang kau mampu. mostly apa yang kau hadapi tu kau mampu tangani.
jangan risau. jangan overthink.
Monday, May 20, 2019
Penyamun
kau ambil kulit aku. jiwa aku. permata hidup terbaik yang aku ada.
Sunday, May 19, 2019
Perang
Malam ni kau orang jangan macam macam sebab aku tengok ramai yang sedang berperang
ada seorang tu dia tengah fight lawan dia punya broken heart sebab cinta dia kena tolak mentah mentah oleh someone yang dia minat.
ada seorang tu dia tengah struggling nak kerja lagi malam ni. yelah semalam dah tak tido kerja malam, pagi ni seharian setelkan anjing liar masuk rumah dia. ada anjing liar masuk rumah kau?
ada seorang tu tengah lawan perasaan mahukan seseorang yang pernah hampir menjadi miliknya, tapi terlepas.
ada seorang tu tengah fikir nak masak apa dekat rumah esok untuk berbuka. kau ingat senang ke nak pilih juadah berbuka kalau dah hari hari kena fikir?
ada seorang tu terlibat dalam kes pukul orang sebab bini kacau dia sampai dia terpaksa letak bini jauh jauh dan berulang alik tempat kerja 8jam sehari. letih jiwa. letih tubuh badan. kau ingat tenang ke kerja macam tu?
jadi jangan la kau orang datang buat hal. biar kami tenang sahaja.
Thursday, May 16, 2019
Perihal Rindu
adakah perkataan rindu itu sendiri sudahkah cukup untuk mewakilkan apa yang kau rasa? adakah maksudnya melimpah ruah dari cakup perkataan itu.
rindu itu sangat cantik apabila ia berbalas.
rindu itu semakin sakit apabila kau merindui seseorang yang telah pergi.
dan rindu lagi pedih apabila manusia yang kau rindukan itu wujud, tapi kau tak mungkin akan dapatkan.
Wednesday, May 15, 2019
Kau apa tahu
Boleh jadi benda yang kau teramat mahukan sudah berlegar legar di depan mata kau. benda yang dicipta untuk kau. untuk jiwa kau.
tapi kau tak nampak. hati kau kabur. kau dibelai dengan akal yang ada pada dua butir mata. mata yang tidak mampu untuk melihat apa yang perlu.
kau hanya mahukan apa yang kau rasa patut dapat padahal kau lupa Tuhan lebih tahu apa yang kau perlu.
hoi manusia. kau hanya manusia. kau bukan Tuhan.
Syukur
Apabila Tuhan uji kau, buat kau rasa susah mula lah kau mengeluh. cakap kau tak pernah diberi peluang, kau selalu kena itu, kau selalu kena ini, kau terlepas peluang tu. dan macam macam.lagi ayat kau salahkan Tuhan.
Padahal kau lupa. kau lupa segala apa yang Dia beri. Kau lupa apa yang kau pernah dapat. Semua peluang yang lalu depan mata kau, kau rangkul tanpa mengingat Dia. kau lupa.
dan bila kau diuji, kau minta dikasihani?
kau keji.
Sunday, February 24, 2019
Rindu
aku harus pulang! pulang ke rumah aku walau sekejap. hati aku sudah teramat berat.
*****
kunci pintu rumahku dibuka lalu daunnya dikuak.
"Assalamualaikum" aku memberi salam perlahan.
rumah ku gelap. tiada berpenghuni. tiada lagi sambutan mesra. tiada lagi senyuman manis, tangan sedia terhulur menunggu aku menyambut untuk mengucup dahi. tiada lagi "macam mana hari awak?" "awak okey" "ramai tak patient awak hari ni" "sophie baru tidur. awak dah makan?"
semua sunyi. tiada langsung sapaan balas kali ini. aku tahu hakikat ini sepatutnya aku hadapi esok, tapi jiwa aku sudah tiada bertahan.
esok wife lapor diri di pejabatnya di Kuala Lumpur. Sophie pula tidur di rumah pengasuh malam ni. esok aku ambik.
aku duduk di sofa di ruang tamu. terngiang ngiang suara isteri dan anak silih berganti. namun kini sudah tiada lagi.
rumah ini sudah hilang seri.
seketika aku berteleku di ruang tamu.
sudah lama aku tidak menangis seperti ini.
Mofar Rahman.
Sunday, February 17, 2019
Selfish bastard
"saya rasa eloklah awak buat pertukaran ke Kota Bharu"
keadaan diam sebentar. keadaan riang gembira sepantas kilat menjadi serius.
aku palingkan wajah kearah isteri aku.
she looks okay. raut wajahnya tenang. bibirnya sedikit tersenyum. matanya terang, cantik bak waktu dulu.
perjalanan ke Kampung Guntong dari Kampung Fikri dari jalan pantai tidak pernah sesunyi ini. tiada kereta yang muncul dari arah berlawanan, tiada pula yang menghampiri dari arah belakang mahupun depan.
Sophie Salsabila masih nyenyak tidur diulit lekak lekuk jalan dan penghawa dingin kereta.
aku seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh isteriku.
memang sejak kebelakangan ini kami menghadapi masalah untuk penetapan tempat bagi aku untuk bekerja. sudah terlalu banyak kedinginan antara kami, turun naik yang kami lalui untuk buat keputusan ini. berdiam diri, bermasam muka. masing masing ada kepentingan sendiri yang mana sangat jelas isu ini sebenarnya berpihak pada isteri aku. motif dia lebih jelas. impian dia lebih cerah. misinya lebih padu daripada aku. dan setiap perancangannya detail dari A to Z. tapi aku tetap dengan pendirian aku yang tak seberapa teguh. hanya tunggu masa hendak roboh.
bagi aku untuk dia melafazkan kata katanya tadi, ia teramatlah payah. tapi dia menzahirkannya dengan kata kata, dengan tenang. seolah dia sudah bertawakkal lama.
pada awalnya aku berasa terkejut dan terharu. gembira? adalah sedikit.
lama kelamaan diam hinggap dibenakku. setiap alunan suara isteriku mengungangkap rasa hatinya yang tidak pernah mahu diucapkannya, makin jelas difikiran aku.
Ya Allah. apa aku telah buat ni?
jujur... aku rasa sedih dengan apa yang berlaku. sedih dengan diri sebenarnya, tidak mampu untuk berkorban seperti yang isteri aku lakukan.
"jadinya, awak memang tak akan bertukar ke sini lah?"
"besar kemungkinan, tidak. tapi tak mustahil"
"okey."
teringat aku pada perbualan ini pada hari hari sebelumnya. harapan isteri aku punah. perbualan terhenti setakat itu, dan kami berusaha meneruskan baki hari itu dengan perasaan berat di dalam dada masing masing.
Mofar Rahman
Thursday, February 07, 2019
Dosa Mulut
mengisahkan seorang (seekor? sebuah?) yang dijumpai di scrap area. lepas tu bahagian tubuhnya disambung dengan parts yang ada lalu menjadi alita yang sempurna. plot cerita ini best, the cinematography, the martial arts potrayed, background music dan even credit song pun best. cuma yang spoil tu adalah part boyfriend dia yang macam anjir. itu sahaja. overall aku bagi 8/10. seriously, worth repeat.
aku tengok bersama abang aku dan juga adik. aku agak macam adik tido lah sebab dia full action movie but then turned out adik pun amazed with that movie. so my rm14 was not a waste afterall.
ketika aku memandu pulang dari Paya Bunga Sentral untuk ke Grand Puteri Hotel aku melewati kawasan jalan utama yang ditepinya ramai pejalan kaki. ramai pejalan kaki yang menelusuri jalan secara bersahaja malah sambil lewa.
"ah kalau kena langgar ni dia lah yang paling bising!" aku membebel.
"kalau dekat tempat kerja ni kalau patient datang teruk misalnya kanak kanak yang bermain di tepi jalan lalu kemalangan dilanggar kereta, kebanyakan mak bapak tak ada untuk mengawasi anak anak. last last pemandu kereta atau motor je yang salah" aku sambung dengan celoteh panjang.
"biasanya kena tanya ni mana mak bapak time anak kena eksiden? mostly tak tahu pun anak keluar rumah!". aku membebel. Angah dan Adik diam tidak berkata apa apa. tiba tiba....
"memang kena ke tanya soalan tu?" Angah mula bersuara.
jujur aku terkedu dengan soalan itu. aku sedar sesuatu.
soalan mak bapak dimana time anak eksiden tu aku rasa, its not a fair question. sebab none of us mintak patient ni, anak diorang kena langgar macam ni (contohnya. ada je insiden lain, tercurah air panas, terbakar seluar, tercucuk pensel, masuk foreign body dalam ear/nose, dan lain lain).
kadang kadang aku penat nak melayan benda macam ni. sepatutnya aku teruskan rawatan, tanpa prejudis. aku tahu penat tu bukannya tiket untuk aku being rude. but shit happened.
aku mula sedar aku takut diuji benda yang sama. berlaku kepada anak aku. perkara yang tak diingini berlaku diluar jangkaan aku, diluar pengawasan aku.
mungkin ibu bapa tersebut ada defense masing masing dan kadang kadang mereka memberi sebab yang tak munasabah, lalu suara menjadi hanya sekadar bunyi yang jadi annoying sound yang keep shooting my ears.
semoga aku menjadi perawat yang lebih baik, empati dan penyabar. bukan menyelar keluarga pesakit dengan kata kata tajam tatkala hati mereka sudah cukup resah dengan apa yang berlaku.
semoga anak anak ku, isteriku dan keluargaku terlindung dari ujian akibat kata kata aku.
Mofar Rahman
Saturday, February 02, 2019
Tersepit
alkisah semalam semasa tidur dalam pukul 11 lebih wife aku kejutkan aku dari tidur lalu di layangkan ke wajah aku cahaya daripada muka depan telefon pintarnya.
oh. wife aku akhirnya diterima untuk bekerja di satu syarikat gah di ibu kota Kuala Lumpur. aku yang cukup teruja tidak mampu menzahirkan rasa tersebut akibat dipukul kantuk yang amat sangat. maka aku tertidur.
pada paginya, pagi aku dimulakan dengan rutin yang biasa. kemas beg untuk oncall, iron baju yang mana ada. tunggu breakfast siap, lepas tu mandi, bersiap dan keluar mencari rezeki pada pukul 745 pagi. ada juga niat untuk bincangkan hal semalam, tapi lupa dek berkejaran dengan waktu.
sesampai di tempat kerja aku mula bertenang, ambil nafas tenang sebelum melangkah masuk ke unit kecemasan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pegawai perubatan. alhamdulillah aku dapat kosongkan minda aku dan ambil isu utama sejak semalam untuk aku fikir. fikir dahulu sebelum berhadapan dengan wife. ya lah takut nanti blur pulak aku depan dia.
aku ada tanya pendapat parents aku. diorang okey je untuk bantu aku. jaga anak ke, jaga sapa sapa ke. tunggu dulu, nanti bincang dulu, aku bagitahu ummi.
lalu aku berlalu masuk ke tempat kerja.
tiba tiba ditengah kesibukan melayan karenah pesakit telefon pintarku berbunyi bertalu talu. mesej masuk banyak ni, siapa dia ya? getus hati.
rupa rupanya wife aku yang menzahirkan kekecewaannya terhadap aku sebab berbincang dengan ummi ku terlebih dahulu sebelum berbuat keputusan dengannya.
selepas aku terima mesej mesej tersebut aku bertanya pada umi, ada telefon wife aku tak. umi cakap ada, dan umi suarakan pendapat umi. pada masa yang sama umi tak tahu rupanya benda ni kami belum bincang. first time dalam hidup aku umi meminta maaf dengan aku, dan meninggalkan perbualan melalui telefon tanpa ucapan salam. terasa dengan aku barangkali.
ah. lalui saja hari ni dengan apa yang ada. my greatest forte (both of them) turning their back on me.
tak apalah.
apparently i am the best asshole i can ever be. sorry for everything said and done.
Mofar Rahman
Tuesday, January 22, 2019
Cerpen
"ah mana awak ni?"
tiba tiba matanya tertancap kepada seorang gadis yang berbaju kurung warna ungu gelap. bunganya besar besar. cantik, dipadankan pula dengan tudung bawal labuh litup dada. di tangan kanannya dibimbit lipatan kemas kot putih. tangan kirinya kemas memegang steteskop warna merah darah ikan.
mulutnya terkumat kamit sambil kepalanya terteleng teleng seakan isyarat bagi zainuddin takut takut tidak perasan akan dirinya di celah orang ramai.
brek kaki ditekan, brek tangan diangkat, gear ditolak ke huruf 'P'. Kelihatan seorang pemuda tersenyum dari dalam kereta. gadis bertudung ungu tadi tergopoh gapah menuju kearahnya. sengaja diparkir jauh keretanya untuk melihat gelagat buah hatinya itu.
pintu kereta ditutup rapat. gadis bertudung ungu merangkul kot putih dan steteskop rapat kedadanya. tubuhnya disandar pada kusyen kulit kereta itu, mengeluh keletihan selepas seharian berhempas pulas untuk menghabiskan waktu sistem tagging itu. rangkulan dilonggarkan lalu dia memusingkan tubuhnya ke arah zainuddin.
"maaflah lambat hari ni. entahlah si Dr Adham tu suka sangat buli saya. benci tau. tapi alhamdulillah hari ni saya dapat jawab soalan Miss Wan! hehe" ujar Hayati dengan perasaan gembira.
Zainuddin yang pada asalnya sedang asyik menghidu saki baki wangian yang dikenakan Hayati dengan hati teruja, tersedar daripada lamunannya.
tetapi dia tidak berkata apa apa. dibiarkan sahaja buah hatinya itu berceloteh. keretanya mula dipacu keluar dari kawasan hospital untuk menghantar Hayati ke apartmentnya.
lagu Yuna - Lullaby di dendangkan melalui corong radio keretanya. mereka berdua diam. hanya Yuna bersuara. adakala terdengar suara Hayati menyanyi bait bait lagu itu sambil padangannya dilempar keluar melayan perasaan. kot putih dan barangan lainnya sudah dilempar ke kerusi bahagian belakang. kali ini dia berpeluk tubuh.
Zainuddin hanya mampu menjelingkan matanya sambil memandu. walau dalam keadaan diam mereka berdua sangat faham dengan perasaan sendiri. setiap detik diisi dengan rasa cinta namun dibiarkan sepi untuk dinikmati dalam diam.
"Terima kasih awak. jumpa lagi esok, boleh? nanti saya akan call awak lagi nanti ya?"
Zainuddin hanya tersenyum.
pintu kereta ditutup rapat. Hayati menuju ke lobi apartment, mengambil beberapa surat dari kotak pigeon nya sebelum hilang dari pandangan Zainuddin.
Zainuddin mengeluh panjang. Hayati yang sangat dicintainya itu bakal menjadi isteri orang dalam 2 bulan lagi. bakal suaminya sudah pasti adalah pilihan keluarganya.
namun atas kecintaannya keatas satu sama lain mereka berjanji untuk tidak menghubungi antara satu sama lain apabila mimpi buruk itu dimaterai kelak.
bagi mereka biarlah waktu yang singkat ini cukuplah menjadi saksi cinta mereka. tidak banyak yang dipinta mereka, cuma sedikit waktu untuk melayari cinta yang entah kemana, yang kedua duanya tahu semua akan membawa hati yang duka lara.
Zainuddin meninggalkan tempat itu dengan hati yang hiba, seperti yang sebelumnya.
Tuesday, January 15, 2019
Pernahkah kau?
Pernah tak kau sebelum ni pegang duit banyak. bukan utk enjoy life tapi kau banyak mouth to be fed tiba tiba...
Pernah tak kau plan cantik hidup kau. before 30 kau dah ada itu ini. tiba tiba ...
Pernah tak kau dijanjikan untuk hidup di tempat yang kau boleh kerja, tiba tiba...
Pernah tak kau hidup dalam rumah rasa sangat terpulau tak ada tempat nak tuju. dan kau rasa kau hanya bernyawa selepas orang yang janji kau bahagia itu pulang dari kerja?
Pernah tak kau sedang helok buat kerja rumah tetiba kau menangis for no reason?
Pernah tak kau rasa kau dah sangat tersimpang dari track hidup kau, even kau dah berusaha ke arah itu, lama kelamaan kau jadi manusia yang folo the flo, kau dah tak jadi diri kau sendiri lagi?
Pernah tak kau bila kau sebut kau nak fight diri kau sendiri tapi kau selalunya kalah dan pada akhirnya kau jadi buntu. dan hanya menangis je yang kau mampu?
Aku rasa pernah dan persoalan ini yang selalu berlegar di benak fikiran isteriku, hari demi hari. tapi setiap kali itu kau sentiasa ceria, tersenyum riang kepada aku, tidak lelah untuk buat aku bahagia.
maafkan aku hidup ini tidak seindah mimpi dan angan anganmu.
aku sayang kamu. terima kasih untuk cinta dan sayangmu yang sangat banyak itu.
Mofar Rahman.
Friday, January 11, 2019
Hobi Mahal
Jadinya hari ini (baca semalam. sebab aku tulis ni dah masuk 11 januari. 10 Jan tu hari lahir wife aku) aku bawa isteri kesayangan ke Kuala Terengganu jalan jalan, tengok wayang, makan dekat tempat kesukaan beliau (kot?) iaitu Seoul Garden. sampai je dekat kaunter pembayaran dia tanya ada occasion apa apa tak? student ke? birthday? aku jawab la birthday. sekali dia cakap emm encik dua orang taboleyya kena ada satu orang lagi. aku pun macam hairan kenapa nak birthday couple kena ada orang ketiga? kau cuba nak hancurkan hubungan orang ke cik? ish geram pulak.
Wife kata sabar. dia perlukan sorang lagi sebab nak suruh bayar dua orang so that diorang bagi free dekat birthday girl/boy tu. ye lah. aku faham.
Peh.
So lepas tu bawa dia pergi tengok cerita Bumblebee. first 10 minutes aku dah agak cerita ni tak best. end up kitorang hadap juga sampai habis. guess what? kitorang keluar punggung (baca panggung) wayang tu dengan keadaan nak marah. loya. geram. "best transformers movie ever?"
my ass.
Selepas tu bawa lagi ke giant, ke mydin. hunting apa kau tau? seaweed. kau tahu seaweed? ye. wife aku nak seaweed. nak buat gimbap. haaa kau mesti tak tahu makanan korea kan? aku tahu. sebab tu aku hensem dari kau. hahaha.
Kau nak tau? sekali tidak ada. takdak seaweed tu. ada yang flavored. buat apa flavored. haih.
Tapi guess what? (berapa banyak guess what daaa) aku pergi ke bahagian kereta roda panas (baca hotwheels. atau hotwil. atau hokwil ah lantak kau nak baca macam mana) sekali jackpot ya tuan puan. ada D case sudah terpampang disitu. well aku dapat apa yang aku nak. DENGAN HARGA PEG.
BEHEHEHE ( ketawa pun capslock ni kau perasan takk?)
Sebelum ni kalau asal yang nak je mesti kena dengan harga sembelih. penat la camni. hobi je pun tak payah lah nak mahal mahal.
Aku rasa kumpul hotwheels ni boleh buat macam kumpul emas (ye. kepada yang kumpul emas tu sila rasa offended). sebab aku perhatikan ramai simpan model yang rare dan power yang dulu punya, beli dengan harga rm80 satu (contohhhhh). sekarang lepas peram 2 3 tahun orang nak dengan harga rm200. kau rasa?
Apa pun aku tak niat nak berniaga dengan hobi aku ni. sekadar menjamu mata. hehe.
Esok kerja malam. aku paling tak suka kerja malam.
Mofar Rahman
Tuesday, January 08, 2019
Fasa celaru
selepas terkebil kebil mata menerima curahan cahaya terang daripada telefon pintarku ini (yelah tengok telefon sambil baring, kannn), tiba tiba mata aku tertancap kepada beberapa nombor di sebelah kanan atas. 00:21.
ah. sudah lewat. aku oncall pulak besok ni adoi.
sebelum tertulisnya entry kali ini aku telah berada di suatu tempat lain di dalam salah satu fasa dalam hidup aku. apa yang aku merepek ni?
aku melawat blog blog lama aku. rupanya banyak tempat aku menulis dulu. disana sini. banyak juga masa yang aku habiskan untuk menukilkan satu satu entry. rajin juga aku ya. setelah dibelek kembali, aku yang dulu kiranya seorang yang boleh menulis. susun ayat tu macam tap tap tap (petik jari tiga kali). semua keluar ikut sedap dan dalam aturan dan susunan masing masing.
kalau dibandingkan dengan sekarang ayat semua lintang pukang. nampak sangat try hard nak buat ayat gempak. ahhh rindu pada diri yang dulu.
ada beberapa post yang aku buat dalam english. ya Allah english aku, memalukan betul! macam budak darjah 3 kau tahu! dengan ayat yang mengarut, grammar entah ke mana. vocab yang sangat limited. ahh. aku memang akui aku tak pandai menulis dalam bahasa inggeris. aku suka ayat yang puitis macam... color drowned from my face, raining dan semua gambaran untuk menyatakan perasaan. tapi aku tak boleh hasilkan walaupun satu. bila aku try buat hasilnya sangat noob. aku tahu practice make perfect. aku pun selalu brag yang grammar aku lagi power dari kawan aku, terutama wife aku sendiri. tapi ternyata english diorang lagi up dari aku. dan ternyata juga aku hanya hidup dalam delirius dan khayalan semata.
aku ada adore few people yang tulis diorang punya feeling in english and i always love to read em. but some of them are long gone from my life.
kembali kepada fakta satu tadi (aku ada banyak blog) aku suspek aku punya emosi tidak stabil. aku cuba untuk meluah pada banyak tempat. kalau aku rasa terancam dan tulisan aku sudah tiada privasi, aku akan buat tempat baru. tulis benda sama di dalam kulit baru. aku tak hadapi realiti. akhirnya aku lari dari diri sendiri.
tahun 2019. ini adalah post pertama untuk tahun ini. semoga aku akan terus istiqamah untuk tulis blog ni. banyak yang berlaku in between this current post and the last one. abah kena scam, wife aku dalam job hunting, aku yang tiada semangat nak sambung belajar. ahh macam macam. nanti lah cerita.
00:35.
baiklah kiranya aku beredar dulu.
wassalam.
Mofar Rahman





