Thursday, June 22, 2023
Abah Kuat
Wednesday, June 14, 2023
Consequences
Tuesday, June 13, 2023
Abah Warded
Series Bloodhound baru aku pasang di Netflix. niat nak tengok la sikit since ramai dekat twitter bagi review bagus. aku tak layan sangat korean, tapi sebab dah no 1 dalam top 10 dan dah tengok snippet macam bagus ja, so aku cuba la tengok.
jam 1030 malam.
hmm awal lagi.
tiba tiba telefon aku berbunyi, laju aku menerpa untuk melihat nama si pemanggil yang tertera di skrin paparan.
“Mommy”
ha sudah. ni odd hours ummi nak call. something wrong happened.
“Hello assalamualaikum mi”
“mari tengok abah kejap. abah tak boleh bangun ni”, kedengaran suara adik di hujung talian.
Allahu.
aku menelan air liur. apabenda pulak ni?
aku capai anak kunci kereta dan bergegas ke rumah ummi.
aku tiba di ruang tamu, kelihatan sekujur tubuh abah terbaring di tengah tengah ruang tamu. aku mendekati dan amatinya.
“abah rasa pening, semua benda jadi berganda, pandangan jadi tak jelas”
“abah ada sakit dada tak?”
“tak ada. cuma rasa kebas tangan sikit. tangan kanan”
dahi berpeluh
badan berpeluh sungguh
tangan sejuk
loya nak muntah
“jom ke hospital”, aku bertegas.
adik dan ummi terus siapkan apa yang patut. kad pengenalan, buku TCA, rekod rekod kedatangan ke hospital, senarai ubat ubatan semua disemat rapi kedalam satu fail jenis lekat berwarna biru lalu diserah kepada aku untuk dibawa bersama ke hospital.
aku cuba memapah abah ke kereta adik.
masih boleh jalan tapi daya tersangat lemah. jantung ke?
setibanya di kecemasan abah di bawa ke bilik triage sekunder untuk ujian elektrokardiogram (ecg).
Q wave lead II, III, raised V2 till V4
aku cuba membaca dengan sisa sisa ilmu yang masih ada sejak meninggalkan arena kecemasan.
ah tak cantik ni.
abah dibawa ke Zon Merah dan diletakkan di katil no 6. probe ecg disusun sekali lagi pada dada abah mengikut warna. lead clipper pula diletakkan dengan teratur. hijau di pergelangan tangan kanan, kuning di pergelangan tangan kiri, merah di pergelangan kaki kanan dan hitam pergelangan kaki kiri.
“awak siapa? waris pesakit ke? boleh tunggu diluar dulu ya”
ah tak boleh jadi ni. aku perlukan kad kuasa aku. yih!
jauh okayy nak pergi ambik dekat ofis! pfft whatever.
setibanya aku kembali ke Zon Merah baru la terasa gagah. misi bagi laluan, houseman datang entertain. MO tadi pun helok datang balik dan explain. amboiii double standard ya!
bacaan ecg kedua masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. kata doktor yang merawat ini mungkin adalah bacaan asal dan ternyata sama bacaannya ketika tahun 2018.
aku memerhati doktor Pakar Kecemasan memeriksa sistem neurologi abah.
gag reflex ada, power 5/5 all limbs, mata ada diplopia, dan occasional nystagmus. Babinskii downgoing, clonus nil.
Abah telah diatur untuk ct brain dengan segera sebab mengikut abah, ada tanda tanda stroke.
CT brain selesai, tiada tanda tanda strok yang baru. yang lama pun tak jelas sangat.
Alhamdulillah.
tapi selepas je proses CT brain selesai, simptom
abah macam lagi teruk. blurry of vision jadi makin teruk, begitu juga dengan slurred of speech. Pakar tadi periksa sekali lagi, dan katanya abah ada Crescendo Transient Ischemic Attack (CTIA) dan risk untuk convert jadi actual stroke itu tinggi, lalu dimaklumkan kepada bahagian neurologi, penggera thrombolysis diaktifkan.
namun setelah di review oleh doktor bahagian neurologi, abah tidak memerlukan rawatan agresif trombolisis, cukup sahaja dengan rawatan clopidogrel.
setelah berbincang dengan konsultan neurologi, abah dirawat sebagai acute ischemic stroke jenis posterior circulation infarction (POCI). abah dimasukkan ke wad general.
semoga abah baik baik sahaja.
4:57 pagi. izinkan aku meletakkan kepala pada pagar katil sekejap.
-M
Friday, June 09, 2023
Snorkel
Thursday, June 08, 2023
Healing
Sepanjang 7 tahun bersama isteri, dia telah buktikan kepada aku beberapa perkara
1. dulu aku ingat aku pandai bergaul, berkawan dan senang masuk dengan stranger. rupanya semua benda tu sangat kaget bagi aku. setakat pembuka kata hi, salam, aku macam boleh la lagi. tapi kalau duduk semeja, jumpa kawan kawan dia, cuba klik, aku rasa susah. nampaknya aku tidak semesra yang aku sangka.
2. aku sangka aku ni jenis yang romantis. haha poyo kan. rupanya tidak. aku mungkin pernah romantik, tetapi selepas tiga orang anak kemudian, saya rasa semua benda tu dah tak ada. im such a plain, boring person. hardly show any effort.
3. aku selalu cakap aku suka details. aku suka menerima maklumat tentang satu perkara itu secara menyeluruh dan mengikut kronologi atau satu garis masa kalau boleh. tetapi selepas sekian lama, aku rasa aku dah tak mampu nak terima, nak hafal maklumat dengan terperinci lagi. tarikh penting, kronologi momen penting, peristiwa penting, aku semakin susah untuk register. dah tua kot, or it is just myself yang mula hilang grip. aku tak tahu.
4. I really thought kesetiaan, loyalty is my strongest suite. but lately what happened to us, disproved everything. i caught intertwined my emotion with one of my old flame, and really made my wife devastated. first, trust was already off table and now she only wants me to put effort, to make her believe in us again. jujurnya, aku tak buat apa sangat pun. aku hanya buat something yang not worth mentioning pun. so far, aku masih buntu.
5. aku ingat aku ni lelaki baik. baik ke? my wife keep telling me that I am a good man, cuma ada kekeliruan hati. tapi aku tak rasa begitu. I made her emotionally unstable, anxiety, loss of appetite. apparently, i am not her home anymore, and of course she needed me to be one again. baik ke camtu?
dia pernah tanya, if kami separated, will i ever get marry again? and i told her with this kinda attitude, my past, and what i did to her, i dont deserve love.
and she said bullshit. haha. i will remarry with someone new, cant move on properly with her (my wife), then hurt my possible new partner because it is who i am, and karma is a bitch.
i just stay silenced. maybe its true, i dont know.
oh lupa.
kami ke Perhentian untuk cuti kali ni. plan asal nak cuba benda baru, benda yang wife aku suka. adventure, outdoor activities and all. aik kata hari tu nak pergi KL? yeah we made slight last minute changes.
ada sesetengah orang kena bercuti baru boleh healing. healing tu apa sebenarnya? boleh ke masalah hilang dengan healing? mungkin the process kot yang penting, dan healing ni macam membantu. entahlah aku pun malas nak fikir.
tiada gambar menarik so far dari Perhentian. nah ada la satu gambar dengan kata kata hikmah from someone I know.
haha!
this blog now officially not for my kids anymore. they dont need to know how awful person I am.
take care.
- M
Wednesday, June 07, 2023
Cinta Terakhir
Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya... segalanya...
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan
Segalanya ketentuan tuhan...
Thursday, June 01, 2023
3 Ros
Kepala saya ibarat satu bilik yang sumpah bersepah,
tiada cahaya tiada harap,
penuh dengan juntaian perasaan yang berselirat,
gumpalan gumpalan kertas yang penuh dengan kata kata yang tidak siap,
emosi yang tidak tentu dan berkeladak.
tapi awak masih memilih untuk tinggal.
terima kasih kerana masih bertahan.
-M





