Wednesday, December 29, 2021

Berita gembira

Hari ni aku dapat tahu aku dapat bertukar ke Kota Bharu!


Mixed feelings!!

Wednesday, November 24, 2021

Drama Opie

Selepas seminggu kuarantin di rumah akhirnya aku gagahkan diri, start enjin kereta drive balik ke gua musang.


aku tengok sophie monyok je. aku tanya kenapa sedih je ni abi tengok. dia cakap la dia sedih aku pergi work. yelah. tak puas main agaknya. dah seminggu aku dekat rumah tak boleh main dengan dia. tak boleh borak. tak boleh nak gaduh. hanya the last day aku kuarantin, few hours sebelum balik gua musang tuuuu je masa yang aku sempat main, sempat bergomol, lambung lambung dia. pusing keliling rumah sampai pening.


ah anakku.


masa aku undur kereta dia dah nangis. wife aku pun dah mata merah. anakku bunyamin baru 9 bulan tengok jelah terkebil kebil paham mendee. then aku menekan pedal minyak, bergerak perlahan tinggalkan perkarangan rumah, aku lihat ke cermin sisi, Sophie menangis nangis kejar aku cakap jangan pergi kerja opie rindu.


well Sophie memang dramatic sejak kecil. namun apa yang berlaku semalam memang membuat aku hiba. bergenang juga air mata tapi tu je lah yang mampu.


perhubungan jarak jauh memang menguji kami. dan orang yang paling banyak sabar antara kami sudah tentunya wife aku. balik kerja penat dan lambat almost everyday, belum rehat dah kena uruskan anak sorang sorang. kena hari anak buat perangai memang thats it. lunyai for the day. still kena hadap sorang sorang. dan everytime dia marah, lepas tu dia akan cool, akan kedengaran suara motherly wife aku. cara bermain, support Sophie this and that. layan kerenah si Bunyamin. memang aku respect wife aku. well, that is the mother love kan.


semoga keluarga kami tabah hadap ujian ni. kalau tak aku kena ambik keputusan. mungkin perlu tinggalkan MOH, demi isteri dan tumbesaran anak anak. 


moga time aku perlu untuk buat keputusan tu, aku tidak goyah.



untuk keluarga kecil ku.




Mofar Rahman.

Thursday, November 18, 2021

Petty Things #2

 Aku ingat lagi, lebih kurang sebulan daripada tarkh aku dapat lesen P bawak kereta. abah dan adik aku nak test power aku drive, barangkali. aku sebenarnya lupa kenapa kami ke bandar hari tu. yang pasti ada aku, abah dan adik.

aku mulakan perjalanan dengan bismillah. abah di seat co driver dan adik berada di seat belakang. susah la kan kalau adik ada dekat seat depan jugak aku nak duk mana kan tiberrrr.

nak dijadikan cerita, ada satu traffic light sibuk dekat Wisma Persekutuan, aku berada di lane tengah sementara tunggu lampu bertukar dari merah ke hijau. elok je lampu bertukar aku terus tekan pedal minyak dan maju kehadapan.

oleh sebab asyik berbual aku jadi ralat, tak fokus kepada keadaan trafik dihadapan. ada kereta BMW 3 series berwarna putih dihadapan aku, yang aku nampak dari hujung ekor mata kiri ketika sedang berbual dengan abah. pedal laju ditekan, abah mula tersentap lalu disuruhnya aku untuk perlahankan kereta kancil ni.

entah setan apa yang merasuk aku terus laju dan mengelak kereta dihadapan, hingga hampir terlanggar bontot kereta tu. dah lah signal ke kanan tak bagi.

aku perasan abah dan adik pucat lesi, lantas aku berkata," alah takpenye. tak kena punya gerenti. selalu main dalam game buat macam tu lah tak pernah kena pun"

abah dan adik hanya diam.

bila difikir balik alangkah tidak matangnya tindakan aku. membahayakan nyawa satu hal. kalau kena bontot kereta tu macam mana? calar cat takpe lagi. kalau kemik? Allahu.

benda ni aku selalu ingat, terbayang kalau aku stuck dalam trafik jam. biar dah hampir 7 tahun berlalu, tapi bila difikir balik kan..

APE KE BODOH NYE LA AKU CAKAP MACAM TU ALAHAI BENGONG NYEE.






Mofar Rahman.

Wednesday, November 17, 2021

Persekitaran sosial

aku baru tiba dari Gua Musang. traffik agak sibuk hari ni. 4jam drive memang menyerabutkan kepala. ye lah kerajaan baru umum buka sekatan rentas negeri. memang berbondong bondong la manusia dari sana bawa balik penyakit (eh?)

setibanya aku dirumah wife aku kelihatan enlightened. macam good mood. macam just resolving something. aku notice dia agak ceria. anak anak nampak in order, macam biasalah. 

so after settled dinner, anak anak dah masuk tidur, wife aku mula bercerita. dia agak stress lately, well aku tak pernah nampak dia tak stress sejak dia tukar job.

dengan kerjanya yang demanding, boss barunya yang tak reti bahasa. workload yang kalau kau cuti, memang akan bertambah. theres no mercy on you. lagi bertimbun la kerja kau lepas balik dari cuti. even kau cuti sikit, people still reach out for you for this and that. ye lah problem bila boss kau baru dan masih tak competent.

to be honest aku tak faham apa kerja wife aku. aku tahu dia bahagian loan, kena jumpa client untuk luluskan loan di percentage tertentu, aku faham yang dia kena entertain banyak pihak to get things done. dan sometimes dia bawak balik kerja dekat rumah. dia ralit bercerita, tapi otak aku yang kecil ni tak mampu nak relate. takpelah. bagi aku, biar je dia bercerita, dan cuba faham selagi boleh. women, they want to be heard. they already know the solution. diorang just nak bercerita.

tiba tiba dia cakap, "nasib baik saya punya surrounding supportive"

dan aku pun fikir, alhamdulillah dia dikelilingi orang positif. maybe kakak dia ada support dia ke, mak dia ada bagi sokongan ke apa, anak anak jadi pemberi semangat ke apa. well in laws dia pun (family aku) memang aku tahu diorang supportive, dan tak aku deny, diorang little bit annoying hah a. 

dia sambung lagi,"saya post dekat facebook yang saya stress, nak resign, fedup, stress dengan anak anak. dan alhamdulillah ramai yang approach saya, dm saya. cakap suruh bersabar, bertahan, etc. alhamdulillah kan saya ada circular yang supportive". aku senyum, dan mampu cakap "alhamdulillah".

"awak tak tahu, awak takde dalam social circle saya. awak tak tahu apa yang berlaku dekat saya"

then aku pun diam je lah. 

Dang. lupa masa kitorang gaduh few months back, my wife blocked, unfriend, even block aku punya whatsapp. block semua dari social media platform dia. nasib baik la call tak block. motifnya? tak nak tunjuk yang dia ni clingy, nak tunjuk yang dia ni mampu jalani hari hari tanpa aku. well things went for few days, and dan kami pun okay. 

since blog ni adalah satu satunya tempat yang dia tahu, dan dia janji dia takkan visit lagi blog ni, so here it is. (baby, if youre here, read at your own risk)


well reason yang aku taknak ada dalam circle dia, sebab aku takut disakiti. aku ni bab terasa ni memang A lah. every yang wife aku tulis, even bukan untuk aku, aku jadi terasa. contoh macam dia cakap dia lapar, and no one in this home can understand her. well aku terasa okay. 

awal awal dulu dia banyak kali mention dalam twitter/fb, dia rela resign job kesayangan dia di sebelah sana, lepas tu cakap kerja sini memenatkan, dan takde sapa yang faham kepenatan dia, well aku terasa.

dan banyak lagi sehingga aku tak mampu. 

few things mentioned on her platform, aku baca dengan sedih, dan tersakiti. most of time aku cuba diamkan, dan accept. well maybe thats the truth, itu yang dia nampak pada aku, dan aku okay. aku cuba betulkan yang mana aku kurang, dan yang mana dia nak. 

wife aku sebenarnya dia dah tahu benda ni, dan aku pun dah ceritakan pada dia. tapi aku tak sure respond dia macam mana.


maybe aku akan approve semua friend request, following request daripada dia one day. for now, aku lebih suka dia cerita dekat aku depan depan, instead of cerita dekat socmed. well, youre mine anyway.


hiks.


Mofar Rahman.


Tuesday, November 16, 2021

Aku dan Covid

 Assalamualaikum


syukur rasanya dapat menghirup udara dan oksigen yang diprovide oleh Allah. dasawarsa kini di mana ada manusia bertarung dengan nyawa untuk menghirup udara segar dengan daya sendiri, tanpa bantuan wayar yang dipenuhi salur oksigen, terus ke hidung.

aku pengamal dan pegawai perubatan, dan aku bertugas di unit kecemasan dan trauma. setiap hari akan ada kes COVID 19 masuk ke zon SARI aku. ada yang selesa, ada yang bernafas dengan tidak selesa. urut dada, berpeluh meminta nyawa. aku hanya mampu berikan yang terbaik. berikan mereka apa yang perlu.

dan kini aku sendiri diserang covid.

hari pertama, aku gambarkan seperti sakit tubuh. lenguh lumpuh. berat belikat. demam menggigil. memang menggigil. dah lama aku tak menggigil. tapi aku syak ni mungkin demam post 3rd dose (oh lupa aku mendapat 3rd dose 1 day prior symptoms). 

hari kedua aku oncall. sakit tubuh masih ada. demam pun masih ada. aku berasa sihat, tapi colleague aku cakap aku monyok. tapi aku tak rasa semua itu. mungkin sebab ralit tackle management, treatment untuk patient aku. persetankan. aku ada oncall untuk dihabiskan. at the end of the day, semua yang aku makan, terasa tawar.

hari ketiga. aku postcall. pagi tu aku swab test sendiri hidung aku. batang swab sepanjang 12cm (aku agak) aku rodok masuk ke dalam lubang hidung kanan, terus sampai ke bawah, lantai tulang sphenoid. selepas tu aku pusing tiga kali ke kanan, berhenti seketika, dan tiga kali ke kiri dan aku tarik keluar. well, aku terus terang cakap swab sendiri tak sakit, berbanding suruh member ambikkan. yeah. sebab aku boleh control the pain, my pace, my time. takpayah nak "ok pakcik kira 1, 2, (masukkan swab cepat pusingpusing dan tarik keluar) 3, 4, 5 haa siap!" side effect batuk dan berair mata itu biasa. 

"hello. dr. dr positive ya" seperti yang aku jangkakan, namun aku tak mampu nak sembunyikan nada terkejut. aku pun pening. aku dah expect aku positif, tapi aku terkejut bila aku positif. entah lah nak. 

wajah anak anak isteri dan keluarga terdekat muncul satu persatu ibarat slide show dalam kepala. bagaimana dengan mereka. ada symptompkah? diorang okey ke tak tu? dan aku pun terfikir pasal diri aku. dah lah gemuk. obese. ada comorbids. orang lain kena kuarantin seronok sebab diorang at least cat 2 pun tiada penyakit. aku ni? nak rasa seronok pun takut. yelah. mana tahu, tiba tiba mati.


naudzubillah.


hari ke empat aku ke pusat CAC di Pengkalan Chepa. ramai orang bawah kanopi di tengah matahari yang panas. ada dua kanopi; satu untuk pendaftaran kes COVID yang baru, dan satu lagi untuk kes yang ada temujanji CAC. beratur agak panjang. kerusi pula limited. ada yang datang sorang. ada yang datang lima beranak siap bawak anak kecik, (baby even) pakai gelang pink. ada few borang, few taklimats. few itu ini dan setel dekat first kanopi. alhamdulillah lah aku ni doktor jugak takpayah la staff nak cerita panjang panjang dekat aku. "doktor ya, kira tak payah cerita la kan?? nah sign sini, sambil tunjuk ke beberapa ruangan bergaris kosong panjang untuk aku turunkan tandatangan. tiba tiba eh rasa macam mudah nye kerja kauu, tetiba eh rasa alhamdulillah tak payah duduk lama. 


ada satu borang yang aku kena isi, iaitu borang AOR (at own risk) borang discaj dari PKRC atas risiko sendiri. disebabkan aku ni gemuk dan banyak penyakit, aku dinasihatkan (baca disuruh) untuk kuarantin di PKRC sebab nak anticipate worst case scenario. aku dengan yakinnya aku menolak. aku memilih untuk kuarantin di rumah. aku cakap dirumah aku ada bilik asing, bilik air asing. konfem tak bercampur dengan anak bini heh. pegawai perubatan situ hanya mencebik. aku tak kisah. salah sorang doktor situ colleague masa houseman. aku tegur dia, dia cakap eh ha ye ye. entah ingat ke tak dekat aku tu.

hari kelima. aku mula membiasakan diri dengan kuarantin di rumah dibawah kuasa AOR ni. menakutkan. yelah. pegawai perubatan. ingkar arahan kkm. lepas tu kalau jadi pape nanti susah kat rumah. tawakkal je lah.

sejak kuarantin dirumah ada beberapa perkara yang menakutkan berlaku. paling obvious? aku ada tanda amaran. iaitu diarrhoea. berak cair adalah tanda amaran ya tuan puan. aku loose stool ni 2 kali je. hari ke lima sekali. dan hari ke tujuh dua kali. my bad adalah apabila dalam my sejahtera daily follow up form tu aku isi "nil" for warning signs. dan aku tak tipu, first few days kuarantin aku ada sedikit payah nak bernafas. dia macam ada orang duduk atas dada kau. nafas tarik tu jadi panjang dan berat, hela keluar nafas pun lama dan kadang kadang kau rasa diri kau ni tak bernafas (apneic). tapi setiap kali aku rasa macam tu, cepat cepat aku ambik pulse oximeter, dan kira aku punya SPO2. 99, 98. static. so it should be okay.

keluarga aku pun dok call pagi petang siang malam tanya keadaan aku. well of course sebagai seorang yang profesional, aku akan cakap semua okay. semua good. semua tiptop.

maybe ini lah yang patient aku hadap, datang dekat ED aku, komplen sesak nafas, walhal oxygen saturation cemerlang. well brother and sister, i feel you.

surely apa yang aku buat ni berisiko. dan sangat bodoh lah lepas aku tulis entry ni, aku mati. dan ada orang jumpa, baca dan kantoi aku neglect aku punya insight pasal self monitoring covid ni. tapi insyaAllah judgement aku betul. aku serah semua dekat Allah. harapharap tubuh aku kuat dalam melawan virus covid ni.

dan alhamdulillah few days dah ni, aku punya breathing effort dah kembali pulih. dada ada rasa sedikit ringan, tak macam first few days, dan im grateful for that.


hari keseterusya, macam biasa. aku bangun pagi. awal juga. duduk lama dikatil, menunggu kekuatan kedua untuk aku gagahkan diri keluar dari tempat tidur, untuk tunaikan solat subuh. tapi setiap kali bangun tu, rasa dia lain macam. macam aku tahu keluarga aku, isteri aku dan anak anak tidur dibilik sebelah, tidur tanpa aku. dan aku pun tidur tanpa mereka. di waktu hening pagi, dengan keadaan sekarang menambah kesunyian dalam kepala aku.

beberapa ketika terdengar anak anak aku bangkit. menangis meraung meragam pagi pagi. haih Bunyamin. takboleh keee awak tenang pagi pagi. kesian dekat ibu. abi okey je suka dengar suara awak pagi pagi. si Opie pulak lately suka bangun lambat. kena ibu nya jadi singa berapi baru bangun ambik towel dan pergi mandi. aku hanya mampu jenguk dari birai pintu. jelingjeling kasar. tapi tak boleh pergi dekat.

Ya Allah rindu bethol nak peluk anak anak dan isteri.


Moga aku terus berada dalam kategori 2, dan terus sihat sampai habis tempoh kuarantin. tak sabar nak keluar dari tempoh isolasi gini. memang aku diberi satu all in one, ruangan akses ke internet unifi yang sangat laju, streaming movie, youtube tanpa henti, dan beberapa biji buku yang aku azam ingin habiskan sebelum habis tempoh kuarantin, tapi gerenti aku cakap. semua benda tu tak dapat mengisi kekosongan, kerinduan aku nak peluk, sayang, dan bercakaran dengan keluarga kecilku.


terima kasih kepada yang membantu aku dalam tempoh kuarantin ni.



Mofar Rahman




Friday, October 15, 2021

Jalan bercahaya

 Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah aku ke Gua Musang, aku perhatikan satu benda. pernah tak korang dengar cahaya melimpahi, atau membanjiri jalan? 

aku pernah. kau tak pernah? noob.

okay.

sepanjang aku drive, kalau jalan tu mendaki bukit, dan ada kereta yang datang dari arah yang bertentangan, kalau kau perhatikan cahaya dari lampu kereta tersebut perlahan lahan mengalir (?), melimpahi, membanjiri jalan dari arah turun ke bawah. macam air gitu. aku macam wah! amaze bethol.

ini lah yang orang puitis cakap cahaya melimpahi jalan. ya. literally. 


tapi ada benda lain yang bermain difikiran aku.


"Sophie, dah azan maghrib ni. awak pergi mandi siap siap ya"

dia masih membatu. aku perhatikan matanya, tidak tertumpu kearah televisyen yang menunjukkan hero kegemarannya, spiderman.

"Sophie, awak dengar tak apa yang abi cakap ni. dah maghrib ni"

dia mengangkat kepala lalu melihat aku," nanti kalau Opie mandi, Opie tak sempat nak peluk Abi sebelum Abi pergi work"

Ya Allah.

"Tak apa. Opie pergi mandi dulu ya. Abi tunggu Opie. jangan risauu" cuba senyum, meski hati sudah menangis.

"baik Abi" dia bingkas bangun lalu bersiap untuk mandi. sebelum memasuki toilet, dia sempat menyorong keluar kerusi. "ni Abi tunggu sini ya jangan pergi kemana mana"



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


anak sulungku. tidak pernah penat menyayangi aku. biarlah berapa kali aku marah dia, zone out kan dia, cubit dia, Sophie tetap setia tunggu aku balik. nak main. nak duduk. nak cakap cakap. nak aku lambung dia. nak aku peluk dia. nak aku geletek dia. Sophie selalu menunggu.


Abi juga sayangkan kamu, Sophie Salsabila.


dan juga kamu, Bunyamin Fayyadh. 



Anak anak Abi.



Mofar Rahman.


Wednesday, September 01, 2021

Orang Kaya

 Pada suatu petang yang best diselubungi redup awan nak tak nak hujan, aku duduk duduk di ruang tamu, sambil menemani abah tengok video ceramahnya. banyak jenis ceramah di dengarnya. banyak jenis juga penceramahnya. tapi aku tak pernah la pulak tanya siapa dan jenis ceramah mana yang dia suka dengar. tapi kalau aku tanya, dia mesti cakap alah semua sama. yang penting ilmu. basically aku rasa abah tak ada preferences. dia dengar je semua. ilmu. itu yang penting.

didalamn suasana hening datang jiwa jahat dalam tubuh aku nak mengumpat. hah!

aku mula bercerita jiran aku angkat kereta baru. honda jazz berwarna hitam. spec E kalau tak silap aku. aku ada bertanya kenapa ambil jazz? kelisa yang ambik dua tiga bulan lepas pergi mana?

dia cakap la dah lama dia berkenan dekat honda jazz. emm kalau aku recall balik dulu dia cakap dia dah lama berkenan dekat kelisa (menggantikan kelisa lamanya). tiba tiba aku rasa macam deja vu. hiks.

well abah cakap begitula perangai orang banyak duit. jarang la orang banyak duit ni duk diam. jarang la antara mereka ni dah puas dengan apa yang ada. ada duit lebih sikit nak itu nak ini. nak semua benda.

ada betulnya juga apa yang abah katakan.banyak yang aku perhatikan kenalan aku, orang atas kenalan aku. asal ada duit je terus upgrade itu ini. takpelah. hak diorang kan nak ada itu ini. takde la pulak diorang mintak duit dengan aku. tak nyusahkan mak bapak aku pun.

ada benda yang aku kena pikir. benda yang aku kena bagi prioriti if aku diberikan duit yang banyak.



entah entah aku pun dua kali lima jer. terus upgrade kereta. hampeh!



Mofar Rahman

.

Sunday, May 30, 2021

Blessing in disguise? pt 1

 "Kring kring!"


ya hello? dr faiz sini.


Dr, Dr, saya SN Aisyah (bukan nama sebenar) dari ward 2G, ada satu patient tak bernyawa doktor!


hah?



aku letakkan semua kerja yang ada ditangan aku ketika itu. beberapa kes laceration wound dekat forehead, ada kes possible ACS. aku ajak kawan aku, team oncall hari tu Ali dengan Bahar (juga bukan nama sebenar). kami bergegas ke ward 2G. tak naik lif dah time tu sebab lambat. nak tunggu bukak lagi, nak tunggu bunyi "ting!" lagi. ah persetan.


kami tiba di ward 2G. seorang male nurse sudah berlutut disebelah patient diatas katilnya, bertungkus lumus buat CPR. ini tak boleh jadi. 


aku mendekati kejadian itu, aku tengok pesakit. hmph. Wan Azar. aku kenal dia ni. regular customer di male ward. pesakit ESRF on EOD HD, setiap bulan akan masuk ke ward sebab Acute Pulmonary Oedema secondary to non compliance to ROF, u/l ESRF. memang known case lemas atas darat, sebab tak suka, dan tak mau sukat air. tak silap, dia admit masa aku oncall, 9 hari lepas. tapi bukan aku la yang admit.


apron plastik dipakai. 3 ply surgical mask sedia terikat dimuka, dikepala. aku capai glove sterile. size 6 1/2. shit ketat la pulak.


aku terus bergerak ke kepala dia, berdiri di belakang kepalanya yang sedang terbaring,  bersedia. Ali mula mengambil alih CPR. dia melompat ke atas katil, merapatkan lipatan lutut di sebelah kiri pesakit, dan buat PCR di tengah sternum. Bahar mula mencari branula untuk sediakan intravenous line untuk bagi medications. 


10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3 , 2, 1 check pulse, jerit aku.


carotid artery diraba, dirasa, namun tiada degupan dirasai di hujung jari.


CONTINUE CPR!


jom buat crash intubation. ETT size 7.5 Fr disediakan. stylet sudah dimasukkan. Bag valve mask sudah di secure di mulut pesakit dengan C clamp. 


aku masukan laryngoscope kedalam rongga mulut, gerakkan lidah ketepi. dengan kudrat tangan kiri aku angkat laryngoscope keatas bersama rahang bawah, menyelak epiglottis, untuk mencari sesuatu yang pasti (ceh!)


tu dia vocal cord!.


stop CPR sekejap!


lalu aku dorong hujung ETT yang sudah disalut lignocaine jel terus ke dalam vocal cord, stylet dibuang. direct visualisation? checked. wap dalam ETT? checked. equal chest rise? checked. spo2 sustained? checked. 5 point auscultation? emmm. air entry dia equal, tapi bunyi lungs dia masya Allah. trasmitted sound. susah nak appreciate bunyi yang lain. aku mula tak sedap hati.


IV adrenaline 1mg diberikan setiap 3 - 5minit melalui iv line yang ada. cycle CPR diulang ulang, dengan interval 5 saat untuk check nadi.


aku berada di kepala Wan Azar. jari tangan kiri memegang batang ETT, secure pada ukuran 20cm, sementara tunggu staffnurse anchor guna benang dan pelekat 3M. Ali bergilir gilir CPR bersama male nurse tadi. Bahar menjaga IV adrenaline, dan monitor vital signs. mata aku melilau mencari waris disekeliling, tapi tiada.


mata aku melihat ET tube yang sudah terbenam kedalam mulut pesakit. banyak cecair yang ingin keluar. tipikal untuk pesakit APO untuk mengeluarkan sekresi berbuih berwarna merah jambu. tapi untuk Wan Azar, lain. cecair itu seakan merah jambu, tidak putih, dan kehijauan? apakah itu kahak? aku minta staffnurse yang anchor ETT tadi untuk membuat suction kedalam tube. ya Tuhan, pekat betul. aku tahu itu bukan tipikal frothy secretion. tak sedap hati.


CPR berlangsung selama 40 minit. tiada tanda kehidupan. tiada tanda yang Wan Azar akan kembali. tangan sejukk. tiada spontaneous breathing. kedua anak mata sudah kembang kekar. sudah tiada kedengaran degup nadi melalui stetoskop, malah cardiac monitoring juga menunjukkan straight line. dia sudah asystole. Wan Azar sudah pergi menghadap ilahi.


penat. masih tiada waris sekeliling Wan Azar, even dekat luar ward.


aku buka bed head ticket (BHT) Wan Azar. tiada RTK covid diambil ketika admission. risiko? immunocompromised with respiratory problems. tiada yang lain. tiada recent travelling ke zon merah, tiada visiting relatives dari zon merah. hanya ulang alik ke hospital untuk dialisis. sudah develop cirit birit 5 hari lepas. kenapa cirit birit kalau dia hanya sekadar APO? sepatutnya hanya kacau lungs? kenapa tiada action untuk cirit birit dia? kenapa dia mati sekarang? APO ni dia acute disease progression, tapi kalau proper monitoring aku boleh prevent benda ni. tapi kenapa dia mati jugak hari ni? di tangan aku. aku mula sangsi.


aku decide untuk buat RTK covid satu. 


"detected" - damn.



riuh satu ward. yelah patient dah 9 hari admit, tiba tiba RTK positive.


proceed dengan gene expert dengan pakar microb


"awak intubate ke patient tu? masyaAllah"


COVID 19 - detected. dengan kata lain, Wan Azar positive covid.


masyaAllah.




continue lain kali. aku penat. 






Mofar Rahman.

Wednesday, February 03, 2021

Petty Things #1

 antara benda yang selalu aku ulang tayang dalam kepala aku adalah cara layanan aku kepada junior aku tidak lama dahulu. dia hanya bertanya, tapi aku jawab dengan biadap dan kasar.


situasinya aku berada di unit kecemasan di sebuah hospital daerah sebelum ni. sedang bertugas aku terima satu direct message di aplikasi instagram.


"bang. kerja kerja ke hari ni? saya kalau boleh nak bawa aboh saya ke kecemasan. dia kencing sakit"


aku yang ketika itu, terus teringat pengalaman aku di HRPZII. aku sebagai houseman, even aku dah pegawai perubatan tetap ketika itu, seingat aku takde la pulak aku mesej atau inform sesiapa yang bekerja hari itu in advance sebelum bawa abah aku untuk pemeriksaan kesihatan. ketika itu abah selalu kencing sakit for few months (yang akhirnya di diagnose BPH). aku bawa ke kecemasan pukul 8 malam, pastinya balik pukul 1030 atau 11 malam. jumpa doktor hanya 10 minit. tiada fast lane, tiada kautim dalaman. 3 4 jam tunggu lah aku disitu dengan abah aku. selagi di triage hijau, maka tunggulah dibangku kerusi yang sejuk dan sempit itu. sayu pula tengok orang tua tu menahan sakit dan sejuk.


keadaan ini membuatkan aku marah. teramat marah, dan malangnya, amarah aku dihempas kepada junior aku yang mesej aku tadi (alah, yang aku tulis dekat awal entry ni tadi lorr).


"alah kau bawak je aboh aku tu datang kecemasan. takde layanan istimewa ya. kau kawan ke, kau staff ke, takda yang special. kau daftar, kau tunggu la dekat ruang menunggu tu"


butang "send" di tekan dengan bangga, dan marah akhirnya dihembus melalui lubang hidung aku.


balasan aku hanya dibalas "seen". 


"hmmph. ambik kau", aku bermonolog.




selepas beberapa bulan, aku melawat kembali ke ruangan direct message di aplikasi Instagram. aku baca kembali konversasi tadi. ya Tuhan. betapa biadapnya aku. betapa petty nya aku. tanpa sedar aku sudah menyakiti orang yang memerlukan bantuan aku. aku cuba untuk meminta maaf, tapi aku sedar perkara ini sudah lama. lalu aku padamkan niat itu. 




setiap kali masuk instagram aku akan teringat perbualan kejam tersebut, tidak mampu men'delete' nya, aku tinggalkan Instagram.




selepas 3 tahun, iaitu pada hari ini, aku kembali ke Instagram. conversation itu masih disitu. tidak mampu rasanya hendak meminta maaf. malu untuk bertegur. apatah lagi mahu ajak berjumpa bertemu mata.




wahai junior ku, temanku, adikku, aku minta maaf.







Mofar Rahman.

Saturday, January 23, 2021

Mahu Kaya?

 terkadang dalam menguruskan pesakit di kecemasan aku ternampak gelang emas atau jewelleries lain pada pesakit sendiri atau waris pesakit yang menemani. 


ada pulut dakap, ada lipan, ada coco lipan, putra, putri. macam macam. buka  yang kosong, tapi yang jenis padu. tak nak kalah pula tu saiz dia. tak masuk bab cincin lagi.


dalam benak jiwa aku ni hadir beberapa soalan. kalau sempat aku tanya juga pesakit sebagai selingan.


"kerja apa?"


mostly, kerja sendiri atau surirumah. aku terkejut la jugak. how come suri rumah boleh afford gelang mas setebal tu. 


oh lupa. suami dia. heh.


aku tengok pergelangan tangan wife aku. ada berapa kerat je barangan kemas yang aku bagi kat dia. kesian betul. cemburu juga aku dekat suami yang boleh provide gelang macam tu dekat wife dia. aku ni kerja bagai nak rak, nipis je boleh kasi dekat bini. alahai.



(ni kalau suami la yang bagi. tapi kalau dapat melalui sumber lain ie pusaka, jual tanah, main kutu dll aku tok kesohhhhh)










dalam satu hadis dhaif Nabi Muhammad bersabda 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan.

(dhaif kerana terputus sanadnya)


selalu sahaja aku dengar hadis ni keluar daripada mulut penceramah, mahupun jua ahli perniagaan. 

biarpun hadis ini dhaif, tapi maknanya betul.


perniagaan ternyata membawa rezeki kepada kita. tak kisahlah rezeki itu datang dalam bentuk wang dan harta, maupun kesejahteraan hidup. dalam berniaga kita boleh beramal. boleh memberi sedekah. boleh membantu insan atau golongan yang tidak mampu.  



mampu membuat amal juga adalah rezeki, tahu?



aku mengaku berniaga tidak ada dalam darah aku. seingat aku seawal darjah 4 aku pernah menjual penanda buku, hasil d.i.y kakak aku. kertas lukisan yang keras dan tebal dipotong mengikut saiz yang dikehendaki, diconteng dengan kombinasi warna yang menarik, dibalut dengan pembalut buku berkualiti tinggi. dijual pula pada kawan kawan dengan harga 50sen. memang tak dinafikan sangat seronok melihat hasi jualan dalam genggaman dua tangan, namun ia terhenti disitu sahaja. 


aku tak berniaga lagi selepas itu, sampailah sekarang. aku tak reti. tak reti membuatkan aku tidak minat. tidak minat membuatkan aku malas belajar hal ilmu perniagaan. malas membuatkan aku keluarkan alasan, demi alasan. dan begitulah.



mengikut budget aku sekarang, perbelanjaan aku masih terkawal, dan selesa pada hemat aku. tetapi aku mahukan lebih (aku bersyukur, tapi mahukan kesenangan yang lebih itu fitrah). bila aku mahukan lebih aku harus tahu, makan gaji dengan pekerjaan begini, aku tahu ia tidak akan mencukupi.


aku perlu ada side income. 



tapi nak bermula dari mana aku sendiri pun taktahu. 


sudah hampir empat tahun aku berkhidmat di hospital daerah dengan tiada guidance. minat terhadap forensik kian lama kian menipis. borang pertukaran masih tidak dilayan, petunjuk yang diharapkan masih jauh entah dimana. aku mulai bosan dan muak. 


at this rate aku mungkin resign. join kawan, melangkah ke alam perniagaan dimana medan permainan lain dari yang lain. 



ah. buntu. 







Mofar Rahman.

Tuesday, January 19, 2021

Kawan

ada beberapa momen dalam hidup aku membuatkan aku akan teringat sentiasa. lebih kurang seakan self reminder la sebelum aku buat sesuatu. contohnya apa yang aku nak ceritakan ni memang aku tak suka tetapi aku rasa aku perlu luahkan supaya tidak terbuku dalam kepala otak aku ni.


minggu lepas seorang member aku ni ajak balik ke Kota Bharu naik kereta baru dia. aku ni sebagai kawan yang baik (eleh) tidak mahu menolak pelawaannya, ye lah nak suruh orang merasa sama gembira naik kereta baru kennn. kalau ikutkan hati dan jiwa aku memang nak naik bas sahaja. dah lah badan tengah penat. oh lupa mention, aku sebenarnya baru lepas oncall (jadi sekarang ni aku sedang postcall, masa tu)


jadinya sebelum kami bertolak ke KB kami singgah dulu ke rumahnya untuk properly ngemas dan mandi manda. aku yang dah well prepared ni iakan sahajalah. tadi janji nak gerak tepat ke KB pukul 1. so aku siaplah packing barang mandi semua sebelum pukul 1. sekali pukul 1 dia baru nak mandi. pening kepala jugak nak digest melayu sorang ni.


alkisah aku tertinggal la kunci kereta dan rumah hostel aku dekat rumah tu (well, obviously salah aku dah kenapa pergi rumah orang letak barang tak perlu sesuka hati ye dok), dan kami pun bertolak ke KB dengan jayanya. alhamdulillah selamat sampai.


so keesokannya aku tiba di perkarangan hospital baru aku sedar akan ke"tertinggal"an kunci hostel aku dekat rumah tu. jadinya aku dengan baju tak tertukarnya, busuknya (even dah mandi aku still rasa busuk. hiks). aku dengan rendah hatinya call housemate member aku yang aku tumpang balik sekali tu, which is kawan aku juga), dengan harapan dia boleh la kan bawakkan kunci aku tu since dia kerja petang dan tak ada apa nak dibuat pun pagi pagi ni.


selepas panggilan dimatikan, aku agak kecewa sebenarnya. rupanya kawan aku tu taknak tolong aku. dia refuse untuk bawakan kunci aku itu kepada aku. dia cakap dia kerja petang, dia malas nak datang awal awal. aku sudah mention aku perlukan kunci tersebut untuk siap siap nak kerja hari tu, namun tak diendahkan.


aku lalu berfikir sejenak. kalau aku berada di tempat dia, dan dia ada ditempat aku, well, aku akan datang untuk tolong dia. no doubt. dia dalam kesusahan.


kawan aku ni, bukan kawan biasa biasa. lepak sekali, roadtrip sekali, buat kerja gila gila sekali. susah senang dekat ED pun sekali. marah, gelak, sewel, buat hal pun ada sekali. tapi malangnya time macam ni, dia tak anggap aku ni seperti aku anggap dia. aku anggap dia sebagai kawan yang aku boleh minta tolong, tapi rupanya tidak dia tidak begitu.





aku sebenarnya agak kecil hati dengan apa yang berlaku. yelah nak buat macam mana kan, orang tak sudi. jadi mulai hari itu pandangan aku terhadap member aku sorang ni dah lain. ya, kami boleh gelak sekali. ya kami boleh makan sekali duduk semeja bercerita itu ini, tapi boy, thats it. itu sahaja. kau dah buat garis. kau dah tunjukkan siapa aku dimata kau. itsokay.



payah nak cari kawan sebenarnya. 





Mofar Rahman