Saturday, September 19, 2026

Ada satu pagi aku tengah kalut nak pergi kerja. jam dah pukul 7:08. biasa 6:50 dah keluar. hari ni lambat pulak.


masa nak keluar simpang rumah, kebetulan aku berada di belakang satu kereta myvi ni. lama betul nak keluar simpang tiga ni ke kanan. 


aku intai sape la driver kereta ni. memang takda effort langsung nak mintak jalan. perempuan ke eh? ke makcik?


eh. lelaki la pulak.


7:13. adeh


selepas jalan agak lengang baru dia berani keluar simpang. 


hati memang panas lah. yelah nak buat macam mana salah sendiri tak boleh manage masa dengan baik pagi tu. 


aku teringat brader myvi tu. dalam kereta dia tadi ada seorang budak perempuan di seat depan. ada dua budak lelaki di belakang. semua berpakaian lengkap sekolah. yang brader ni pulak memang berlagak santai, tapi berhati-hati dan agak teragak-agak? entahlah. 


bila aku fikir balik, kemungkinan sikap dia yang berhati hati dan teragak agak tu lah yang menyelamatkan diri dan keluarganya selama ini. atau brader pernah ada trauma kemalangan ke apa. aku takkan pernah tahu apa yang ada dalam kepala dia.


yang aku tahu, aku taknak dah terserempak dengan brader myvi ni pagi pagi, plus tengah lorat nak hantar anak sekolah.


hahah!

teringat masa pergi balai polis tempoh hari. kalau dia datang ke ofis kita senang je dia tolak pintu lepas tu masuk duduk buat macam meja sendiri di tempat bos. kalau kita gi tempat dia? dijemurnya kita ditengah panas. nasib baik ada khemah.


Mofar Rahman.