Susah sangat ke nak mati?
aku tengok dalam filem macam mudah. terlantar sakit, sempat bagi wasiat, menyumpah, marah, mengucap, then kiok. tutup mata, kepala lentok, setel.
dalam sesetengah drama, tamil, telenovela, tamil tu takpayah mention lah, timing sakaratul maut seolah olah diberi extra. mostly mata terjengil sekejap, then setel.
dalam kartun lagi lah. kematian seolah olah salah satu elemen main main. ditembak, dibom, ditetak, ditebas, dijatuhi dinding bangunan berkali-kali, masih tidak mati.
aku tengok abang aku, nafas terakhirnya adalah waktu intubated. Abah? di kerusi malasnya dan seakan akan nyawanya diambil ketika tengah tidur.
bagaimana dengan Nabi Muhammad SAW?
baginda jatuh gering setelah selesainya Haji Wada’ pada 11H, dan geringnya itu sangat kuat sehingga, dua kali lebih dari manusia biasa (Sahih Bukhari 5648).
Baginda juga mengalami sakaratulmautnya. Aisyah RA sediakan air didalam bekas disisi Nabi, dan Nabi memasukkan tangannya lalu disapukan ke wajahnya sambil mengucapkan perihal sakitnya sakaratulmaut. (Sahih Bukhari 4449).
dan akhirnya Nabi menghembuskan nafas terakhir disisi Aisyah RA pada isnin 12 Rabiul Awal 11H.
itu Nabi Muhammad SAW. kekasih Allah. utusan akhir zaman untuk umat selepasnya. manusia maksum tiada dosa.
kita selaku pemaksiat dan pendosa?
Abdullah bertanya kepada Saidina Amr ibn Al As RA bagaimana sakitnya kematian?
diceritakan kepada anaknya
“Seolah olah sebatang dahan berduri sedang ditarik dari kedua kaki ku sehingga ke puncak kepalaku”
yang pasti, kematian tidak semudah yang digambarkan. dan aku tak rasa kematian tidak boleh diungkapkan. sebab ia adalah personal experience. yang merasainya dengan tepat akan pergi meninggalkan dunia tanpa bicara.
Semoga roh ibu saudara ku, Umi Yam dicucuri rahmat, diberi keluasan liang lahad, dimudahkan urusan alam barzakh, dijauhkan dari kuku Mungkar dan Nakir, dibangkit di Padang Mahsyar dengan teduhan dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang soleh.
“Ibu saudara sebelah ibu (mak saudara) mempunyai kedudukan seperti seorang ibu”
al-Tirmizi:1904
Kebenaran yang keras, untuk aku.
Mofar Rahman
